Tuesday, January 26, 2010

*Kemana aqalmu?..

MASJID WADAH YANG BOLEH MEMBAWA KE PINTU HIDAYAH..


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..




Hidayah dan Aqal




Penulis teringat akan suatu tazkirah Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al Maliki di dalam satu majlis ilmu.. Syeikh menyebut bahawa bala yang Allah s.w.t turunkan pada manusia yang mengakui beriman di akhir zaman ini ialah mereka tidak mengenali ad deen yang mereka pegang..

Syeikh menjelaskan mereka hanya menyebut kalimah Allah s.w.t dengan lisan mereka.. Tetapi, tidak memahami makna sebenar kalimah Allah s.w.t.. Mereka tidak memahami tuntutan dan natijah yang sepatutnya dicapai apabila kalimah ini tercetus di benak hati mereka..

Syeikh juga mengingatkan kalam Syeikh Daud Al Fathani menyebut bahawa mereka yang sibuk menyebut kalimah Allah s.w.t dengan lisan mereka dengan banyaknya.. Tetapi, tidak memahaminya.. Mereka ini seumpama meeka yang menyebut api, api, api.. Tetapi, tidak akan terasa kepanasan di lidahnya walaupun dilafazkan dengan banyaknya.. Umpama melakukan sesuatu yang sia - sia..

Sering penulis memerhati senario masyarakat sekeliling.. Apabila dicetuskan nilaian Islam.. Pasti paksi jawapan mereka berorentasikan bahawa hidayah Allah s.w.t tidak sampai.. Apabila diseru ke arah kebajikan.. Hidayah Allah s.w.t akan dipersoalkan oleh masyarakat di dalam permasalahan ini.. Persoalan hidayah Allah s.w.t pasti akan menjadi alasan utama untuk berdalih..

Di dalam Surah At Tahrim ayat yang ke 10 sehingga 12.. Allah s.w.t membawakan beberapa kisah Ummah terdahulu yang berkaitan rapat dengan persoalan hidayah.. Ayat ini boleh dijadikan sebagai iktibar kepada manusia yang sering menyalahertikan persoalan hidayah sebagai alasan untuk mengelak menerima Islam sebagai cara hidup..

Firman Allah s.w.t di dalam ayat yang ke 10 Surah At Tahrim yang bermaksud

“Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat[*] kepada suaminya (masing-masing), maka suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): "Masuklah ke dalam jahannam bersama orang-orang yang masuk (jahannam)."

[*]. Maksudnya: nabi-nabi sekalipun tidak dapat membela isteri-isterinya atas azab Allah apabila mereka menentang agama.

Allah s.w.t memberi contoh, bagaimana manusia yang hidup di dalam suasana dilimpahi hidayahNya.. Allah s.w.t menghidupkan mereka di dalam suasana kenabian.. Tetapi, manusia itu tidak menggunakan aqal untuk memikirkan hidayah Allah s.w.t.. Sebaliknya menjadikan aqal sebagai penjana untuk menentang perjuangan suami masing - masing

Isteri kepada kedua orang Rasul ini merupakan manusia yang dianugerahkan nikmat untuk bersama mereka yang menyeru kepada hidayah Allah s.w.t.. Tetapi, tidak terdetik kepada mereka untuk memikirkan hidayah Allah s.w.t supaya dapat menjadi mereka yang mengembangkannya kepada masyarakat..

Begitulah juga dengan kehidupan manusia di zaman ini.. Kadangkala apabila kita berada di persekitaran kelompok manusia ataupun jema’ah yang cuba merungkaikan hidayah Allah s.w.t untuk disebarkan ke dalam masyarakat.. Tidak terdetikpun di hatinya untuk bersama dan beriltizam yakni memberi komitmen untuk menyebarkan punca kepada hidayah Allah s.w.t..

Tidak terlintas di benak pemikiran kita untuk menjadi golongan muharrik yakni mereka yang cuba beramal soleh dan melakukan kebajikan serta mereka ini cuba membawa manusia lain untuk bersama menyertainya untuk membawa manusia mengenal Allah s.w.t..

Walhal, kadangkala dirinya telah ditempatkan bersama mereka ataupun jema'ah yang cuba untuk mengankat Islam ke puncak yang mentadbir alam.. Malah, kita cuba mencari haluan yang lain sebagai alasan untuk berdalih daripada memikirkan punca hidayah Allah s.w.t..

Allah s.w.t menjelaskan lagi situsasi manusia yang menjadi aqal untuk memahami hidayahNya.. Di dalam Surah At Tahrim ayat yang ke 11 yang bermaksud,

”Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata: "Ya Rabbku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu[*] dalam firdaus, dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang zhalim.”

[*]. Maksudnya: sebaliknya sekalipun isteri seorang kafir apabila menganut ajaran Allah, ia akan dimasukkan Allah ke dalam jannah.

Di dalam ayat ini Allah s.w.t menerangkan perilaku manusia yang mempunyai ciri mereka yang beriman.. Bagaimana manusia menggunakan aqal memikirkan hidayah Allah s.w.t walaupun persekitarannya dihiasi dengan kemewahan dunia yang membawa kepada kesesatan..

Isteri Fir’aun yang bernama ‘Asiah hidup di tengah kelompok manusia yang dilimpahi dengan kemewahan.. Hebatnya anugerah rezeki yang diberikan menyebabkan mereka berasa bongkak sehingga tidak malu mengankat diri sebagai Tuhan.. Namun, ‘Asiah menggunakan aqal untuk memikirkan seruan hidayah yang disampaikan Nabi Musa a.s mengetepikan nikmat sementara..

Allah s.w.t memberi contoh manusia yang menggunakan aqal untuk memikirkan punca hidayahNya walaupun dilimpahi kemewahan.. Ayat ini jelas membuktikan bukanlah permasalahan hidayah Allah s.w.t menjadikan manusia tidak beriman kepadaNya.. Sebaliknya tidak menggunakan aqal untuk memikirkan punca hidayah Allah s.w.t..

Di akhir Surah At Tahrim ayat ke 12, Allah s.w.t menjelaskan Kisah keluarga yang sentiasa mendambakan hidayah Allah s.w.t dan berusaha ke arah itu..

“dan (ingatlah) Maryam binti Imran yang memelihara kehormatannya, maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebagian dari ruh (ciptaan) Kami, dan dia membenarkan kalimat Rabbnya dan Kitab-KitabNya, dan dia adalah termasuk orang-orang yang taat.”

Allah s.w.t menunjukkan qudwah daripada keluarga Imran yang cuba menjadikan keturunannya golongan yang menjadikan aqal untuk memikirkan punca hidayah Allah s.w.t.. Bagaimana keluarga Imran mengatur strategi menjadikan keturunan sebagai mereka yang dikasihi Allah s.w.t.. Sehinggakan mereka dianugerahkan kelahiran bayi daripada anak perumpuannya Siti Maryam yakni Nabi Isa a.s.. yang diutuskan untuk menyuluh hidayah ke dasar hati kaumnya..

Kesemua kisah yang sempat dinulikkan penulis ini membuktikan bahawa Allah s.w.t memberi gambaran bagaimana manusia yang dapat menggunakan kekuatan aqal untuk mendapat hidayah Allah s.w.t dan bagaimana manusia yang tidak dapat menggunakan aqal yang diberikan Allah s.w.t dengan sebaiknya.. Sebaliknya menjadikan aqal untuk menafikan hidayah Allah s.w.t..

Kerana itulah, di dalam Al Quran banyak dipersoalkan mengapa manusia tidak mahu menggunakan aqal untuk merenung segala ciptaan Allah s.w.t.. Semua persoalan yang ditimbulkan sebenarnya merupakan seruan untuk manusia menggunakan aqal memikirkan punca – punca yang dapat membawa kepada anugerah hidayah Allah s.w.t..


Secara mudahnya dapat difahami bahawa bukanlah hidayah Allah s.w.t itu jauh daripada manusia.. Tetapi, sebaliknya manusia tidak mahu mencari inisiatif mencari sumber -sumber hidayah Allah s.w.t.. Sedangkan Allah s.w.t telah menjadikan alam supaya manusia berfikir dan merenung akan ciptaanNya.. Natijahnya dapat menzahirkan tuntutan penciptaan di atas muka bumi ini..




Sekian, terima kasih..

Allahu ‘alam..


http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/



Friday, January 15, 2010

*Kenapa engkau tiada?..

HEI!!!! KENAPA TAK DATANG SOLAT GERHANA HA???


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..


Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Manusia dan Solat Sunat Gerhana..



Sewaktu melaksanakan Solat Gerhana Matahari 15.1.2010 secara berjema'ah di Pusat Islam sekitar jam 3.30 petang.. Penulis memerhatikan gelagat manusia yang mula memenuhi ruangan dewan solat yang rasanya mampu menampung seribu jema'ah di setiap kali waktu solat..



Pelbagai persepsi yang mungkin terhampar pada setiap diri insan ketika itu.. Ada juga yang seperti seorang abid yang asyik menyeru Tuhannya, ada yang hanya duduk termangu menunggu saatnya mendirikan solat.. Tidak terlepas juga mereka yang sedang berbual sesama sendiri.. Mungkin kali pertama ingin mendirikan solat ini..



Namun, terasa sedikit kehairanan terdetik di hati.. Mengapa masih jelas kekosongan di ruangan dewan solat ini?.. Bukankah warga kampus ini melebihi ribuan manusia?.. Daripada kakitangannya dan pelajarnya.. Rasanya, yang muslimnya bukannya boleh dihitung dengan jari ramainya..



Tika itu, fikirku hanya satu separuh saf sahaja yang terisi dengan manusia.. Mungkin seratus orang rasanya.. Tetapi, bukankah yang mengaku beriman kepada Allah s.w.t dan membenarkan Rasulallah s.a.w di kampus ini ribuan jumlahnya.. Aneh, mana pergi kesemuanya.. Bukankah saat ini munculnya salah satu bukti kehebatan Allah s.w.t yang mengatur alam semester ini..



Firman Allah s.w.t yang menzahirkan keagungan Allah s.w.t di dalam Surah Yasiin ayat yang ke 38 "dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui." Allah s.w.t dengan kekuasaanNya mampu menjadikan matahari yang begitu besar , bumi yang begitu besar dapat diatur olehNya akan pergerakannya tanpa memerlukan bantuan sesiapapun.. Lemahnya manusia, untuk menggerakkan kereta yang kecilpun memerlukan bantuan banyak benda untuk menggerakkannya..



Mengapa mereka yang beriman itu tidak menyahut seruan Allah s.w.t.. Bukankah Allah s.w.t telah memberikan aqal yang waras untuk merenung setiap kejadianNya supaya dapat mengambil iktibar akan lemahnya manusia.. Walaupun dia menyandang gelaran professer.. Sewajarnya dia tetap sujud kepada Allah s.w.t.. Apabila melihat keagungan ciptaannya..



Rasanya, hari Juma'at itu bukannya penuh dengan jadual kelas harian.. Adapun yang terpalit jadualnya akan kelas.. Pasti agak hilang semangat untuk melaksanakannya.. Yalah, saat terakhir mingguan hari pembelajaran.. Apa salahnya sekali sekala dibatalkan untuk sujud atas zahirnya keagungan Allah s.w.t..



Hebatnya manusia mendapat gelaran professer daripada kajiannya terhadap tanah liat.. Tetapi, kehebatannya tetap terbatas.. Kerana dia tidak mampu menghasilkan jiwa yang bernafas seperti mana ciptaan Allah s.w.t yang terbina daripada tanah liat. Sehingga ciptaanya mampu mendapatkan gelaran professer itu.. Maka, mengapa mereka tidak mahu bersujud dengan kehebatan Allah s.w.t?..



Sebak juga di dalam jiwa.. Terdapat juga teman yang ku cinta tidak ku dapati di ruangan ini.. Mungkin ada alasannya.. Tetapi, bagiku semoga Allah s.w.t membuka hatinya untuk sentiasa mencari hidayah dan taufiqnya untuk sentiasa sujud kepadanya dalam setiap perkara.. Walaupun, dia terpaksa meninggalkan urusan sesama manusianya.. Bagiku, tiada makna hubungan manusia tanpa mendirikannya dengan hubungan kepada Allah s.w.t..



Ketika seakan berakhirnya khutbah yang diungkapkan khatib.. Terdetik di sanubari ini.. Semoga hidayah dan taufiqnya menyirami diriku dan mereka yang bersama denganku.. Bukanlah diriku seorang yang sempurna.. Tetapi, ingatanku pada diri.. Kita bukanlah manusia yang punyai kelebihan dan apa keistimewaan kita sehingga kita seakan tidak berhajat kepada Allah s.w.t.. Sombong kita dengan seruan Allah s.w.t.. Walhal, bukannya perkara besar yang memudharatkan berlaku kepada kita sehingga terhalang untuk menyahut seruannya..



Sekian , terima kasih..



http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/



Hukum mendirikan Solat Gerhana..



Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.




Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.




Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.




Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.




http://ustazazhar.com/v1/lain-lain/solat-sunat-gerhana.html












Wednesday, January 6, 2010

*Maal Hijrah Pusat Islam USMKKj

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Segala puji bagi Allah s.w.t walaupun telah berlalu 21 di bulan Muharram tahun 1431 Hijrah masih lagi diberi peluang untuk kita meneruskan kehidupan di alam ciptaanNya.. Sedangkan sekiranya dinilai prestasi kendiri kita.. Tidak layak untuk menerima anugerah kurniaan Allah s.w.t kepada kita..

Rasulallah s.a.w menunjukkan perilaku tauladan kepada kita.. Bagaimana kita sebagai hamba perlu mengorbankan diri untuk menegakkan Islam di atas muka bumi ini?.. Islam perlu memerintah dan bukan Islam yang diperintah..

Islam perlu menjadi acuan dalam membentuk sistem kehidupan manusia.. Samada sistem politik Islam, pentadbiran Islam, ekonomi Islam dan sebagainya.. Islam merupakan acuan terbaik dalam membentuk manusia.. Ini terbukti di dalam sejarah.. Bagaimana sirah perjuangan Rasulallah s.a.w membentuk pemerintahan yang beracuankan acuan Islam yang diturunkan oleh Allah s.w.t..

Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Baqarah ayat 138

"Sibgah Allah".. Siapa yang lebih baik sibgahnya daripada Allah? Dan kepadaNya kali menyembah"

Sibgah bermakna acuan ataupun celupan yakni agama Allah s.w.t.. Allah s.w.t mengajar manusia melalui Rasulallah s.a.w untuk membentuk fitrah kehidupan yang selari dengan hakikat kejadian manusia itu sendiri.. Maka, Islam merupakan acuan yang terbaik untuk membentuk manusia yang baik seluruh aspek kehidupannya..

Hijrah membuktikan kehebatan manusia yang terhasil daripada acuan Allah s.w.t.. Bagaimana manusia yang beriman yang menyahut seruan hijrah untuk menegakkan agama Allah s.w.t.. Maka, elemen keduniaan mampu diketepikan meskipun mereka hanya tinggal sehelai sepinggang pada zahirnya..

Bertepatan dengan saat ini.. Di awal Muharram 1431 Hijrah.. Pusat Islam Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia akan menganjurkan satu ceramah yang akan mengupas perihal manusia - manusia yang dibentuk dengan acuan Allah s.w.t.. Semua dijemput hadir..

Sekian, Terima Kasih..

http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/

Sunday, January 3, 2010

*Mengapa engkau berjauhan denganNya..

MENGAPA DIRIMU TIDAK TERPANGGIL MENGIMARAHKANNYA!! TOLONGLAH!!


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Masjid itu perlukanmu..


Bila melihatkan keadaan masjid setiap waktu solat di zaman ini.. Pasti sayu hati mereka yang beriman kepada Allah s.w.t.. Apa tidaknya.. Di saat azan dikumandangkan oleh muezzin.. Hanya kelihatan beberapa orang jema’ah yang menyahut panggilan itu.. Sedangkan, teknologi yang diilhamkan Allah s.w.t kepada manusia telah menjadikan sahutan azan mampu didengar segenap pelusuk alam..

Ketika mana, Allah s.w.t menetapkan panggilan untuk hambaNya pergi merintih merayu kepadanya.. Ramai manusia yang tetap angguh dan sombong.. Mereka seakan tidak mendengar sahutan yang memuji-muji Allah s.w.t.. Padahal, mereka diberi pancaindera untuk menzahirkan bukti keimanan yang mereka akui dengan hati dan lisannya..

Aneh sungguh keadaan ummah ini.. Apakah mereka tidak merasakan kenikmatan untuk menyahut panggilan Penciptanya.. Sedangkan Allah s.w.t melebarkab rahmatNya begitu luas pada hambaNya.. Walaupun, hambaNya mengingkari perintahnya.. Apakah sudah jadi sebenarnya?..

Ketahuilah, sesungguhnya Allah s.w.t berfirman di dalam Surah At Taubah ayat yang ke 18
“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk”..

Allah s.w.t mencirikan mereka yang beriman kepada Allah s.w.t dengan menyifatkan mereka sebagai pemakmur – pemakmur masjid.. Setiap kali seruan azan, mereka mendirikan solat di awal waktu , mereka berzakat dan ketakutan mereka hanya kepada Allah s.w.t.. Mereka juga sentasa mengharapkan supaya tergolong mereka yang diberikan petunjuk..

Apabila petunjuk Allah s.w.t telah meluputi hati manusia.. Setiap tindakannya akan disandarkan kepada Allah s.w.t.. Sebagai contoh, Apabila dia mengekspolarasi ilmu kerujuteraannya dia mencari keagungan Allah s.w.t dalam ciptaanya.. Dia melihat keagungan Allah s.w.t menjadikan langit dan bumi serta yang berada di keduanya..

Mereka yang diberi nikmat kebendaan umpamanya motosikal.. Apabila hatinya diberikan petunjuk.. Motosikalnya akan membawanya menyahut panggilan Allah s.w.t.. Tetapi, apabila hati yang jauh pada Allah s.w.t motosikalnya tidak memberi manfaat apa – apa padanya.. Malahan, motosikalnya itu membantunya untuk melakukan maksiat yang mengingkari Allah s.w.t..

Hari ini manusia seakan tidak merasakan penting untuk mendapat hidayah Allah s.w.t.. Baginya apa yang penting ialah ilmu untuk mencari kebendaan dan bukannya ilmu untuk mencari Allah s.w.t.. Lantaran itulah, ramai manusia yang semakin menjauhi masjid – masjid Allah s.w.t.. Bukannya ada keuzuran untuknya mengimarahkan masjid.. Sedangkan dirinya mempunyai kereta dan motor yang hebat yang boleh membawanya ke masjid.. Tetapi, dipersiakan dengan sianya..

Hari ini, bukannya manusia kesuntukan untuk pergi ke masjid.. Tetapi, kehidupanya telah terhimpit dengan dunia yang menipu dirinya.. Dirinya disibukkan dengan aurat wanita yang diingini, disibukkan dengan permainan yang menipu dirinya, disibukkan dengan teknologi yang mengkaburinya, disibukkan dengan persatuan yang membebankannya..

Bukanlah semua itu dilarang di dalam Islam.. Ianya diharuskan.. Tetapi, janganlah sampai penyakit lalai itu singgah ke benak hati.. Ada manusia yang dikurniakan kemerduan suaranya.. Tetapi, dia tidak mahu mengalunkan kalimah mamuji Allah s.w.t.. Dia lebih asyik menyanyikan lagu yang memuji manusia yang sia – sia.. Ada juga yang diberi nikmat kepandaian dalam menuntuk ilmu.. Tetapi, dia lupa kepandaiannya hanya terbatas dan cetek sahaja.. Sedangkan Ilmu Allah s.w.t itulah yang paling luas yang hebat..

Saudara, sebagai akhirnya.. Marilah kita kembali kepada Allah s.w.t.. Marilah kita mengimpikan petunjuk Allah s.w.t.. Ketahuilah, kita akan mati.. Mati itu bukan letaknya pada tuanya usia.. tetapi, mati itu letaknya pada kehendak Allah s.w.t.. Carilah rahmat Allah s.w.t.. Sesungguhnya ianya amat diperlukan untuk kehidupan dunia dan di akhirat..

Sekian, terima kasih..




Dengan Nama Allah s.w.t..