Saturday, July 30, 2011

Persiapan Para pENDAKWAH Kampus.. (Bah. 2)

BERUSRAHLAH SETIAP HARI DENGAN BERTADARUS AL QURAN DI RAMADHAN

Persiapan Para Da’ie Kampus..

Alhamdulillah Wa Syukrulillah, Segala puji bagi Allah s.w.t yang sentiasa melimpahkan rahmat kepada hamba – hambaNya.. Terutamanya rahmat diutuskan Nabi Muhammad s.a.w kepada umat akhir zaman.. Perihal ini merupakan nikmat yang paling besar yang tiada tandingannya bagi sekelian makluk.

Syukur pada Allah s.w.t, kerana beberapa hari lagi kita akan memasuki di dalam satu bulan yang diberkati oleh Allah s.w.t.. Bulan menguji tahap kesabaran dan membakar nafsu tetapi menghadiahkan dua kegembiraan iaitu ketika berbuka puasa dan ketika bertemu denganNya dan Lailatul Qadar iaitu satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Bagi mereka yang cuba mewaqafkan diri kepada perjuangan Islam khususnya Para Da’ie Kampus. Beberapa peringatan penting yang cuba dibawa penulis sebagai iktibar kepada diri sendiri dan juga ikhwan Akhowat sekelian. Ramadhan sebenarnya menyediakan medium tarbiyah terbaik untuk Para Da’ie kampus membina pra-syarat sifit – sifat untuk kita dapat meletakkan diri sebagai penyeru ke jalan Allah s.w.t..

Rasulallah s.a.w sendiri menunjukkan sifat seorang Da’ie ilallah di dalam menghadapi Ramadhan.. Apabila Rasulallah s.a.w memasuki bulan Rejab, Rasulallah s.a.w telah mula menitip doa di bibinya dengan memohon kepada Allah s.w.t..

“ Ya Allah ! Berkati aku di bulan Rejab, Berkati aku di bulan Sya’ban, dan sampaikan aku di bulan Ramadhan “

Perihal ini merupakan gambaran penting bahawa sifat seorang Da’ie, mereka amat menantikan Ramadhan sebagai pentas untuk memproses dan mengislahkan diri kembali untuk tertaman sifat taqwa.. Yang mana taqwa amat penting di dalam proses untuk menyeru manusia ke jalan Allah s.w.t.. Kerna, mehnah dan tribulasi yang bakal dihadapi oleh Para Da’ie hanya boleh dihadapi dengan taqwa yang utuh kepada Allah s.w.t..

Perlu difahami bahawa perjuangan menyampaikan Islam bukanlah suatu perkara mudah.. Tetapi, ianya dipenuhi dengan cubaan dan dugaan yang bakal mengikuti tahap seseorang itu.. Para Da’ie kampus, biasanya akan dibebani dengan tugasan pelajaran dan tugasan kemanusiaan seperti sebagai seorang anak,. Kadangkala, perihal ini merupakan ujian yang bakal menimpa Para Da’ie kampus di dalam usaha menyampaikan Islam..

Sememangnya ia amat berat dan berdasarkan pengalaman penulis rata - rata pengalaman yang amat sukar dihadapi di dalam kampus ialah berkaitan dengan perihal pelajaran dan keluarga.. Ada juga yang bakal menghadapi dengan ujian yang selain ini.. Namun, pokoknya kita bakal menghadapi ujian dan halangan di dalam usaha menyebarkan Islam.. Sebab itu, Allah s.w.t memberi peringatan di dalam Surah At Taubah ayat 42 bahawa perjuangan Islam sememangnya susah dan sukar;

Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.

Jelas bahawa perjuangan Islam ini merupakan suatu perkara yang sukar dan susah.. Namun, Allah s.w.t mengajar akan Rasulallah s.a.w bahawa kesusahan di dalam perjuangan pasti akan hadir bantuanNya dengan syarat taqwa kepadaNya.. Allah s.w.t berfirman di dalam Surah At Thalaq ayat 2 dan 3;

Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya

Dapat kita fahami bersama mengapa Rasulallah s.a.w begitu menanti - nantikan Ramadhan.. Antara pengajaranya, bahawa Rasulallah s.a.w ingin menunjukkan qudwah bahawa di dalam usaha sebagai seorang Da’ie.. Bantuan Allah s.w.t amat diperlukan untuk menghadapi segala mehnah dan tribulasi di dalam perjuangan termasuklah di medan kampus dengan syarat taqwa menjadi bekalan kepada para Da’ie..



KHUSYUKLAH DI DALAM MELAKUKAN SESUATU IBADAH

Ramadhan merupakan medan terbaik untuk meningkatkan taqwa di dalam diri seorang Da’ie kerana Allah s.w.t telah menyusun pelbagai program yang mampu untuk meningkatkan taqwa.. Antara yang utamanya ialah puasa.. Sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Baqarah ayat 183;

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,

Sebenarnya banyak lagi amalan – amalan lain yang perlu dilazimi untuk membuat persediaan taqwa sebelum turun ke medan perjuangan.. Antaranya , memperbanyakkan solat berjemaah di masjid, solat sunat seperti tarawih, beriktikaf, berzikir, menambah ilmu dan sebagainya.. Semua ini perlu diisi oleh Para Da’ie Kampus sebagai persiapan untuk memasuki semester baru bulan Sembilan nanti..

Ramadhan wajib dijadikan medan untuk Para Da’ie kampus membina taqwa supaya perjuangan Islam di kampus mendapat bantuan Allah s.w.t dan semakin banyak hati – hati manusia dekat kepada perjuangan Islam.. Sebagai akhirnya, pesanan untuk diri dan semua berdoalah kepada Allah s.w.t supaya dibantu untuk beribadah kepadaNya.. Antara doa yang masyur diajari oleh Rasulallah s.a.w..

“Ya Allah ! Bantulah aku untuk mengingatiMu, di dalam usaha untuk mensyukuri nikmatMu dan perbaikilah amal ibadahku”..

Ameen Ya Rabbal ‘Alameen..

Allahu wa Rasulu ‘Alam..

Al Faqir Ila Allah Al Qhaniy,




Khusyuknya dia berzikir kepada Allah s.w.t.. Moga Ramadhan ini menambahkan lagi amalan..

http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/

Dengan Nama Allah s.w.t..