Tuesday, October 25, 2011

*Kenali Rasulallah s.a.w (episod 1)


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Ya Rasulallah !! jadikan kami sebahagian ummahmu yang bersamamu..

Keistimewaan Rasulallah s.a.w..

Manusia di akhir zaman hari ini seakan dibalakan oleh Allah s.w.t dengan meninggalkan bicara berkaitan manusia kecintaan Allah s.w.t yakni Saidina Muhammad Rasulallah s.a.w.. Tidak ramai yang setiap harinya lisannya dibasahi kalam selawat dan salam memuji-muji Rasulallah s.a.w.. Natijahnya, perwatakan zahirnya tidak mampu menuruti peribadi mulia Rasulallah s.a.w.. Maka, pastinya cahaya Muhammad Rasulallah s.a.w tidak mampu untuk menyuluh hati manusia itu menyebabkan gelap hatinya untuk melihat sesuatu perkara itu di dasari dengan sumber Al Quran dan As Sunnah..

Namun demikian, wujud juga golongan yang hanya mahu membincangkan perkara – perkara berkaitan tentang perjuangan dan pertabiyyah Rasulallah s.a.w tanpa memahami dan mengetahui bagaimana sifat – sifat dan ciri – ciri yang wujud pada diri Rasulallah s.a.w yang menatijahkan iltizam dan istiqamah Rasulallah s.a.w akan perjuangannya..

Kerna itu, ramai pemuda – pemuda yang diberikan sedikit kesedaran kepada Islam akhirnya gugur dalam jalan dakwahnya kerana mereka tidak difahamkan akan peribadi perintis kepada jalan dakwah ini.. Natijah daripada kegagalan memahami keinsanan Rasulallah s.a.w.. Hal ini kerana, sebelum menerima pentarbiyyah Rasulallah s.a.w.. Wadah kemanusiaan Rasulallah s.a.w perlu dihalusi supaya pentarbiyyah yang diterima mampu untuk diserap oleh naluri manusia itu kerana dia memahami nilaian kemanusiaan Rasulallah s.a.w..

Ada golongan yang hanya asyik dengan jubah dan suginya.. Tetapi, lupa kepada sifat amar makruf nahi mungkar Rasulallah s.a.w.. Ada juga yang asyik akan perjuangan politiknya.. Tetapi, lupa akan pertabiyahan diri manusia untuk membentuk akhlak yang mulia dan tawaduk.. Ada juga sibuk dengan isu Palestin dan kemsyarakatannya.. Tetapi, berpaling daripada pimpinan Ulama yang wajar bersama mereka.. Hakikatnya, perjuangan dan pertarbiyyah Rasulallah s.a.w bermula dengan pentarbiyyahan yang menjadikan medium dakwah dan siyasah wadah untuk mengangkat Islam di atas muka bumi ini..



Para Pemuda yang mencintai Rasulallah s.a.w dan perjuangannya..

Maka, sepanjang usaha untuk para da’ie mengimplimentasikan tarbiyyah Rasulallah s.a.w di bawah pimpinan Para ‘Alim Ulama’.. Wajar diketahui, dibincangkan, diajar dan diterangkan keistimewaan Rasulallah s.a.w untuk menambahkan kuantiti dan lualiti ilmu serta adap yang menatijahkan penghayatan amalan dan perjuangan Rasulallah s.a.w.. ini kerana, mustahil seseorang boleh meletakkan seseorang di tempatnya, apatah lagi mencintainya dan menyakininya tanpa mengenalinya terlebih dahulu..

Asas yang penting ditekankan oleh Syeikh Abdul Aziz al Dabbagh r.a “ Sesungguhnya seseorang hamba itu tidak akan mencapai makrifah Allah s.w.t (mengenal Allah s.w.t) kecuali setelah merngenali Penghulu Sekelian Makhluk yang wujud s.a.w” Penting bagi kita untuk mencapai kejayaan di dalam usaha berdakwah dan mentarbiyyah bermula dengan memahami dan mengenali keinsanan Rasulallah s.a.w.. Barulah buah kejayaan Negara Islam Mekah dan Madinah terhasil setelah asas perjuangan Rasulallah s.a.w difahami.. Hanyalah manusia yang mengenali Allah s.w.t memahami keperluan yang dituntut olehNya

Kerana itulah, sebahagian arifin pernah menitipkan kalam yang indah di dalam selawat mereka ; “Terlalu besar kesempurnaanmu untuk diungkapkan oleh lisan, terlalu hebat kecantikanmu untuk difahami oleh hati insane dan terlalu tinggi kesabaranmu untuk terlitas di hati.” Sesungguhnya kebesaran dan kemuliaan rasulallah s.a.w yang sebenar tidak mapu untuk difahamioleh sesiapa.. Hanya Allah s.w.t Yang Maha Agung dan Maha Besar jua yang mengerti dan memahaminya.. Namun, perlu kita berusaha untuk mengenalinya supaya dapat kita mengambil natijah untuk sentiasa iltizam dan istiqamah di dalam perjuangan..

Bersambung……




Generasi - generasi masa depan yang bakal menatijahkan kemenangan Islam..
InsyaAllah..

Al Faqir Ila Allah Al Ghaniy..

Zulfirdaus Bin Zakaria..






Dengan Nama Allah s.w.t..