Thursday, November 11, 2010

*Kenapala berat sangat aku ini nak berjaya?.

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w.


Ya Rasulallah!! Syafa'atkanlah kami..


PUNCA-PUNCA KELEMAHAN UMAT ISLAM ZAMAN INI..


Zaman ini menyaksikan Umat Islam sedang menghadapi krisis memahami dan mengamalkan Islam secara praktikal dan konsisten. Natijahnya, Umat Islam pada hari ini tidak lagi dipandang sebagai ikon kejayaan kehidupan di dunia lantaran kelemahan kesemua sistem-sistem pengurusan kemasyarakatan.


Dahulu Tamadun Islam dianggap sebagai piawai nilaian kemajuaan pengurusan kehidupan manusia. Tetapi, kini Umat Islam telah dipandang sebagai simbolik-simbolik kepada keruntuhan akhlak, pengganas dunia dan kerendahan nilaian sosial integriti. Semuanya berpunca apabila Umat Islam menjauhi kefahaman Islam yang sebenar. Yang mana ianya bersifat praktikal dan menyeluruh..


Benarlah kata-kata Saidina Umar Berkata Saidina Umar al-Khattab;"Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, maka apabila kita mencari kemulian yang lain daripada Islam, nescaya kita akan dihinakan oleh Allah.."

Di antara persoalan pokok yang menjadi teras kepada segala permasalahan yang berlaku pada hari ini.. Pertamanya, perbezaan Umat Islam hari ini dengan Saidina Rasulallah s.a.w dan generasi sahabat r.hum terhadap hari akhirat.. Mereka memandang besar akan hari akhirat itu.. Sebaliknya, Umat Islam zaman ini memandang kecil akan hari akhirat itu..


Natijahnya, Umat islam pada hari ini tidak berlumba-lumba untuk memenuhi kehidupan dengan pengibadatan kepada Allah s.w.t.. Bukan sekadar, tidak mahu berlumba untuk mengejar ibadah khusus seperti solat, zakat dan puasa.. Bahkan, pengibadatan dalam konteks kehidupan yang lebih luas telah jauh ditinggalkan.. Seumpama sistem politik, ekonomi, tarbiyyah dan pengurusan kemasyarakatan..


Umat Islam hari ini lebih memandang mulia pemikiran-pemikiran manusia mengatur kehidupan. Berbanding, pengurusan kehidupan yang dianjurkan oleh Saidina Rasulallah s.a.w.. Malah, lebih sedih lagi.. Kedapatan sebahagian Umat Islam yang sangsi dan tidak menyakini Islam mampu mentadbir dunia. Buktinya, mana-mana Gerakan Islam, Parti Islam dan Persatuan Islam yang cuba memanisfetasikan Islam dalam kehidupan akan dilontarkan dengan kata-kata nista dan didustakan oleh masyarakat..




Ramai Umat Islam di kawasan Nibong Tebal..
Tetapi, kenapa yang solat jemaah banyak ini?


Punca yang kedua, Umat Islam zaman ini mula meninggalkan cabang ilmu yang diwahyukan selepas Ilmu Iman dan Islam yakni ilmu Tasawwuf.. Berkata syeikhul islam al Imam Ghazali r.a. “ mengatakan sesiapa yang tidak mempelajari ilmu tasawwuf. maka, dikhuatiri mereka meninggal dunia dalam keadaan tidak mengatahui akan dosa-dosa mereka.” Maka, ilmu ini ramai yang tidak memahami.. Malah, ada sebahagian yang menafikan kewujudannya..


Sedangkan Ilmu ini membawa manusia menghayati , menjaga, mengingati dan memelihara waktu ibadah serta khidmat mereka kepada Allah s.w.t.. Manusia tidak sekali-kali mensia-siakan walau satu waktu melainkan kesemuanay diisi dengan ibadah dan kebajikan kepada Allah s.w.t.. Hasilnya, kehidupan Umat Islam disinari cahaya iman, islam dan ihsan samada di dalam perhubungan kepada Allah s.w.t mahupun sesama manusia..


Pentadbirannya, berdasarkan Islam,.. Politiknya, politik Islam.. Ekonominya, ekonomi Islam.. Perkahwinannya, perkahwinan Islam .. Sahsiahnya, shasiah Islam.. Jadi, apabila Ilmu Tasawwuf ditinggalkan, tiada lagi roh yang cuba membawa nilaian Islam dalam kehidupan Umat Islam.. Kalaupun ada, sekadar berkisar permasalahan seumpama solat, zakat dan puasa..




Apalah nasib Umat Islam pada hari ini???

Nilaian ketiga yang hampir pupus di sanibari Umat Islam ialah ketiadaan perasaan takut dan malu kepada Allah s.w.t.. Hal ini telah menyebabkan mereka tidak melaksanakan taubat kepada Allah s.w.t.. Sedangkan sebagai manusia biasa, sudah pasti tidak akan lari daripada melakukan dosa.. Manusia tidak dapat tidak pasti tidak terlepas daripada terlupa dan terlena dengan dunia.. Yang mana ketika berada di alam fana’, pasti lupa pada batasan yang membezakan perkara yang halal dan haram..


Rasulallah s.a.w sendiri telah menunjukkan qudwah bahawasanya pasti setiap hari yang dilaluinya tidak akan terlepas daripada memohon kepada Allah s.w.t sekurang-kurangnya seratus kali untuk meletakkan diri Rasulallah s.a.w sebagai manusia yang bersyukur.. Imam Muslim r.a meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda : “Wahai manusia bertaubatlah kalian kepada Allah s.w.t dan sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah s.w.t dalam sehari 100 kali.”


Dalam riwayat lain Rasulullah s.a.w pernah ditegur oleh isterinya, Aisyah r.ha apabila melihat baginda berterusan bersembahyang sehingga menyebabkan kaki baginda bengkak. Aisyah r.ha berkata: "Bukankah Allah s.w.t telah mengampunkan dosamu yang terdahulu dan yang akan datang? Baginda s.w.t menjawab: "Salahkah aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?"




Syeikh Fuad Al Maliki antara Ulama' Muda yang tawaduk sifatnya..

Dan di antara permasalah yang berlaku pada Umat Islam pada hari ini mereka suka dizahirkan akan kebesarannya.. Ianya berbeza dengan Para Ulama’ salaffusoleh.. Sifat-sifat tawaduk Para Ulama' terdahulu antaranya mereka tidak mahu akan kemuliaan mereka dizahirkan.. Tetapi, Umat Islam hari ini berbangga dan megah dengan sedikit kemasyuran yang ada pada dirinya.. Sedangkan sebenarnya Umat Islam sedang ditindas dan tercicir..


Malah, kedapatan mereka yang mengaku berjuang di jalan Allah s.w.t.. Apabila mereka melakukan sesuatu perkara untuk menzahirkan Islam pasti mereka berbangga-bangga dengan kemampuan mereka dan menafikan orang lain.. Sedangkan kadang-kala mereka yang dinafikan berada pada sistem dakwah yang sebenar dan betul meskipun kurang terzahir kejayaan dakwah yang dibawa orang mereka yang duduk di dalam sistem dakwah yang sebenar..



PEMUDA PELOPOR KEPADA AGEN PERUBAHAN ISLAM!!


Terakhirnya, sifat ilmu Islam pada hari ini mula menjauhi nilaian Ilmuan yang sebenar.. Ilmu Islam tidak lagi mampu untuk mentarbiyyah manusia untuk kembali kepada Allah s.w.t.. Sesungguhnya ilmu islam itu hadir dalam bentuk perantaraan atau disebut talqqi.. Inilah menjadi perbezaan ilmu Islam dan kuffar.. Namun, kebanyakan ilmu kini terputus sanadnya.. Kesannya, hilang kefahaman Ilmu yang faqih dan manusia tidak memahami sesuatu ilmu dengan maksud sebenarnya.. Malah, mungkin menyeleweng dengan maksud sebenarnya..


Bagaimana mahu mendapat kefahaman yang sebenar sekiranya majlis Ulama tidak pernah disertai?. Usrah tidak pernah hadir?. Di ajak berbincang persoalan addeen beralasan.. Di jemput ke Masjid mengelak.. Di seru kepada makruf dan ditegak kemungkaran, lari malah mengejek pula.. Fikir dan renungkan bersama.. Semoga Allah s.w.t memberi hidayah dan taufiq.. InsyaAllah..


Al Faqir Ila Allah Al Ghani

http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/

Dengan Nama Allah s.w.t..