Thursday, August 6, 2009

*H1N1 di USMKKj?.

SUJUDKU POHON AKAN PERLINDUNGAN PADAMU YA ALLAH

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Antara Wabak dan Bala..


Tanggal 28.7.2009 Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan (USMKKj) , dihebohkan dengan satu pengumuman yang dikeluarkan oleh Pihak Hal Ehwal Pelajar USMKKj lantaran wabak H1N1 melanda.. Dari sumber yang dikeluarkan oleh Pihak Hal Ehwal Pelajar, seramai 4 orang pelajar telah dikenalpasti berpontensi positif dihinggap H1N1..

Keputusan mengejut pihak Hal Ehwal Pelajar membekukan aktiviti pembelajaran selama seminggu dan mengarahkan ke semua desa di tutup untuk pelajar sarjana muda benar membawa banyak persepsi di kalangan pelajar.. Malah, ianya memberi kesan kepada warga kakitangan USMKKj..

Sekiranya dinilai daripada persektif sains, sememangnya ianya berpunca daripada sumber-sumber luar seperti babi dan sebagainya.. Wabak ini telah menular meliputi seluruh dunia dan di Malaysia sahaja sudah ada beberapa kes yang pesakitnya telah menemui ajal..

Namun, sebagai manusia yang mentauhidkan Allah s.w.t dan membenarkan kerasulan Muhammad s.a.w.. Cuba kita menyelak lembaran risalah Al Quran Al Karim.. Telitilah di dalam Surah Ar Ruum ayat yang ke-41..

“Telah lahirlah bencana di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah s.w.t merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar yakni bertaubat).”..

Banyak bala bencana Allah s.w.t telah melanda sejak menjelma alaf baru ini.. Thunami tahun 2004, Gempa bumi di Pakistan, dan kini merebaknya wabak H1N1 yang masih tidak ditemui ubatnya.. Semuanya ini, sekiranya dimuhasabahkan merupakan peringatan daripada Allah s.w.t untuk menusia kembali bertaubat kepada Allah s.w.t..

Telah terang dan nyata , maksiat dan kemungkaran berleluasa di kala ini.. Malah, ramai manusia berasa bangga dan seronok dengan perbuatan mereka yang melanggar perintah Allah s.w.t.. Tidak timbul langsung sekelumit perasaan takut kepada Allah s.w.t lantaran maksiat yang dilakukan..

Lebih malang lagi, mereka yang bernama muslim.. Terang-terangan berbangga dengan kemaksiatan dan kemungkaran yang dilakukan.. Sehingga ada yang merasakan mereka pandai dengan menyatakan akan tiba waktu untuk mereka bertaubat lantaran dosa yang sedang dilakukan.. Tanpa menyedari bahawasanya ajalnya berada pada kekuasaan Allah s.w.t..

Ada juga yang melakukan maksiat dan kemungkaran disandarkan dengan pelbagai alasan dan helah.. Ada kerana mengikut perkembangan semasa, ada kerana mengikut kawan sebaya dan banyak lagi.. Yang mana, itu semua merupakan alasan dan helah semata.. Sekiranya benar beriman seseorang itu, maka tiada alasan untuk membenarkan maksiat dan kemungkaran dilakukan.. Sekalipun dihunus mata pedang ke leher..

Renungilah dan nilailah persekitaran kita di kampus ini, berapa ramai dikalangan kita seperti yang disifatkan Rasulullah s.a.w berpakaian dalam telanjang?.. Berapa ramai dikalangan kita yang wanita bersifat seperti lelaki manakala lelaki bersifat seperti wanita?.. Buktinya, baru-baru ini berlangsung kejohanan permainan yang sepatutnya menjadi mainan lelaki telah disertai oleh wanita.. Semuanya berlaku di kampus ini..

Lelaki dan perempuan yang bukan muhrim menunggang motosikal sekali tanpa segan silu dikhalayak ramai.. Ramai pelajar perempuan hilang malunya dan merendahkan sendiri martabat yang telah diangkat oleh Allah s.w.t..

Ramai di kalangan kita yang menjadikan aurat lelaki dan wanita sebagai pemuas nafsu dan penenang jiwa kononnya?.. Beribu filem telah dikhatamkan sepanjang 4 tahun berada di kampus ini, sedangkan berapa kali sahaja lembaran Al Quran diselak dan Di Baca..

Terlalu banyak persoalan yang perlu dinilai dan diperbaiki.. Sekiranya ingin ditulis di ruangan yang ringkas ini.. Maka, seperti tesis seorang pelajar kedoktoran dapat dinukil.. Cuma, cubalah kita menilai kembali sirah ketamadunan manusia..

Ingatlah, Berapa banyak bangsa dan kaum yang dimusnahkan Allah s.w.t lantaran kemaksiatan dan kemungkaran yang dilakukan.. Pedih dan siksa azab Allah s.w.t.. Ianya tidak hanya memusnahkan pemaksiat.. Malah, mereka yang beriman juga dimusnahkan lantaran tiadanya amar makruf dan nahi mungkar.. Bukan hanya mengajak kepada kebaikan.. Malah, pencegahan perlu dilakukan..

Paling penting sekali, perlu diingat.. Semua bangsa dan kaum yang di azab Allah s.w.t bukan hanya terhenti dengan hapusnya mereka dimuka bumi ini.. Tetapi, ingatlah azab Allah s.w.t terhadap mereka adalah kekal selamanya.. Allah s.w.t berfirman di dalam Surah Yunus ayat 27..

“Dan orang-orang yang mengerjakan kejahatan (mendapat) balasan yang setimpal dan mereka ditutupi kehinaan. Tidak ada bagi mereka seorang pelindungpun dari (azab) Allah, seakan-akan muka mereka ditutupi dengan kepingan-kepingan malam yang gelap gelita. Mereka itulah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.”

Sebagai akhirnya, masih belum terlewat dan terlambat untuk sama-sama kembali bertaubat kepada Allah s.w.t.. Bukanlah saranan untuk berubah secara drastik.. Tetapi, bermula sikit demi sedikit.. Kembali kepada Allah s.w.t..

Tidak dinafikan juga akan ada pihak yang akan menentang dan mempertikaikan apa yang cuba disampaikan di dalam ruangan ini.. Terpulanglah, info ini sekadar cuba untuk picisan untuk sama-sama berfikir dan menilai.. Sekurang-kurangnya, cuba fikirkanlah bila-bila sahaja kematian akan datang menghampiri kita..

Sekian, Terima Kasih..


1 comment:

~attahrel~ said...

good point of view...

**berkatalah benar,w'pun pahit...saya respek kamu!!!

Dengan Nama Allah s.w.t..