Wednesday, June 8, 2011

*Persiapan Para Pendakwah Kampus

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Para Pendakwah kampus jadilah seperti adik ini, jiwanya suci tanpa dosa

Persiapan Para Da’ie kepada Allah s.w.t..

Dakwah merupakan antara asas kewajiban yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Muhammad Rasulallah s.a.w yang ummi telah menyeru di atas kemuncak bukit safa, Mekah:

“Wahai sekelian manusia sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah kepada kamu sekelian, yang memiliki seluruh langit dan bumi, tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang menghidupkan dan yang mematikan. Berimanlah dengan Allah dan RasulNya, Nabi yang ummi yang telah beriman dengan Allah dan kalimahNya. Turutlah kamu sekelian kepadaNya moga-moga kamu mendapat petunjuk”

(Surah Al ‘Araf ayat 158)

Dakwah yang dibawa oleh Rasulallah s.a.w merupakan satu garis pemisah di seluruh alam di antara zaman yang gelap gelita kejahilan dengan zaman yang akan datang yang bersinar dengan cahaya keimanan. Dakwah yang disampaikan oleh Rasulallah s.a.w dibawa bersamanya khabar gembira dan peringatan kepada manusia dengan disediakan bersama Al Quran yang terang bersinar. Perkara inilah yang diteruskan usahanya oleh Para Sahabat Rasulallah s.a.w daripada orang muhajirin dan ansor serta semua pengikut-pengikut jejak langkah mereka dengan penuh ihsan.

Muqaddimah yang diutarakan sekadar untuk memahamkan para pembaca bahawa apabila kita cuba meletakkan diri sebagai golongan Da’ie kepada Allah s.w.t. Asas pertama yang perlu ditanam di dalam diri ialah dakwah bukan suatu ciptaan manusia, ia adalah ciptaan Allah s.w.t yang tidak ada ciptaannya yang lebih baik selain dariNya. Firman Allah s.w.t

“Sebelumnya kamu tidaklah mengatahui apakah al-Kitab (Al Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu tetapi kami menjadikan Al Quran itu cahaya yang Kami beri petunjuk kepada jalan yang lurus (iaitu) jalan Allah yang kepunyaanNya segala apa-apa yang ada di langit dan apa yang di bumi, ingatlah bahawa kepada Allahlah kembali semua urusan.”

(Surah As Syura: 52-53)

Dapat difahami bahawa urusan yang cuba kita letakkan pada diri kita yakni berdakwah ianya merupakan urusan yang diperintahkan kepada hambaNya. Sehinggakan Allah s.w.t hendak menunjukkan betapa utamanya untuk menjadi seorang pendakwah. Maka, Dia s.w.t menjadikan makhluk yang paling dikasihiNya menjadikan urusan dakwah merupakan perkara yang utama kepada dirinya. Sirah telah menunjukkan, keperitan dan kesusahan yang ditempuhi sepanjang kehidupan Rasulallah s.a.w asasnya adalah kerana Rasulallah s.a.w menjadikan dakwah sebagai urusan terbesar di dalam hidupnya. Maka, perkara yang penting dilakukan oleh mereka yang hendak menjadi da’ie kepada Allah s.w.t ialah membuat bekalan untuk menghadapi mehnah dan tribulasi di dalam berdakwah.

Penulis suka mengecilkan perbincangan di dalam skop sebagai seorang pelajar universiti yang cuba meletakkan diri sebagai pendakwah seperti Rasulallah s.a.w. Maka, wajar masa cuti selama hampir empat bulan yang terluang ini menjadikan masa ini untuk menyediakan bekalan untuk berhadapan dengan medan dakwah di dalam kampus sewaktu siding pembelajaran bakal bermula.

Di antara perkara utama yang wajib dipenuhi di dalam jiwa seorang pendakwah kampus. Pertama, menambahkan ilmu pengatahuan terutamanya di dalam mendalami pengatahuan kepada Allah s.w.t. Ilmu Tauhid perlu ditambah di dalam jiwa supaya keyakinan terhadap perjuangan menjadi utuh sekalipun banyak musibah menimpa diri. Seterusnya, ilmu Islam ataupun imu fekah perlu diluaskan supaya dakwah kita tersusun mengikut keutamaan seperti mana yang dianjurkan oleh syiekh Yusuf Al Qaradhawi di dalm Fiqh ‘Aulawiyat dan terakhirnya ilmu tasawwuf yang bakal menatijahkan jiwa pendakwah yang beradap dan sopan santun. Ketiga – tiga sendi ilmu ini wajar kita tambah di dalam jiwa seorang pendakwah kampus. Barulah semua perancangan gerakan islam dapat dilaksanakan dengan bantuan Allah s.w.t kerana Allah s.w.t akan menbantu mereka yang membantu agamaNya.

“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

( Surah Muhammad:7)




PERJUANGAN MEMANG MELETIHKAN Perjuangan ini memang meletihkan. Maka carilah Allah s.w.t untuk membantumu.
Kedua, perkara yang wajar dilazimi oleh pendakwah kampus ialah menjadikan solatnya seperti solat para sahabat r.hum. Wajar waktu cuti ini kita menjadikan tauladan para sahabat r.hum yang ditarbiyah Rasulallah s.a.w untuk meneguhkan keyakinan di dalam berdakwah. Para Sahabat r.hum mendirikan solat mereka di awal waktu setiap waktu solat, mereka r.hum mendirikan solat mereka setiap waktu di masjid, mereka r.hum mendirikan solat mereka secara berjema’ah setiap waktu dan setiap kali mereka mendirikan solat, solat mereka dihiasi dengan khuysuk kepada Allah s.w.t. Para Sahabat r.hum melazimi perkara ini lantaran mereka memahami bahawa urusan dakwah dipehuni dengan segala mehnah dan tribulasi yang menghalang.

Maka, Allah s.w.t mengajar untuk meminta bantuan denganNya melalui firmanNya “Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',” (Surah Al Baqarah: 45) Maka, waktu cuti ini. Para pendakwah kampus wajar menjadikan masjid merupakan tempat kunjungannya setiap hari lima waktu. Sekiranya, di waktu sidang pembelajaran seringkali kedengaran sibuk dengan akademik dan sebagainya. Maka, apa alasanya untuk waktu cuti ini untuk tidak melazimi rumah Allah s.w.t. Jangan jadikan alasan kerja sambilan untuk menghalang anda untuk tidak berjema’ah di masjid.

Carilah ikhtiar untuk mengubah diri untuk melazimi rumah-rumah Allah s.w.t. Kerna natijahnya, apabila kita berjaya melatih diri untuk beriltizam dengan rumah Allah s.w.t selama empat bulan ini. InsyaAllah , Allah s.w.t akan memudahkan urusan anda ketika berada di kampus kelak. Barulah segala halangan yang memimpa bakal dihadapi dengan tenang dan tidak akan berpatah arah dalam perjuangan kerana keyakinan utuh kepada Allah s.w.t hasil istiqamah dengan rumah Allah s.w.t

Ketiga, jadikanlah waktu cuti ini untuk kita menambahkan amalan kita kepada Allah s.w.t. Banyakkanlah menbaca Al Quran, cuba menghafaz ayat-ayat Allah s.w.t, lazimi diri dengan Qiamulail, tambahlah bacaan buku-buku haraki dan paling utama dampingilah Para Alim ‘Ulama supaya keberkatan mereka melimpah kepada kita. Para pendakwah kampus, sering kita beralasan diwaktu sesi pembelajaran. Akademik kita merupakan alasan terbesar untuk kita tidak melazimi perkara yang disebutkan. Maka, inilah masa yang terbaik untuk kita sama-sama mengubahnya.

Sebagai Akhirnya, penulis mengajar diri sendiri dan para pembaca untuk kita sama-sama mengislahkan diri menjadi hamba Allah s.w.t yang ta’at dan cinta untuk beribadah kepadaNya. Masyarakah di sekeliling kita amat dahagakan seruan kita menyeru kepada Allah s.w.t. Maka, apabila kita telah dipilih oleh Allah s.w.t. Gunakanlah peluang yang ada untuk menjadi mereka yang terbaik menyeru manusia memilih Allah s.w.t di dalam kehidupan. Supaya suasana kampus kita mengikuti lunas-lunas yang diinginkan oleh Allah s.w.t. Semoga hidayah, taufiq dan inayah Allah s.w.t bersama kita serta semoga kita sentiasa diperhatikan oleh Rasulallah s.a.w di dalam keadaan beriman kepada Allah s.w.t.
Sebagai Akhirnya, penulis mengajar diri sendiri dan para pembaca untuk kita sama-sama mengislahkan diri menjadi hamba Allah s.w.t yang ta’at dan cinta untuk beribadah kepadaNya. Masyarakah di sekeliling kita amat dahagakan seruan kita menyeru kepada Allah s.w.t. Maka, apabila kita telah dipilih oleh Allah s.w.t. Gunakanlah peluang yang ada untuk menjadi mereka yang terbaik menyeru manusia memilih Allah s.w.t di dalam kehidupan. Supaya suasana kampus kita mengikuti lunas-lunas yang diinginkan oleh Allah s.w.t. Semoga hidayah, taufiq dan inayah Allah s.w.t bersama kita serta semoga kita sentiasa diperhatikan oleh Rasulallah s.a.w di dalam keadaan beriman kepada Allah s.w.t.
Allahu wa Rasulu ‘Alam

Al Faqir Ila Allah Al Ghani

http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/

Dengan Nama Allah s.w.t..