Thursday, October 1, 2009

*Selepas 13 hari berlalu

JOM PERGI MASJID!!!! REMPIT KE MASJID!!! JOM HEBOH SOLAT!!!

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Ramadhan Oh Ramadhan..


Akhirnya berlalulah sudah Ramadhan yang mana di sepanjang penjelajahannya manusia ditarbiyyah dengan pelbagai aktiviti yang menjana ketakwaan.. Sekurang-kurang ibadat puasa yang diwajibkan supaya dipraktikan oleh semua manusia yang mentauhidkan Allah s.w.t.. Kesannya sewajarnya dapat mentarbiyah dan menjana hawa nafsu untuk ditundukkan oleh iman.. Dengan itu, lahirlah manusia yang disebut Al Muttaqin atau difahami sebagai manusia yang bertakwa..

Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Baqarah ayat 183 “Wahai orang-orang beriman! Diwajibkan berpuasa ke atas kamu, sebagaimana yang telah diwaibkan kepada ummah terdahulu sebelum kamu, Mudah-mudahan kamu memperleh ketaqwaan.”

Saat ini sebenarnya telah bermula untuk kita bermuhasabah diri.. Apakah yang disebut oleh Allah s.w.t di dalam ayat di atas benar-benar dicapai oleh kita?.. Peri pentingnya untuk kita bermuhasabah adalah untuk meletakkan diri kita disisi Allah s.w.t..

Sekiranya benar kita mengakui keimanan kepada Allah s.w.t.. Sewajarnya kita menilai apakah tahap kita disisi Allah s.w.t?.. Apakah kita ini merupakan hambanya yang dikasihi oleh Allah s.w.t lantaran perbuatan yang kita lakukan seiring dengan apa yang diajari oleh Rasulullah s.a.w, atau apakah kita ini merupakan hamba yang sering meingkari dan melanggar perintah Allah s.w.t?..

Kata Allah s.w.t di dalam Surah Al Hujuraat ayat ke 13 “Sesungguhnya mereka yang paling hampir (paling dikasihi, paling dimuliakan) disisi Allah s.w.t merupakan mereka yang bertaqwa”..

Ramadhan membekalkan pekej rangsangan untuk mencapai target yang diletakkan oleh Allah s.w.t untuk menjadi hamba yang dikasihi olehNya.. Di bulan ini, kita dilatih dengan Solat terawih, memperbanyakkan bertadarus, bersedekah, membela anak-anak yatim, zakat dan banyak lagi ibadah..

Apakah masih lagi kita meneruskan aktiviti di bulan Ramadhan lalu di waktu ini?.. Sekiranya dahulu di bulan Ramadhan, kita tidak renggang berjemmah di Masjid-masjid untuk Solat Fardhu, Apakah masih kita istiqamah dengannya?.. Jika kita merupakan mereka yang menghidupkan malam di bulan Ramadhan?.. Apakah masih kita melawan nafsu tidur kita untuk mendirikan sekurang-kurangnya 2 rakaat solat malam?..

Begitu jugalah dengan sifat peribadi kita.. Sekiranya di bulan Ramadhan, kita menjadi manusia yang paling pemurah dengan menderma dan membantu manusia untuk berbuka puasa terutamanya terhadap anak yatim.. Masihkan berkekalan amalan itu?.. Sekitanya sifat-sifat mahmudah seperti sifat sabarnya benar kita praktikkan di Bulan Ramadhan.. Masihkan sabar itu hidup di jiwa kita?.. Cuba renung dan bayangkan..

Semua persoalan di atas hanya mempunyai satu jawapan yang dapat menjawap segalanya.. Di sinilah letakkannya bukti Ketaqwaan di dalam diri tiap-tiap insan.. Semua amalan di atas hanya mampu dilakukan dengan istiqamah atau konsisten lantaran kesan taqwa yang Berjaya di bina sepanjang bulan Ramadhan..


Ingatlah peringatan Rasulullah s.a.w.. Rasulullah s.a.w memberi amaran bahawasanya Ramai manusia berpuasa tidak memperoleh apa-apa melainkan hanya lapar dan dahaga.. Alangkah rugi dan dukacitanya sekiranya dibulan Ramadhan kita pulun melakukan ibadah dengan bersungguhnya.. Tetapi, tidak menjamin natijah yang di harapkan..

Apakah kita ini tergolong di dalam golongan yang hanya mendapat lapar dan dahaga?.. Jawapannya ada pada diri sendiri.. Tepuk dada, tanyalah iman.. Jangan lah menjadikan diri kita sebagai hamba yang beriman hanya di bulan Ramadhan.. Istiqamahlah dan mintalah bantuan Allah s.w.t untuk beristiqamah..

Sebagai akhirnya, peringatan ini hanyalah untuk diriku dan kepada mereka yang mengharapkan peringatan daripada sesame muslim..


Sekian, terima kasih..

No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..