Tuesday, May 25, 2010

*Facebook Oh Facebook

Mengapa Engkau Meninggalkan Mereka


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Ummah dan Nasibnya

Benarlah sabdaan Sayyidina Muhammad Rasulallah s.a.w akan tiba zaman ramainya jumlah ummah seumpama buih dilautan. Prakmatisnya pemikiran Rasulallah s.a.w yang dianugerahkan Allah s.w.t.. Mampu insan yang sempurna itu membaca senario politik Ummah di akhir zaman..


Tidak dinafikan, kuantiti Ummat Islam pada hari ini sememangnya gah.. Namun, kualitinya tidak sesekali mencerminkan kuantiti yang ada. Kilauan tenaganya seumpama permata yang berharga. Tetapi, hakikatnya kilauan tenagan itu hanyalah kaca-kaca rapuh yang tiada maknanya.


Sekiranya dinilai dengan logikal pemikiran ataupun kiraan metamatik.. Sewajarnya kuantiti ummah Islam dikala ini mampu menongkah arus dunia untuk memimpinnya dengan keadilan dan ehsan. Dari sudut apa juga pandangan. Politik, penguasaan ekonomi dan sebagainya. Wajar wajahnya hebat di persada dunia.


Apa yang menghairankan, rialitinya adalah sebaliknya. Pelik benar jika aqal menjadi neraca untuk mengukur akan situasi buruk ini.. Ummat Islam mundur dan tertindas. Ketinggalan dan keciciran. Kuno dan lapuk. Namun, semua ini pernah disabdakan lisan mulia Sayyiduna Muhammad Rasulallah s.a.w.. Maka, wajib ianya menjadi kenyataan..


Ummah Islam selepas kejatuhan Khalifah Turki Uthmaniyyah pada 1924. Semakin hari, semakin terungkai maruahnya. Hatta, sifat kemanusia seorang mukmin dirobek supaya menjadi seorang yahudi ataupun nasrani. Maka, apatah lagi urusan berkaitan pentadbiran ataupun pemerintahan Islam. Semuanya telah dicorakan pemikiran yahudi dan nasrani.


Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Baqarah ayat 120 yang mengingatkan “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.”


Ketahuilah, antara penyebab utama berlakunya keadaan zaman ini.. Apabila Ummat Islam semakin jauh daripada mengenali Allah s.w.t sebagai penciptanya.. Ummat Islam tidak kenal sifat – sifat Allah s.w.t.. Tidak tahu setiap perintah dan laranganNya.. Jahil akan apa yang diwahyukan kepada Sayyidina Muhammad Rasulallah s.a.w..


Ummat Islam melupai Sayyidina Muhammad Rasulallah s.a.w.. Sifat keinsanannya, sifat kerasulannya, setiap sunnahnya dan apa juga yang berkaitan dengannya.. Para sahabat r.hum ditinggalkan.. Sayyidina Abu Bakar As Siddiq r.a, Sayyidina Umar Al Khattab r.a, Sayyidina Uthman Affan r.a dan Sayyidina Ali Karamallahwajhah semua mereka dilupai.


Meninggalkan perjalanan Para Wali Allah s.w.t dan Para ‘Ulama Salafussoleh seperti Al Imam Muhammad Idris As Syafiee r.a, Al Imam Nawawi r.a.. Menjauhi para Ulama Mutaakhirin seumpama Al Imam Ali’ Juma’ah, Al Imam Yusuf Al Qaradhawi, Al Imam Fuad Kamaluddin Al Maliki,Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan seumpama mereka.


Natijahnya , Ummat Islam telah termakan dengan virus-virus pemikiran yang menjauhkan kita kepada acuan kehidupan Islam yang sebenar lantaran tidak mengikuti Para ‘Alim ‘Ulama.. Maka,. mudah gerakan – gerakan yahudi dan nasrani yang sememangnya telah lama berusaha untuk memusnahkan Ummat Islam semenjak hidupnya manusia mulia Rasulallah s.a.w menjalankan usaha mereka..


Selain menjauhi Para ‘Alim ‘Ulama yang merupakan pewaris An Biyya’.. Ummat Islam hari ini juga tidak mahu mengambil iktibar daripada setiap kisah-kisah yang diwahyukan menerusi Kalam Allah s.w.t yakni Al Quran.. Ummat Islam lupa mereka yang dimusnahkan oleh Allah s.w.t bukannya kaum yang jahil dan bodoh.. Tetapi, merupakan masyarakat berketamadunan teknologi dan sains yang hebat..


Hari ini kita sibuk mengejar kehebatan sains dan teknologi.. Namun, tidak ramai yang mengaitkan setiap perkembangan sains mahupun setiap kajian atau apa – apa penemuan ilmiah sains dan teknologi terhadap konsep mentauhidkan Allah s.w.t.. Sedangkan setiap penciptaan Allah s.w.t merupakan alat untuk manusia memikirkan kehebatan sifat – sifat Allah s.w.t. seperti sifat qudrat dan iradahNya..


Ummat Islam hanya berbangga dengan kejayaan-kejayaan generasi awal Islam tanpa mengambil pengajasan daripada sejarah – sejarah silam.. Disebut –sebut Al Imam Ghazali r.a, Al Imam Malik r.a, Ibnu Sina. Ibnu Rush, Al Khawarizmi dan sebagainya.. Tetapi, kita tidak pernah menilai bagaimana ketokohan mereka terbina yang bermula dengan aqidah yang soheh..


Lihat yahudi dan nasrani setelah mereka mendapat pengajaran daripada siri-siri kekalahan mereka bertempur dengan Ummat Islam seperti peperangan salib pembukaan kota Baitulmaqdis oleh Al Imam Solahuddin Al Ayubi r.a dan kejatuhan kota konstantinopel ke tangan Al Imam Muhammad Al Fattieh.


Mereka mengatahui dan belajar bahawasanya kekuatan Ummat Islam perlu dihapuskan sebelum menewaskan Ummat Islam yakni dengan menghapus semangat jihad di dalam hati mereka dengan menguasainya.. Barulah mereka dapat meleyapkan Ummat Islam di persada dunia ini..


Setelah mereka berjaya mengalihkan hati – hati ummah Islam daripada dipenuhi semangat jihad yang sewajarnya mencintai Allah s.w.t dan Rasulallah s.a.w kepada dipenuhkan dengan kecantikan palsu wanita, ketamakan harta benda dan kegopohan merebut tahta serta kuasa..


Anak – anak muda Islam disajikan dengan aurat – aurat artis yang mengeliurkan nafsu, dipamerkan keseronokan bersukan dilenyapkan kenikmatan beribadah dan menuntut ilmu, ditinggikan martabat – martabat ahli maksiat yang zalim dan direndah – rendahkan martabat Para ‘Alim ‘Ulama..


Apabila hilangnya nilaian anak muda ummah Islam.. Maka, masa depan Islam semakin kubur.. Tiada lagi pelapis suara seperti Sayyidian Abdullah Bin Umar r.a yang umurnya 15 tahun pergi ke medan jihad.. Hilang kepahlawanan pemuda 18 tahun Sayyidina Usamah bin Zaid r.a panglima perang yang dikasihi Rasulallah s.a.w.. Lenyap ketokohan anak muda seperti Sayyiduna Ibnu Abbas r.a yang mendapat tarbiyyah terus daripada Sayyiduna Rasulallah s.a.w..


Setelah hati Ummat Islam dikunci dengan hawa nafsu.. Maka, dilontarkan serangan serangan pemikiran seumpama sekularisme yang menjadi pegangan dominasi ramai ummat islam.. Pemikiran yang memisahkan Islam daripada keduniaan.. Mengasaingkan Islam dengan politik, Islam dengan Ekonomi, Islam dengan Sains dan sebagainya..


Kemudian, lebih malang lagi dimudharatkan dengan virus pemikiran halus yang merosakkan Islam sehingga sanggup mengkafirkan sesama Islam hanya kerana perkara – perkara furuk.. Diwujudkan pula pemikiran pluralisme yang menyatakan bahawa semua agama sama.. Diburukkan lagi dengan golongan yang memperjuangkan hak kesamarataan dalam agama dan sebagainya.. Semua ini virus – virus terancang kuffar yang disuntik ke batang tubuh ummat Islam untuk menindas Islam..


Sebenarnya, yahudi dan nasrani telah menyusun dengan terperinci kaedah – kaedah untuk memusnahkan ummat Islam.. Tetapi, semuanya dirangka dalam jangka masa yang lama.. Sehinggalah tumpasnya kerajaan Khalifah Turki Uthmaniah pada 1924.. Maka, serangan terhadap Islam dibuat secara terang – terangan kerana ummat Islam tiada lagi kuasa khalifah Islamiyyah yang mampu melindungi kita..


Satu persatu maruah kita dihina dan derobek, disepak dan diterajangkan, diludah dan dikahakkan.. Bumi An Biyya’ Palastin dirampas dan dibina negara haram Palastin.. Nanum, kebiadapan sebahagian Ummah Islam.. Ada yang mengiktiraf negara haram ini.. Termasuk sebahagian pemimpin negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi sekadar hiasan..


Banyak isu – isu sensitiviti Ummah Islam dipermainkan dengan sewenang –wenangnya...Terbaru , pertandingan karikatur Nabi Muhammad s.a.w yang dianjurkan oleh kaffir laknatullah di amarika syarikat di laman web facebook. Isu ini merupakan satu lagi maruah ummah Islam dirobek dengan mudahnya. Dengan alasan kebebasan bersuara mereka menceroboh lagi satu lagi kesucian Islam..


Namun, sebenarnya ini antara virus yang cuba menghilangkan sensitiviti ummah Islam terhadap keperihatinan dengan kesucian Islam.. Kenapa penulis katakan begini?.. Kerana, apabila sering kali permainan yang sama dimainkan walaupun ianya merupakan perkara yang besar yang melibatkan aqidah Ummah.. Maka, lama – kelamaan ianya hanya menjadi sampingan sahaja lantaran lemahnya Iman dengan diburukkan persekitaran yang terbentuk sekarang memang cenderung ke arah kemaksiatan..


Sebagai akhirnya, ini merupakan cebisan kerosakan yang telah dirancang kuffar.. Tetapi, mereka bijak menganjingkan Ummah Islam sendiri menjadi binatang tunggangan mereka untuk menghapuskan Islam di muka bumi ini.. Penulis sendiri mengakui bahawa penulis juga tidak terlepas daripada kealpaan dengan virus-virus kuffar laknatulallah.. Tulisan ini hanya sebagai renungan bersama dan kebimbangan yang terperosok di minda yang dirasakan baik untuk dikongsikan.. Wa’allahu’Alam.. Semoga Allah s.w.t merahmati dan mengampunkan dosa – dosa kita.. Ameen Ya Rabbal ‘Alameen..


http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/



Saturday, May 8, 2010

*Kota oh Kota


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Langkah penulis ke ibu Negara mula bertapak seawal sekitar 5.00 pagi.. Inilah pertama kalinya penulis menjalani latihan industri yang diwajibkan oleh pihak universiti.. kalau diikutkan hati, bukannya pwnulis inginkan sangat menjalaninya.. Penulis menceburi bidang kejuruteraan inipun bukanlah di atas dasar minat dan cita-cita.. Tetapi, di dasari nasihat ibu serta ustazah di sekolah..

Takpalah, kini sudah hampir tiga tahun.. InsyaAllah setahun lagi.. Selepas itu , bolehlah penulis mencatur pergerakkan selepas itu.. Bagi penulis ingin berusaha menyusuri satu hadith soheh riwayat Al Imam Bukhari r.a daripada Saidina ‘Uthman Bin ‘Affan r.a. Sabda Saidina Rasulallah s.a.w “Sebaik-baik manusia di kalangan kalian adalah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya (kepada orang lain)..

Satu pengamatan yang sering berlegar pada pemikiran penulis berkaitan sensiviti masyarakat kota yang mengaku beriman terhadap pelaksanaan mendirikan solat. Bukanlah penulis seorang yang ahli dalam mendirikan solat.. Tetapi, sekadar ranungan buat diri kerana dalam usaha megapai kecintaan terhadap kecintaan Saidina Rasulallah s.a.w perlunya kepada suasana ataupun biah yang membawa kepada kecintaan terhadap solat..

Maka, penulis melihat ketika mana bilal di suatu masjid di tengah kota melaungkan azan magrib.. Penulis melihat ratusan manusia yang beriman berada disekitar masjid.. Tetapi, ketika imam hendak memulakan solat berjemaah, tidak sampai suku ruangan masjid itu dipenuhi oleh manusia.. Magrib bukanlah seperti isya’.. Panjang waktunya..

Seusai solat penulis keluar masjid.. Penulis melihat masih tetap juga penuh mereka yang beriman di sekitar masjid.. Tetapi, seakan meraka tidak menghiraukan sahutan.. Ini amat menyedihkan diri penulis.. Siapalah penulis hendak memerintahkan mereka untuk berjemaah bersama.. Penulis bukanlah pemerintah yang berkuasa.. Maka, hanya kebencian cuba aku tanam terhadap sikap mereka yang tidak menghiraukan seruan azan..

Begitu juga, perihal manusia, ketika di saat genting kesuntukan untuk melaksanakan tuntutan solat magrib.. Di waktu itulah manusia berpusu-pusu untuk pulang ke rumah.. Di saat kesesakan lalulintas yang logiknya memang tidak sempat untuk sampai di rumah untuk mendirikan solat..

Inilah sebahagian rialiti ang berkisar kepada warga kota.. Namun, penulis tidak menafikan sebahagian manusia yang beriman tetap istiqamah mendirikan solat walaupun di saat yang kritikal.. Kerana penulis sendiri sedar bukan mudah untuk istiqamah mendirikan solat.. Bagiku kalaulah bukan kerana rahmat Allah s.w.t.. Aku sendiri berasa berat untuk istiqamah berjemaah.. Memang penulis sendiri tidak mungkin mampu untuk melangkah menuju kecintaan Rasulallah s.a.w..

Pernah seketika penulis bangkitkan isu berkaitan mendirikan solat bersama sahabat-sahabat. Ada segetir mereka yang berkata. Kalau kita tumpu kepada solat berjemaah, sampai 50 tahunpun gerakan Islam tidak akan dapat berusaha untuk mendaulatkan Islam.

Mengapa penulis sering mengfokuskan prinsip solat berjemaah dalam banyak penulisan di blog ini?. Penulis teringat akan nasihat Al Hafiz Syeikh Muhammad Fuad Al Maliki “Bagaimana hendak kita tegakkan Negara Islam, sekiranya setiap individu yang beriman tidak menegakkan Negara Islam di dalam diri mereka sendiri”.. Malah, pernah di kalangan menteri Israil berkata bahawa yahudi tidak perlu takut kepada Umat Islam.. Selagi mana masjid mereka tidak pernuh di waktu Subuh mereka seperti mana solat jumaat mereka..

Maka, kesimpulan yang cuba difokuskan ialah bagi mereka yang mempunyai kelapangan masa.. Iltizamkanlah dirimu untuk berjemaah di masjid sebelum datangnya ujian kesempitan waktu untuk kalian menyahut seruan para bilal yang melaungkan azan..

Dirikanlah Negara islam pada diri kita setimpal dengan usaha mengislahkan keadaan sekarang untuk mewujudkan kembali khalifah Islamiyyah di muka bumi ini.. InsyaAllah, semoga kita diberikan taufiq dan hidayah Allah s.w.t..


http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/


Dengan Nama Allah s.w.t..