Wednesday, December 1, 2010

*Kenangan 'Aidil Adha 1431 Hijjiriah..

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Alhamdulillah! segala puji bagi Allah s.w.t yang membenarkan kami terus menikmati kehidupan dunia yang dipenuhi dengan mehnah dan tribulasi.. Namun Allah s.w.t memberikan kami nikmat yang lebih besar yang wujud di atas dunia ini yakni Saiyidinan Muhammad Bin Abdullah s.a.w yang telah mengajar kami untuk menjadi hamba Allah s.w.t yang bersyukur..

Inilah pertama kali! dalam sejarah hidup menyambut hari kebesaran Islam tidak bersama dengan ayah dan ibu di kampung.. Allah s.w.t memberi sedikit ujian dengan kesibukan menghadapi peperiksaan akhir semester 1 sidang 2010/2011.. Moga-moga Allah s.w.t memberi bantuan supaya kami cemerlang.. InsyaAllah..

Inilah pertama kali.. Bertakbir raya bersama-sama sahabat.. Semuanya menghayati pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s dan semangat para Jema'ah Haji di Kota Mekah.. InsyaAllah.. Walaupun sedih juga dihati.. Namun, semuanya telah ditakdirkan.. Insyallah ada hikmah..


Bersama-sama kami duduk membesarkan Allah s.w.t.. Alhamdulillah, Allah s.w.t masih memberikan kami usia untuk kami meneruskan perjuangan Islam.. InsyaAllah.. Semoga kami Istiqamah dan Iltizam berjuang bersama tabiyyah yang dididik para 'Ulama..


Hening suasana pagi ini.. Bertakbir raya pertama kami di luar kampung halaman.. Pengalaman pertama.. Semoga ianya mematangkan diri.. Insyallah.. Ya Allah! Satukan hati kami.. Jadikan pengorbanan menjadi sebahagian hidup kami.. Ameen Ya Allah..



Fattar membaca takbir raya dengan syahdu versi Kampung Batu 8 .. Labu.. Sodap.. Nak rakaman.. Sila hubungi pembantu Pusat Islam.. Bilik 0.13.. Pagi ini menggilap bakat Fattah..


Pagi-pagi lagi kami telah bergerak untuk solat raya di An Nahdoh.. Pertama kali solat raya di luar negeri.. Luar Negeri Sembilan je.. huhu.. Bajet duk Mesir duk Pulau je pun..


Malik pagi ini sayu sahaja wajahnya.. Dia memandu untuk ke An Nahdoh.. Seumpama ayah kami pula pagi ini.. Solat Raya di An Nahdoh, nak dapat suasana pondok sedikit.. Ambil keberkatan pelajar-pelajar Tahfiz..

Syed Ahmad.. Adik kami terbaru.. Huhu.. Semoga Allah s.w.t memilih beliau untuk bersama dalam perjuangan Islam.. Semoga terhindar daripada anasir-anasir durjana.. InsyaAllah..


Fattah tongah termonung ingat kat orang Labu.. Sapo tue??.. Hehe.. Omak dan Ayah dio la.. Jangan sodeh Fattah, den pun sodeh juge..



Adik-adik pelajar Tahfiz An Nahdoh sedang mengepalai bacaan Takbir Raya.. Syahdunya suasana ketika ini.. Ayah dan Ibu maafkan anakmu ini..

Seusai Solat sunat raya.. Ambil berkat Tuan Guru Abdul Muthallib dulu.. Biasa salam dengan ayah dan ibu.. Sob Sob.. Sedeh.. Takpolah..



Semua berpusu-pusu untuk pulang menziarahi sanak-saudara.. Paling penting, nak sembelih Lembulah..

"Fattah den lapar nie!! Tak makan lagi" kata Malik.. "Den pun samo, huhu" balas Fattah..


Ahmad dan Rush pun nak possing juga.. Ha!! Sila-sila..



Dah Solat Raya.. Sekarang pergi makan la pula.. Malik memulakan operasi sebenar.. Haha.. Jom-jom!! Lapar ini..


Juadah pertama kami di Hari Raya.. Malik sedang diperhatikan Pak Long nya.. Rumah inilah tempat Malik bermain.. Kecil-kecil dahulu.. Kata Pak Long Malik.. "Baik Malik ini, hormat orang tua, kasih kanak-kanak" tambah Pak Longnya

Sekarang kami di Rumah Mak Ngah Malik.. Sebelah sahaja rumah Pak Long dia.. Tengok!! Terserlah sifat kebapaan Malik.. Rugi - rugi siapa kenali Malik.. Betul tak cakap Pak Long Malik..


Sempat lagi bergambar di Rumah Mak Ngah Malik.. Tengah tunggu makanan ini.. Sabar Fattah Sabar..



Destinasi seterusnya, Sungai Dua.. Rumah Ustaz Azam.. Tue Ustaz Azam ambil kami di simpang empat Sungai Dua..


Alhamdulillah!! Sampai pun rumah Ustaz Azam.. Pening juga mencari..

Aik!! ni kat Labu ke Sungai Dua.. Macam Fattah je yang menyambut Ustaz.. He..


ha!! inilah AMNA .. Anak pertama Ustaz Azam.. Comel kan.. Huhu..


"Maaflah! ana tak sempat nak buat pa.. Duk dulu na".. Kata Ustaz Azam.. "Baik2x ustaz" kata Rush Nikmat.. Lapar sebenar Rush tu.. Tak cukup kat rumah Pak Long Malik tadi..


Apalah yang di bualkan oleh mereka.. Inilah suasana di dalam rumah Ibu Mertua Ustaz Azam..


Kemudian, kami ke rumah Abang Aufa.. Antara Abang yang kami sayangi.. Jauh juga rumah dia.. Besar rumah dia.. Boleh la kalau ada sesiapa nak ta'aruf..



Kami baru berehat di Rumah Abang Aufa.. Penat berjalan daripada Sungai Dua.. Eh! bukan naik kereta ke.. Hehe..


"haha!! Sodap laa spaghetti ini.. Jangan bagi Fattah makan"..


"Woi Malik! tak ci la makan dulu.. Den kono kojar nie Malik.. Kang habis semuo makanan.. Kompunan den".. Fattah nak kojar Malik.. huhu.. Hobin Jang Hobin.. Jangan buat malu orang Labu..


Sekarang kami di rumah Syakirin.. Seperti biasa.. Malik lah tekong untuk muqaddimah.. Kami follower je.. huhu..

Fattah, Ahmad dan Rush sedang berlumba makan.. Siapa banyak makan di rumah Syakirin.. Boleh ta'aruf dengan adik Syak lepas ini.. Huhu, gurau je..


Alhamdulillah, kekenyangan di Rumah Syakirin.. Sebenarnya kami langkah kanan.. Ibu Ayah Syak memang prepared juadah makanan untuk tetamu rumah dia.. huhu..



Sekarang perjalanan ke Kampung Halaman Abang Aufa.. Seperti biasa 'Bapa Angkat kami' membawa kereta.. huhu..

Perjalanan ke halaman Kampung Abang Aufa.. Hmm, menghijau je kawasan ini.. Mesti "Hijau" menang kawasan ini.. Takbir!!! Allahu Akbar.. Parti Islam..


Rush dan Fattah tengah penat tu.. Yella! seharian jaulah.. Malik pula tengah bermuhasabah diri.. Ada sesuatu peristiwa berlaku.. Huhu..


Alhamdulillah, seusai Solat Jamak Magrib dan Isya'.. Kesian sebenarnya Rush Nikmat kena Cali.. Rezeki dia la tu.. Kafarah dosa.. InsyaAllah..

Dan destinasi terakhir pada Hari Raya Aldil 'Adha 1431 Hijrah ialah Rumah Abang Azwan CEDEC.. Antara abang-abang tercinta yang sentiasa bersama kami di Pusat Islam dan PMIUSMKKj..

Haha.. Malik dan Fattah memulakan tugas di Rumah Abang Azwan CEDEC.. Makan Jang makan.. Ini peluang terakhir.. Lepas ini nak balik.. Air "Water Cooler PI" ada la.. Haha..


Tazkirah Qurban daripada Abang Wan.. Baik orangnya Abang Wan ini.. Untung kak Nani.. Haha..


Inilah juadah terakhir kami.. Alhamdulillah, syukur pada Allah s.w.t.. Setelah kepenatan seharian kembara bersama..

Total, kami sampai Pusat Islam dalam jam 11 Malam.. Penat juga la.. Tapi, banyak pengalaman menarik berlaku pada hari ini.. InsyaAllah ada hikmahnya.. Semoga Allah s.w.t memberi kami hidaya dan taufiqnya.. Berjaya dunia dan akhirat.. Termasuk peperikasaan sem ini.. InsyaAllah.. Ameen Ya Rabbal 'Alameen..

Sekian, Terima Kasih..

Al Faqir Ila Allah Al Ghani..

http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/

Thursday, November 11, 2010

*Kenapala berat sangat aku ini nak berjaya?.

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w.


Ya Rasulallah!! Syafa'atkanlah kami..


PUNCA-PUNCA KELEMAHAN UMAT ISLAM ZAMAN INI..


Zaman ini menyaksikan Umat Islam sedang menghadapi krisis memahami dan mengamalkan Islam secara praktikal dan konsisten. Natijahnya, Umat Islam pada hari ini tidak lagi dipandang sebagai ikon kejayaan kehidupan di dunia lantaran kelemahan kesemua sistem-sistem pengurusan kemasyarakatan.


Dahulu Tamadun Islam dianggap sebagai piawai nilaian kemajuaan pengurusan kehidupan manusia. Tetapi, kini Umat Islam telah dipandang sebagai simbolik-simbolik kepada keruntuhan akhlak, pengganas dunia dan kerendahan nilaian sosial integriti. Semuanya berpunca apabila Umat Islam menjauhi kefahaman Islam yang sebenar. Yang mana ianya bersifat praktikal dan menyeluruh..


Benarlah kata-kata Saidina Umar Berkata Saidina Umar al-Khattab;"Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, maka apabila kita mencari kemulian yang lain daripada Islam, nescaya kita akan dihinakan oleh Allah.."

Di antara persoalan pokok yang menjadi teras kepada segala permasalahan yang berlaku pada hari ini.. Pertamanya, perbezaan Umat Islam hari ini dengan Saidina Rasulallah s.a.w dan generasi sahabat r.hum terhadap hari akhirat.. Mereka memandang besar akan hari akhirat itu.. Sebaliknya, Umat Islam zaman ini memandang kecil akan hari akhirat itu..


Natijahnya, Umat islam pada hari ini tidak berlumba-lumba untuk memenuhi kehidupan dengan pengibadatan kepada Allah s.w.t.. Bukan sekadar, tidak mahu berlumba untuk mengejar ibadah khusus seperti solat, zakat dan puasa.. Bahkan, pengibadatan dalam konteks kehidupan yang lebih luas telah jauh ditinggalkan.. Seumpama sistem politik, ekonomi, tarbiyyah dan pengurusan kemasyarakatan..


Umat Islam hari ini lebih memandang mulia pemikiran-pemikiran manusia mengatur kehidupan. Berbanding, pengurusan kehidupan yang dianjurkan oleh Saidina Rasulallah s.a.w.. Malah, lebih sedih lagi.. Kedapatan sebahagian Umat Islam yang sangsi dan tidak menyakini Islam mampu mentadbir dunia. Buktinya, mana-mana Gerakan Islam, Parti Islam dan Persatuan Islam yang cuba memanisfetasikan Islam dalam kehidupan akan dilontarkan dengan kata-kata nista dan didustakan oleh masyarakat..




Ramai Umat Islam di kawasan Nibong Tebal..
Tetapi, kenapa yang solat jemaah banyak ini?


Punca yang kedua, Umat Islam zaman ini mula meninggalkan cabang ilmu yang diwahyukan selepas Ilmu Iman dan Islam yakni ilmu Tasawwuf.. Berkata syeikhul islam al Imam Ghazali r.a. “ mengatakan sesiapa yang tidak mempelajari ilmu tasawwuf. maka, dikhuatiri mereka meninggal dunia dalam keadaan tidak mengatahui akan dosa-dosa mereka.” Maka, ilmu ini ramai yang tidak memahami.. Malah, ada sebahagian yang menafikan kewujudannya..


Sedangkan Ilmu ini membawa manusia menghayati , menjaga, mengingati dan memelihara waktu ibadah serta khidmat mereka kepada Allah s.w.t.. Manusia tidak sekali-kali mensia-siakan walau satu waktu melainkan kesemuanay diisi dengan ibadah dan kebajikan kepada Allah s.w.t.. Hasilnya, kehidupan Umat Islam disinari cahaya iman, islam dan ihsan samada di dalam perhubungan kepada Allah s.w.t mahupun sesama manusia..


Pentadbirannya, berdasarkan Islam,.. Politiknya, politik Islam.. Ekonominya, ekonomi Islam.. Perkahwinannya, perkahwinan Islam .. Sahsiahnya, shasiah Islam.. Jadi, apabila Ilmu Tasawwuf ditinggalkan, tiada lagi roh yang cuba membawa nilaian Islam dalam kehidupan Umat Islam.. Kalaupun ada, sekadar berkisar permasalahan seumpama solat, zakat dan puasa..




Apalah nasib Umat Islam pada hari ini???

Nilaian ketiga yang hampir pupus di sanibari Umat Islam ialah ketiadaan perasaan takut dan malu kepada Allah s.w.t.. Hal ini telah menyebabkan mereka tidak melaksanakan taubat kepada Allah s.w.t.. Sedangkan sebagai manusia biasa, sudah pasti tidak akan lari daripada melakukan dosa.. Manusia tidak dapat tidak pasti tidak terlepas daripada terlupa dan terlena dengan dunia.. Yang mana ketika berada di alam fana’, pasti lupa pada batasan yang membezakan perkara yang halal dan haram..


Rasulallah s.a.w sendiri telah menunjukkan qudwah bahawasanya pasti setiap hari yang dilaluinya tidak akan terlepas daripada memohon kepada Allah s.w.t sekurang-kurangnya seratus kali untuk meletakkan diri Rasulallah s.a.w sebagai manusia yang bersyukur.. Imam Muslim r.a meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda : “Wahai manusia bertaubatlah kalian kepada Allah s.w.t dan sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah s.w.t dalam sehari 100 kali.”


Dalam riwayat lain Rasulullah s.a.w pernah ditegur oleh isterinya, Aisyah r.ha apabila melihat baginda berterusan bersembahyang sehingga menyebabkan kaki baginda bengkak. Aisyah r.ha berkata: "Bukankah Allah s.w.t telah mengampunkan dosamu yang terdahulu dan yang akan datang? Baginda s.w.t menjawab: "Salahkah aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?"




Syeikh Fuad Al Maliki antara Ulama' Muda yang tawaduk sifatnya..

Dan di antara permasalah yang berlaku pada Umat Islam pada hari ini mereka suka dizahirkan akan kebesarannya.. Ianya berbeza dengan Para Ulama’ salaffusoleh.. Sifat-sifat tawaduk Para Ulama' terdahulu antaranya mereka tidak mahu akan kemuliaan mereka dizahirkan.. Tetapi, Umat Islam hari ini berbangga dan megah dengan sedikit kemasyuran yang ada pada dirinya.. Sedangkan sebenarnya Umat Islam sedang ditindas dan tercicir..


Malah, kedapatan mereka yang mengaku berjuang di jalan Allah s.w.t.. Apabila mereka melakukan sesuatu perkara untuk menzahirkan Islam pasti mereka berbangga-bangga dengan kemampuan mereka dan menafikan orang lain.. Sedangkan kadang-kala mereka yang dinafikan berada pada sistem dakwah yang sebenar dan betul meskipun kurang terzahir kejayaan dakwah yang dibawa orang mereka yang duduk di dalam sistem dakwah yang sebenar..



PEMUDA PELOPOR KEPADA AGEN PERUBAHAN ISLAM!!


Terakhirnya, sifat ilmu Islam pada hari ini mula menjauhi nilaian Ilmuan yang sebenar.. Ilmu Islam tidak lagi mampu untuk mentarbiyyah manusia untuk kembali kepada Allah s.w.t.. Sesungguhnya ilmu islam itu hadir dalam bentuk perantaraan atau disebut talqqi.. Inilah menjadi perbezaan ilmu Islam dan kuffar.. Namun, kebanyakan ilmu kini terputus sanadnya.. Kesannya, hilang kefahaman Ilmu yang faqih dan manusia tidak memahami sesuatu ilmu dengan maksud sebenarnya.. Malah, mungkin menyeleweng dengan maksud sebenarnya..


Bagaimana mahu mendapat kefahaman yang sebenar sekiranya majlis Ulama tidak pernah disertai?. Usrah tidak pernah hadir?. Di ajak berbincang persoalan addeen beralasan.. Di jemput ke Masjid mengelak.. Di seru kepada makruf dan ditegak kemungkaran, lari malah mengejek pula.. Fikir dan renungkan bersama.. Semoga Allah s.w.t memberi hidayah dan taufiq.. InsyaAllah..


Al Faqir Ila Allah Al Ghani

http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/

Dengan Nama Allah s.w.t..