Wednesday, December 31, 2008

*Kenalilah Allah s.w.t..


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Tiada Tuhan Melainkan Allah..

Segala puji bagi Allah s.w.t yang menganugerahkan nikmat Iman, Islam dan Ihsan kepada semua makhluknya yang dikehendaki.. Selawat dan Salam kepada junjungan mulia Saidina Muhammad s.a.w.. Baginda s.a.w merupakan sebaik-baik makhluk yang pernah mendiami dunia ini.. Hadirnya Cahaya Jalan Yang Lurus ke alam ini telah menerangi seluruh alam yang dahulunya digelapkan kerana dosa-dosa..

Muslimin dan Muslimat yang insyAllah dirahmati,

Sesungguhnya kita mengatahui, beri’tiqad, beriman dan menyakini serta menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa dan tiada sekutu bagiNya.. Perkara inilah yang menjadi teras kepada semua Ummah yang mengakui sebagai seorang Islam..

Maknanya ialah tiada yang disembah dengan sebenar-benarnya oleh manusia, Tiada yang diperlukan oleh manusia dan Tiada yang diharapkan oleh manusia melainkan Allah Yang Maha Esa dan tiada sekutu bagiNya.. Terbit padanya semua kepercayaan yang berkaitan dengan Allah s.w.t..

Muslimin dan Muslimat,

Allah s.w.t adalah Tuhan Yang Maha Agung, Raja yang besar, tiada Tuhan selain Dia dan tiada yang disembah melainkan Dia..

Allah s.w.t adalah Tuhan Yang Awal tanpa ada permulaan bagi kewujudanNya.. Maka tiada permulaan bagi pengawalanNya.. Allah s.w.t adalah Tuhan Yang Akhir tanpa ada penghujung bagi kewujudannya.. Maka tiada penghujung bagi pengakhiranNya..

Allah s.w.t adalah Tuhan Yang Maha Esa dan Tunggal pada sifat Uluhiyyah dan RububiyyahNya.. Maka tiadalah sekutu bagiNya, Zatnya yang sentiasa menjadi tumpuan bagi menunaikan hajat-hajat, kerana kesempurnaan kekuasaanNya..

Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Ikhlas ayat 1 hingga 4

"Katakanlah (Wahai Muhammad s.a.w) "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa..
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu..

Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,.
dan tidak ada sesiapapun yang setara atau serupa dengan Dia.."


Maka tiada yang serupa dan sebanding denganNya


"Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia (Zat,sifat-sifat dan pentadbiranNya), dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Melihat."


Surah Al Syuura ayat 11..

Sumber : Kitab Inilah Jalanku


Al Muhaddith Prof. Dr. Muhammad ibn ‘Alawi al Maliki al Hasani..

Terjemahan

Syeikh Muhammad Fuad ibn Kamaluddin al Maliki

Monday, December 29, 2008

*Pemimpin dan Kepimpinan..


Yang Mana Permata dan Yang Mana Kaca..

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Pemimpin dan Peranan..

Segala puji bagi Allah s.w.t, Dialah yang mengutuskan Saiyidina Muhammad s.a.w sebagai Rasul bagi Ummah di akhir zaman.. Di dalam diri Baginda s.a.w terkandung pelbagai hikmah untuk Ummah mencontohinya.. Hatta, di dalam hal ehwal kepimpinan.. Bermula daripada sebagai pemimpin diri sendiri sehinggalah kepimpinan di peringkat sesebuah Negara..

Secara umumnya, Pemimpin ialah orang yang mengetuai, mengendali dan mengurus orang yang di bawahnya dalam sesebuah organisasi seperti keluarga, masyarakat, pertubuhan Islam, negara Islam dan universiti.. Orang-orang yang beriman wajib untuk taat dan patuh kepada Pemimpin.. Firman Allah s.w.t di dalam Surah An Nisaa' ayat 59.. "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri (pemimpin) di antara kamu (yang beriman).."

Perintah dalam ayat tersebut di atas menunjukkan hukum wajib mematuhi pemimpin selagi ia tidak menyuruh ke arah maksiat atau melarang melakukan ibadah kepada Allah s.w.t.. Taat setia juga wajib diberi kepada pemimpin selepas ketaatan kepada Allah s.w.t dan Rasulallah s.a.w..

Muslimin dan Muslimat yang dikasihi,

Tiada manusia yang boleh menafikan bahawa manusia tidak mampu dan mungkin hidup bersendirian.. Kerana itulah Nabi Muhammad s.a.w bersabda "Kamu perlu bersama dengan Jemaah Islamiah dan kepimpinan mereka..".. Maka, dalam kehidupan berjemaah ataupun bermasyarakat.. Perlu adanya pemimpin daripada kalangan jemaah untuk mengurus dan melancarkan kehidupan Ummah supaya seiring fitrah kehidupan Manusia..

Namun, persoalannya ialah, Bagaimanakah ciri-ciri Pemimpin dan kepimpinan menurut Islam yang wajib ditaati dan dipatuhi.. Adakah semua arahan dan gerak kerja pemimpin itu wajib dilaksanakan? Dan Bagaimana kita ingin mengatahui pemimpin yang sebenar yang wajib ditaati seperti difirmankan Allah s.w.t di dalam ayat 56 Surah An nisa’?..

Muslimin dan Muslimat,

Secara umumnya, ciri-ciri pemimpin dan kepimpinan yang wajib ditaati dan dipatuhi mestilah mereka yang bersifat dengan sifat yang adil.. Pemimpin yang adil membawa maksud mereka yang beriman, mereka yang beraqal, mereka yang tidak melakukan perkara ‘aib yakni menjaga harga diri, tidak fasiq yakni tidak terus menerus melakukan dosa kecil dan tidak pernah melakukan dosa besar..

Pemimpin ini menjadikan Islam sebagai tunjang pentadbiran dan cara hidupnya.. Perkara mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran menjadi batang pertama dalam mengurus kehidupan jemaah atau masyarakatnya (Amar Ma’fur dan Nahi Mungkar).. Pemimpin ini juga mengerti firman Allah s.w.t dalam Surah Ali Imran ayat 110..

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. "

Pemimpin ini memahami kalimah yang bermakna "kamu adalah umat yang terbaik.." Kerana itulah sifat utama pemimpin itu ialah mereka yang sentiasa mengajak kepada kebaikan dan melarang akan kemungkaran untuk memastikan orang yang dipimpinannya menjadi Ummah yang terbaik di sisi Allah s.w.t..


Muslimin dan Muslimat sekelian,

Setelah memahami ciri-ciri umum yang perlu ada di dalam diri seseorang pemimpin.. Pemilihan seseorang pemimpin itu merupakan satu tuntutan dalam syariat islam.. Wajib ke atas diri setiap Muslim untuk memastikan pemimpin dalam kalangan mereka merupakan mereka yang mempunyai sifat menyuruh akan kebaikan dan melarang akan kemungkaran.. Haram untuk kita mengangkat pemimpin yang fasiq dan sentiasa berkecenderungan ke arah kemaksiatan..

Mengapakah Islam begitu mengambil berat berkaitan pemimpin dan kepimpinan sesuatu organisasi?.. Perkara yang paling penting yang perlu kita sedar ialah Pemimpin itu akan bertanggungjawab terhadap orang bawah pimpinannya.. Samada di dunia dan di akhirat.. Di padang Masyar kelak, kita akan dibangkitan bersama pemimpin kita di dunia ini.. Sekiranya Adil pemerintah itu.. Maka, mudahlah urusan kita kelak.. Namun, sekiranya zalim.. Maka, berat azab yang bakal menimpa dan membalasi kita..

Secara umumnya, antara peranan pemimpin dalam Negara atau sesebuah organisasi ialah membawa sesebuah organisasi atau negara ke arah kemajuan dan kecemerlangan, menjaga kestabilan negara dan mempastikan pelaksanaan undang-undang Syariah dalam masyarakat.. Pemimpin yang tidak menjalankan tanggungjawab dan pentingkan diri atau zalim akan menyebabkan kemunduran, rosak dan binasa..

Muslimin dan Muslimat,

Sebagai akhirnya, Kelebihan Mentaati dan memilih Pemimpin yang adil ialah untuk memenuhi tuntutan agama.. Ianya dapat menghasilkan perpaduan dan muafakat yang kukuh daripada kaum yang berbilang bangsa samada Melayu, Cina dan India.. Misi dan perancangan negara dapat dijayakan sebaiknya.. Negara selamat ancaman dari dalam dan luar negara.. Pemimpin dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan Rakyat dapat menikmati keharmonian dan keampunan.. Semua ini akan melambangkan keutuhan dan kestabilan polotik..

Sedikit peringatan untuk diri saya dan mereka yang menjadi pemimpin.. Ketahuilah, Peranan pemimpin terhadap rakyat.. Pemimpin wajib menjadi contoh teladang kepada rakyat.. Mengutamakan kebajikan rakyat berbanding peribadi.. Berlaku adil dalam memimpin.. Melaksanakan amar makruf nahi mungkar.. Menjaga kebajikan rakyat.. Menyediakan kemudahan asas kepada rakyat..

Sekian, Terima Kasih..

Al Faqir Ila Allah..

Sunday, December 28, 2008

*Bahaya Jahil Dalam Agama (4)..

DAMPINGILAH ULAMA, KERANA MEREKA DAPAT MENYULUH KEALPAAN KITA

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Gejala Mempersendakan Agama..

Segala puji bagi Allah s.w.t yang menurunkan petunjuk Cahaya Jalan Yang Lurus melalui sebaik-baik makhluk di alam ini yakni Saidina Muhammad s.a.w.. Telah sempurna petunjuk yang diamanahkan kepada Baginda s.a.w sampai kepada Ummahnya.. Sehingga ianya pernah menyinari tiga per empat dunia di Era Kegemilangan Pemerintahan Khalifah Islamiah bermula daripada zaman Khulafa Ar Rasyidin sehinggalah keruntuhan Daulah Uthmanaiah pada 1924 Masihi..

Namun kini, segalanya telah berubah.. Tenggelamnya Daulah Islamiah menjadikan Ummah semakin jauh dengan kefahaman islam yang sebenar.. Cukuplah sekadar melihat suasana di Negara kita tercinta ini.. Penghayatan agama dalam masyarakat semakin luntur walaupun tidak dinafikan masih yang terus istiqamah meneruskan kehidupan berteraskan panduan Cahaya Jalan Yang Lurus.. Walaubagainamapun, kadar yang istiqamah adalah sedikit berbanding yang terus leka dan lena dengan duniawi semata.. Kerana itulah timbul banyak masalah sosial, ekonomi dan sebagainya dalam kalangan Ummah..

Muslimin dan Muslimat yang dikasihi,

Kebelakangan ini, semakin ramai Ummah yang semakin jauh dengan ajaran Islam.. Gejala mempersendakan agama semakin meluas dalam kalangan Ummah.. Ramai yang menjadikan agama Islam ini sebagai alat kepentingan duniawi semata.. Lebih menyedihkan lagi, terdapat golongan cendiakawan Islam sendiri yang menjual agama demi pangkat dan harta.. Belum lagi perkara berkaitan Isu-isu dalam agama dijadikan bahan gelak ketawa oleh masyarakat awam..

Lihat Isu-isu fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa kebangsaan seperti pengharaman Pengkid.. Sedih apabila melihat golongan yang mempersendakan agama yang membidas dan menolak secara terang-terangan hukum yang diijtihadkan oleh Mufti-mufti Kebangsaan.. Termasuklah anak-anak kenamaan yang menjadi tunjang dalam pertubuhan gerakan Islam Laberal seperti “Sister in Islam”.. Begitu juga respon daripada orang ramai yang tidak memahami agama..

Yoga umpamanya.. Ada Ummah jahil mengatakan ianya hanya untuk kesihatan.. Mereka menjadikan alasan hadith “setiap sesuatu itu bergantung pada niat..” Jadi siapa yang mengamalkan yoga untuk kesihatan ianya dibolehkan.. Sedangkan, Ahli Muzakarah Fatwa bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seorang muslim. Ahli Muzakarah berpandangan dan berpendapat bahawa senaman Yoga yang berasal dari masyarakat Hindu adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Kerana ianya mengandungi perkara yang boleh menghakis akidah.. Ianya dengan sebab-sebab berikut kepercayaan atau keyakinan di hati,menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah dan perbuatan..Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka dari terhakis..
Cuba kita menilai pula senario yang sedang hangat di persada Negara kita.. Sebagai contoh, Undang-undang Allah s.w.t dipermainkan dan diperlekehkan.. Terdapat seorang senator di negara ini menyatakan pelaksanaan Hudud melahirkan generasi cacat anggota kerana ramai manusia yang akan dipotong tangannya.. Mereka mengatakan agenda Islam ini merupakan kepentingan peribadi seseorang atau hanya kepentingan sesuatu pihak.. Sedangkan ianya merupakan agenda Islam yang perlu diselesaikan.. Jika tidak, mengapakah bersusah payah Nabi Muhammad s.a.w dan kaum Muhajirin berhijrah ke Madinah?.. Sekiranya Islam itu hanya solat, puasa, zakat dan haji.. Tidak perlu penghijrahan yang dilakukan kerana semua itu boleh dilakukan di Mekah.. Kerana untuk menegakkan Daulah Islamiahlah hijrah itu berlaku dan hukum Allah s.w.t ditegakkan

Begitu juga beberapa negara yang mengaku sebagai sebuah negara Islam.. Tetapi, tidak menegakkan perintah Allah s.w.t.. Sedangkan sekiranya sebuah Kerajaan itu mengisytiharkan Negaranya merupakan sebuah Negara Islam.. Sewajibnya semua perjalanan pentadbiran adalah berteraskan Islam.. Bukan hanya Hadharah Islamiah tetapi merangkumi semua aspek seperti muamalah, perundangan dan sebagainya.. Sekiranya Islam mengatakan sesuatu itu Halal.. Umara’ itu perlu menghalalkannya.. Tetapi, apabila sesuatu yang diharamkan seperti arak dan judi.. Maka, Umara’ wajib mengharamkannya.. Maka, inilah antara gejala-gejala mempersendakan agama yang jelas melingkari Ummah masa ini..

Muslimin dan Muslimat sekelian,

Ingatlah firman Allah s.w.t di dalam Surah Al An'aam ayat 70..

"Dan tinggalkan lah orang-orang yang menjadikan agama[Yakni agama Islam yang disuruh mereka mematuhinya dengan sungguh-sungguh. ] mereka sebagai main-main dan senda gurau[Arti menjadikan agama sebagai main-main dan senda gurau ialah memperolokkan agama itu mengerjakan perintah-perintah dan menjauhi laranganNya dengan dasar main-main dan tidak sungguh-sungguh], dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka, karena perbuatannya sendiri. Tidak akan ada baginya pelindung dan tidak pula pemberi syafa'at selain daripada Allah. Dan jika ia menebus dengan segala macam tebusanpun, niscaya tidak akan diterima itu daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan ke dalam neraka. Bagi mereka (disediakan) minuman dari air yang sedang mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu.

Allah s.w.t mengingatkan bahawa orang yang beriman wajib menjauhi golongan yang menjadikan islam sebagai alat mainan.. kerana amaran kepada Golongan yang mempersendakan agama akan dijanjikan azab neraka.. Mempersendakan ajaran islam boleh membawa kepada kekufuran.. Ketahuilah, Setiap individu menanggung dosa yang dilakukan dan Hari Akhirat itu tiada penebusan, kecuali rahmat dan keampunan Allah s.w.t..

Larangan mempersendakan ajaran agama wajib dipatuhi, berpegang teguh, yakin serta ikhlas dengannya.. Maksud mempersendakan agama ialah menjadikan ajaran islam bahan mainan dan senda gurau.. Tidak serius menunaikannya dan melaksanakan perintah Allah s.w.t secara olok-olok..

Orang yang mempersendakan dan permainkan agama diketogerikan sebagai pengkhianat dan penyeleweng.. Kerana ajaran agama wajib dilakukan dengan penuh ikhlas.. Semua pengsyariatan perlu ditunaikan secara bersungguh-sungguh.. Kandungan Quran dan Hadith wajib diyakini kebenarannya.. Bukan mempertikaikannya.. Sikap suka mempermainkan agama melambangkan kelemahan iman.. Perbuatan menghina ajaran agama.. Maka, sebenarnya dia bererti menghina Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul utusan dan menghina Allah s.w.t sebagai Tuhan yang menurunkan Islam..

Bersambung…

Al Faqir Ila Allah..

Thursday, December 25, 2008

*Melayu Oh Melayu..


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Islam dan Kekuatan Sebenar Bangsa..


Lima Puluh Tahun negara ini sudah merdeka.. Setiap tahun, laungan "Merdeka" dilaungkan dengan semangat.. Bermula saatnya Tunku Abdul Rahman melaungkannya pada tinggal 31 ogos 1957 sehinggalah kini.. Bertapaknya tarikh 31 Ogos.. Kalimah ini pasti bergema dan menjadi kalimah yang dilaungkan setiap rakyat Malaysia..

Namun demikian, isu perpaduan kaum masih lagi menjadi isu sentitif yang bagai tiada kesudahannya.. Ianya sering dimanipulasikan untuk menimbulkan keadaan tegang di antara kaum.. Terutamanya isu yang berkaitan kaum Melayu.. Bila timbul satu isu sentetif berkaitan Melayu seperti hak ketuanan Melayu.. Maka, ramailah pemimpin yang kononnya memperjuangkan agenda Melayu akan meloncat dan menjadi perwira pada bangsa..

Hal ini menunjukkan, tiadanya perpaduan yang sempurna dikalangan Kaum Malaysia.. Inilah perkara yang berlaku sekiranya manusia tidak mengambil pengajaran daripada Sirah Nubuwwah sebagaimana Pembentukan Negara Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama..

Muslimin dan Muslimat yang insyAllah dirahmati,

Kenapa keistimewaan golongan Melayu yang mejoritinya Islam sering dipersoalkan?.. Kenapakan golongan bukan melayu atau kafir ini berani bersuara mempersoalkan hak ketuanan Melayu?. Apakah kaum Melayu ini tiada bermaruah sehingga mudah dipersoalkan?. Kemanakah karisma kaum Melayu?. Fikirkan kenapa isu ketuanan Melayu masih timbul selepas lebih 51 tahun merdeka dan sering dipermainkan?..

Muslimin dan Muslimat..

Cuba kalian renungkan sejenak.. Kita alirkan minda ke arah senario masyarakat Melayu.. Dimana kekuatan Kaum Melayu pada hari ini?.. Apakah aspek yang boleh dijadikan kebanggaan kepada kaum Melayu?.. Berapa ramai Orang Melayu yang fahami sejarah Bangsa Melayu itu sendiri dan Bagaimanakah untuk Kaum Kafir menghormati Kaum Melayu kalau Melayu tidak kenal bangsanya?..

Lihat kadar jenayah Negara kita.. Kaum mana jaguhnya?.. Jawapannya, Kaum Melayu.. Jika kita menziarahi Pusat serenti pula.. Kaum mana yang mendominasinya?.. Jawapannya juga Kaum Melayu.. Lihat pula Mat Rempet?.. Kaum Melayu juga juara.. Kalau di pusat hiburan dan pesta-pesta heboh?.. Semuanya Melayu yang membanjirinya..

Lihat pula Muda Mudi Melayu.. Mana perginya adap kesopanan yang dititikberatkan oleh adat Melayu.. Kaum mana yang sanggup menodai bayi yang baru berusia 20 bulan?.. Lihat pemakaian muda mudi Melayu.. Tidak ubah seperti kaum kafir cuma ada penutup saji di kelapa yang membezakan.. Auratnya tetap terdedah walaupun kain melekat ditubuhnya.. Lihat pula pergaulan mereka.. Tidak ada bezanya dengan Kaum Kafir.. Hilang jatidiri anak-anak Melayu.. Lentur jiwa Melayu dalam diri Kaum Melayu..

Mana pergi kekuatan ekonomi orang Melayu?.. Padahal Kaum Melayu dahulunya pedagang Nusantara ini yang Hebat.. Jika ramai yang bangga dengan kemajuan di bandar-bandar pantai barat seperti Kuala Lumpur.. Berapa banyak hak milik Melayu dan berapa pula milik Kaum Kafir?.. Mana perginya kestabilan polotik orang Melayu?.. Masing-masing berebut jawatan dan bukannya memikirkan masalah rakyat.. Rasuah, seakan sinonim dengan pemimpin pejuang Melayu.. Mengeluarkan kita-kata kesat, Membaling kerusi semata-mata merebut jawatan walaupun hanya di kawasan cawangan bahagian .
.
Mana perginya pengusaan Bahasa Melayu.. Tulisan Jawi yang merupakan Tulisan Kaum Melayu sendiri.. Semakin pupus di kalangan Kaum Melayu.. Berapa ramai anak-anak Melayu buta jawi.. Banyak lagi kelemahan kaum Melayu yang menjadi punca dipandang sinis oleh Kaum kafir.. Maka, Bagaimana rasa akan hadir hormat dari kaum Kafir kepada Kaum Melayu kalau Melayu sendiri lupa akan bangsa?.

Apa aset yang tinggal untuk Melayu.. Semuanya hanya ibarat Kain sutera yang membungkus sampah.. Digembar gemburkan oleh media kehebatan Melayu yang sebenarnya layu dan Kaum Melayu terus dilenakan dengan janji-janji kosong pemimpin yang kononnya menjaga ketuanan Melayu.. Inilah antara punca Mengapa isu ketuanan Melayu masih lagi menjadi ungkitan demi ungkitan Kaum kafir..

Muslimin dan Muslimat..

Marilah kita kembali memahami Melayu dalam konteks Melayu adalah sebahagian daripada ummah Islam untuk mengembalikan kegemilangan Kaum Melayu.. Sebagaimana yang dicapai oleh Kesultanan Melayu Melaka.. Bagaimana kegemilangan Pelabuhan kesultanan Melayu Melaka hingga terkenal dari Semenanjung Tanah Arab sehingga Tanah Besar China.. Maharaja China menjalin hubungan diplomatik dengan baik dengan Kesultanan Melayu Melaka.. Buktinya, kehadiran Laksamana Cheng Ho ke Melaka untuk menjalinkan hubungan dua hala..

Mengapa kesultanan Melayu Melaka dijulang?.. Sedangkan ketika itu bukannya zaman IT dan teknologi.. Cuba kita lihat daripada pentadbirannya.. Di dalam Undang-undang Kanun Melaka dan Hukum Laut Melaka.. Kedua-duanya berteraskan perundangan Islam yang telus.. Hudud, Qisas dan Takzir dijadikan tunjang perundangan.. LIhat bagaimana keperihatinan Sultan Melaka.. Mereka menjadikan Istana sebagai tempat pembelajaran agama kepada Rakyat.. Ramai tokoh Alim Ulama daripada Acheh dijemput untuk menjadi penasihat di Istana.. Lihat, Bagaimana kaedah Sultan Alauddin Riwayat Shah menjaga rakyat.. Baginda sentiasa menyamar sebagai rakyat untuk melihat situasi negaranya.. Samalah seperti Khalifah Umar Al Khattab r.a.. Adat resam Melayu amat dititikberatkan kepada muda-mudi.. Pemudanya berjiwa besar seperti Laksamana Hang Tuah.. Begitu juga pemudinya.. Maka, kekuatan dalaman inilah yang menjadikan Pelabuhan Melaka sebagai destinasi perdagangan kerana kemualiaan peribadi Kaum Melayu Melaka begitu indah dipandang dan dilihat.. Bukan hanya hebat jasmaninya.. Tetapi, rohani mereka hidup bukan seperti masyarakat kini..

Muslimin dan Muslimat sekelian,

Sedarilah, Melayu tidak mempunyai erti kewujudannya tanpa agama Islam, sebagaimana yang disebutkan oleh Khalifah Umar Al Khattab Al Faruq r.a kepada Kaum Arab.. “Kamu sebelum ini adalah serendah-rendah manusia, sehina-hina manusia, sekurang-kurang manusia, Maka Allah s.w.t memuliakan kamu dengan Islam, selagi mana kamu mencari kemegahan selain islam, Allah s.w.t akan menghina Kamu..”

Maka, perlunya perubahan yang drastik darisegi kefahaman agama, pemikiran, aktiviti sosial dan kemasyarakatan agar ianya kembali seiring dengan ajaran Islam.. Bermula daripada peringkat Pihak Berkuasa dari kalangan kaum Melayu.. Sultan atau Raja-raja Melayu sehinggalah pemimpin siasah dan tadbiran hendaklah meletakkan keutamaan agama dan bangsa di atas perkiraan keuntungan yang singkat.. Raja-raja Melayu juga perlu berperanan sebagai ketua institusi agama negeri yang mengikhlaskan hati untuk berkhidmat kepada agama dan bangsa.. Para Umara’ atau Pemimpin siasah hendaklah menggunakan mandat yang diberikan secara berhemah dan adil untuk meninggikan syiar agama dan mengangkat darjat bangsa sendiri.. Para Alim Ulama dan bijak pandai sewajarnya meluaskan ilmu yang berguna dan amalan yang berfaedah di kalangan anak bangsa, sehingga mereka gemar kepada ilmu dan mendatangkan manafaat kepada diri mereka di dunia dan akhirat.. Maka, tiada lagi masalah sosial di kalangan Muda Mudi seperti berlaku pada hari ini.. Dan apabila disemai budaya ilmu di kalangan masyarakat.. Akan lahirlah masyarakat yang mencintai ilmu dan masyarakat yang berilmu merupakan bangsa yang akan dihormati dan dipandang mulia.. Akhirnya, hadirlah perasaan gerun dan takut Kaum Kafir kepada Kaum Melayu..



Sekian, Terima Kasih..

Al Faqir Ila Allah..

Monday, December 22, 2008

*Berjaya dan Gagal Peperiksaan Universiti.. Apa bezanya?..


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Kejayaan dan Kegagalan..

Segala puji bagi Allah s.w.t, kerana mengurniakan segala ujian di dalam kehidupan hambaNya.. Segala yang ditakdirkan pada hambaNya semuanya berpaksikan matlamat penciptaan manusia iaitu untuk bertakwa kepada Allah s.w.t.. Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa, Surah Al Baqarah ayat 21..

Semuanya yang hadir di dalam hidup ini merupakan ujian untuk menentukan samada manusia itu terus teguh dalam jaringan takwa yang hakiki tewas dan berpaling daripada hidayah Allah s.w..t apabila diberi nikmat atau ditimpa musibah.. Termasuklah kejayaan dan kegagalan keputusan yang kita harungi di dalam medan peperiksaan semester bagi kita sebagai pelajar Universiti Sains Malaysia..

Muslimin dan Muslimat yang insyAllah dirahmati,

Kejayaan atau kegagalan yang kita kecapi di dalam medan peperiksaan di Universiti bukanlah satu perkara hakiki yang perlu dinikmati atau dikesali.. Sebagai manusia yang beriman ianya bukannya kayu pengukur kejayaan atau kegagalan kepada kita yang mentauhidkan Allah s.w.t dan membenarkan Saidina Rasulallah s.a.w..

Sebaliknya, apa yang penting ialah bagaimana dan apakah natijah kejayaan dan kegagalan di medan peperiksaan kepada tahap keyakinan terhadap pencipta kita.. Allah s.w.t?.. Apakah bertambah keimanan kepadaNya atau sebaliknya?..

Sewajarnya kejayaan atau kegagalan yang dikecapi menjadi alat untuk bermuhasabah diri sebagai seorang hamba.. Dimanakah tahap ketakwaan kita kepada Allah s.w.t?. Dimanakah keyakinan diri kita terhadap sesuatu takdir yang menimpa diri?. Apakah kita yakin ianya daripada Allah s.w.t.... Kerana, Orang yang beriman pasti menyakini setiap sesuatu itu ada hikmahnya daripada Allah s.w.t..

Maka, detik inilah sewajibnya kembali bertadabbur dengan kalam Allah s.w.t untuk menambahkan keyakinan pada Allah s.w.t.. Dengan mencari hikmah setiap sesuatu perkara dan meyakini setiap yang ditakdirkan adalah sesuai dan setimpal dengan keadaan manusia.. Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Baqarah ayat ke- 286 “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya”..

Muslimin dan Muslimat,

Bagi mereka yang menkecapi kejayaan.. Ingatlah, pesanan Baginda s.a.w tentang sifat manusia yang sering mudah alpa apabila mengecapi nikmat kesenangan dan kesihatan yang sempurna.. Ramai manusia ketika berjaya atau mendapat kesenangan berpaling daripada Allah s.w.t..
Cuba kenangkan kisah Qarun yang dirakamkan di dalam Al Quran.. Bagaimana pada asalnya seorang yang tidak Berjaya di dalam kehidupannya.. Tetapi, sangat taat pada Allah s.w.t dan setia pada Nabi Musa a.s.. Namun, apabila dianugerahkan nikmat yang sementara dan diberi Berjaya dalam perniagaannya.. Maka dia berpaling daripada Allah s.w.t.. Akhirnya, diazabkan oleh Allah s.w.t..

Begitu juga dengan nikmat sihat.. Berapa ramai antara kita ketika sihat ini sering melazimi kalimah Allah s.w.t?. Namun, berbeza ketika kita ditimpa sakit.. Ketika sakit barulah nama Allah s.w.t menjadi alunan di bibir.. Samalah seperti saudara dan saudariku yang ditimpa kegagalan.. Semuanya ingin menguji kalian sejauh mana tautan pada Allah s.w.t.. Orang yang beriman tidak akan putus asa pada Allah s.w.t.. kerana mereka mengatgahui hanya mereka yang kafir akan berputus asa dengan rahmat Allah s.w.t.. Firman Allah s.w.t dalam Surah Ibrahim ayat 56 "Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhan-nya, kecuali orang-orang yang sesat."

Muslimin dan Muslimat yang dikasihi,

Sebagai akhirnya, ingatlah.. Tidak selamanya kita yang berada di puncak kejayaan akan sentiasa berada di atas.. Begitu juga kita yang berada di lembah kegagalan sementara.. Tidak selamanya kita berada di bawah.. Pasti kita akan mencuba mendaki puncak kejayaan dan akhirnya pasti sampai ke puncaknya.. Apa yang penting ialah bagaimana kita menjadikan takdir Allah s.w.t ini sebagai alat untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t.. Bagaimana kita menghamparkan kehambaan kepada Allah s.w.t ketika mencapai nikmat dan musibah..

: "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

Sekian, Terima Kasih..

Al Fakir Ila Allah..




Monday, December 15, 2008

*Hulurkan Salam, Maniskan Senyuman..


SUNAT BERJABAT TANGAN KETIKA MEMBERI SALAM

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Ucapan Salam dan Ukhuwah Islamiah..



Saban hari, amalan memberi salam semakin kurang mendapat perhatian dikalangan masyarakat Islam di negara ini.. Adapun daripada kalangan kita hanya melebarkan jaluran salam kepada mereka yang kita kenal sahaja..

Lebih malang lagi ada yang memandang remeh perkara ini.. Padahal, amalan memberi salam inilah muqaddimah ta'aruf yang diajar oleh islam untuk umatnya merapatkan jurang persaudaraan sesama Islam..

Kerana sesungguhnya Rasulallah s.a.w telah mengisytiharkan bahawa orang muslim itu bersaudara dan dijelaskankan oleh Allah s.w.t menerusi firmanNya di dalam Surah Hujaraat ayat ke-10 "Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara.."


INDAHNYA PERSAUDARAAN ISLAM ITU

Sabda Rasulallah s.a.w..

Daripada Abu Hurairah r.a Rasulallah s.a.w bersabda "Orang yang berkerendaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, Orang yang berdiri kepada yang duduk, Kumpulan yang sedikit kepada kumpulan yang ramai dan orang yang muda kepada yang tua.."


Muslimin dan Muslimat yang dikasihi,

Memberi salam dan berjabat tangan sesama orang yang beriman ketika bersua muka merupakan satu amalan yang amat digalakkan oleh Allah s.w.t bagi mengeratkan hubungan silaturahim.. Rasulallah s.a.w sendiri pernah menegur salah seorang sahabat yang datang menemui Baginda s.a.w tanpa menghulurkan salam..

Daripada Kaldah Bin Hanbal r.a katanya "Saya mengunjungi Nabi s.a.w tanpa memberi salam.. Nabi s.a.w berkata Keluarlah dan ucapkanlah "Assalamualaikum".. Kemudiannya ketalah "Boleh saya masuk.."..

Menurut Para Ulama r.hum sunat berjabat tangan selepas memberi salam.. Kerana antara hikmah yang dapat diperoleh seperti dapat mengeratkan lagi Tali Silaturahim, dapat menambah kemesraan bersama dan mendapat keampunan Allah s.w.t.. Namun perlu difahami dan diingatkan berjabat tangan antara muslimin dan muslimat yang bukan mahram adalah Haram..

Muslimin dan Muslimat,

Ulama' menetapkan bahawa hukum memberi salam adalah sunat muakkad yakni sunat yang dituntut dan menjawab salam itu adalah wajib.. Ini disandarkan pada firman Allah s.w.t di dalam Surah An Nisa' ayat 86 "Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa)[Penghormatan dalam Islam ialah: dengan mengucapkan Assalamu'alaikum]. Sesungguhnya Allah memperhitungankan segala sesuatu."

Memberi salam sunat dilakukan dalam keadaan seperti ketika masuk ke dalam sesuatu majlis, ketika hendak meninggalkan sesuatu majlis dan ketika hendak memulakan sesuatu ucapan.. Namun perlu diingatkan, kerana sering dilakukan oleh masyarakat meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya Makhruh memberi salam kepada mereka yang sedang berada di dalam majlis ilmu, memberi salam kepada mereka yang sedang membaca Al Quran, memberi salam kepada mereka yang sedang solat, kepada mereka yang sedang makan dan minum, kepada mereka sedang membuang air, kepada mereka yang sedang azan dan iqamah, kepada mereka yang fasiq dan kepada perempuan yang boleh menimbulkan fitnah..

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati,

Sebagai akhirnya, marilah kita bersama berazam untuk berubah kepada seseorang yang suka menyebarkan salam di muka bumi Allah s.w.t ini.. Semarakkanlah kembali kalimah Salam bermula daripada dalam diri kita.. Kemudiannya biarlah cahaya keindahannya menyinari masyarakat atau jemaah islamiah ini.. Supaya sebagai akhirnya kita dapat mewujudkan satu kondisi solehah di persekitaran kita.. Kerana Ukhuwah Islamiah itu merupakan antara asas yang amat penting untuk membangunkan kembali daulah Islamiah yang telah pupus.. Semoga kita diampunkan daripada dosa-dosa dab semoga Inayah dan Hidayah Allah s.w.t menyinari kehidupan kita.. InsyAllah.. Sekian, terima kasih..





Sekian, Terima kasih..

Al Fakir Ila Allah..

Wednesday, December 3, 2008

*Bahaya Jahil Dalam Agama Bahagian 3..

USRAH DAPAT MENINGKATKAN KEFAHAMAN AGAMA..



Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Kefahaman agama dan Manfaatnya..

Segala puji bagi Allah s.w.t yang masih mengizinkan diri kita berpijak di alam ciptaannya.. Inayah Allah s.w.t sentiasa menyinari kehidupan kita.. Luasnya pengatahuan Allah s.w.t terhadap makhluk ciptaannya..

Kerana itulah, Allah s.w.t telah menjadikan alam ini sebagai alat kepada manusia untuk bertakwa kepadaNya.. Maka, sewajibnya kita sebagai hamba.. Terus menerus melangsungkan amal soleh dan kebajikan untuk mempersembahkan kesyukuran di atas segala yang dikurniaannya..

Namun, masih ramai manusia begitu sibuk dengan pekerjaan dunianya.. Sehinggakan mereka lupa untuk bersyukur atas hadirnya mereka di alam ini dan lupa tujuan utama mereka diciptakan oleh Allah s.w.t..

Sebagaimana peringatan Allah s.w.t ketika mana menerangkan proses kejadian manusia di dalam Surah As Sajdah ayat 7 - 9.. Allah s.w.t menerangkan bagaimana hebatpun penciptaan manusia.. Ramai yang tidak bersyukur dan mengambil iktibar daripadanya..

"Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah."

"Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina."

"Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur."


Ketahuilah, walaubagaimana hebatpun penciptaan manusia itu.. Sekiranya kita sebagai hamba tidak mengambil iktibar daripadanya.. Maka, sia-sia sahaja.. Ramai di antara kita yang tidak bersyukur pada Allah s.w.t.. Mereka merasakan kehidupan mereka tidak sempurna.. Mereka merasakan tidak puas dan tidak cukup kesempurnaan hidup.. Sedangkan mereka merupakan sebaik-baik kejadian.. Dan semua ini berlaku kerana jahil di dalam agama.. BAHAYA JAHIL DALAM AGAMA..


Muslimin dan Muslimat yang dikasihi,


Saidina Rasulallah Muhammad s.a.w telah memberikan petunjuk yang indah kepada umatnya supaya tidak tergolong dalam kalangan mereka yang tidak bersyukur.. Begitu banyak contoh tauladan yang telah dihamparkan.. Dan antaranya, telah berkata Rasulallah s.a.w "Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah s.w.t pada dirinya kebaikan, difahamkan dia dalam agama.."


Secara umumnya, Rasulallah s.a.w menerangkan dalam kehidupan manusia.. Ada di antara kita yang diberikan hidayah untuk dirinya menjadi soleh dan baik.. Namun, perlu diingatkan untuk menjadi soleh dan baik itu mesti mempunyai sebabnya.. Faktor yang menjadikan dirinya menjadi ke arah kesolehan dan kebaikan..

Kerana manusia itu berpegang kepada sebab.. Sesuatu perkara yang berlaku perlu mempunyai faktor dan penyebabnya ianya berlaku.. Sebagai contoh, orang yang menjadi pandai disebabkan dia pergi menuntut ilmu.. Orang yang kenyang disebabkan dia makan sesuatu..

Namun perlu diingatkan, terdapat mereka yang dipilih untuk berlaku sesuatu pada dirinya tanpa sebab dan faktor.. Dan ianya merupakan pilihan Allah s.w.t.. Mereka-mereka yang dipilih oleh Allah s.w.t untuk menjadi sesuatu tidak bergantung pada sebab dan apa-apa faktor.. Contohnya, Nabi Ibrahim tidak terbakar di dalam api walau baginad a.s cuba untuk dibakar.. Contoh lain, Nabi Muhammad s.a.w seorang yang pandai sedangkan baginda s.a.w seorang yang tidak pandai menulis dan membaca..

Begitu jugalah bagi mereka orang yang soleh dan baik.. Mereka menjadi soleh dan baik disebabkan difahamkan dengan kefahaman agama.. Dan kefahaman agama ini memerlukan proses pembelajaran dan pertarbiyahan untuk mencapai kedudukan soleh dan baik..

Kebaikan yang dimaksudkan ini meliputi semua aspek kehidupan manusia itu.. Samada ibadah khususnya, pekerjaannya dan sebagainya..

Sebagai contoh, seorang peniaga.. Sekiranya dia memahami agamanya.. Kefahamannya dalam agama dapat dia membezakan perkara yang halal dan haram.. Peniagaan manakah yang berasaskan syara' ataupun riba'.. Sekiranya dia jahil.. Maka, mudahlah dia terjerumus ke lembah dosa lantaran kejahilannya.. Selain itu, mereka yang diinginkan kebaikan di akhirat.. Maka, akan diberikan keberkatan dalam hidupnya.. Dan Orang yang ingin mendapat keberkatan dalam hidup.. Dia akan menyusun hidupnya dengan bersistem..

Muslimin dan Muslimat,

Ada yang bertanya.. Apakah ilmu itu perlu ditunggu sehingga ia akan masuk sendiri ke dalam diri manusia..? Apakah kita perlu menunggu sahaja sehingga sampai seru?.. Maka jawapannya, mereka yang diinginkan kebaikan pada kehidupannya.. Akan diberi hidayah oleh Allah s.w.t untuk menuntut dan mendalami ilmu terutamanya ilmu agama..

Sebagai contoh, dia akan pergi ke majlis-majlis ilmu di masjid atau madrasah dan akan bertalaqqi dengan gurunya untuk mendalami ilmu agama.. Namun perlu diingatkan, dalam menuntut ilmu.. Para Salaffussoleh begitu mementingkan keberkatan dalam menuntut ilmu.. Kerana ilmu yang berkat akan menyelamatkan kehidupan.. Kerana orang yang ilmunya tidak berkat akan melahirkan penjenayah yang berilmu..

ketidakberkatan dalam menuntut ilmu tidak memberi kesan untuk di akhirat.. Tiada manfaat untuknya di akhirat.. Ramai di zaman ini berilmu, tetapi tidak mengamalkan ilmunya.. Semuanya lantaran tidak berkatnya ilmu.. Lebih-lebih lagi bekas bekas pelajar sekolah agama.. Mereka di ajar untuk mengimarahkan masjid.. Amar makruf dan nahi mungkar.. Tetapi, berapa ramai yang masih mempraktikkannya selepas masuk ke universiti.. Cuba kalian fikirkan, kenapa ianya berlaku.. Semuanya kerana KETIDAKBERKATAN DALAM MENUNTUT ILMU..

Muslimin dan Muslimat yang dikasihi,

Ilmu-Ilmu yang perlu wajib dipelajari oleh setiap mukallaf.. Pertama, ilmu tauhid.. Asas untuk mengenal Allah s.w.t.. Namun perlu diingatankan, Ulama tasawwuf berkata "Barang siapa yang belajar sesuatu tanpa guru.. Maka, syaitan adalah gurunya." Kedua, ilmu fiqh.. Asas untuk memahami agama.. Para Ulama' akan mengkhatamkan bidang ilmu ini sebelum mendalami ilmu taqawwuf.. Apabila ditanya kepada Imam Abu Hanifah r.a. apakah beliau tidak mahu mengarang kitab tasawwuf.. Maka jawabnya, aku telah mengarang kitabnya.. Iaitu merujuk kepada kitan fiqhnya.. Kerana untuk membawa kepada zuhud perlu mengatahui akan hukum hakam sesuatu perkara.. Untuk membezakan perintah dan larangan Allah s.w.t.. Ketiga, ilmu tasawwuf.. Ilmu yang membawa manusia untuk menjadi lebih luhur dan suci.. Yang menundukkan keegoannya dan merendahkan dirinya.. Orang yang sufi itu ialah orang yang beradab mulia.. Dan tiga asas utama ini perlu dipelajari sebelum memasuki bidang-bidang yang lain seperti sainstis dan sebagainya..

Muslimin dan Muslimat,

Sebagai akhirnya, Hadith lain ada menyebutkan "Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah s.w.t pada dirinya kebaikan, Maka Allah s.w.t memudahkan jalannya ke syurga.." Ulama membahagikan kepada dua makna hadith ini.. Pertama, hakikat.. Makna jalan yang membawa ke syurga itu ialah jalan yang dilaluinya untuk hadir ke majlis ilmu.. Kedua, maknawi.. Maknanya, apa sahaja alat yang digunakan untuk hadir ke majlis ilmu seperti pakaiannya.. Semuanya akan memberi manfaat untuknya ke syurga.. Dan pekerjaan yang dilakukannya untuk mudah dia menuntut ilmu juga dikira sebagai alat untuk ke syurga..

Sekian, Terima kasih..

Al Fakir Ila Allah..

Dengan Nama Allah s.w.t..