Tuesday, February 24, 2009

*TEJA

TIADA MASALAH UNTUK BERHIBUR DAN BERSUKAN

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


TEJA atau Temasya Jaya anjuran Desasiswa Jaya merupakan antara aktiviti tahunan yang melengkapi kalender program-program yang dianjurkan oleh Desa Jaya.. Aktiviti ini dirangka untuk memenuhi keperluan penghuni desasiswa mengisi kekosongan waktu lapang serta menjadi medan untuk melepaskan tegangan lantaran pembelajaran yang semakin mencabar.. Ketika ini jugalah ramai yang menjadikan medan untuk berhibur dan bergembira..


Muslimin dan Muslimat yang insyaAllah dirahmati,


Secara Umumnya, segala urusan, keperluan, pekerjaan mahupun aktiviti yang dikerjakan oleh manusia adalah diharuskan dan dibenarkan oleh Allah s.w.t.. Apa juga perkara bermula daripada urusan jualbeli, perdagangan, aktiviti sosial, munakahat dan sebagainya.. Semua yang menjadi system dalam kehidupan Ummah Islam adalah harus dari segi syarak.. Melainkan setiap perkara yang menjadi wajib samada wajib dilaksanakan seperti pembentukan Daulah Islamiah atau wajib ditinggalkan seperti riba di dalam urusan jualbeli mahupun apa-apa perkara yang disunatkan seperti bersedekah..


Begitulah aktiviti yang dijalankan oleh Ummah Islam sekiranya dikecilkan fokusnya ke dalam kampus seperti yang dianjurkan oleh Desasiswa Jaya yakti TEJA Ianya dibenarkan dan diharuskan untuk dilaksanakan dalam memenuhi keperuan kehidupan manusia khususnya kepada penghuni Desasiswa Jaya itu sendiri..


Muslimin dan Muslimat,


Namun perlu diperjelaskan dan diingatkan.. Bahawasanya perkara yang diharuskan ini boleh berubah menjadi haram dan ditegah oleh Islam.. Cuba kita mengambil satu contoh, Muamalat ataupun jualbeli, ianya diharuskan dan dibenarkan oleh Islam.. Malah jualbeli adalah amat digalakkan oleh Islam.. Tetapi, ianya menjadi haram apabila masuknya perkara-perkara yang diharamkan seperti wujudnya Unsur Riba’, adanya unsur penipuan dalam sukatan..


Begitu jugalah TEJA yang dianjurkan oleh Desasiswa Jaya ianya diharuskan dan benarkan oleh Islam.. Namun kita perlu melihat perkara apa yang diselitkan untuk memenuhi aktiviti yang dianjurkan.. Cuba ambil satu contoh, aktiviti sukan yang dijalankan.. Tiada syarat yang ditetapkan oleh penganjur supaya sesiapa yang menyertai wajib menutup aurat sekiranya dia Islam.. Di sana kita boleh melihat berapa ramai Peserta mahupun Penyokong yang tidak menutup aurat.. Sedangkan menutup aurat itu wajib kepada tiap mukallaf..

Ketika Aktiviti Teja di Café Jaya.. Ramai mereka yang bernama Muslim yang tidak menutup aurat.. Malah ada yang hanya hadir dengan berseluarkan Seluar tidur.. Ini merupakan gejala yang jelas bertentangan dengan Syara’.. Perkara ini boleh menyebabkan ianya menjadi haram dan ditegah oleh Islam kerana tiadanya batasan Islam..


Muslimin dan Muslimat,


Hairan.. Apakah tahap mentaliti Ummah Islam khususnya mahasiswa dan mahasiswi zaman ini begitu rendah dan cetek.. Seakan sama mereka yang mendapat pendidikan tinggi dengan mereka yang menganggur di jalanan.. Sekiranya, Di zaman Rasulullah s.a.w.. Pemuda di zaman Rsulullah s.a.w yakni Saidina Ali K.w.j.. Ketika berusia lapam tahun sudah memikirkan masalah Ummah.. Cuba renungkan sebagai mahasiswa dan mahasiswa.. Apakah kita pernah memikirkan keadaan Ummah sekarang?.. Pernahkan kita terfikir.. Apakah sumbangan Kita sebagai mahasiswa terhadap Ummah sekarang?.. Sekiranya kita lihat di zaman Tujuh Puluhan.. Ketika mana zaman mahasiswa menjadi pendokong kepada Ummah.. Tetapi, di zaman ini mahasiswa menjadi masalah kepada Ummah.. Semuanya kerana pemikiran kita disempitkan dan dicetekkan dengan hiburan yang seperti berada dalam aktiviti mahasiswa seperti TEJA..


Muslimin dan Muslimat,


Tidak dinafikan, TEJA juga menyediakan pengisian yang mendidik jiwa.. Seperti Muhadharah Jaya.. Ianya merupakan sesuatu yang amat diperlukan dan diinginkan.. Tapi, kita lihat esok ketika waktu kejadian.. Samada ianya menjadi aktiviti Jaya ataupun ianya dipenuhi oleh persatuan yang lain.. Musykil, mengapakah ketika Muhadharah Jaya ini.. Tidak adapun pembesar Jaya yang hadir semuanya terbang ke Sabah mengembara?.. Apakah ianya bukan suatu yang penting pada pandangan mereka?.. Apakah aktiviti yang dilakukan untuk menyemai kecintaan kepada Manusia yang bernama Muhammad s.a.w ini kurang penting?.. Sehinggakan ramai yang menuju ke Sabah.. Sedangkan Saidina Muhammad Ibnu Abdullah Rasulullah s.a.w ini merupaka manusia yang paling berjasa dalam kehidupan Ummah Islam.. Tanpa Rasulullah s.a.w siapakan Kita di sisi Allah s.w.t?..


Muslimin dan Muslimat yang dikasihi,


Sebagai akhirnya, tulisan ini bukanlah untuk menyalahkan mana-mana pihak mahupun menuduh siapakah yang bersalah.. Ianya Cuma peringatan dan persoalan yang perlu dijawab untuk menimbulkan kesedaran kepada Ummah Islam khususnya warga kampus.. Tak sepatutnya pemikiran seorang intelektual itu didiskriminasikan dengan hiburan yang melampau sehingga melupakan masalah Ummah..


Sewajarnya, pengisian TEJA itu perlu dilakukan seiring dengan perkembangan mahasiswa.. TEJA sewajarnya menjadi medan untuk mahasiswa melatih supaya menjadi pendokong kepada Ummah Islam.. Hiburan dan aktiviti Sukan.. Ianya dibenarkan oleh Islam.. Namun perlu dijaga batasan Islam dan tidak boleh bertentang dengan Islam..


Ramai yang akan menyatakan apa yang cuba diketengahkan ini merupak perkara biasa.. Namun, ingin ditegaskan bahawa ianya biasa di sisi manusia.. Tetapi, besar dosanya di sisi Islam.. Apakah kita tidak mempercayai Hari Kemudia?.. yakni Qiamat?..


Sekian, terima kasih..

Al Fakir Ila Allah..

Monday, February 23, 2009

*Cinta Fatimah Az Zahra' (Siri 4)


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Kisah Cinta kepada Sang Maha Kasih..


Sambungan,


Fatimah r.ha popular dengan gelaran al-Batul, kerana kesempurnaan kepasrahannya kepada Allah s.w.t.. Fatimah begitu teguh menjaga jarak hatinya daripada ketamakan dunia dengan segala kemegahan, dia sangat anti dengan kenikmatan dunia yang menipu, Fatimah enggan padakesenangan hidup, dia sangat waspada terhadap tipu daya dunia, dia sangat faham virus-virus kenikmatan dunia yang menyebabkan kesengsaraan di akhirat..

Fatimah dikenal anak zamannya dengan peribadi yang teguh menampakkan jiwa yang besar dan kemuliaan qana’ah, dalam menjalani hidup dan kehidupan.. Dia sentiasa mentradisikan kesabaran dalam menghadapi penyakit-penyakit kehidupan.. Dia menahan kesengsaraan yang membelit hidupnya dan bibirnya selalu basah dengan zikir kepada Allah s.w.t..

Fatimah selalu memfokuskan perhatiannya kepada kehidupan akhirat.. Dia tidak bersenang-senang dengan kemegahan dan kenikmatan serta keindahan dinua.. Fatimah faham benar dengan sabda ayahnya s.a.w “Barangsiapa yang memasuki paginya dengan penuh perhatian pada peliknya kehidupan dunianya semata.. Maka Allah s.w.t akan memporak=perandakan urusannya.. Barangsiapa yang memasuki paginya dengan penuh perhatian pada urusan akhiratnya, maka Allah s.w.t akan sampaikan seluruh cita-citanya, memelihara harta bendanya, memperkayakan hatinya dan mendatangkan sunia untuknya, meski tanpa dikehendakinya sekalipun”..

Fatimah juga pernah menyemak ujaran rasul s.a.w kepada suaminya : “Wahai Ali, Barangsiapa yang memperoleh tawaran dunia dan akhirat, lalu dia memilih akhirat dan meninggalkan dunia, maka baginya syurga, akan tetapi barangsiapa yang memilih dunia dan meremehkan akhirat, maka baginya neraka.” Fatimah r.ha juga sangat teguh mentradisikan etika moral ayahdanya al-Musthafah (rasul terpilih dan tersuci)..

Fatimah pernah mendengar ayahnya s.a.w menasihati : “Sesungguhnya Tuhanku pernah menawarkan kepadaku untuk menjadikan pasir-pasir kota Mekkah berubah menjadi emas buat diriku.. Aku menjawab: Tidak wahai Tuhanu. Aku memilih untuk lapar (berpuasa) satu hari dan kenyang (tidak berpuasa) satu hari yang lain.. Pada hari yang mana aku lapar, aku akan tunduk dan berdoa kepadamu.. Sedang hari di mana aku kenyang, aku akan memuji dan menyanjungMu.”

Daripada madrasah kenabian yang suci dan agung itulah Fatimah dewasa dengan peribadi yang sangat teguh menjaga jarak hatinya daripada ketamakan duniawi, tidak terpedaya oleh kesenangan dan kemegahan dunia yang menipu.. Fatimah juga memahami firman Allah s.w.t kepada nabi-Nya bernama Musa a.s: “Wahai Musa.. Tidaklah Aku ciptakan suatu makhluk yang lebih aku sukai daripada hambaKu yang beriman.. Aku mengujinya dengan kebaikan dan menghilangkan ujian daripadanya juga untuk kebaikannya.. Aku mengetahui apa yang baik bagi hambaKu.. Maka bersabarlah dengan ujianKu.. Bersyukurlah atas rahmatKu, dan redhalah atas Qadha’ ketentuanKu.. Aku menuliskannya dalam golongan-golongan yang benar disisiKu.. Apabila dia bekerja dengan redhaKu dan perintahKu.”

Fatimah adalah cerminan sifat-sifat ayahnya, seperti dermawan, suka member dan membantu mereka yang memerlukan pertolongan.. Fatimah pernah mendengar ayahnya s.a.w bersabda” “Kedermawanan adalah satu daripada pohon-pohon syurga. Dahan-dahannya menjulur ke bumi.. Barang siapa yang mengambilnya satu dahan daripadanya, maka dahan itu akan membawanya ke syurga.” Riwayat Imam Al Baihaqi..

Fatimah juga mendengar ayahnya s.a.w bercerita: “Orang yang dermawan adalah orang yang dekat dengan Allah s.w.t.. Dekat dengan manusia, dekat dengan syurga dan jauh dari neraka.. Sungguh sifat Allah Azza Wa Jalla adalah Maha Pemurah dan mencintai orang yang bersifat pemurah.” Dalam riwayat lain menceritakan. Fatimah berkata: “Ayahku Rasulullah s.a.w pernah berkata kepadaku: “Berhati-hatilah kemu daripada sifat kikir, kerana ia adalah penyakit yang tidak terdapat dalam diri orang-orang yang mulia.. Berhati-hatilah kau daripada sifat kikir, kerana ia adalah sebatang pohon neraka dan dahan-dahannya ada di b=dunia.. Barangsiapa yang bergantung pada salah satu daripada dahannya, maka Dia akan memasukkannya ke dalam api neraka.” Sifat dermawan adalah sebatang pohon yang ada di syurga dan dahan-dahannya ada di dunia.. Barangsiapa yang bergantung pada salah satu dahannya, maka dia akan Dia akan memasukkannya ke dalam syurgaNya.”

Bersambung..


Kitab Kisah Cinta Dalam Al Quran..
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Majadhi El Hamadi..

Tuesday, February 17, 2009

*Akidah Muslimin..




Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Soalan dan Jawapan Akidah Islamiah..


>Apakah Makna Tauhid?..


Mengesakan al Qadim daripada al Muhdath seperti yang dinyatakan oleh al Imam Junaid r.a..
Makna al Qadim ialah Allah s.w.t yang tiada permulaan baginya dan al Muhdath ialah makhluk..

Firman Allah s.w.t dalam Surah al Syuura ayat 11.. “Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, Sifat-sifatNya, dan pentidbiranNya.)..

Di dalam Hadith : Rasulullah s.a.w ditanya di dalam riwayat soheh al Imam Bukhari r.a “Apakah amalan yang paling afdhal?.. Maka Baginda s.a.w bersabda : Beriman dengan Allah s.w.t dan RasulNya”..

>Jelaskan kewujudan Allah s.w.t?..

Allah s.w.t itu wujud tanpa disangsikan lagi kewujudanNya.. Dia wujud tanpa sebarang kaifiat, tempat, arah dan tidak menyerupai sesuatu daripada makhlukNya dan makhlukNya tidak menyerupai sesuatu daripadaNya..

Allah s.w.t berfirman mengingatkan hambaNya di dalam Surah Ibrahim ayat 10 “Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang kewujudan Allah s.w.t”..

Di dalam Hadith Soheh riwayat Imam Bukhari r.a “Allah s.w.t itu wujud tanpa ada sesuatupun selainNya”..

>Apakah makna Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Hadid ayat 4?.. “Dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada”..

Maknanya ialah Ilmu dan pengatahuan Allah s.w.t sentiasa bersama mereka yakni hambaNya.. Demikianlah yang telah dinyatakan al Thauri r.a, al Syafi’I r.a, Ahmad r.a, Malik r.a dan selain mereka r.hum..

Allah berfirman di dalam Surah Al Thalaq ayat 12 “Dan sesungguhnya Allah s.w.t telah meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu”..

Di dalam Hadith Soheh riwayat al Bukhari r.a “ Hendaklah kalian merendahkan (memperlahankan suara) kalian kerana kalian tidak berdoa kepada Zat yang pekak ataupun jauh.. Sesungguhnya kalian berdoa kepada Yang Maha Mendengar Lagi Maha Hampir”..

Maknanya tiada sesuatupun terselindung daripada pengatahuan Allah s.w.t

>Apakah dosa yang paling besar?..

Dosa yang paling besar ialah kufur dan di antara perkara yang menyebabkan kufur ialah syirik.. Syirik bermakna menyembah yang lain daripada Allah s.w.t..


Allah s.w.t berfirman menceritakan tentang Luqman menasihati anaknya..
“Wahai anak kesayanganku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah s.w.t (dengan sesuatu yang lain) sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”.. Surah Luqman ayat 13

Di dalam suatu Hadith Soheh riwayat Imam Bukhari r.a Nabi Muhammad s.a.w ditanya “Apakah dosa yang paling besar?”.. Baginda s.a.w pun bersabda “ Engkau menjadikan Allah s.w.t lawan atau sekutu, sedangkan Dialah yang menciptakan kamu”..


Sekian, Terima Kasih..

Terjemahan : Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al Maliki r.a..

Ahli Jawatankuasa Mufti Kerajaan Negeri Sembilan..

Diperakui oleh Fakulti Usuluddin Universiti Al Azhar, Mesir..

Monday, February 16, 2009

*Cinta Fatimah Az Zahra' (Siri 3)

KASIHNYA FATIMAH AZ ZAHRA' PADA ANAKNYA HASSAN DAN HUSSEIN..


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..





Kisah Cinta kepada Sang Maha Kasih..



Sambungan,





Fatimah Az Zahra’ tidak pernah memiliki angan-angan panjang dalam menjalani hidup dan kehidupannya.. Dia hidup realiti, penuh dengan sifat-sifat mulia, Qana’ah (merasa cukup dengan pemberian Allah s.w.t meskipun sedikit), tidak tamak dan merasa bersyukur daripada keadaan yang dihadapinya.. Dia yakin ketamakan akan mengacaukan hati dan mengeruhkan jiwa serta meporak-perandakan urusan.. Dia berpegang dengan apa yang didengarnya daripada ayahdanya s.a.w yang bersabda “Berbahagialah orang yang beroleh petunjuk ke dalam Islam dan hidup sederhana serta qana’ah dalam menjalani kehidupan”..

Fatimah juga mengabdikan setiap pesanan ayahnya s.a.w di dalam kalbu “Wahai ummah manusia! Berlakulah dengan baik dalam usaha-usaha kalian.. Kerana tidaklah seorang hamba memperoleh sesuatu melainkan apa yang telah ditetapkan baginya di dunia.. Seseorang yang tidak pergi dari dunia ini sebelum datang apa yang telah ditetapkan baginya”.. Rasulullah s.a.w selalu mengajar Fatimah untu sentiasa sabar daripada kepahitan-kepahitan hidup dunia, agar kelak dapat memperoleh kebahagiaan..

Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda “Wahai Fatimah, bersabarlah atas pahit dan getir kehidupan di dunia ini , supaya engkau memperleh kenikmatan abadi di akhirat..” Fatimah r.ha memiliki jiwa yang kuat dan kesabaran yang tinggi dalam menjalani kehidupannya yang susah.. Dia menjalani segala belitan hidup yang menghimpit dengan sifat qana’ah.. Dia selalu memuji Allah s.w.t, atas kehidupan itu.. Dia senang dengan keadaannya dan rela pada kehidupannya..

Rasulullah s.a.w membacakan wahyu yang diturunkan kepada Fatimah di dalam Surah at Taubah ayat 85 “Janganlah kau jadikan harta benda dan anak-anak (mereka) sebagai sesuat yang menakjubkan dirimu”..

Juga Firman Allah s.a.w di dalam Surah Taha ayat 131 “Dan jangan sekali-kali kamu menunjukkan pandanganmu kepada kenikmatan hidupa yang telah kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka sebagai bunga kehidupan dunia”..

Fatimah r.ha sangat rela atas realiti hidupnya yang sederhana itu walau dirinya kecintaan Rasulullah s.a.w.. Dia sabar di atas setiap kesulitan hidup dan puas terhadap barang yang halal yang dimilikinya walaupun sedikit.. Itulah sebabnya, kenapa dia menjadi manusia yang redha kepada Allah s.w.t dan diredhai oleh Allah s.w.t.. Az Zahra’ tidak masyghul (memperhatikan) sesuatu milik orang lain dan tidak mengankat pandanganya pada sesuatu yang bukan haknya.. Dia tidak menginginkan hak oran glain dan tidak meminta kecuali kepada Allah s.w.t.. Dia berjiwa besar an rela terhadap keadaannya..

Ayahnya s.a.w pernah bersabda “Kaya bukan dengan banyaknya harta, Jiwa besar itulah sebenarnya kekayaan”.. Fatimah r.ha juga mendengar nasihat ayahnya s.a.w yang ditujukan kepada seorang badwi “Jika engkau solat, solatlah seperti solat nya orang yang mengucapkan salam perpisahan.. Jangnalah engkau berbicara sesuatu yang mendatangkan penyesalan di kemudiaan hari.. Janganlah menginginkan sesuatu yang telah menjadi milik orang lain.. Sebab tidak menginginkan apa yang menjadi milik orang lain.. itulah sebenarnya erti kaya dalam erti yang sesungguhnya”..

Fatimah r.ha juga sentiasa mengingati nasihat suaminya.. Saidina Ali K.w.j berkata “Hendaklah kau memiliki harapan dalam menjalani kehidupan ini.. Akan tetapi jangan kau muarakan harapanmu pada manusia.. Sebab harapanmu pada manusia hanya membuatmu kepada para manusia hanya bercerita kata manis dan sifat kepura-puraan.. Sedang ketidakperluanmu kepada mereka akan menjadikan harga dirimu terpelihara serta kemuliaanmu kekal abadi”..



Bersambung..





Kitab Kisah Cinta Dalam Al Quran..


Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Majadhi El Hamadi..

Thursday, February 12, 2009

*Istiqamah.. Sesuatu yang berat.. Tetapi, perlu diraih..

SUKARNYA UNTUK DIRIKU ISTIQAMAH.. WAHAI TUHAN! BANTULAH DIRIKU..

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Segala puji bagi Allah s.w.t yang mengizinkan semua perjalanan kehidupan manusia mengikut kehendaknya.. Agungnya Kekuasaannya ke atas setiap apa yang berada di langit, di bumi dan apa yang berada di antara keduanya.. Semuanya mengikut Iradah yakni kemahuan dan Qudrat yakni kekuatan Allah s.w.t..


Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Baqarah ayat 117..


“Allah s.w.t jugalah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya, “Jadilah engkau!” Lalu menjadilah ia.”..


Muslimin dan Muslimat yang dikasihi,


Agungnya Rahmat Allah s.w.t kepada semua makhluk ciptaanNya dapat kita perhatikan dengan hadirnya Insan bernama Muhammad Bin Abdullah s.a.w.. Hadirnya insan agung ini ke dunia.. Telah mengubah alam daripada suasana kelam kepada alam yang disinari Cahaya Jalan Yang Lurus..


Sesungguhnya banyak qudwah hasanah yang telah digarap oleh Rasulullah s.a.w agar ianya menjadi ikutan kepada sekelian Ummah.. Bermulanya daripada Zaman Sahabat r.hum sehinggalah Qiamat melanda Alam ini.. Semuanya adalah untuk menjadi panduan kepada semua manusia..


Begitulah juga sikap istiqamah yang amat ditekankan oleh Rasulullah s.a.w.. Baginda s.a.w amat membimbangi akan sikap istiqamah ini tidak dapat diterapkan oleh Ummahnya dalam kehidupan.. Terutamanya istiqamah dalam melakukan amal kebajikan dan amal soleh.. Baginda s.a.w merupakan seorang insan yang amat istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara.. Sebagai contoh, sering kali kita mendengar bahawa Rasulullah s.a.w akan sentiasa beristigfar memohon keampunan 100 kali setiap hari.. Sedangkan Baginda s.a.w seorang yang maksum..


Muslimin dan Muslimat,


Ketahuilah sebenarnya, Berat untuk istiqamah dalam sesuatu perkara hasanah.. Sehinggakan beruban rambut Rasulullah s.a.w kerana terkesan dengan Firman Allah s.w.t di dalam Surah Huud ayat 112.. Para sahabat r.hum bertanya kepada Baginda Muhammad s.a.w " ayat yang manakah yang menyebabkan beruban rambutMu. Wahai Rasulullah s.a.w”.. Maka Rasulullah s.a.w membaca ayat 112 Surah Huud


"Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan."


Takut dan bimbangnya Rasulullah s.a.w kepada Ummahnya kerana Baginda s.a.w amat mengkhuatiri sukarnya untuk ummahNya istiqamah dalam amal soleh.. Sehingga terkesan di zahir Baginda s.a.w.. Ini menunjukkan betapa kasih dan cintanya Rasulullah s.a.w.. Sehinggakan baginda s.a.w bersabda " sebaik-baik amalan adalah berterusan sekalipun sedikit." pun Aisyah r.ha juga ada menceritakan " adalah amalan-amalan Baginda s.a.w itu adalah berterusan." yakni istiqamah..

Cuba kita renungi diri kita Bagaimana keadaan Kita kini?.. Apakah benar apa yang dibimbangi Rasulullah s.a.w ini berlaku pada diri kita?.. Mudahkah untuk kita istiqamah dalam melakukan Amal Kebajikan dan Amal soleh?.. Mudahkah untuk kita sentiasa bersolat Jemaah setiap waktu?.. Mudahkah kita untuk sentiasa melakukan kebaikan selamanya.. Mudahkan untuk sentiasa kita menjauhi perkara sia-sia dalam kehidupan kita?.. Mudahkan untuk kita sentiasa berkata di atas dasar kebenaran tanpa sebarang tipuan dalam kalam yang dilafazkan?..


Muslimin dan Muslimat,


Ketahuilah, masalah utama Ummah di zaman ini adalah ibadah mereka bermusim dan mengikut keadaan.. Perkara inilah yang amat dibimbangi Rasulullah s.a.w.. Kita hari ini hanya memenuhi Masjid ketika Awal Ramadhan.. Kita hanya membanyakkan bacaan Al Quran ketika Ramadhan.. Kita hanya bersedekah ketika mana melihat ramai manusia bersedekah.. Kita hanya memboikot barangan Yahudi Laknatullah ketika mana Musimnya.. Kita tidak istiqamah dalam kelakukan sesuatu perkara.. Kerana itulah Ummah di zaman ini lemah, ditindas dan dihina oleh Golongan Kuffar..


Cuba kita melihat contoh Ulama silam, Bagaimana kehidupan mereka begitu beristiqamah dalam melaksanakan sesuatu perkara.. Kerana mereka mengatahui bahawa istiqamah yang besar adalah mengikut Al Quran dan as Sunnah..


Al Imam Suffian as sauri r.a (amirul mukminin al hadith).. Pernah suatu hari beliau r.a sentiasa menangis tanpa berhenti.. Sehingga dia dipujuk oleh jirannya agar berhenti menangis.. Lantas beliau r.a berkata “bagaimana aku boleh berhenti menangis.. sedangkan adakah kamu tahu aku akan mati dalah keadaan penghujung kehidupan yang baik..? ”.. Beliau r.a tidak mengetahui apakah mampu dirinya istiqamah dalam amal ibadah dan kebajikan sehingga di hujung hayatnya..


Berapa banyak contoh ulama besar yang mereka tidak pernah berasa aman daripada kemaksiatan dan kejahatan kerana beratnya untuk istiqamah dalam amalan soleh.. Cuba kenali diri kita.. Adakah kita seperti mereka yang dikasi Allah s.w.t.. Pernahkah kita berfikir akan keadaan diri kita?..


Seorang wali Allah s.w.t dapat karamah dengan berjalan di atas air dan ada dikalangan mereka yang dapat terbang diangkasa.. Manusia yang melihat merasakan hebatnya karamah itu.. Tetapi wali itu menyatakan tiada besarnya kelebihan itu.. Kerana apa?.. Kerana bagi mereka, itik juga dapat berjalan di atas air dan burung dapat terbang di langit.. dan Beliau berkata sebaik-baik karamah adalah dapat istiqamah dengan al quran dan hadith..


Muslimin dan Muslimat yang insyaAllah dirahmati,


Sebagai akhirnya, Marilah bersama-sama kita berusaha untuk sentiasa istiqamah dalam melaksanakan segala perintah dan larangan Allah s.w.t.. Ketahuilah, istiqamah terhadap al quran dan as sunnah adalah lebih besar nikmatnya daripada karamah yang dapat dilihat pacaindera.. Berbahagialah mereka yang dapat sentiasa Istiqamah di Jalan Allah s.w.t.. kerana inilah antara kunci berjayanya seseorang yang beriman..


Sekian, terima kasih..


Al Faqir Ila Allah..

Wednesday, February 11, 2009

*Mengapa Tidak Mengahayati Al Quran?..


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Menghayati Makna Al Quran.. (Tadabbur)

Dr. ‘Aid Bin Abdullah Al Qarni (penulis La Tahzan) menyebutkan dalam Kitabnya Sejenak Bersama Hidangan Al Quran.. Sesungguhnya seseorang tidak dianggap membaca jika tidak menghayati (tadabbur) apa yang dibacanya..

Kerana apa?..

Mari kita melihat persekitaran kita sahaja.. Ramai dari Kalangan Ummah Islam membaca Al Quran.. Tetapi, kesannya tidak terzahir ke dalam kehidupan.. Perjalanan usianya tidak langsung seiring dengan kalam yang sering dialunkan di bibirnya..

kerana itulah,

Tadabbur ini merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia.. Ianya akan melahirkan iman, menanamkan keikhlasan dalam kalbu dan memberikan pelajaran kepada manusia tentang ketauhidan.. Keyakinan dan keutuhan seseorang itu kepada Allah s.w.t akan semakin bertambah cantik sekiranya menghayati setiap kalam Allah s.a.w..

Tidaklah Al Quran itu diturunkan melainkan untuk dihayati setiap bait-bait maknanya.. Kefahaman yang utuh akan menjadikan sseorang itu bertambah teguh keimanannya kepada Allah s.w.t.. Dia mengetahui apa yang diperintahkan Allah s.w.t dan apa yang ditegah olehNya..

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah s.w.t,

Jika ketika kita bersolat jema’ah.. Apabila seorang imam membaca Al Quran, maka bertanyalah pada diri sendiri:

Siapakah yang telah menurunkan Al Quran?..
Apakah yang diinginkan olehNya dengan Al Quran ini?..
Dan apa seharusnya kita lakukan pada waktu membaca atau mendengar Al Quran?..

Allah s.w.t berfirman menerusi Surah Shaad ayat 29

“Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.”

Muslimin dan Muslimat,

Para Ulama’ ada menyebutkan beberapa contoh manusia yang hayatnya hanya dilimpahi dengan bertadabbur Al Quran.. Dahulu ada seorang wanita solehah yang pekerjaannya hanya membaca (bertadabbur) selama 17 tahun.. Begitu juga terdapat kisah yang menyebutkan sebahagian hamba-hamba Allah s.w.t yang hanya mengkhatamkan Al Quran sekali sahaja sepanjang hayatnya (bertadabbur)..

Tidak hairanlah mengapa para sahabat r.hum tidak mempelajari dari Rasulullah s.a.w melebihi 10 ayat dan tidak lebih dari itu, melainkan setelah mereka memahami maknanya dan mengamalkan isinya.. Mereka berkata “Maka kami mempelajari Ilmu dan mengamalkannya sekaligus”..

Di dalam riwayat hidup Abu Bakar As Siddiq r.a bahawa dia memiliki sebuah mushhaf Al Quran yang digantungkan di rumahnya.. Setiap kali memasuki rumahnya, Abu Bakar r.a mengambil mushhafnya untuk dibaca, dihayati kemudiannya diamalkan.. Kerana itulah, Abu Bakar r.a bagaikan “mushhaf yang berjalan”.. Kehidupannya sepenuhnya dihiasi dengan peribadi yang terkandung di dalam Al Quran..

Muslimin dan Muslimat yang dikasihi,

Tidaklah Al Quran itu diturunkan agar dibacakan hanya kepada manusia yang telah mati, untuk dibacakan di dalam mana-mana majlis, serta bukan ditulis dan dijadikan azimat atau benda keramat kemudiannya digantungkan dileher.. Dipertandingkan bacaannya sahaja..

Ketahuilah, Al Quran itu lebih besar peranannya.. Al Quran itu kitab Aqidah, kitab keimanan, dan kitab yang membicarakan politik, mu’amalat, akhlak, perilaku malah sains dan teknologi..

Al Quran berbicara kepada kita tentang tauhid, kemudiannya beralih kepada pembicaraan solat.. Selesai membahaskannya, Al Quran dihiasi dengan pembicaraan tentang hari Qiamat, kemudiannya berpindah ke persoalan Jihad dan begitu juga proses penciptaan alam yang mulanya bermula dengan satu kemudiannya berpecah kepada langita dan bumi, proses kejadian manusia dan sebagainya, ketahuilah Al Quran ini diturunkan oleh Yang Maha Mengatahui segala rahsia langit dan bumi.. Allah s.w.t mengatahui apa keperluan manusia kerana Allah s.w.t lah yang menciptakan manusia..

Muslimin dan Muslimat,

Sebagai akhirnya, pesanan kepada penulis dan kepada pembaca, hendaklah membaca Al Quran dan berhenti pada setiap penggal ayat untuk merenungkan maknanya.. jika didapati akan seruan perintah, maka hendaklah melaksanakan perintah itu, jika mendapati akan ayat larangan, mqkq hendaklah tidak melanggarnya, dan jika mendapati ayat pengkhabaran seperti Alam Ghaib, maka hendaklah menyakini kebenarannya..

Allah Maha Mengatahui..

Sekian, terima kasih..

Al Faqir Ila Allah..

Sumber : Kitab Sejenak Menghayati Hidangan Al Quran
Dr ‘Aid bin Abdullah Al Qarni.. Penterjemah : Abdul Halim Shalih.. Editor tambahan : Blogger..

Sunday, February 8, 2009

*Cinta Fatimah Az Zahra’ (Siri 2)

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Kisah Cinta kepada Sang Maha Kasih..

Sambungan,

Ketika menginjak usia dewasa, Fatimah memberi tauladan kepada para gadis beriman dalam memilih calon pendamping hidup, hendaknya mementingkan iman dan akhlak lelaki yang akan menyuntingnya, bukan kekayaan.. Fatimah telah memilih jiwa yang terbungkus tubuh Ali r.a k.w.j.. bukan harta yang dibawa oleh kedua tangannya.. Fatimah mementingkan jiwa dan iman jejaka yang akan menjadi pendamping hidupnya bukannya kekayaan yang memayungi langit kehidupan suaminya..

Fatimah az Zahra’ adalah wanita yang berakhlak luhur, terpuji, berjiwa mulia, bijak, cerdas, murah hati, dermawan, lapang dada, tabah, berani dan tidak angkuh serta sombong.. Imam Ahmad Ibn Hambal r.a meriwayatkan suatu kisah peribadi luhur Puteri kesayangan Rasulullah s.a.w ini walaupun dalam kehidupannya yang serba kekurangan : Suatu hari Fatimah datang menemui Rasulullah s.a.w untuk mengharapkan bantuan daripada Rasulullah s.a.w.. Baginda s.a.w bertanyakan kepadanya, “Ada apa engkau menemuiku, wahai puteriku?”.. Fatimah menjawab: “Aku datang untuk meyampaikan salam kepada ayah. Dia malu untuk mengajukan permintaan kepada Nabi s.a.w walau dalam keadaannya kesempitan, lalu kembali ke rumahnya..

Sampai di rumah, Ali bertanyakan kepada Fatimah. “Ada yang telah engkau pinta kepada ayah kita?”.. Fatimah menjawab : “Aku malu untuk meminta sesuatu kepada baginda s.a.w”.. Ali lantas mengajak Fatimah menghadap Rasulullah s.a.w.. Di hadapan Baginda s.a.w, Ali r.a berkata “Wahai utusan Allah, aku selalu mengambil air dan membawa sendiri sehingga punggungku sakit”.. Fatimah r.ha juga bercerita kepada Rasulullah s.a.w “Aku mengadunkan tepung dan membakar roti sendiri sehingga kedua tanganku melepuh. Kami mohon supaya ayah memberikan kepada kami seorang pembantu”..

Rasulullah s.a.w menjawab : “Demi Allah s.w.t, aku tidak akan memberi kalian seorang pebantu. Aku tidak mungkin membiarkan ahli suffah (penghuni lorong masjid) kelaparan.” Aku memang akan menjualkan harta rampasan dan tawanan perang itu, akan tetapi hasilnya akan aku berikan kepada ahli suffah..

Rasulullah s.a.w lau berkata: “Wahai Ali dan Fatimah! Lantunkanlah puji sanjung (tahmid) kepada Allah s.w.t sepuluh kali, bertasbihlah sepuluh kali, bertakbirlah sepuluh kali..” (Musnad Ahmad, Hadith no.797) Fatimah dan Ali kemudian pamit kepada Nabi s.a.w untuk kembali ke kediaman mereka tana memperoleh seorang pembantu.. Fatimah menerima ketentuan dengan hati yang lapang dan jiwa yang jernih tanpa sedikit keresahan walaupun dalam keadaan kesulitan hidup.. Sedangkan beliau merupakan anak kesayangan Rasulullah s.a.w..

Fatimah r.ha memiliki karektor yang terpuji berupa kesabaran, belas kasihan, kelapangan dada, ketenangan, kewibawaan, cerdas dan selali memelihara kesucian diri.. Sebelum Rasulullah s.a.w wafat.. Fatimah hidup dengan curaham kemuliaan, hidup bahagia, wajah berseri dan selalu tersenyum.. Tebaran senyumannya tidak pernah hilang kecuali selepas kewafatan ayahnya.. Lidahnya tidak bergerak kecuali untuk menyatakan kebenaran.. Fatimah r,ha tidak berbicara kecuali untuk sesuatu yang benar.. Dia tidak pernah menyebut seseorang dengan kejelekan..

Dia tidak pernah mengumpat dan mencela.. Dia selalu menjaga rahsia, memberi nasihat yang benar serta mahu menerima pendapat.. Dia mengampuni kejahatan dan memaafkan kesalahan.. Dia membalas kejahatan dengan membalas kelembutan dan maaf.. Dia tidak menerima derma dan sukakan kebaikan.. Fatimah r.ha adalah wanita yang dapat dipercayai dan bias menyimpan rahsia.. Dia tidak merelakan dirinya menyebarkan rahsia orang lain atau mencampuri urusan yang bukan urusannya.. Dia mengaminkan sabda ayahnya s.a.w “Berbahagialah hamba-hamba yang tidak diperhatikan orang.. Allah s.w.t mengenali mereka, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengatahui jati diri mereka.. Mereka adalah pelita hidayah dan sumber ilmu pengatahuan.. Kepada mereka tampak setiap fitnah orang-orang zalim.. Mereka adalah orang-orang yang mampu menyimpan rahsia dan tidak berperangai kasar (bengis)..

Fatimah r.ha adalah wanita yang berada di puncak kesucian diri dan kejujuran.. Dia manusia yang tak ternoda dan solehah.. hawa nafsunya tidak dapat mengalahkan dirinya.. Fatimah r.ha bahkan mampu menggapai maqam kesucian yang tinggi dan kesolehan tertinggi.. Fatimah r.ha termasuk insan yang difirmankan Allah s.w.t di dalam Al Quran Surah Al Ahzab ayat 33.. “Sesungguhnya Allah s.w.t hendak menghilang kan daripada dosa-dosa Ahlu Bait dan mensucikannya dengan sesuci-sucinya”..


Bersambung..



Kitab Kisah Cinta Dalam Al Quran..
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Majadhi El Hamadi..

Thursday, February 5, 2009

*Tips mudah menghafal Al Quran..


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Menghafal Al Quran?..

Bagaimana menghafal Al Quran?.. Apakah cara-cara yang dapat membantu menghafal?..


Berkata Dr. ‘Aidh Bin Abdullah Al Qarni..


Antara kaedah yang dapat dipaktikkan bagi orang yang memikirkannya adalah seperti berikut:


Pertama : Ikhlas.. Hal ini berdasarkan Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Bayyinah ayat 5.. “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.”


Dan di dalam Surah Az Zumar ayat 3..


“Ingatlah, hanya kepunyaan Allahlah agama yang bersih (dari syirik)..”


Niat yang ikhlas mutlaq diperlukan dalam menghafal Al Quran.. Motivasi terbesar dalam menghafal Al Quran adalah ketaatan pada Allah s.w.t dan mengharap rahmat daripada Allah s.w.t.. Dengan demikian Allah s.w.t akan member kemudahan kepada anda dalam menghafal..
Jangan sampai keinginan memdapat upah duniawi yang amat sedikit menjadi tujuan anda, atau sekadar menghafal bahan pelajaran untuk persediaan ujian, sehingga dalam waktu yang singkat akan terlupa..


Niat yang buruk dalam menghafal Al Qurana banyak sekali caranya..


• Tujuan mencari nafkah..

• Mendapat gelaran Qari..

• Agar manusia terpesona oleh keindahan suara dan tilawahnya..

• Agar mendapat nama baik dan populariti..

• Kemaslahatan sesaat seperti menghafal untuk kepentingan duniawi seperti ujian..

Sesiapa yang sungguh-sungguh memiliki keinginan untuk menghafal, maka sebaiknya terlebih dahulu membersihkan hatinya daripada unsur-unsur yang menjadi penghalang..


Kedua : Mengosongkan diri dari hal-hal yang mengganggu fikiran, kerana Al Quran tidak akan menjadi kukuh dalam fikiran yang kacau bilau dan sibuknya perhatiannya kepada hal lain.. Diperlukan konsentrasi dalam menghafal dan dijadikan kegiatan menghafal sebagai pekerjaan terbesar, dengan demikian hafalan akan mudah dan lancar..


Ketiga : Memperbanyakkan istigfar.. Nabi Muhammad Rasulallah s.a.w menunjukkan contoh tauladan kepada Ummah Islam.. Walaupun Rasulallah s.a.w seorang yang maksum.. Tetapi, Rasulallah s.a.w tetap membersihkan jiwa nuraninya dengan beristigraf seratus kali sekali.. Tujuannya, untuk pembersihan hati daripada segala kekotoran..


Jadi, Istigfar dapat membuka yang tertutup.. Dan dengan istigfar, maka hafalan akan mudah bertambah dan melekat dalam fikiran..


Keempat : Mengulang-ulang hafalan,


Rasulallah s.a.w telah bersabda di dalam satu Hadith Soheh riwayat Imam Bukhari dan Muslim “Jagalah Al Quran, demi Dzat yang jiwaku ada di tanganNya, sungguh ia (hafalan Al Quran) lebih mudah terlepas daripada unta yang ditambat..


Ini adalah hikmah dari Allah s.w.t bahawa Al Quran tidak akan bertahan kukuh melainkan dalam dada yang hidup bersama Al Quran dan menjaganya.. Kalau tidak dijaga hafalanNya, maka hafalannya Al Quran akan mudah hilang..

Kelima : Hafalan sedikit (ayat) sahaja setiap hari, kerana jika engkau memperbanyakkan hafalan setiap hari maka engkau akan berasa bosan dan payah..


Jadi, pada setiap harinya hafalkan beberapa ayat sahaja, jaga hafalan tersebut, jadikan ianya sebagai zikir dan bacalah ia setiap kali selesai solat.. Kemudian bacalah tafsirnya agar engkau mudah memahami dan menghafal Al Quran sebagaimana apa yang diperkatakan oleh para sahabat..


Keenam : Pilihlah waktu yang tepat untuk menghafal, di antaranya setelah solat Subuh hingga datangnya waktu untuk bekerja atau belajar..


Ketujuh : Hendaklah hafalan itu dilakukan dengan bersandarkan pada satu jenis mushhaf dan tidak diganti-ganti dengan mushhaf yang lain.. Hal ini untuk memudahkan dalam menginga dan fikiran kita dengan mudah dapat mengingati apa yang dilihat oleh mata..


Kelapan : Mendengar bacaan Al Quran melalui pita suara dengan mengulang-ulangkan ayat yang sedang dihafal, khususnya bacaan qari’ yang bersuara bagus..


Kesembilan : memahami makna ayat yang sedang dihafalkan, sebab mengetahui makna ayat akan memudahkan hafalan. Ini dapat dilakukan melalui buku-buku tafsir, sekaligus berusaha memahami kata-kata yang pelik..


Kesepuluh : Menggunakan ayat yang telah dihafal untuk bacaan dalam solat..


Kesebelas : Mengulangi bacaan hafalan dengan memperdengarkan pada teman atau isteri untuk menguji kemampuan hafalan anda.. Sebab menghafal seorang diri belum dapat memastikan kualiti hafalannya..


Semoga Allah s.w.t memberikan kemudahan bagi saya dan bagi kalian dalam menghafal Al Quran, agar kiea mencapai darjat yang tinggi di hari pertemuan dengan Allah s.w.t..

Sekian, terima Kasih..

Al Faqir Ila Allah..


Kitab Sejenak Menikmati Hidangan Al Quran..

Dr. 'Aid Abdullah Al Qarni..

Note : Sedikit perubahan stuktur ayat dari penulis..

Sunday, February 1, 2009

*Cinta Fatimah Az Zahra’ (Siri 1)


Fatimah Az Zahra' tauladan sepanjang zaman.. Agungnya Kasih pada Muhammad s.a.w


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Kisah Cinta kepada Sang Maha Kasih..

Fatimah Az Zahra’ adalah puteri terkasih Rasulullah s.a.w.. Lahirnya beberapa saat sebelum Rasulullah s.a.w diangkat menjadi pesuruh Allah.. Garis takdir Fatimah telah digariskan hidup dan dibesarkan di dalam naungan Madrasah Nubuwwah.. Fatimah lahir dan membesar seiring dengan kebesaran dakwah dan membesar seiring penyebaran Islam.. Fatimah diasuh oleh lelaki paling sempurna dan wanita sempurna.. Fatimah menjadi saksi hidup perjuangan ayahnya dalam menyiarkan agama Islam.. Fatimah melihat, mendengar, merasakan setiap derap langkah dakwah ayahnya..


Semua penistaan terhadap Rasulullah s.a.w disaksikan Fatimah dengan mata kasarnya, Fatimah merasakan kepedihan yang dialami ayahnya, dan amat menyesali kaumnya yang melakukan keburukan pada ayahnya.. Dia berusaha membantu ayahnya dengan memperbodohkan logik fikir mereka yang tidak mahu menerima seruan ayahnya, serta berkata putera puteri para musyrik yang tidak menerima seruan dakwah ayahnya dengan mengatakan bapa-bapa mereka sesat dan menyesatkan.. Fatimah mengejek-ngejak berhala yang menjadi sembahan mereka..


Tekanan yang dialami Rasulullah s.a.w bukan sahaja secara mental.. Tetapi, Para kafir Quraisy menghalang kehidupan Rasulullah s.a.w dan Ummah Islam.. Kehidupan Fatimah menjadi terasing serta dia merasakan kepahitan dan kegetiran hidup yang menerpa diri ayahnya dan Ummah Islam.. Fatimah merasakan tekanan itu secara peribadi, baik melalui perkataan mahupun perbuatan.. Fatimah melihat, merasakan dan menyentuh semua kegetiran tentangan Kaum Qurasiy terhadap perjuangan sang ayah dalam menegakkan kalimah Allah s.w.t..


Semua duka nestapa perjuangan Rasulullah s.a.w begitu terpateri di kalbu dan benak Fatimah, mengalir dalam memori rasa dan ingatannya.. Fatimah juga ikut menyingkirkan noda kotoran perjuangan yang menyakitkan ayahnya, terkadang melalui kedua tangannya atau dengan linangan air matanya..


Sebuah riwayat menceritakan : Suatu ketika Solatnya Rasulullah s.a.w di Kaabah.. Sebahagian musyrik duduk-duduk di samping tempat solat Rasulullah s.a.w.. Salah seorang daripada kafir Quraisy mendatangi Baginda s.a.w dan dengan bongkaknya melempar dengan kotoran unta.. Rasulullah s.a.w tetap teguh melaksanakan ibadahnya, hingga dapat Fatimah lalu menyinkirkan kotoran itu daripada Rasulullah s.a.w.. Dalam riwayat yang lain, pernah suatu hari Ummu Jamil isteri Abu Lahab melempar kotoran-kotoran dan najis di depan rumah Baginda s.a.w.. Fatimah membantu Rasulullah s.a.w menyingkirkan kotoran –kotoran itu dengan tenang dan sabar..


Fatimah berusaha membersihkan kotoran-kotoran yang dilemparka Ummu Jamil sehingga bersih semula.. Di lain harinya, Ummu Jamil si kafr jahat itu bersua dengan Rasulullah s.a.w lalu melemparkan tanah keras ke kepala Rasulullah s.a.w, Baginda s.a.w tidak membalasnya, Baginda s.a.w pulang ke rumah dengan kepala yang berdarah.. Melihat sang ayah pulang dengan pendarahan di kepala, Fatimah tidak tahan daripada mengalir air matanya, dia segera membersihkan darah yang bercampur darah di kepala ayahnya sambil menangis kepiluan yang teramat dalam..


Ayah mana yang tidak merasa hiba melihat mengalir air mata anak tercinta lantaran kehibaan.. Maka, tatkala Rasulullah s.a.w melihat linangan air mata puterinya di pipi, baginda s.a.w mendakap sang puteri dan menasihatinya untuk tabah dan menghiburkannya dengan untaian kata-kata yang menyejukkan hati sang puteri.. “Janganlah menangis wahai puteriku.. Kerana Allah s.w.t melindungi ayahmu..”


Pergolakkan dakwah terus berlangsung sehinggakan Rasulullah s.a.w dan Ummah Islam terpaksa meninggalkan Mekah untuk berhijrah ke Madinah tanpa sebarang kepentingan dunia.. Fatimah Az zahra’ juga termasuk di dalam golongan Muhajirin yang beriman kepada Allah s.w.t yang melunaskan perintah Hijrah yang diamanahkan oleh Rasulullah s.a.w..


Bersambung..

Kitab Kisah Cinta Dalam Al Quran..
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Misbah Em Majady..

Dengan Nama Allah s.w.t..