Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..
Pendakwah dan masyrab batinnya..
Segala puji bagi Allah s.w.t yang menitipkan perasaan dan keinginan yang mendalam kepada setiap jiwa para mujahideen untuk terus berjuang menghiasi alam ini dengan sinaran islam.. Walaupun, projek 3R (Rancangan Rosakkan Remaja) terus menerus diperhebatkan oleh musuh-musuh Allah s.w.t untuk merosakkan generasi muda Islam.. Dengan virus 5S (sex, sport, screen, smoke, song) yang seumpama barah menyerang pemuda dan pemudi..
Namun, agungnya rahmat Allah s.w.t kepada hambanya.. Masih lagi Dia menganugerahkan kepada sebahagian hambanya untuk terus mencari Cahaya Jalan Yang Lurus.. Masih lagi kedapatan hambaNya terus berusaha melestarikan kesinambungan sunnah Saidina Muhammad al Mustafa yang utama.. Yakni, menegakkan kalimah Allah s.w.t dan mendaulatkan hukum-hukumNya diserata alam ini..
Muslimin dan Muslimat yang insyAllah di rahmati,
Sekadar peringatan bersama, bahawasanya dalam proses pembantukan biah solehah.. Pastinya ada manusia yang menjadi nadi penggerak untuk merialisasi matlamat ini.. Pastinya perlu ada manusia yang berperanan membawa ke arah biah solehah.. Manusia inilah disebut sebagai da'ie ataupun pendakwah yang menyeru manusia kepada Allah s.w.t..
Namun, perlu disedari bahawa bukan mudah untuk meletakkan diri sebagai da'ie.. Apabila seseorang itu telah mewaqafkan dirinya untuk perjuangan Islam.. Maka, banyak mehnah dan tribulasi yang bakal menghiasi kehidupannya.. Bukan sekadar diuji emosi dengan perasaan sedih dan bimbang.. Malah, ujian fizikal dan mental seperti kegagalan, disisihkan keluarga dan masyarakat, dipenjarakan oleh pemimpin yang zalim.. Hatta, mungkin akan ada yang terbunuh di pentas perjuangan..
Tidak hairanlah, ramai mereka yang menyulusuri medan ini kalah, tenggelam dan futur dalam perjuangan.. Tidak sanggup menahan halangan yang menyakitkan fizikal, mental dan emosi lantas lari dari perjuangan.. Malah, tidak kurang juga ada di antara mereka yang walaupun zahirnya masih dalam perjuangan.. Namun, batinnya sudah kepanasan untuk istiqamah melayari perjuangan meneruskan tugas anbiyya'..
Persoalannya.. Mengapa ramai da'ie yang tewas mencanangkan tugas dakwah menyeru manusia kepada Allah s.w.t?.. Mengapa ramai yang lari dan berasa selesa dengan tindakan yang di ambil?.. Mengapa pejuang yang berada di jalan yang haq, ramai yang berpaling kepada kebatilan?..
Dalam membincangkan persoalan ini.. Saya suka menjadikan Sirah Nubuwwah sebagai penyelesaian segala masalah.. Alasannya, dalam aspek apa sekalipun.. Sunnah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w merupakan pentafsiran Al Quran yang boleh dijadikan bahan rujukan dengan pimpinan para Ulama' r.hum untuk menyesaikan semua perkara..
Telah sempurna kehidupan Rasulullah s.a.w untuk semua fitrah manusia.. Hanya manusia tidak mahu menjadi golongan berfikir merenung keindahan Al Quran dan As Sunnah dan Allah s.w.t memberi peringatan kepada hambaNya berkaitan perkara ini..
Firman Allah s.w.t "Dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir." surah Al Jaatsiyah ayat 13..
Muslimin dan Muslimat yang insyAllah di rahmati sekelian,
Sirah Hijrah Nubuwwah mempunyai banyak hikmah yang perlu dihayati oleh para pendakwah.. Babak episodnya banyak menjelaskan kateria-kateria yang sewajibnya pada jiwa setiap da'ie.. Hijrah mengajarkan kaedah terbaik dalam proses pembentukan dan pembangungan modal insan yang dapat dimanfaatkan oleh para da'ie..
Hijrah merupakan suatu peristiwa yang amat besar dan penuh kepayahan.. Ianya merupakan peristiwa yang benar menguji keimanan semua para sahabat r.hum.. Hanyalah manusia yang benar-benar meyakini kalimah syahadah mampu melakukannya.. Keimanan yang utuh inilah merupakan asas pencirian yang perlu ada dalam diri setiap para da'ie..
Hebatnya perancangan Allah s.w.t yang mengizinkan peristiwa ini berlaku.. Sememangnya peristiwa ini mempunyai natijah yang besar kepada Ummat Muhammad s.a.w lantaran banyaknya hikmah yang dapat difahami dalam peristiwa ini..
Sekiranya Allah s.w.t tidak mengizinkan penghijranan kaum Muhajirin.. Tetap, Allah s.w.t boleh menjaga Rasulullah s.a.w di Kota Mekah.. Tiada siapa yang boleh melakukan kemudharatan kepada Baginda s.a.w dan para muhajirin tanpa keizinan Allah s.w.t.. Tetapi, peristiwa ini penting untuk menjadikan Rasulullah s.w.t sebagai contoh tauladan bagaimana sebenarnya sifat seseorang da'ie dan menjelaskan matlamat yang perlu dicapai oleh para da'ie...
Berlakunya Hijrah itu untuk menzahirkan bahawa Rasulallah s.a.w ini mempunyai sifat qudwah.. kemudiannya da'ie kepada Allah s..w.t mesti bermujahadah untuk bersifat dengan sifat qudwah iaitu sifat kepemimpinan.. Ianya menggambarkan sesuatu yang ingin disebarkan kepada manusia perlu para da'ie itu melunaskannya.. Kerana itulah.. Kata Syeikh Muhammad Alawi al Maliki.. "Bagaimana canggih persatuan tersebut.. bagaimana hebat ilmu yang dipersembahkan.. walaubagaimana tinggi pemikiran yang dihamparkan.. orang tidak akan ikut kalau tidak ada orang yang mengikut pemikiran itu.. kalau tak ada orang yang mengamalkan ilmu itu tersebut.".. Jadi, dakwah yang paling utama iaitu da'ie yang paling utama.. Yang paling hebat iaitu da'ie itu terlebih dahulu lakukan apa yang dikatakan.. apa yang difikirkan tersebut..
Inilah masalah utama yang tiada pada diri pendakwah zaman ini.. Ketika dirinya bersemangat memanglah.. Tetapi, ianya tidak istiqamah.. Perlunya hadir dalam diri pendakwah itu sifat qudwah.. Maka, perlulah bermujahadah untuk menggapainya.. Apa yang kita kata.. Kita lakukan dahulu.. Rasulallah s.a.w mengarahkan hijrah.. Baginda s.a.w tetap melakkan Hijrah.. Cuma walaupun baginda s.a.w terakhir sekali berhijrah disebabkan urusan dan keizinan Allah s.w.t.. Tapi, tetap Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke kota Madinah al Munawwarah..
Muslimin dan Muslimat yang insyAllah di rahmati sekelian,
Saya ingin membawa contoh.. Da'ie yang benar-benar menghamparkan dirinya kepada Allah s.w.t.. Saidina ali k.w.j.. Kanak-kanak pertama yang menyakini dua kalimah syahadah.. Sewaktu Saidina Ali k.w.j mengatahui bahawa Rasulallah s.a.w akan dibunuh akan dipancung pada malam Baginda s.a.w hendak berhijrah.. Tetap dia menyerahkan dirinya untuk mengantikan dirinya untuk tidur di tempat tidur Baginda s.a.w dan berselimut dengan selimut Baginda s.w.t.. Kerana itulah Ulama Sirah menyatakan "orang yang pertama sekali membeli dirinya daripada Allah s.w.t dengan sanggup bermujahadah, sanggup bermujahadah dirinya dengan kematian adalah saidina Ali k.w.j."..
Perlu diingatkan kerana diri kita milik Allah s.w.t kerana firman Allah s.w.t "bahwa Allah s.w.t menciptakan kamu dan segala apa yang kamu lakukan"kerna itulah kita kene membeli diri kita dengan pengorbanan.. Kerana secara totalnya diri kita milik Allah s.w.t.. Tiada apa satupun milik kita hakikatnya..
Kerana itulah Saidina Ali k.w.j ada bersyair menunjukkan kebanggaannya kerana sanggup berkorban demi Saidina Muhammad s.a.w.. "Aku telah mempertahankan dengan diri aku, sebaik baik orang yang berjalan di atas muka bumi dan sebaik baik orang yang tawaf di baitil atiq yakni baitillah dan hajarul aswad".. Dialah manusia yang menjadikan dirinya sebagai ganti untuk Rasulallah s.a.w . Kerana itu turun firman Allah s.w.t merujuk kepada Saidina Ali k.w.j "Ada di kalangan manusia (yakni saidina Ali k.w.j) telah membeli dirinya itu untuk menuntut redha Allah s.w.t.."
Selapas itu, Rasulallah s.a.w keluar dan membaca Surah Yassin ayat satu sehingga ayat sembilan dan berdoa kepada Khalidnya.. Dengannya itu menyebabkan Kafir Quraisy itu terleka ataupun tertidur.. Sebab itulah Para Ulama ataupun mereka yang berjuang ke jalan Allah s.w.t kata Syeikh Muhammad Alawi al Maliki dalam Manjah Dakwahnya "Antara yang perlu dikakukan oleh da'ie lagi iaitu mujahadah diri untuk sentiasa merujuk segala urusan kepada Allah s.w.t dengan cara berzikir, beristigfar, berselawat dan bermunajat .. jangan langsung kita ini orang yang berdakwah di jalan Allah s.w.t tidak ada masa untuk kita berzikir, beristigfar, berselawat dan bermunajat.. kerna kita akan menjadi lemah.. kekuatan ita melalui minajat kepada Allah s.w.t..
Lantaran itu, Rasulallah s.a.w sebelum terjun ke medan Badar sekalipun sebelum berperang.. Baginda s.a.w berdiri semalam berdoa bermunajat kepada Allah s.w.t.. Sehinggakan jatuh selengang Nabi Muhammad s.a.w.. Itulah peperangan yang pertama yang menjamin kelancaran kelangsungan agama Allah s.w.t di muka bumi.. Nabi Muhammad s.a.w berdoa sepanjang hari sepanjang malam.. kernajadi itulah, hendaklah kita pada hari ini mempunyai zikir kita , mempunyai selawat kita, mempunyai aurad kita.. Kerana dalam medan dakwah ini.. Kita mempunyai pelbagai halangan.. Mempunyai pelbagai dugaan.. Jadi yang boleh menjaga, membantu, dan menolong kita hanyalah Allah s.w.t.. Maka, kerna itulah Nabi Muhammad s.a.w tidak lupa berzikir,tidak terus keluar sahaja, ada zikirnya ada amalannya.. Yang mana seperti ulama terdahulu.. Mereka mempunyai amalannya yang membenteng dirinya.. Sebab itu para ulama sebagai contoh Abu Hassan al Sazuli r.a pendakwah yang hebat.. 60 tahun umurnya.. buta matanya.. Tetapi, masih lagi bersama dengan tentera melawan dengan penjajah di Mansurah Mesir.. Dialah orang pertama memukul mencanangkan dakwah menyeru muridnya berdakwah kepada Allah s.w.t.. Siang waktu baginya berjihad.. Tetapi malamnya bermunajat kepada Allah s.w.t.. Muzakarah ilmu tidak ditinggalkan.. Walaupun dalam medan perang.. Istirehat mereka adalah muzakarah ilmu.. Berbincang bersama tentang ilmu pengatahuan..
Muslimin dan Muslimat yang insyAllah di rahmati,
Sebagai akhirnya, kekuatan lahiriah itu akan terbentuk dengan wujudnya kekuatan batin yang tinggi dalam diri para pendakwah.. Hanyalah tawakkal kepada Allah s.w.t mencetus kejayaan dakwah menyeru manusia.. Bukannya ikhtihar dan usahamu menjamin kejayaan dakwahmu.. Jangan sandarkan hatimu pada selain Allah s.w.t.. Kerana hakikatnya segalanya itu fana dan dusta.. Bila tautan hatimu hanya pada Allah s.w.t.. Maka, akan bersatulah hati-hati yang mencari Cahaya Jalan Yang Lurus itu.. Kerana dalam medan perjuangan ini memerlukan pautan hati.. Paduan jiwa.. Bisikan nurani.. Luahan rasa.. Setiap para pendakwah itu.. Lahirnya kejayaan dakwah itu hadir pabila bersatunya hati-hati mereka yang menyambung tugas tinggalan Nabi Muhammad s.a.w.. Ketahuilah, inilah khazanah yang satu-satunya dimiliki oleh ummat Muhammad s.a.w..
Al Fakir ila Allah..
No comments:
Post a Comment