Thursday, March 18, 2010

*Iman Mutiara

Usrah Boleh Membentuk Biah Solehah

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Sebab - Sebab kelemahan Iman..


Ketika mana penulis mendengar huraian Kitab 77 Cabang Pembatalan Iman daripada Ustaz Mohd Surul Miri salah seorang tenaga pengajar Masjid Negeri, Negeri Sembilan.. Antara beberapa perkara yang disebut oleh Al Fadhil ustaz adalah berkaitan faktor – faktor kelemahan Iman..

Faktor pertama yang disebutkan oleh Al Fadhil ustaz ialah foktor suasana persekitaran seseorang.. Sekiranya seseorang itu jauh daripada suasana iman dalam jangka masa yang lama.. Kemudiannya dibantu dengan keberadaannya di dalam lingkungan pemaksiat.. Bergaul pula dengan ahli maksiat, penghibur mahupun mereka yang lagha.. Suasana ini boleh membawa kepada turunnya mutu keimanan seseorang itu..

Seseorang yang jauh bersama orang yang sentiasa berdampingan kepada hadrat Allah s.w.t akan menatijahkan hilangnya suasana keimanan seseorang itu.. Walaubagaimana hebatpun kealiman seseorang itu.. Sekiranya berada dikalangan ahli maksiat.. Maka, sedikit sebanyak akan terpengaruh dirinya dengan persekitaranya..

Jika tidak terkena hujan pasti terkena tempiasnya.. Al Fadhil ustaz menegaskan kefahaman yang perlu difahami, bahawasanya kita merupakan manusia yang dibentuk oleh persekitaran.. Bukanlah kita seperti Saidina Muhammad s.a.w.. Rasulallah s.a.w merupakan manusia yang diberikan kelebihan untuk membentuk suasana..

Sebagai contoh mudah, cuba bandingkan suasana sekiranya kita solah berjemaah di Masjid dengan solah sendirian di rumah.. Lihatlah perbezaannya.. Di masjid, akan bersemangat kita dengan amalan-amalan sunat.. Akan tetapi, sekiranya di rumah kita lebih mengatahuinya hakikat diri kita yang sebenar..

Seseorang yang jauh dari suasana keimanan yang mana dahulunya dilimpahi dengan suasana yang indah itu merupakan mereka yang terlepas nikmat paling berharga pada dirinya.. Maka, sekiranya kita sedang berapa dikalangan mereka yang sentiasa mengimarahkan rumah – rumah Allah s.w.t.. Beriltizamlah dengan mereka.. Sebaliknya, sekiranya kita jauh daripada suasana yang membawa ke arah keimanan.. Maka, sewajibnya dia mencarinya..

Firman Allah s.w.t di dalam Surah At Taubah ayat yang ke 18 berkaitan pemakmur masjidNya “Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk”..


Al Imam Hassan Al Basri r.a berkata "Sahabat lebih bermakna daripada keluarga sekiranya Sahabat itu mengingatkan kita akan akhirat dan keluarga hanya mengingatkan kita tentang dunia.." Al Fadhil ustaz menjelaskan bahawasanya pentingnya suasana yang membawa kepada keimanan berbanding keluarga yang membawa kepada kemurkaan.. Tetapi, dalam konteks perlunya ada ketaatan kepada keluarga selagi mana tidak bercanggah dengan Al Quran dan As Sunnah..


As Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al Maliki contoh Ulama' Muda yang perlu dicontohi



Selain daripada perlunya kepada suasana yang membentuk biah solehah.. Tauladan yang baik juga merupakan faktor penting untuk mengekalkan status keimanan seseorang.. Al Fadhil Ustaz menjelaskan jauh daripada contoh tauladan yang baik.. Jauh daripada manusia – manusia yang sentiasa mengharapkan keredhoan Allah s.w.t merupakan tapak yang bahaya yang boleh menjerumus kepada kelemahan Iman..

Seseorang yang bergaul rapat dengan orang yang soleh akan memperoleh manfaat ilmu dan qudwah yang soleh.. Bergaul dengan mereka yang soleh akan menjadikan kita serba kekurangan dan akan membangkitkan keghairahan untuk beribadah kepada Allah s.w.t.. Sebaliknya, bergaul dengan mereka yang alim dan soleh akan dilazimi dengan dalil-dalil Quran, Hadith mahupun kata-kata hukamak yang mengingatkan kita pada Allah s.w.t..

Kata Al Imam Al Ghazali r.a "Kalau seseorang itu bergaul dengan orang yang berilmu.. Dia akan mendapat manfaat daripadanya.. Umpama seperti bersahabat dengan pembancuh minyak wangi.. Dan sekiranya seseorang itu bergaul dengan ahli maksiat.. Umpama bersahabat dengan Si tukang besi.. Sekiranya tidak mendapat besinya.. Pasti melekat karatnya.." Kerana itulah rapatkanlah diri bersama mereka yang soleh..

Namun, bukanlah dalam pengertian meninggalkan mereka yang fasiq dalam keadaan kefasiqan mereka.. Tetapi, di dalam keutamaan bersama mereka yang menghidupkan jemaah Islamiyyah perlu adanya pergaulan dengan mereka yang lagha.. Tujuannya tidak lain tidak adalah untuk memudahkan proses amar makruf dan nahi mungkar..
Bersambung..
Sekian, Terima Kasih..

Friday, March 5, 2010

*Betulkah Ilmu Kejuruteraan Ilmu Sekular?..

MAI LA JOIN SEKALI KULIAH MAGRIB DAN KULIAH SUBUH

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Penulis teringat akan suatu tazkirah Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al Maliki di dalam satu majlis ilmu.. Syeikh menyebut akan bala yang Allah s.w.t turunkan pada manusia yang mengakui beriman di akhir zaman ini ialah mereka tidak mengenali ad deen yang mereka pegang..

Apabila menilai lontaran kata – kata Syeikh Fuad Al Maliki, wujudnya kejituan makna kalamnya terhadap komuniti kejuruteraan di sekeliling penulis.. Dalilnya, ramai yang memahami Islam itu merupakan aqidah yang terpisah daripada kehidupan manusia.. Ramai yang menyatakan, bahawasanya bidang keilmuan kejuruteraan merupakan elemen yang terasing daripada tasawwur Islam..

Suatu paradigma sekular yang tertanam di pemikiran komuniti kejuruteraan yang menyatakan bahawasanya Islam dan kejuruteraan merupakan perkara yang terpisah.. Ideologi sekular yang menjadikan elemen mengurus sistem yakni ilmu kejuruteraan bukanlah sebahagian daripada teras untuk mengenal sistem yakni ilmu Islam..

Walhal, apabila kita membaca antara ayat – ayat Allah s.w.t seperti firmanNya Surah Asy Syuura ayat ke 29 “Di antara (ayat-ayat) tanda-tanda-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan makhluk-makhluk yang melata Yang Dia sebarkan pada keduanya. Dan Dia Maha Kuasa mengumpulkan semuanya apabila dikehendaki-Nya.”

Allah s.w.t menerangkan bagaimana sifat qudrat yakni kekuasaanNya dan sifat iradat yakni kehendakNya menciptakan langit yang hebat dan bumi yang luas serta setiap kepelbagaian kejadian yang wujud pada keduanya..

Dalam proses pemahaman terhadap konsep sifat Allah s.w.t yakni qudrat dan iradah.. Ilmu tauhid ataupun disebut sebagai ilmu aqidah diperlukan untuk memahaminya.. Ilmu ketauhidan ini merupakan asas dalam mengenal ad deen yakni Islam yang dibawa oleh Rasulallah s.a.w..

Namun, perlu diingatkan bahawasanya untuk memahami bagaimana kehebatan penciptaan langit dan untuk memahami kepelbagaian penciptaan bumi serta setiap yang terbit di pentas keduanya memerlukan suatu asas kefahaman ataupun medan keilmuan yang zaman ini difahami sebagai sains dan teknologi..



EXPERIMENT HELP HUMANS TO KNOW THE GREATS OF ALLAH S.W.T

Maka, disini dapat difahami bahawasanya ilmu kejuruteraan merupakan wasilah ataupun alat yang menjadi penghubung untuk memahami kehebatan penciptaan Allah s.w.t berdasarkan sifat qudrat dan iradahNya..

Sebagai contoh, konsep kejuruteraan Bahan yang mengkaji sifat – sifat kejadian suatu bahan seperti seramik, logam dan polimer.. Ilmu ini mengkaji bagaimana Allah s.w.t menjadikan bumi sebagai pentas untuk menusia mengeksplorasinya memahami setiap penciptaan bumi yang bersumberkan sifat Allah s.w.t yakni qudrat dan iradah..

Melalui penilaian ringkas ini, dapat disimpulkan bahawasanya untuk memahami keagungan kebesaran sifat – sifat Allah s.w.t.. Bidang ilmu usuluddin dan ilmu kejuruteraan diperlukan untuk mengukuhkan keimanan dan ketakwaan manusia..

Apabila aqal manusia dapat berfikir akan kehebatan penciptaan Allah s.w.t.. Disertakan kefahaman Tauhid yang faqih dan soheh.. Elemen ini dapat menatijahkan keimanan dan ketakwaan yang jitu kepada Allah s.w.t..

Manusia yang semakin mengenali Allah s.w.t, semakin gerun dan takutlah dia kepadaNya.. Apabila takut dan gentar kepada Allah s.w.t wujud di sanubari manusia.. Maka, terhasillah ketaqwaan yang menuruti segala titah perintahnya dan meninggalkan segala laranganNya..

Allah s.w.t mengajar manusia supaya menggunakan kekuatan aqal yang dipandu iman untuk menghasilkan golongan muttaqin.. Dan ilmu yang memandu aqal ini disebut sebagai ilmu tauhid dan ilmu sains..
Antara contoh - contoh ayat Allah s.w.t yang menerangkan bagaimana penciptaan alam ini merupakan alat untuk manusia menggunakan aqal untuk memahami kehebatan penciptaanNya.. Perhatikan Firman Allah s.w.t di dalam Surah Az Zumar ayat 31..
“Apakah kamu tidak memperhatikan, bahwa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, lalu menjadi kering lalu kamu melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikan-Nya hancur berderai-derai. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal.”
Sekian, Terima Kasih..

Dengan Nama Allah s.w.t..