Thursday, September 3, 2009

*Qiyam Al Layl


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Saranan Berqiamulail..

Rasulullah s.a.w merupakan seorang rasul yang maksum.. Dijamin oleh Allah s.w.t terpelihara daripada sebarang titipan dosa noda.. Tidak pernah sekalipun terdetik di dalam diri untuk melakukan kemungkaran dan kekejian.. Di hati sanubari Rasulullah s.a.w hanyalah tersimpan satu rasa untuk bertaqwa kepada Allah s.w.t.. Hanya Allah s.w.t yang tahu bagaimana kecintaan Rasulullah s.a.w kepada kekasihnya Allah 'Azza wa jalla..

Lantaran itulah, Ramadhan merupakan Bulan yang amat dirindui oleh Rasulullah s.a.w.. Telah masyur kepada kita.. Bahawasanya apabila masuk Bulan Rejab.. Maka, rintihan Rasulullah s.a.w kepada Allah s.w.t agar memberkati diri Rasulullah s.a.w di Bulan Rejab dan Syaaban dan dipohon agar diizinkan diri Rasulullah s.a.w untuk singgah di Bulan Ramadhan..

Hanyasanya mereka yang mengerti hakikat taqwa di sisi Allah s.w.t seperti Rasulullah s.a.w begitu mengharap untuk memasuki madrasah Ramadhan yang dijanji akan penghasilan taqwa yang hakiki.. Sebagaimana, yang disebutkan oleh Allah s.w.t di dalam Surah Al Baqarah ayat 183

"Wahai orang-orang yang beriman! dijawabkan berpuasa ke atas kamus seperti mana yang diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu memperoleh ketaqwaan."

Renungkan, Bagaimana dengan kita?.. Setelah setengah Ramadhan ditempuh.. Apakah perasaan yang tertanam di dalam diri Rasulullah s.a.w tersemat pada diri kita?.. Tidak rasa rugikan kita yang tidak maksum seperti Rasulullah s.a.w tidak pernah menghargai langsung anugerah hebat daripada Allah s.w.t?.. Kerana Allah s.w.t telah menjanjikan keampunan akan dosa-dosa di fasa kedua Ramadhan ini.. Maka, Mengapa tidak kita mengejarnya?..

Pelik benar sekiranya kita mengakui beriman.. Yang sering melakukan kesilapan dan kesalahan di sisi Allah s.w.t.. Tidak meresai kelazatan dan kegembiraan dengan keampunan Allah s.w.t di Bulan Ramadhan yang terhidang ini..

Sewajibnya kita menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh yang terbaik.. Mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w merupakan pembuktian akan keimanan kepada Allah s.w.t.. Maka, sewajarnya menjadikan amalan Rasulullah s.a.w di bulan Ramadhan ketika mana kita berada di Bulan Ramadhan ini..

Antara kelaziman Rasulullah s.a.w di Bulan Ramadhan ialah Berqiamulail.. Al Imam Bukhari dan Muslim menukilkan di dalam kitab Soheh mereka akan galakan Rasulullah s.a.w kepada Ummah Islam untuk berqiamulail.. Rasulullah s.a.w bersabda "Sesiapa yang menghidupkan malam di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan kesedaran, diampunkan baginya dosa yang telah lalu"..

Firman Allah s.w.t di dalam Surah al Furqan dalam ayat 63-64

"Dan 'ibadu 'r-rahman itu ialah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati, apabila orang jahil menuapa atau mencaci mereka, maka mereka mengucapkan kata-kata yang baik.. Dan orang-orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri Tahun mereka."

Sesungguhnya ibadah qiyam al layl adalah kegemaran dan kelazatan Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.hum.. Sebagaimana Aisyah r.ha berkata "Janganlah kamu meninggalkan ibadah ibadah qiyam al layl, kerana Rasulullah s.a.w tidak pernah meninggalkannya.. Apabila Baginda s.a.w sakit atau keletihan, Baginda s.a.w bersolat dalam keadaan duduk."

Al Iman Muslim r.a meriwayatkan sebuah hadith yang bermaksud "Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w telah bersabda : Puasa yang paling utama selepas Ramadhan ialah puasa sunat di bulan Muharram.. Solat yang paling utama pula selepas solat-solat fardhu ialah Solat malam (Tahajjud)."

Hadith seterusnya,

"Daripada Ibnu Mas'du r.a Rasulullah s.a.w bersabda, kelebihan solat malam (Tahajjud) berbanding dengan solat pada siang hari ialah seperti kelebihan sedekah yang dibuat secara rahsia dengan sedekah secara terang-terangan".. Riwayat al Tabrani..

Terlalu banyak galakan Rasulullah s.a.w untuk ummah Islam melaksanakan Qiamulail terutamanya di bulan Ramadhan ini.. Amalan mendirikan malam merupakan kecintaan Rasulullah s.a.w.. Sewajibnya kita mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w.. Untuk membuktikan ketaqwaan kepada Allah s.w.t..

Saidina Ali k.w.j sendiri menerangkan bahawasanya taqwa itu terbukti dengan melaksanakan amal kehidupan mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w selepas takut kepada Allah s.w.t.. Telah jelas bahawasanya Qiamulail merupakan suatu yang digalakkan dan dituntut dalam Islam.. Semuanya adalah untuk membuktikan ketaqwaan kepada Allah s.w.t..

Sebagai akhirnya, sabdaan Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Imam Muslim r.a dan Bukhari r.a "Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda, Sesungguhnya Allah s.w.t akan turun ke langit dunia pada setiap malam khususnya sepertiga malam yang akhir lalu ia berfirman, Sesiapa yang berdoa aku perkenankan dan sesiapa memohon keampunan, aku ampunkan dosanya."..

Sekian, terima kasih..

No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..