Thursday, March 24, 2011

*Rintihan Dataran Kesunyian..

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


YA RASULALLAH!! DAPATLAH AKU KETEMU DENGANMU..

Ya Allah,

Tika aku gundah,

Ku palingkan langkah menuju dataran di sempadan sana,

Di sana,

Kurasai belaian angin yang menghembus damai,

Menenangkan aqalku yang kekusutan,

Di sana juga,

Ku lihat sang bangau,

Yang terbang rendah di bendang,

Sungguh bahagia zahir mereka,

Ke sana ke mari mengibas sayap,

Seakan ternafi lingkaran kekusutan fana’,

Aku mula memerhati pohonan kelapa di tengah bendang sana,

Berdirinya tegak,

Walau dia sendirian di sana,

Hatiku terfikir sejenak,

Indahnya jika aku seperti pohonan itu,

Dia tetap tegar dengan perjuangan kehidupannya di tengah bendang,

Sekalipun angin tidak henti – henti bertiup mengoncangkannya,

Pasti juga pohonan itu dilanda hujan petir yang menimpanya,

Namun,

Dia tetap teguh keyakinannya pada dasarnya,

Alangkah indah aku seperti Dia,

Hatiku sekali lagi bersuara,

Pasti pohonan kelapa itu kesunyian di dalam mempertahankan dasarnya,

Kerana untuk menegakkan kebenaran,

Semestinya dipenuhi dengan kebencian daripada sekelilingnya,

Hatiku merintih pula,

Ya Allah Ya Tuhan Aku,

Jadikan aku seperti pohonan itu,

Supaya bias aku tegak berdiri pada panjiMu,

Walau aku tahu jiwa aku sedang terluka dan sengsara,

Kerana aku terasa akan kesunyian di jalanan ini,

Aku alihkan mata pada awan yang putih bersih,

Birunya sesemangnya memutih,

Kelihatan suci dan jernih,

Nur mentari yang menyulami keindahan mentari senja itu,

Memang begitu mengasyikan aku,

Di dalam tenungan mata hatiku,

Cahaya senja yang menusuk ke memoriku.

Mengimbau ingatanku pada Para Ulama’ yang pernah ku temui,

Aku bersalaman dan mencium tangan mereka,

Dan ada juga yang dapat aku dakapi,

Tika itu,

Aku dapat melihat kejernihan muka mereka,

Yang disirami Nur Ilmu yang berbuahkan amal,

Ianya amat mendamaikan jiwaku,

Aku amat sekali ingin sekali bersua dengan mereka lagi,

Tapi,

Aku kini berjauhan dengan mereka,

Namun aku tahu mengapa Allah s.w.t takdirkan aku disini,

Pasti tersembunyi hikmah yang banyak perlu dirungkai,

Ya Allah Ya Tuhanku,

Berilah aku kekuatan dan kesabaran di dalam meniti likuan ini,

Dapatlah kiranya aku bersama dengan mereka yang mencintaiMu Ya Allah

s.w.t dan kekasihMu Ya Allah s.w.t,

Semoga ketenangan itu milikku.. Ameen Ya Rabbal 'Alameen..

Al Faqir Ila Allah Al Ghaniyy

http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/

Thursday, March 10, 2011

*Wahai Kekasih! Akanku cuba penuhi cintaku padaMu..

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Melazimi Maulidur Rasul Setiap Hari Mendekatkan Diri Kita Pada
Rasulallah s.a.w

Syeikh Fuad Al Maliki

Adap Kepada Rasulallah s.a.w..

Apabila Allah s.w.t menurunkan ayat ke 2 Surah Al Hujuurat yang bermaksud,

“Wahai orang – orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara kamu (dengan lantang) semasa bercakap dengan setengah yang lain.. (Larangan yang demikian) supaya amal – amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedari”..

Lantas Saidina Abu Bakar As Siddiq r.a berkata “Wahai Rasulallah s.a.w! Demi Allah s.w.t! Selepas ini aku hanya akan berbicara denganmu seperti mana aku bercakap dengan diriku sendiri”..

Saidina Umar Al Khattab r.a pula tidak memahami kedudukan sebenar tentang adap tersebut daripada Rasulallah s.a.w, sehinggalah Rasulallah s.a.w memahamkannya apabila turun ayat al Quran, firman Allah s.w.t ayat ke 63 Surah Al Nur,

“Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulallah s.a.w di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu”..

Tafsiran daripada ayat tersebut menjelaskan bahawa janganlah kamu memanggil Rasulallah s.a.w atau menyerunya sama seperti kamu panggil – memanggil sesama kamu dengan mudah dan cepat mendapat jawapan semula.. Atau meninggikan suara di sisinya.. Atau jangan memanggil terus namanya Muhammad tetapi panggillah dengan, Wahai Rasulallah s.a.w! dengan lemah lembut, memuliakan serta mentakzimkan Baginda s.a.w.. Pendapat yang lain mengatakan, Janganlah kamu mendedahkan dirimu kepada doanya disebabkan oleh kebenciannya.. Hal ini adalah kerana doa Baginda s.a.w yang sedemikian mengundang kemurkaan Allah s.w.t..

Oleh hal yang demikian, Para Sahabat r.hum telah menyempurnakan pengertian dan tuntutan adap kepada Rasulallah s.a.w.. Mereka telah meninggalkan kepada kita adap –adap yang sangat tinggi kepada Rasulallah s.a.w di dalam memuliakan serta mentakzimkan Baginda s.a.w.



Tangisan Pejuang Yang Merupakan Warisan Para Anbiyya'.. Semoga kita bersama mereka..

Ketika ‘Abbas r.a, bapa saudara Nabi s.a.w ditanya, “Siapakah yang lebih besar serta mulia antara kamu dengan Rasulallah s.a.w? , “ ‘Abbas r.a menjawab, :Dia lebih besar daripadaku sendangkan aku lebih tua daripadanya.. Adapnya sangat sempurna dan tinggi sehingga ia tidak melafazkan kata – kata (kepada sesiapa) aku lebih tua daripadanya”..

Begitu jugalah yang berlaku kepada Mus’ab bin Umair r.a.. Ketika beliau kembali semua ke Mekah daripada Madinah setelah setahun meninggalkan Mekah kerana berdakwah.. Sekembalinya ke Mekah, beliau terus menemui Nabi s.a.w terlebih dahulu sedangkan Mus’ab r.a seorang anak yang patuh kepada ibunya.. Apabila berita itu sampai ke telinga ibunya lantas ia mengutuskan wakil menyampaikan kepad Mus’ab r.a, katanyha, “Wahai anakku yang durhaka! Apakah patut kamu lakukan begini apabila sampai ke Mekah? Kenapa aku bukan orang pertama engkau ziarahi? ‘’ Mus’ab r.a menjawab “ Saya tetap mendahulukan Rasulallah s.a.w daripada orang yang lain,”..

Antara maksud yang tergolong di dalam kategori yang memuliakan serta mengagungkan Rasulallah s.a.w ialah memuliakan serta meninggikan sunnah Baginda s.a.w.. Diriwayatkan daripada Imam Malik r.a, apabila dia hendak membicarakan sesuatu tentang Rasulallah s.a.w, beliau r.a terlebih dahulu mandi, memakai wangian serta pakaian yang cantik, menyisir janggutnya kemudian duduk dengan penuh hormat dan tertib.. Beliau hanya akan duduk di kerusi khas yang hanya digunakan untuk meriwayatkan hadith – hadith Rasulallah s.a.w seraya berkata “Saya suka menta’zimkan hadith – hadith Rasulallah s.a.w! “ .. Imam Malik r.a tidak suka membicarakan tentang hadith di tepi – tepi jalan sedang beliau di dalam keadaan berdiri atau tergesa – gesa seraya berkata, “Aku suka supaya hadith difahami dengan sebenarnya”..

Seorang lelaki datang menemui Imam Sai’ed Musaiyyab r.a yang berada di dalam keadaan berbaring.. Ketika itu beliau r.a sedang sakit lau ditanya oleh lelaki itu tentang hadith Nabi s.a.w.. Mendengar sahaja soalan tentang hadith itu, Al Imam r.a bingkas bangun seraya menjelaskan hadith tersebut.. Lelaki itu pun berkata, “Saya tidak bertujuan untuk memberatkan tuan dengan menjawabnya dalam keaddan duduk! Memadailah sambil baring!” Kemudian Al Imam r.a menjawab “Saya amat tidak suka berbicara denganmu tentang Rasulallah s.a.w sedang aku dalam keadaan berbaring”..



Shafiq Suhaimi "Presiden Persatuan Mahasiswa USM Kampus Kejuruteraan"

Kemuliaan Rasulallah s.a.w ketika hidup, kekal walaupun selepas Baginda s.a.w wafat.. Kalamnya tetap ma’thur dengan kemuliaannya walaupun hanya didengar melalui hadith – hadith yang disebut oleh orang lain setelah Baginda s.a.w wafat.. Wajib ke atas orang yang mendengarnya tidak meninggikan suara serta tidak mengingkarinya..

Al Qadhi’Iyadh r.a menyebutkan di dalam kitabnya al syifa fi huquq al Mustafa “Hendaklah diketahui bahawa wajid memuliakan, meninggikan serta menta’zimkan Nabi s.a.w sewaktu hayatnya mahupun selepas Baginda s.a.w wafat.. Hal yang seperti ini adalah sama ketika mana disebut namanya atau disebut hadith – hadithnya, sunnah – sunnahnya, atau apabila mendengar namanya, sirahnya serta apabila bermuamalah dengan keluarga serta para sahabatnya”..

Begitulah sikap serta akhlak juga perjalanan hidup salafussoleh dan para Imam mujtahid di dalam memuliakan serta menta’zimkan Rasulallah s.a.w.. Persoalannya, Bagaimana pula dengan kita?? Fikir – fikirkan dan renungkan?..

Semoga hidayah dan taufiq Allah s.w.t diberi kepada kita.. InsyaAllah..

Allahu wa Rasulu ‘Alam..

Al Faqir Ila Allah Al Ghani..

http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/

Dengan Nama Allah s.w.t..