Thursday, October 14, 2010

*Bekalan untuk peperikasaan akhir semestar 1 (2010/2011)

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w.

Doa Yang Baik untuk diamalkan

Nabi Muhammad s.a.w pernah member ingata kepada Muadz bin Jabal r.a supaya tidak sesekali melupakan suatu doa yang amat penting setiap kali selesai melakukan solat..


Doa ini bermaksud “Ya Allah bantulah aku untuk mengingatiMu, dan mensyukuri nikmatMu dan berbuat baik dalam pengibadatanku”..


Tiga perkara ini diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w supaya diminta oleh seorang hamba setiap kali selepas bermunajat kepada Allah s.w.t.. Setiap doa yang disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w merupakan doa yang cantik dan merupakan keperluan utama kepada semua manusia yang beriman.. Walaupun hadith ini disebut kepada Muadz bin Jabal r.a.. Namun, sebenarnya ianya merupakan pentarbiyyahan kepada semua Ummah Rasulallah s.a.w..


Kebiasaanya, doa yang kita minta.. Kita reka macam-macam dan pelik-pelik.. Terasa hendak sesuatu kita minta, kita berdoa.. Apabila sudah jemu, kita lupakannya.. Susunan doa terabur dan kurang adapnya.. Sememangnya kita kurang pandai dan arif untuk berdoa meminta kepada Allah s.w.t.. Maka, wajar kita menuruti orang yang pandai berdoa kepada Allah s.w.t.. Maka, orang yang pandai berdoa ialah Nabi Muhammad s.a.w..




Ya Allah! Bantulah urusanku untuk bertalaqqi Ilmu

Pertama Rasulallah s.a.w mentarbiyyah supaya kita meminta kepada Allah s.w.t akan bantuan dalam pengabdian diri kepadaNya.. Kenapa kita perlu bantuan Allah s.w.t?. Sememangnya kita tidak mampu melestarikan kehidupan dengan sendiri.. Umpamanya, kita hendak memikul seratus kilo beras.. Pasti kita tidak larat.. Jadi, kita minta bantuan orang.. Kenapa perlu meminta bantuan orang lain.. Sebab, kita memang tidak mampu.. Kerana itu kita minta tolong daripada orang lain..


Jika hal yang kecil seperti memikul beras.. Kita sudah menunjukkan kekurangan kita.. Maka, sememangnya kitaperlu meminta bantuan kepada Allah s.w.t untuk kehidupan ini.. Satu doa yang diajar kepada kita “Ya Allah, bantulah aku”..


Bantuan apa yang kita perlukan kepada Allah s.w.t? Jawapannya “Supaya saya pandai berzikir kepadaMu”.. Kita berdoa supaya pandai dan mampu berzikir kepada Allah s.w.t.. Dunia ini penuh tipudaya dan serabut.. Pening apabila memikirkan urusan dunia.. Penuh pancaroba yang menguji keimanan.. Baik urusan peribadi, masyarakat dan pentadbiran iaitu politik.. Semua ini merupakan punca terhalang untuk dekat dengan Allah s.w.t.. Kita hidup di dunia zaman ini penuh dengan dosa-noda yang menghalang kita dekat dengan Allah s.w.t..


Maka, Rasulallah s.a.w mengajar manusia supaya meminta kepada Allah s.w.t supaya member bantuan kepada kita untuk “saya pandai berzikir” dan apabila pandai berzikir, kita mampu untuk berzikir.. Hari ini ramai masusia beriman tahu untuk berzikir.. Tetapi, tidak larat untuk berzikir dan tiada stamina untuk berzikir.. Allah s.w.t tidak membantu untuk manusia itu beriman.. Jadi, diajar untuk meminta dipermudahkan supaya kita larat berzikir..




Tazkirah merupakan medan terbaik untuk membawa manusia berzikir kepada Allah s.w.t


Para Ulama’ menjelaskan zikir kepada Allah s.w.t luas pengertiannya, Ada zikir dengan hati, ada zikir dengan hati, ada dengan lidah dan ada dengan badan.. Zikir dengan hati yang dimaksudkan ialah Al Khaufu wal raja’ .. Takut dan harap.. Takut-takut apa yang dilakukan, Allah s.w.t tidak terima dan harap-harap ibadah yang dilakukan diterima oleh Allah s.w.t.. Solat yang dilaksana, kita harap Allah s.w.t terima.. Tapi, perlu ada perasaan takut tidak diterima kerana kurang sempurna.. Ini namanya zikir dengan hati..


Zikir dengan lidah, namanya Al mad’u wal sana’ iaitu pujian dan puja.. Syukur nikmat diberi disebut zikir.. Ini zikir dengan lidah.. Zikir dengan anggota pula Al Fawa’ iaitu sempurnakan apa yang Allah s.w.t minta.. Tangan buat cara tangan, kaki buat cara kaki, mata buat cara mata, zikir dengan badan.. Pilih pemimpin, pilih dengan keimanan dan keadilan.. Zikir dengan jiwa pula at taslim war Ridho.. Kita terima dengan kerelaan dan redha dengan ketentuan Allah s.w.t..


Rasulallah s.a.w mentarbiyyah manusia supaya meminta kepada Allah s.w.t supaya kita pandai berzikir, larat berrzikir dan diantara zikir ialah dengan membaca Al Quran.. Membaca Quran itu zikir, selawat itu zikir, Amar Makruf itu zikir, Nahi Mungkar itu zikir, datang mengaji itu zikir, datang mengaji dan datang mengajar ianya merupakan zikir.. Pendek kata semua itu zikir sekiranya inaya boleh mendekatkan diri kepada Allah s.w.t itu namanya ialah zikir..


Kita diajar untuk meminta pertolongan kepada Allah s.w.t supaya diberi bantuan supaya boleh berzikir, bantu yang boleh mengajar rajin mengajar, yang tidak faqih mengajar rajin untuk hadir mengaji, dielakkan supaya jadi bodoh sombong.. Bagi yang faqih hilang sifat malas untuk mengajar.. “Tidak patut si jahil terus berada di dalam kejahilannya, dan tidak sepatutnya orang yang berilmu dia diam di atas ilmunya”.. Maka, untuk rajin mengajar atau belajar ini namanya zikir.. Maka, kena meminta bantuan Allah s.w.t.. Sekiranya. Allah s.w.t tidak membantu.. Memang tak boleh laksana walaupun kita faqih dalam ilmu sebab akan ada kekalutan, banyak kerja dan urusan kehidupan.. Terhalang daripada berzikir daripada Allah s.w.t..




InsyaAllah lelaki ini akan menyusuri langkah Suffian At Tauri r.a


Yang kedua “Ya Allah Ya Tuhan Bantulah saya untuk pandai untuk bersyukur kepadaMu” Syukur kepada Allah s.w.t bermakna kita mengaku Allah s.w.t ,member segala nikmat kepada kita.. Syukur dengan lisan dengan mengucapkan Alhamdulillah, ucapan ini juga boleh membantu syukur dengan hati.. Syukur dengan tangan maknanya sekiranya kita memperolehi rezeki lebih kita boleh bersedekah.. Syukur dengan mata, kita tolong tutup keaiban orang lain,. kita Nampak keburukan seseorang, kita tutup, tutup aib orang itu namanya syukur.. Elak daripada melihat segala perkara haram itu namanya juga syukur.. Syukur dengan hati juga kita berusaha untuk menghilangkan semua penyakit mazmumah di dalam hati kita, itu juga syukur..


Seorang ulama sufi Sufian At Tauri r.a satu hari dia berjumpa dengan seorang ulama’ Jaafar As Sodiq r.a Lalu Sufian r.a berkata kepada Ja'afar r.a tolong ajarkan kepadaku ilmu yang Allah s.w.t berikan kepadamu, yang Allah s.w.t ajar kepadaMu.. Sifat orang alim ini, apabila berjumpa mereka berjumpa pasti akan bincang masalah ilmu.. Lalu Ja’araf r.a berkata “Jika kamu terlanjur melakukan dosa segeralah beristiqfar” “Bila mendapat nikmat segeralah bersyukur kepada Allah s.w.t” dan diantara nikmat ialah kesihatan.. Namun, ramai yang lupa akan nikmat ini hari ini..


Rasulallah s.a.w pernah bersabda “ Dua nikmat yang selalu manusia lupa iaitu sihat dan lapang” Manusia hanya akan ingat nimat ini hanya ketika sakit.. Yang kedua masa kita sibuk.. Kita hanya teringat, semasa kita sibuk.. Kita kena ingat.. Kita makin lama makin sibuk.. Manusia akan makin sibuk apabila lepas kita pencen.. Dulu sebelum pencen, kita sibuk dengan anak-anak, selepas itu sibuk dengan cucu, selepas itu sibuk dengan klinik.. Dan perkara ketiga disebut oleh Ja’afar r.a “Apabila kamu susah hati , katakanlah La Haulawalakuwataillah Billah”



Khusyuklah ketika berzikir kepada Allah s.w.t

Perkara yang ketiga, Rasulallah s.a.w mentarbiyyah orang mu'min supaya kita meminta kepada Allah s.w.t supaya diberikan peluang untuk beribadah dengan sempurna.. Diberi keizinan melakukan ibadah dengan cermat.. Sekiranya membaca al-quran, tidak "asbun" sahaja “asal bunyi”.. Tanpa tajwid dan tartil.. Maka, kita diajar untuk meminta keizinan Allah s.w.t supaya dapat membaca Al Quran dengan sempurna.. Sewiranya bersolat.. Dilakukan dengan disempurnakan.. Sekiranya memilih pemimpin, memilih pemimpin yang adil dan tidak rasuah..


Seperti mana cucu Rasulallah s.a.w yang diperelokkan dalam iaadahnya, Zainal Abidin r.a ..Ketika berwudu’ mukanya pucat.. Lantaran, beliau teringat akan akhirat.. Bimbang keadaan di Masyar. Ketika membasuh kedua tangan.. Apakah suratan amalan diperolehi dengan tangan kanan atau sebaliknya?. Ketika membasuh kedua kakinya, teringat akan berjalan di titian sirat, apakah akan dipermudahkan?, Ketika sapu kepala, bimbang kepala itu tidak masuk syurga?. Sebab itulah dia pucat mukanya. Inilah contoh mereka yang diberi peluang untuk memperbaiki amalannya..


http://pena-zulfirdaus.blogspot.com/

Dengan Nama Allah s.w.t..