Tuesday, November 3, 2009

*Keperluan Sirah Nabawiyyah ke atas Ummah Islam

Majlis Ilmu antara wadah untuk memberi kefahaman kepada Ummah Islam

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Antara Terang dan Nyata..


Detik ini, senario masyarakat Malaysia yang beraqidahkan mentauhidkan Allah s.w.t dan membenarkan kerasulan Saidina Muhammad s.a.w semakin dilanda delima krisis peribadi Muslim .. Saban hari, semakin bertambah Muslim yang jahil tentang ad-deen Islam.. Kefahaman untuk menggabungkan Islam sebagai agama ataupun ad-deen yang fitrah dengan kehidupan seharian semakin kurang difahami oleh masyarakat Muslim..


Kini, fahaman sekular yang memisahkan kehidupan mentadbir dunia dengan kefahaman terhadap ad-deen semakin menyerap masuk ke dalam pemikiran Ummah Islam.. Ramai yang menyatakan bahawa Islam itu sekadar berlegar di dalam masalah ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat dan menunaikan haji.. Islam hanya berkait dengan persoalan nikah-cerai, persoalan kelahiran - kematian, dan hukum-hukum yang berkaitan dengan akhlaq..


Ramai yang masih tidak faham apakah maksud Islam itu merupakan agama yang fitrah.. Kefahaman berkaitan islam sebagai manhaj ataupun kaedah untuk mengurus kehidupan manusia masih tidak difahami oleh Ummah Islam.. Hal ini berlaku lantaran Islam itu hanya berlegar secara teori di dalam masyarakat dan tiada praktikal yang menunjukkan Islam itu merupakan agama yang fitrah yang melengkapi kehidupan manusia..


Islam merupakan agama yang fitrah.. Islam mengajar bagaimana ingin membentuk seorang manusia dengan menjelaskan aqidah yang soheh, ibadah yang diterima dan ihsan yang membentuk peribadi.. Kemudian dikembangkan berkaitan membentuk "biah solehah" ataupun masyarakat yang soleh dengan institusi kekeluargaan yang bertunjangkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.. Dilanjutkan pula dengan sistem kenegaraan yang dilandaskan siyasah Islamiyyah ataupun politik di dalam Islam yang mana Politik dalam Islam inilah yang akan membentuk pengurusan yang dikehendaki dalam Islam..


Yang mana Politik Islam inilah yang akan menjaga "Maqhasid Syar'ie" ataupun "Tujuan pengsyariatan Islam"


1. Menjaga Aqidah manusia..

2. Menjaga Jiwa manusia..

3. Menjaga keturunan manusia..

4. Menjaga aqal manusia..

5. Menjaga harta benda manusia..


Hal ini bertepatan dengan Firman Allah s.w.t dalam Surah Al Baqarah ayat 30

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat ; Sesaungguhnya aku akan jadikan di atas muka bumi itu khalifah"..


Bermulanya dengan dasar melantik imam (ketua negara) dan khalifah yang didengar lagi ditaati supaya Ummah Islam bersatu padu dan melaksanakan hukum-hukum syariah.. Di sinilah letaknya titik permulaan untuk melihat kembali Islam itu menjadi praktikal dan bukan sekadar teori..


Setelah menilai secara ringkas perihal situasi kejahilan Ummah Islam.. Antara tajdid yang perlu dibawa di dalam masyarakat Islam yang disarankan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di dalam kitab Fiqh Al Harakah untuk kembali mempraktikkan Islam dan menghapuskan kejahilan Ummah Islam terhadap Ad-deen ini ialah


1. Memahami syakhsiyyah Rasulullah s.a.w di dalam kehidupannya dan situasi yang dialaminya bagi menyakinkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu bukan sekadar tokoh di kalangan kaumnya tetapi lebih dari itu sebagai seorang Rasul yang didokong dan disokong dengan wahyu dan sentiasa mendapat taufiq dan hidayah Allah s.w.t..


2. Mendapat gambaran yang jelas dari contoh yang paling baik dalam kehidupan yang paling berakhlak da bernilai tinggi , yang menjadi perlembagaan hidup yang wajib dipegang dan semestinya mendapat kejayaan di dunia dan akhirat, yang hanya wujud di dalam perjalanan hidup Rasulullah s.a.w


3. Mendapat kefahaman berkaitan Kitab Allah s.w.t dengan betul melalui penghayatan dan merasai roh dan matlamatnya, kerana kebanyakan ayat-ayat Al Quran turun itu ditafsirkan oleh peristiwa yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w


4. Mengumpulkan pengatahuan yang sebanyak-banyaknya tentang Islam samada yang berhubung dengan 'aqidah, hukum-hukum atau akhlaq, kerana peribadi Rasulullah s.a.w mengandungi contoh Islam yang sebenarnya..


5. Menjadi seorang Mu'min dan muslim yang dapat meneruskan cita-cita Islam melalui jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w..


Terang dan nyata bahawasanya hanyalah memahami sirah nabawiyyah dapat menghapuskan kejahilan yang melanda Ummah Islam.. Kaedahnya pelbagai.. Islam bukanlah jumud dalam masalah teknikal ataupun kaedah pelaksanaan.. Selagi mana ianya tidak diharamkan oleh Islam.. Maka kaedah itu diterima oleh Islam..


Sekiranya Islam itu boleh dikembalikan dengan demokrasi, Islam membenarkannya.. sekiranya Internet itu boleh memudahkan urusan dakwah islamiyyah.. Islam Membenarkannya.. Bukanlah Islam itu statik di masjid-masjid sahaja.. Tetapi bermulanya dakwah Islam itu daripada Masjid.. Kemudiannya dikembangkan kepada sistem pengurusan kehidupan yang lain.. Politik, Muamalah, Munakhahad, Hubungan antarabangsa dan sebagainya..


Sekian, terima kasih..


Dengan Nama Allah s.w.t..