Tuesday, August 25, 2009

*Puasa Ramadhan dan Kelebihannya..

Mai Iftar di Pusat Islam setiap hari.. Free Jer..

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Harapan Ramadhan..


Puasa di bulan Ramadhan meruapakan suatu ibadah yang difardhukan oleh Allah s.w.t ke atas hamba-hambaNya.. Puasa bukan sahaja menjadi wadah untuk penyembuh badan yang mampu mengembalikan kesihatan orang yang berpuasa.. Malah, puasa juga menjadi tumpuan penyucian jiwa dengan mengekang nafsu daripada keterlaluan..


Penghayatan ibadah puasa dapat melahirkan insan yang berjiwa murni dan bersifat terpuji.. Seseorang itu akan menjadi lebih kasih dan belas kasihan kepada mereka yang dhaif dan memerlukan.. Selain perasaan rendah diri atau tawaduk bakal tertanam terhadap makhluk yang lain..


Mereka yang menghayati ibadah bulan Ramadhan juga akan menyedari keagungan dan kehebatan Allah s.w.t serta kebesaran rahmat juga nikmatNya yang dihamparkan kepadanya hingga dia benar menjadi insan yang bertakwa..


Firman Allah s.w.t di dalam surah Al Baqarah ayat 183..


Wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu sebelum kamu, supaya kamu bertakwa..


Apabila seseorang manusia berpuasa di permulaan Ramadhan, maka Allah s.w.t mengampunkan dosa-dosanya hingga akhir bulan tersebut hingga ke Ramadhan berikutnya.. Bagi hamba tersebut, dibina mahligai yang indah di dalam syurga, pintunya diperbuat daripada emas bagi setiap hari dia berpuasa dan 70000 malaikat memohon keampunan untuknya dari pagi hingaa tenggelam matahari..


Maksud sabda Rasulullah s.a.w


"Pada permulaan malam bulan Ramadhan, Allah s.w.t telah memandang kepada seseorang hamba, pasti hamba tersebut tidak akan diseksa selam-lamanya.. Pada setiap bulan Ramadhan, terdapat seribu pembebasan dari api neraka."


Sabda Rasulullah s.a.w


"Bagi setiap sesuatu itu mempunyai pintu dan pintu ibadah ialah puasa."


Rasulullah s.a.w juga mengingatkan, bahawa sesiapa yang membuka bulan Ramadhan dengan melakukan amal kejahatan yang diharamkan oleh Allah s.w.t seperti meminum arak, berzina, mendedahkan aurat, menontut filem yang mendedahkan aurat dan sebagainya, maka Allah s.w.t tidak akan menerimanya pada bulan tersebut.. Malah dia akan dilaknat oleh Allah s.w.t dan malaikat yang berada di tujuh petala langit sehingga Ramadhan yang akan datang.. Sekiranya dia meninggal dunia di antara dua Ramadhan tersebut, maka tiada kebajikan baginya di sisi Allah s.w.t melainkan dengan rahmat Allah s.w.t..


Sebagai akhirnya, renungilah sabda Rasulullah s.a.w..


"Berterusanlah kamu mengetuk pintu syurga." Sayyidatuna Aisyah r.ha berkata, "Dengan apakah wahai Rasulullah s.a.w?.. Sabda Rasulullah s.a.w.. "Dengan berlapar (memperbanyakkan puasa)."


Sekian , terima kasih..


Rujukan Kitab Tazkirah Ramadhan : Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin Al Maliki..


No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..