Tuesday, August 25, 2009

*Puasa Ramadhan dan Kelebihannya..

Mai Iftar di Pusat Islam setiap hari.. Free Jer..

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Harapan Ramadhan..


Puasa di bulan Ramadhan meruapakan suatu ibadah yang difardhukan oleh Allah s.w.t ke atas hamba-hambaNya.. Puasa bukan sahaja menjadi wadah untuk penyembuh badan yang mampu mengembalikan kesihatan orang yang berpuasa.. Malah, puasa juga menjadi tumpuan penyucian jiwa dengan mengekang nafsu daripada keterlaluan..


Penghayatan ibadah puasa dapat melahirkan insan yang berjiwa murni dan bersifat terpuji.. Seseorang itu akan menjadi lebih kasih dan belas kasihan kepada mereka yang dhaif dan memerlukan.. Selain perasaan rendah diri atau tawaduk bakal tertanam terhadap makhluk yang lain..


Mereka yang menghayati ibadah bulan Ramadhan juga akan menyedari keagungan dan kehebatan Allah s.w.t serta kebesaran rahmat juga nikmatNya yang dihamparkan kepadanya hingga dia benar menjadi insan yang bertakwa..


Firman Allah s.w.t di dalam surah Al Baqarah ayat 183..


Wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu sebelum kamu, supaya kamu bertakwa..


Apabila seseorang manusia berpuasa di permulaan Ramadhan, maka Allah s.w.t mengampunkan dosa-dosanya hingga akhir bulan tersebut hingga ke Ramadhan berikutnya.. Bagi hamba tersebut, dibina mahligai yang indah di dalam syurga, pintunya diperbuat daripada emas bagi setiap hari dia berpuasa dan 70000 malaikat memohon keampunan untuknya dari pagi hingaa tenggelam matahari..


Maksud sabda Rasulullah s.a.w


"Pada permulaan malam bulan Ramadhan, Allah s.w.t telah memandang kepada seseorang hamba, pasti hamba tersebut tidak akan diseksa selam-lamanya.. Pada setiap bulan Ramadhan, terdapat seribu pembebasan dari api neraka."


Sabda Rasulullah s.a.w


"Bagi setiap sesuatu itu mempunyai pintu dan pintu ibadah ialah puasa."


Rasulullah s.a.w juga mengingatkan, bahawa sesiapa yang membuka bulan Ramadhan dengan melakukan amal kejahatan yang diharamkan oleh Allah s.w.t seperti meminum arak, berzina, mendedahkan aurat, menontut filem yang mendedahkan aurat dan sebagainya, maka Allah s.w.t tidak akan menerimanya pada bulan tersebut.. Malah dia akan dilaknat oleh Allah s.w.t dan malaikat yang berada di tujuh petala langit sehingga Ramadhan yang akan datang.. Sekiranya dia meninggal dunia di antara dua Ramadhan tersebut, maka tiada kebajikan baginya di sisi Allah s.w.t melainkan dengan rahmat Allah s.w.t..


Sebagai akhirnya, renungilah sabda Rasulullah s.a.w..


"Berterusanlah kamu mengetuk pintu syurga." Sayyidatuna Aisyah r.ha berkata, "Dengan apakah wahai Rasulullah s.a.w?.. Sabda Rasulullah s.a.w.. "Dengan berlapar (memperbanyakkan puasa)."


Sekian , terima kasih..


Rujukan Kitab Tazkirah Ramadhan : Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin Al Maliki..


Monday, August 17, 2009

*Kembalinya Pesta Ummah Islam..


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Ramadhan dan Kerinduan Perindu..


Segala puji bagi Allah s.w.t yang menganugerahkan suatu syariah kepada para hambanya yakni kefarduan Puasa di bulan Ramadhan.. Yang mana kefardhuan menatijahkan ketakwaan yang sewajibnya menjadi tumpuan kepada Ummah Islam.. Kerana peringatan Allah s.w.t di dalam Surah Ali 'Imran ayat 102


"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam."


Sesungguhnya ibadah kefardhuan puasa di dalam bulan Ramadhan ini bertepatan dengan peringatan Allah s.w.t supaya manusia itu bertakwa sehingga penghujung hayat kehidupannya..


Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Baqarah ayat 183..


"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, "


Islam merupakan agama pendidik jiwa, pembersih hati dan pemberi kebahagiaan dunia dan akhirat kepada semua hamba Allah s.w.t.. Islam merupakan ad deen yang lengkap tersusun rapi dengan dihiasi ibadah-ibadah yang cukup indah untuk manusia mendekatkan diri kepada Allah s.w.t seperti kefardhuan Puasa Ramadhan..


Puasa merupakan suatu amalan yang istimewa dan penuh simbolik lantaran ianya menjadi rahsia di antara seseorang hamba dengan TuhanNya.. Rasulullah s.a.w mengungkapkan sabdanya di dalam satu hadith Qudsi "Setiap amalan anak adam adalah baginya, melainkan puasa, maka ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya."


Ramadhan merupakan anugerah yang hebat.. Bulan ini merupakan pentas ujian tahap keimanan dan membakar nafsu.. Namun, semuanya berbaloi lantaran kegembiraan yang dijanjikan yakni lailatul Qadar iaitu satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.. Malam inilah merupakan bonus terbesar kepada Ummah Islam.. Sewajarnya malam ini menjadi cita-cita setiap mukmin untuk mencari keberkatannya..


Sewajibnya kita memasuki bulan ini dengan penuh keseronokan dan kegembiraan di dalam hati.. Lantaran, sememangnya dijanjikan kelazatan yang besar dan nikmat kepada mereka yang mengatahui hakikat kebesaran bulan ini.. Maka, tanamlah cita-cita yang tinggi untuk menjadikan Ramadhan ini sebagai waktu yang terbaik untuk mendapatkan ibadah yang terbaik..


Madrasah Ramadhan ini dapat menjadi penyembuh kepada badan yang mampu mengembalikan kesihatan mereka yang berpuasa.. Madrasah Ramadhan juga menjadi medan penyucian jiwa dengan mengekang nafsu daripada keterlaluan.. Tarbiyah Ramadhan mampu menjadikan nafsu yang bersifat amarah kepada nafsu yang bersifat mardhiah..


Sewajarnya sebelum memasuki bulan ramadhan ini.. Kita menyediakan persiapan yang syumul untuk melengkapkan Ramadhan dengan sebaiknya.. Persediaan mental, fizikal dan emosi perlu diurus dengan baiknya.. Supaya Ramadhan yang bakal menjelma ini memberikan natijah yang diharapkan.. Biarlah, di akhir ramadhan ini tergolonganya kita sebagai mereka yang disebut sebagai Muttaqin..


Sebagai akhirnya, kepada semua perindu Ramadhan.. Mereka yang mengetahui akan hakikat nikmat Ramadhan.. Semoga kita berusaha mengembelingkan sepenuh kudrat dan iradah untuk mencapai outcome based education OBE Ramadhan yang digarikan di dalam Surah Al Baqarah ayat 183 yakni menjadi Golongan Yang Bertakwa.. InsyaAllah, semoga kita dipermudahkan.. Ameen Ya Rabbal 'Alamin..


Sekian terima kasih..


Thursday, August 6, 2009

*H1N1 di USMKKj?.

SUJUDKU POHON AKAN PERLINDUNGAN PADAMU YA ALLAH

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Antara Wabak dan Bala..


Tanggal 28.7.2009 Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan (USMKKj) , dihebohkan dengan satu pengumuman yang dikeluarkan oleh Pihak Hal Ehwal Pelajar USMKKj lantaran wabak H1N1 melanda.. Dari sumber yang dikeluarkan oleh Pihak Hal Ehwal Pelajar, seramai 4 orang pelajar telah dikenalpasti berpontensi positif dihinggap H1N1..

Keputusan mengejut pihak Hal Ehwal Pelajar membekukan aktiviti pembelajaran selama seminggu dan mengarahkan ke semua desa di tutup untuk pelajar sarjana muda benar membawa banyak persepsi di kalangan pelajar.. Malah, ianya memberi kesan kepada warga kakitangan USMKKj..

Sekiranya dinilai daripada persektif sains, sememangnya ianya berpunca daripada sumber-sumber luar seperti babi dan sebagainya.. Wabak ini telah menular meliputi seluruh dunia dan di Malaysia sahaja sudah ada beberapa kes yang pesakitnya telah menemui ajal..

Namun, sebagai manusia yang mentauhidkan Allah s.w.t dan membenarkan kerasulan Muhammad s.a.w.. Cuba kita menyelak lembaran risalah Al Quran Al Karim.. Telitilah di dalam Surah Ar Ruum ayat yang ke-41..

“Telah lahirlah bencana di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah s.w.t merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar yakni bertaubat).”..

Banyak bala bencana Allah s.w.t telah melanda sejak menjelma alaf baru ini.. Thunami tahun 2004, Gempa bumi di Pakistan, dan kini merebaknya wabak H1N1 yang masih tidak ditemui ubatnya.. Semuanya ini, sekiranya dimuhasabahkan merupakan peringatan daripada Allah s.w.t untuk menusia kembali bertaubat kepada Allah s.w.t..

Telah terang dan nyata , maksiat dan kemungkaran berleluasa di kala ini.. Malah, ramai manusia berasa bangga dan seronok dengan perbuatan mereka yang melanggar perintah Allah s.w.t.. Tidak timbul langsung sekelumit perasaan takut kepada Allah s.w.t lantaran maksiat yang dilakukan..

Lebih malang lagi, mereka yang bernama muslim.. Terang-terangan berbangga dengan kemaksiatan dan kemungkaran yang dilakukan.. Sehingga ada yang merasakan mereka pandai dengan menyatakan akan tiba waktu untuk mereka bertaubat lantaran dosa yang sedang dilakukan.. Tanpa menyedari bahawasanya ajalnya berada pada kekuasaan Allah s.w.t..

Ada juga yang melakukan maksiat dan kemungkaran disandarkan dengan pelbagai alasan dan helah.. Ada kerana mengikut perkembangan semasa, ada kerana mengikut kawan sebaya dan banyak lagi.. Yang mana, itu semua merupakan alasan dan helah semata.. Sekiranya benar beriman seseorang itu, maka tiada alasan untuk membenarkan maksiat dan kemungkaran dilakukan.. Sekalipun dihunus mata pedang ke leher..

Renungilah dan nilailah persekitaran kita di kampus ini, berapa ramai dikalangan kita seperti yang disifatkan Rasulullah s.a.w berpakaian dalam telanjang?.. Berapa ramai dikalangan kita yang wanita bersifat seperti lelaki manakala lelaki bersifat seperti wanita?.. Buktinya, baru-baru ini berlangsung kejohanan permainan yang sepatutnya menjadi mainan lelaki telah disertai oleh wanita.. Semuanya berlaku di kampus ini..

Lelaki dan perempuan yang bukan muhrim menunggang motosikal sekali tanpa segan silu dikhalayak ramai.. Ramai pelajar perempuan hilang malunya dan merendahkan sendiri martabat yang telah diangkat oleh Allah s.w.t..

Ramai di kalangan kita yang menjadikan aurat lelaki dan wanita sebagai pemuas nafsu dan penenang jiwa kononnya?.. Beribu filem telah dikhatamkan sepanjang 4 tahun berada di kampus ini, sedangkan berapa kali sahaja lembaran Al Quran diselak dan Di Baca..

Terlalu banyak persoalan yang perlu dinilai dan diperbaiki.. Sekiranya ingin ditulis di ruangan yang ringkas ini.. Maka, seperti tesis seorang pelajar kedoktoran dapat dinukil.. Cuma, cubalah kita menilai kembali sirah ketamadunan manusia..

Ingatlah, Berapa banyak bangsa dan kaum yang dimusnahkan Allah s.w.t lantaran kemaksiatan dan kemungkaran yang dilakukan.. Pedih dan siksa azab Allah s.w.t.. Ianya tidak hanya memusnahkan pemaksiat.. Malah, mereka yang beriman juga dimusnahkan lantaran tiadanya amar makruf dan nahi mungkar.. Bukan hanya mengajak kepada kebaikan.. Malah, pencegahan perlu dilakukan..

Paling penting sekali, perlu diingat.. Semua bangsa dan kaum yang di azab Allah s.w.t bukan hanya terhenti dengan hapusnya mereka dimuka bumi ini.. Tetapi, ingatlah azab Allah s.w.t terhadap mereka adalah kekal selamanya.. Allah s.w.t berfirman di dalam Surah Yunus ayat 27..

“Dan orang-orang yang mengerjakan kejahatan (mendapat) balasan yang setimpal dan mereka ditutupi kehinaan. Tidak ada bagi mereka seorang pelindungpun dari (azab) Allah, seakan-akan muka mereka ditutupi dengan kepingan-kepingan malam yang gelap gelita. Mereka itulah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.”

Sebagai akhirnya, masih belum terlewat dan terlambat untuk sama-sama kembali bertaubat kepada Allah s.w.t.. Bukanlah saranan untuk berubah secara drastik.. Tetapi, bermula sikit demi sedikit.. Kembali kepada Allah s.w.t..

Tidak dinafikan juga akan ada pihak yang akan menentang dan mempertikaikan apa yang cuba disampaikan di dalam ruangan ini.. Terpulanglah, info ini sekadar cuba untuk picisan untuk sama-sama berfikir dan menilai.. Sekurang-kurangnya, cuba fikirkanlah bila-bila sahaja kematian akan datang menghampiri kita..

Sekian, Terima Kasih..


Wednesday, August 5, 2009

*Syaaban : Kenapa tidak dirai?..

TANDUSNYA GURUN UMPAMA AMAL UMAT ISLAM TIKA SYAABAN

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Syaaban yang dilupakan..

Ramai Umat Islam yang tidak menyedari kehadiran Syaaban.. Seakan Syaaban itu tidak bermakna di dalam kehidupan.. Lantas, kemunculannya seakan tidak dinantikan dan tidak penting dalam kelender kehidupan..

Ramai di antara Umat Islam yang tidak sabar untuk menanti kehadiran Ramadhan yang penuh keberkatan justeru menanam cita-cita dan keazaman untuk melipatgandakan amal ibadah pada bulan yang penuh berkat itu..

Namun, apa yang menyedihkan.. Tidak kurang juga, kedapatan Umat Islam yang tidak sabar menantikan kedatangan Syawal lantaran untuk berhari raya awal tanpa ada sedikitpun rasa kegirangan untuk menanti Ramadhan..

Syaaban umumnya tidak begitu dirai dan dihayati oleh Umat Islam, kecuali bagi mereka yang benar-benar mengenal hakikat dan rahsia disebalik keistimewaan bulan ini..

Kedudukannya sebagai bulan terakhir sebelum kedatangan bulan yang dilarang untuk umat Islam makan dan minum di siang hari disamping menjaga batasan pembatalan puasa sudah tentunya mengandungi keistimewaan yang tersendiri..

Kelebihan Syaaban dapat dilihat daripada Sabdaan Rasulullah s.a.w yang membawa makna “Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihan ke atas kamu”.. (Yakni sebagai Umat Nabi Muhammad s.a.w)

Rasulullah s.a.w juga menerangkan bahawasanya kelebihan Rejab atas bulan yang lain adalah seperti kelebihan Baginda s.a.w atas segala para nabi.. Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah s.w.t atas sekalian makhlukNya..

Rasulullah s.a.w pernah mengingatkan bahawasanya Syaaban adalah bulan Baginda s.a.w manakala Ramadhan adalah untuk Umatnya,,

Kelebihan Syaaban ini juga disokong oleh Saidatina Aisyah r.ha yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w amat mengasihi bulan Syaaban..

Malam nisfu Syaaban diumpamanakn sebagaimana keagungan Rejan dengan malam Isra’ Mikrajnya dan heagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya,,

Pada malam di pertengahan bulan Syaaban (nisfu Syaaban) , Jibril a.s. pernah datang kepada Rasulullah s.a.w lalu berkata, angkat kepadamu ke langit, itulah malam yang dibukakan pintu langit.. Pada malam ini Allah s.w.t membuka pintu rahmat dan keampunanNya yang amat luas..

Rasulullah s.a.w. menyeru Umatnya supaya melakukan amal ibadah dengan bangun malam dan berpuasa di sebelah siangnya.. Dalam satu hadith Qudsi, Allah s.w.t bertanya-tanya “adakah orang yang meminta ampun, Aku ampunkan, adakah orang yang ditimpa bala Aku afiatkan, Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekinya”.. Demikianlah pertannyaan Allah s.w.r yang tersangat bersifat pengasih lagi amat penyayang terhadap hamba-hambaNya,,

Ringkasnya, amal ibadah pada malam itu dijamin mengundang balasan pahala yangbersar ganjarannya kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah menyatakan bahawa Allah s.w.t akan menilik dan meneliti setiap hambanya pada malam berkenaan serta mengampunkan dosa segala makhluknya melainkan mereka yang syirik dan memutuskan silaturrahim dengan saudaranya..

Puasa adalah ibadah yang sangat dituntut dilaksanakan dalam bulan Syaaban.. Sesuai dengan kedudukannya sebagai gerbang Ramadhan, bulan ini melatih manusia berpuasa menjelang ketibaan ujian yang berat di bulan Ramadhan nanti..

Justeru, puasa di bulan ini disifatkan yang paling afdhal atau baik selepas berpuasa di bulan Ramadhan..

Rasulullah s.a.w bersabda , bahawa puasa Syaaban kerana membesarka Ramadahn, sesiapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian berselawat ke atasku beberapa kali sebelum dia berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah s.w.t dosanya yang telah lau, lalu diberkatkan rezeki baginya antara lain sabdanya bahawa Allah s.w.r membukankan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat..

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, bahawa sesiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban makan Allah s.w.r mengharamkan tubuhnya daripada api neraka.. Dia akan menjadi rakan kepada Nabi Yusuf a.s di dalam syurga..

Dia akan diberikan pahala seperti pahala Nabi Ayub a,s dan Nabi Daud a,s.. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan dalam bulan Syaaban, dimudahkan Allah s.w.t atasnya sakaratulmaut dan terlepas daripada kegelapan di dalam kubur, dilepaskan dariapda huru hara mungkar dan nankir, ditutup Allah s.w.t keaibanna di hari akhirat dan diwajibkan syurga baginya,,

Umat Islam juga perlu meninjau sejarah silam.. Imbauan kisah sejarah yang tertulis di dalam bulan ini seperti peperangan Bani Muataliq pada sekitar 6 hijrah dan perpindahan qiblat daripada Baitulmaqdis ke Baitulharam pada tahun 2 hijrah..

Kedua-dua peristiwa ini memerlukan iltizam yang tinggi disulami dengan pengorbanan jihad yang tinggin dalam konteks menonjolkan syiar Islam kepada Umat manusia..

Sebagai akhirnya, dalam usaha mengembalikan keharmonian Syaaban, ia haruslah disambut dengan penuh keinsafan khususnya dalam mencari keampunan dan keredhaan Allah s.w.t.. Lebih-lebih lagi para mujahid dan mujahidah yang meletakkab diri di dalam usaha untum mengangkat biah solehah.. Kita bukan sahaja perlu berlumba-lumba untuk beribadah bagi mengejar limpahan pahala san keampunan Allah s.w.t.. Tetapi, harus berani berjihad bagi mengembalikan kemuliaan isntitusi seperti Baitulmaqdis ke tangan Umat Islam demi mengetrakkan dan memelihara syariat Islam di bumi ini khususnya di bumi USMKKj ini.

Sekian, terima kasih..

Rujukan : Dr. Badlihisham Mohd Nasir
Syeikh Mohd Murtadza Hj Ahmad : Syeikh Tarikat Tasawwuf Al Ahmadiyyah Al Idrisiyyah Al Rashidiyyah al bandariah..

Dengan Nama Allah s.w.t..