Friday, April 24, 2009

*Perpisahan


Indahnya Ukhuwwah Islamiyyah

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Perpisahan..
Segala puji Allah s.w.t yang sentiasa menguji para hambaNya dengan pelbagai nikmat.. Samada nikmat kesenangan atau nikmat kesusahan, nikmat kesihatan dan nikmat kesengsaraan.. Begitu jugalah nikmat pertemuan dan perpisahan dalam persahabatan yang disemai dengan benih ukhuwwah islamniah..

Allah s.w.t merakamkan qudwah hasanah kepada hambaNya melalui kekasihNya, Muhammad Rasulullah s.a.w.. Bagaimana baginda s.a.w sentiasa mengingatkan peri pentingnya ukhuwwah islamiyyah sehinggakan dikaitkan keimanan itu dengan persaudaraan dalam Islam.. Tidak sempurna keimanan seseorang itu selagi mana dia tidak dia kesihi saudaranya lebih daripada menyayangi dirinya sendiri..

Firman Allah s.w.t menerusi Surah Al Hujuraat ayat ke 10 ” Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara.” Ditambah dengan peringatan Rasulullah s.a.w bahawasanya orang-orang islam itu merupakan bersaudara..

Maka, sebagai manusia yang mengaku mentauhidkan Allah s.w.t.. Segala apa yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w perlu menjadi cerminan pada setiap diri Ummah.. Namun, pabila tautan ukhuwwah yang sudah dibentuk dalam diri setiap mukmin itu pasti akan hadir pelbagai mehnah dan tribulasi yang bakal mengukur sejauh mana keteguhan binaan ukhuwwah yang dibina.. Di datangkan ujian perpisahan lahiriyyah pada para mukmin yang cuba menusuri jalan qudwah yang telah dilalui Rasulullah s.a.w..

Perpisahan setiap pertemuan itu pasti akan berlaku pada setiap makhluk.. Setiap perkara yang baru pasti akan hapus pada pengakhirannya.. Hatta, jasad yang disatukan dengan roh juga akan dipisahkan pabila mana sampai saat yang ditentukan Allah s.w.t.. “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati”.. Surah Ali Imran ayat 185..

Namun apa yang menjadi persoalan atau perkara yang perlu difikirkan ialah Bagaimana kita menjadikan perpisahan itu sebagai satu wadah untuk memperteguhkan struktur Ukhuwwah Islamiyyah yang telah dibina?.. Apakah selama ini pertemuan yang ditakdirkan oleh Allah s.w.t hanya akan kekal sekiranya berlakunya pertemuan lahiriyyah?.. dan apa yang penting, sejauh manakah kita dapat menilai dan mengeksporasi ukhuwwah Islamiyyah yang terbentuk?.. Dapatkah kita mencapai kesempurnaan Iman dengan melunaskan perhubungan antara saudara seiman?..


Sebagai akhirnya, kepada mereka yang bertemu menjalinkan Ukhuwwah Islamiyyah.. Perpisahan pasti akan berlaku.. Kepada Akhi Muhammad Helmi Abdul Quddus.. Setiap apa lafaz perkataan, perbuatan mahupun rezeki yang disampai dan dihulurkan semoga mendapat keredhaan Allah s.w.t.. Semoga apa yang telah terjalin akan berkekalan sehingga ke alam masyar kelak.. keampunan itu amat diharapkan kerana diri ini pasti tidak akan lengkap sempurna.. Apa yang penting.. Jalinan doa itu semoga berterusan sekalipun pada zahirnya tidak terlihat atau terbentuk.. Tetapi, hakikatnya hati itu tetap terpaut pada jalan Allah s.w.t.. Meneruskan perjalanan yang telah dikemudi oleh Sayyidina Muhammad Ibni Abdullah s.a.w..





Sekian, terima kasih..



Al Faqir Ila Allah..

Monday, April 20, 2009

*Taubat

Indahnya sekiranya ramai manusia seperti nya

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..



“Dan (ada pula) orang-orang lain yang mengakui dosa-dosa mereka, mereka mencampurbaurkan pekerjaan yang baik dengan pekerjaan lain yang buruk. Mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi maha Penyayang”.. At Taubah ayat 102..


Mencampur aduk amalan baik dan buruk dalam kehidupan merepakan perkara yang diharamkan.. Ramai manusia sering melakukan kemaksiatan walaupun melaksanakan ketaatan.. Sedangkan tidak mungkin bersatu antara haq dan batil.. Tidak mungkin bersatu antara kejernihan dan kekeruhan.. Sering manusia yang menyembahkan dahi ke tanah ketika mana sujudnya dia menyembah Allah s.w.t.. Namun, selepas melunaskan perintah Allah s.w.t, seringkali dia mencari kemaksiatan menghiburkan matanya dengan aurat wanita.. Ramai manusia ketika Ramadhan menjelma kontang perutnya dengan makanan.. Namun, giginya mengisar daging mayat saudaranya sendiri lantaran ghibah..


Kerana itulah, Saidina Rasulullah s.a.w yang maksum, jernih dari setitis noda.. Tetap menunjukkan qudwah, melaksanakan taubat munajat kepada Allah s.w.t.. Hilang rasa kesakitan lantaran bengkak lututnya kerna keasyikan menikmati hidangan rohani ketika terpaksi jiwanya menghadap Allah s.w.t.. Rasulullah s.a.w mengajar untuk sentiasa bertaubat, beristigfar sekurang-kurangnya seratus kali.. Kerana Rasulullah s.a.w mengerti, tidak mungkin ummahnya terlepas daripada noda.. Akan terpalit dosa di jiwanya walau permai lakarannya..


Maka, ketahuilah hanyalah Taubat nasuha akan diterima Allah s.w.t.. Hanyalah rahmatnya bisa mengapuskan semua dosa.. Kuasa mengampun dosa hamba yang berdosa milik Allah s.w.t.. Allah s.w.t mengasihi orang yang menyesali perbuatan dosa dan segera bertaubat.. Bertaubatlah, selagi mana masih bernafas lagi jasad yang dipinjamkan.. Kerana mati itu tidak pernah member salam atau member petunjuk untuk hadir..


Pengertian taubat..


Taubat diterjemahkan sebagai kembali.. Manakala melakukan taubat bermaksud menyesal lakukan maksiat, berhenti serta berazam tidak akan cuba mengulanginya lagi.. Menyesal dan memohon ampun kepada Allah di atas segala dosa dilakukan.. Kembali ke pangkal jalan setelah melakukan dosa.. Melakukan kesilapan dan bertaubat daripada kesalahan kewajiban semua individu.. Setiap muslim wajib menjauhkan diri daripada perbuatan mencampur adukkan antara urusan agama dan kebajikan dengan kemungkaran.. Mengapa perlunya bertaubat?.. Mengapa individu perlu segera bartaubat?.. Jawapannya ringkas.. kerana tidak tahu bila ajalnya tiba.. Supaya tidak terus jasad itu terusdibelenggu dosa.. Ingatlah Taubat ketika nazak tidak akan diterima..


Surah al Tahrim ayat 8 “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah s.w.t dengan “taubat nasuha”..”


Syarat serta adap bertaubat..


Orang yang ikhlas bertaubat lahir dari hati yang ingin mencari kebersihan dan memohon keredhaan Allah s.w.t.. Taubat ada adap tertentu, antaranya.. Taubat penuh ikhlas, Menunaikan solat sunat taubat, Membaca zikir istighfar, Melakukan muhasabah diri, Mengharap rahmat Allah s.w.t, Benci segala bentuk maksiat, Tidak ulangi dosa yang sama.. Taubat yang diterima ialah apabila memenuhi rukun dan syaratnya, sama ada dosa berkaitan Allah s.w.t dan manusia..


Sekian, terima kasih..


Al Faqir Ila Allah..

Sunday, April 12, 2009

*Kelebihan Membina, Mengimarah dan Iktikaf di dalam Masjid..

Pusat Islam yang sunyi daripada rintihan pelajar USMKKj

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..




Ummah Muhammad s.a.w diberikan kelebihan dan kemuliaan oleh Allah s.w.t sekiranya membina, mengimarahkan dan iktikaf di dalam masjid.. Terdapat banyak hadith yang menyatakan tentang kelebihannya.. Antaranya,


Pertama, Allah s.w.t menjamin akan mendirikan sebuah rumah di syurga kelak bagi sesiapa yang mendirikan masjid..


Hal ini berdasarkan hadith soheh riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud "Daripada Uthman bin Affan r.a.. Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa yang membina masjid semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.. Maka, Allah s.w.t akan membina baginya sebuah masjid atau rumah sepertinya di syurga."


Kedua, Pahala membina masjid itu kekal dan ganjarannya mengiringi orang yang membinanya sehingga selepas kematiannya.. hal ini bermaksud pahalanya sentiasa mengalir sihingga berlakunya Qiamat..


Ianya berdasarkan hadith Riwayat Ibnu Majah yang bermaksud " Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata .. Rasulullah s.a.w bersabda, Sesungguhnya seorang mukmin daripada amalan kebaikannya selepas kematiannya ialah ilmu yang diajar dan disampaikannya, atau anak soleh yang ditinggalkannya, atau al Quran yang diwarisinya atau masjid yang telah dibinakannya, atau rumah untuk musafir yang dibinakannya, atau mengalirkan sungai atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya semasa sihat, pahala semua itu akan mengiringinya selepas kematiannya."..


Ketiga, Sesiapa yang menyapu dan membersihkan masjid juga akan mendapat ganjaran dan kelebihan daripada Allah s.w.t..


Daripada Anas Bin Malik r.a Rasulullah s.a.w bersabda "Telah dibentangkan kepadaku pahala-pahala ummahku termasuklah pahala membersihkan kotoran daripada masjid.. Dan telah dibentangkan kepadaku dosa-dosa ummahku, maka aku melihat dosa yang paling besar ialah apabila seseorang yang melupakan satu surah atau ayat yang telah dihafalnya"..


Keempat, Banyak hadith yang menjelaskan kelebihan sesiapa yang pergi ke masjid dan duduk di dalamnya.. Antaranya,


Daripada Ubai bin Ka'ab r.a Rasulullah s.a.w bersabda , aku mengenali seseorang lelaki yang tinggal jauh daripada orang lain dari masjid dan dia tidak pernah meninggalkannya walaupun satu solat.. Dikatakan kepadanya atau aku berkata padanya, adalah lebih baik jika kamu membeli seekor keldai untuk ditunggani pergi ke masjid ketika waktu gelap dan panas,, Lalu di menjawab.. Apa yang menggembirakanku ialah jarak antara rumahku ke masjid , aku mahu sekiranya langkahku berulang alik antara masjid ke rumah dan keluarnya dituliskan pahalanya.. Rasulullah s.a.w berkata "Sesungguhnya Allah s.w.t telah menghimpunkan semuanya itu untukmu".. (Hadith Riwayat Muslim)

Di dalam Hadith lain,


Daripada Abu Hurairah r.a.. Rasulullah s.a.w bersabda "Sesiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan suci berwudhu' untuk menunaikan solat fardhu, balasannya seperti pahala orang yang menunaikan haji dan sesiapa yang keluar untuk solat dhuha, balasannya sama seperti orang yang mengerja umrah."


Rasulullah s.a.w menggambarkan betapa besarnya nikmat yang dianugerahkan kepada mereka yang mendirikan , mengimarahkan dan beriktikaf di dalam masjid.. Kesemuanya ini merupakan satu evolusi yang cuba dihamparkan oleh Rasulullah s.a.w supaya ummahnya menjayakan instituti masjid sebagai medan teras kekuatan Ummah.. Kerana itulah, ketika mana hadir Baginda s.a.w melangkah ke Kota Madinah Al Munawwarah.. Rasulullah s.a.w memberikan suri tauladan kepada Ummah dengan pembinaan Masjid yang pertama di Bumi Quba.. Tujuan nya apa?.. Tujuannya tidak lain hanyalah untuk diimarahkan dan bersama beriktikaf di dalamnya supaya dapat ummah bersama menyelesaikan masalah pentadbiran Alam..


Lihatlah, bagaimana Baginda s.a.w mencetuskan ilham untuk membina Masjid Nabawi supaya ianya menjadi medan nadi peneraju perkembangan kemajuan Negara Islam Madinah.. Masjid menjadi medan sumber untuk membina kekuatan dakwah menyebarkan syiar Islam, Masjid juga dijadikan tempat untuk memacu kestabilan politik supaya kelangsungan keadilan terus dinikmati rakyat, masjid juga dijadikan medan perbicaraan ekonomi, perkembangan perhubungan sosial dikalangan rakyat Madinah terus dipacu bersumber al Quran dan as Sunnah yang mana ianya berkembang bermula dengan penghayatan berjemaah di masjid..


Masjid juga dijadikan pusat keilmuan yang melahirkan intelektual yang berkarisma dan berpengatahuan luas.. Lihat sahaja Ahli politik yang dilahirkan oleh Rasulullah s.a.w seperti Saidina Abu Bakar As Siddiq dan Saidina Umar Al Khattab.. Ahli perniagaan yang terkenal Saidina Abdul Rahman bin Auf r.a.. Jeneral perang yang lengkap dengan strategi peperangan seperti Usamah Bin Zaid r.a.. Kesemuanya mereka dilahirkan daripada institusi Masjid Nabawi lantas menjadi mereka yang hebat dan terkenal..


Lantaran itulah Rasulullah s.a.w memberikan motivasi kepada Ummahnya dengan ganjaran yang bakal diterima kepada mereka yang membina, mengimarahkan dan beriktikaf di masjid.. Kerana institusi Masjid merupakan dasar yang wajib digunakan untuk menjana kekuatan Ummah..


Sekiranya kita lihat pada zaman ini.. Ummah Islam yang ramai ini lemah.. lantaran kerana lemah dan dhaifnya institusi Masjid.. Masjid hanya dibina dengan megahnya.. tetapi, sunyi dan sepi tanpa diimarahkan.. Iktikaf hanya sekadar tidur.. Bukannya mengadakan perbincangan atau pemesyuaratan untuk meningkatkan kualiti Ummah.. Masjid hanya dijadikan simbolik kekuatan.. Tetapi, sebenarnya lompong dan kosong kedudukan ummah di akhir zaman ini..


Sekian, Terima Khasih..


Al Faqir Ila Allah..





Petikan Hadith Kitab Keistimewaan Ummah Muhammad s.a.w Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus..




Tuesday, April 7, 2009

*Cinta Fatimah Az Zahra' (Siri Akhir)

Moga Hadir Fatimah Az Zahra' Di Akhir Zaman Ini Sebagai Tauladan Ummah

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Kisah Cinta kepada Sang Maha Kasih..


Sambungan,


Wajah cinta Fatimah Az Zahra' kepada Allah s.w.t, dia wujudkan dalam kehidupan jernih nan suci.. Fatimah r.ha adalah wanita yang berda di kemuncak kesucian diri dan kejujuran.. Dia manusia yang tidak ternoda dengan satu dosa pun dan dia merupakan wanita solehah.. Hawa nafsunya tidak dapat mengalahkan dirinya..


Wajah cinta puteri Rasulullah s.a.w itu terlihat pada keluhuran budi dan kelakuan zuhudnya.. Kerelaan dan ketulusannya menerima ketentuan takdir Allah s.w.t atas dirinya di alam rialiti ini.. Fatimah r.ha selalu mensyukuri dan senang dengan keadaanya dan rela pada kehidupannya.. Rasulullah s.a.w membacakan wahyu Allah s.w.t di hadapan Fatimah r.a : Wajah cinta Fatimah Az Zahra' kepada Tuhannya, dia wujudkan dalam ketawakalannya yang sempurna kepada Allah s.w.t.. Dia bergelar al Batul, kerana kesempurnaan kepasrahannya kepada Allah sw.t..


Wajah cinta Fatimah kepada Allah s.w.t, dia tunjukkan dengan memaknai dan ujaran Allah s.w.t yang ditujukan kepada Nabi Nya Musa a.s "Wahai Musa, Tidaklah Aku menciptai suatu makhluk yang lebih Aku sukai daripada hambaKu yang beriman.. Aku mengujinya akan kebaikannya dan menghilangkan ujian darinya juga untuk kebaikan.. Aku mengatahui apa yang terbaik untuk hambaKu.. Maka bersabarlah dengan ujianKu.. Bersyukurlah dengan rahmatKU, dan redhalah dengan qadha ketentuanKu..Aku akan menulisnya dalam golongan orang-orang yang benar disisiKu.. Apabila dia bekerja dengan redhaKu dan mentaati peintahKu." Fatimah mendengar dan mentaati ujuranNya itu dan mempraktikkan dalam kehidupannya..


Wajah cinta Fatimah kepada Allah s.w.t, dia buktikan dengan sikap kedermawan yang tinggi pada sesama makhluk Allah s.w.t.. Kasih pertolongan yang utuh kepada mereka yang memerlukan bantuan daripadanya, meski sepatunya dia yang perlu dibantu.. Namun demikian, puteri kekasih Rasulullah s.a.w itu selalu mengutamakan kepentingan orang lain, dari keperluan dirinya, dia tidak pernah berkata tidak, kepada mereka yang meminta-minta kepadanya.. Keluhuran budi dan kemuliaan hati Fatimah r.ha dan keluarga Rasul s.a.w itu memperoleh apresiasi daripada Allah s.w.t dan tercatat dalam tinta keabadian Al Quran di dalam


Surah al Haysr ayat 9 " Dan mereka mengutamakan orang lain atas dirinya sendiri, mesi diri mereka sendiri sejatinya memerlukan"..


Sungguh cinta Fatimah r.ha kepada Allah s.w.t dan Rasul s.a.w adalah tanpa batas.. Sebuah cinta yang tulus dan jernih, tanpa ada selubung kepentingan.. Cinta hanya disuarakan kepada Allah Azza Wa Jalla semata-mata..


"Kamu sekali kali tidak akan sampai pada kebajikan yang sempurna, sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai".. ali Imran ayat 92..


Meski hidup kemiskinan, hal itu tidak menyurutkan sinar cinta Fatimah kepada Allah s.w.t, dia ikhlaskan segala yang paling disukainya untuk kepentingan Allah s.w.t.. Harta tidak harus berupa material atau tunai.. Keluhuran budi, kesantunan sikap, kepedulian kaish, ketulusan mengutakan keperluan dankepentingan orang lain, meski diri sangat memerlukan adalah "CINTA SEJATI" hakiki kepada Yang Maha Kasih.. Fatimah r.ha telah melakukan semua kebaikan tersebut untuk mewajahkan kecintaanya kepada Allah s.w.t.. Kecintaan agung seperti itu akan membuahkan apresiasi Allah s.w.t yang berupa Syurga Allah s.w.t


Berakhir Kisah Fatimah Az Zahra'


Kitab Kisah Cinta Dalam Al Quran..

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Majadhi El Hamadi..

Wednesday, April 1, 2009

*Mewarisi Tugas Rasulullah s.a.w..

Merdekakah Ummah Islam Sekiranya Islam Bukan Sebagai Cara Hidup?..
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Semua Nabi dan Rasul yang diutuskan di muka bumi ini adalah untuk menyeru semua ummah manusia untuk mentauhidkan Allah s.w.t.. Namun, keistimewaan Saidina Nabi Muhammad s.a.w.. Baginda s.a.w merupakan rasul yang telah melengkapkan dan mendaulatkan agama Islam di seluruh pelusuk alam untuk semua makluk tanpa mengira bangsa ataupun kaum.. Dinul Islam ini wajib diadaptasikan dalam kehidupan manusia merentasi semua zaman sehinggalah berlakunya Qiamat..

Maka, dapatlah difahami bahawa sebelum kewafatan Rasulullah s.a.w, al-Qur'an ada menyatakan bahawa agama Allah s.w.t ini telah disempurnakan, kecintaan Allah s.w.t kepada semua orang yang beriman telah dilengkapkan dan kebenaran wahyu Allah s.w.t akan terus dijaga dan terpelihara.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Maidah ayat 3:

Maksudnya: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agamamu.”

Rahsia kejituan dan kebenaran Islam ini adalah berdasarkan kepada dua sumber utama iaitu al-Qur‘an dan as-Sunnah.. Rasulullah s.a.w berpesan kepada seluruh Ummah Islam sewaktu sedang gering bahawa manusia tidak akan sesat selagi mana pegangan mereka teguh kepada kandungan al-Qur‘an dan as-Sunnah serta memperoleh keselamatan di dunia dan di akhirat.

Imam Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:

Mafhumnya: “Daku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, selama kamu masih berpegang kepada keduanya iaitu Kitab Allah (al-Qur‘an) dan sunnah Rasul-Nya”.

Al-Qur'an telah menyebutkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah rasul terakhir, dan Nabi s.a.w sendiri mengakui bahawa baginda s.a.w adalah rasul terakhir. Penjelasan al-Qur'an dan pengakuan Nabi Muhammad itu menjelaskan bahawa manusia tidak memerlukan lagi wahyu dan rasul-rasul baru kerana agama Allah telah cukup sempurna dan lengkap.

Namun, Persoalan besar yang perlu kita renungkan ialah apakah peranan kita dan ummah Islam sekalian dalam usaha membuktikan kasih sayang, kecintaan, dan penghormatan kepada perjuangan Rasulullah s.a.w?. Sejauh mana kita memikul bebanan perjuangan untuk mentauhidkan Allah s.w.t dan mengakui kerasulan Nabi Muhammad s.a.w?.. Sejauh mana usaha kita untuk mendaulatkan sunnah Nabi s.a.w terbesar yakni mendirikan sebuah Daulah Islamiah dimuka bumi ini?.. Sejauh manakah diri kita, keluarga kita, rakan kita, pekerja kita, pelanggan kita, dan majikan kita mematuhi segala perintah Allah s.w.t dan nasihat Rasulullah s.a.w?. Bukankah peranan Ummah Islam itu sendiri untuk berdakwah menyebarkan Islam mengikut kemampuan kendiri?..

Muktahir ini ramai yang menjadikan Islam sebagai alat mengkaburi mata manusia untuk kepentingan duniawi.. Sebagai contoh mudah, Ramai pemimpin Negara kita yang bercerita tentang Hadharah Islamiah, tentang modal insan dan jauhi rasuah atau politik wang.. Tetapi, mereka inilah yang tidak mendaulatkan dan menunjukkan contoh kepada rakyat untuk hidup sebagai Mukmin sejati.. Mereka dalam melakukan ketaatan masih lagi kelakukan kemungkaran secara terangan.. Mereka inilah antara pemusnah kepada Islam secara halus sebenarnya.. Mereka mengsekularkan aqidah Ummah Islam.. Mereka mengutamakan nasionalisme daripada ukhuwwah persaudaraan islamniah.. Mereka meletakkan undang-undang ciptaan manusia di atas Al Quran dan As Sunnah.. Maka menjadi kewajiban kepada kita untuk menjatuhkan kezaliman dan membawa semula Dinul Islam di puncak tertinggi sekali.. Perlunya kita berada dalam gerakan Islam yang berusaha untuk menjulang Islam kembali pada tempatnya..

Sebagai akhirnya, Sementara kita masih ada sisa-sisa kehidupan di dunia ini, masih ada kudrat, akal yang waras, dan ahli keluarga.. Wajib ke atas untuk meneruskan kesinambungan tugas-tugas Rasulullah s.a.w kerana dakwah itu terbeban di setiap diri Ummah Islam.. Maka antara yang boleh kita membantu menyambung amanah Allah dan Rasulullah s.a.w ini dengan cara-cara berikut:

Pertama: mendaulatkan Islam sebagai sumber panduan hidup.. Bermula dari melaksanakan sistem kekeluargaan Islam sehinggalah mendaulatkan sistem Daulah Islamiah..

Kedua: menjalankan tugas-tugas dakwah dengan lebih proaktif kerana kerja dakwah adalah tugas utama Rasulullah s.a.w.. Samada melalui organisasi ataupun jemaah mahupun secara individu sekadar yang termampu..

Ketiga: mengajak ahli keluarga, kaum kerabat, dan orang lain mematuhI ajaran al-Qur'an dan as-Sunnah.. Dengan mempelajari Fardhu "Ain yang menjadi kewajiban untuk difahami dan diaplikasikan..

Keempat: bersama-sama kita menghapuskan ajaran sesat dan menjatuhkan barisan pemimpin yang menyelewengkan aqidah ummah. Serta mengangkat Ulama’ sebagai pemimpin dikalangan kita.. Wajib menolak pemimpin yang "Corrupt" ataupun rasuah dan pemimpin yang berkepentingan peribadi..

Kelima: membudayakan Ilmu dan mengaplikasikannya dalam kehidupan sehingga kita boleh digelar amilin..

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Ahzab ayat 21:

Maksudnya: “Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.”
Sumber : Kutbah Jumaat Terbitan Jakim..

Dengan Nama Allah s.w.t..