Tuesday, September 1, 2009

*Selesai fasa pertama


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Lulus ke gagal?..


Segala puji bagi Allah s.w.t yang masih menghulurkan rahmatNya untuk meneruskan kehidupan di bulan Ramadhan ini.. Sekalipun kita merupakan manusia tegar yang sering melanggar perintah dan meninggalkan suruhanNya.. Selawat dan salam ke atas junjungan Muhammad s.a.w.. Tanpa Rasulullah s.a.w, maka tidak bercahayalah ramadhan al mubarak ini..

Selesai sudah kembara di fasa pertama Ramadhan yang dihiasi dengan rahmat Allah s.w.t untuk hambaNya yang bertaqwa.. Natijahnya pada diri kita sebagai seorang hamba Allah s.w.t hanya boleh dinilai oleh diri sendiri.. Kita mengatahui hakikat samada kita bertaqwa kepada Allah s.w.t atau sebaliknya..

Fikir dan runungkan.. Tercapaikah kita akan “outcome base education” yakni ketaqwaan yang disebut oleh Allah s.w.t di dalam Surah Al Baqarah ayat 183..

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagai mana diwajibkan ke atas umat terdahulu sebelum kamu.. Mudah-mudahan kamu mencapai ketaqwaan”..

Apakah kita semakin mudah dan lazat untuk beribadah kepada Allah s.w.t atau semakin berat dan tawar perasaan kita untuk meneruskan pengajian di Madrasah Tarbiyah Ramadhan pada tahun ini?.

Jawapannya ada di dalam lubuk hati setiap kita sendiri samada nilaian KPI “Key Performance Indexs” untuk ujian tarbiyah Ramadhan di fasa pertama ini mencapai status piawai golongan Mutaqqin ataupun tidak..

Muhasabah di bulan Ramadhan penting untuk kita laksanakan supaya status nilaian taqwa kita benar-benar berkualiti dan bermanfaat.. Dengan harapan, pembinaan taqwa yang benar bernilai dan bermutu.. Sehingga ia mampu dimanfaatkan diluar Ramadhan untuk menjaga diri kita supaya istiqamah mentaati perintah Allah s.w.t..

Kini, kita berada di perjalanan di fasa kedua Ramadhan.. Allah s.w.t menjanjikan pengampunan akan dosa-dosa kepada setiap hambaNya yang bertaqwa.. Agungnya anugerah Allah s.w.t ini kepada kita kerana sememangnya kita amat memerlukan pengampunan daripada Allah s.w.t.. Tika ini, merupakan masa yang terbaik untuk dimanfaatkan untuk mendapat keampunanNya..

Tidak boleh dinafikan sebagai seorang hamba.. Tidak mungkin sekali kita terlepas daripada melakukan dosa.. Pasti akan tiba suatu detik kita terlalai daripada mentaati perindah Allah s.w.t.. Pasti akan terpalit dosa noda pada diri kita..

Dibelenggu dengan masyarakat di akhir zaman kini yang semakin jauh hubungan dengan Allah s.w.t.. Manusia di zaman ini, semakin meminggirkan syariat Allah s.w.t.. Masyarakat kita dijajah dengan suatu ideologi nasionalisme yang telah memusnahkan semangat Ukhuwwah Islamiyyah dan sedikit sebanyak membawa kembali semangat assabiyyah yang mengutamakan perkauman.. Memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing sehingga nilaian ukhuwwah Islamiyyah terhapus..

Sedangkan Allah s.w.t menyatakan di dalam Surah Al Hujuraat ayat ke 13 “Wahai sekelian manusia! Dijadikan kamu daripada kalangan lelaki dan perempuan, berpuak-puak dan bersuku-suku supaya kamu berkenalan antara satu sama lain.. Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah s.w.t ialah mereka yang bertaqwa”..

Allah s.w.t menyatakan mereka yang bertaqwa merupakan mereka yang dikasihi dan paling hampir denganNya.. Mereka yang bertaqwa tidak kira samada mereka berbangsa arab, melayu, cina , india dan sebagainya.. Siapa yang bertaqwa, maka di sisi Allah s.w.t mereka merupakan manusia yang mulia.. Sekalipun, berlabelkan golongan hamba seperti saidina Bilal bin Rabah r.a..


Bulan Ramadhan ini amat bertepatan untuk mengolongkan diri sebagai hamba yang dikasihi Allah s.w.t.. Tiada nikmat yang besar yang dapat menandingi sekiranya kita dipilih sebagai hamba yang dikasihi Allah s.w.t.. Inilah cita-cita tertinggi yang menjadi setiap idaman mereka yang beriman terutamanya para mujahid dan mujahidah yang berjihad menegakkan kalimah Allah s.w.t sekalipun mereka ini dilabel sebagai pengkhianat bangsa dan pelbagai tohmatan daripada manusia..

Sebagai akhirnya, untuk berjaya bermusafir di kembara madrasah Ramadhan ini.. Nilaian kesabaran merupakan elemen yang terpenting perlu diimplankan kepada diri kita.. Kerana inilah, Rasulullah s.a.w menamakan Ramadhan sebagai bulan ramadhan dan sabar itu meliputi tiga aspek utama.. Pertama, sabar mentaati perintah Allah s.w.t.. Kedua, sabar dalam meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah s.w.t dan ketiga sabar menerima taqdir Allah s.w.t yang pedih dan perit..


Sabda Rasulullah s.a.w " Ia (Ramadhan) adalah bulan kesabaran dan pahala kesabaran ialah syurga."

Sekian, terima kasih..


No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..