Tuesday, October 6, 2009

*Islam Vs Sekularisme

LAMBANG KESATUAN UMMAH ISLAM..

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Dunia dan Akhirat..


Semakin mendatang hari, semakin ramai Ummat Islam menjadi jahil terhadap Islam itu sendiri.. Tidak ramai Ummat Islam berjaya memahami maksud Islam itu merupakan Ad Deen yang bersesuaian dengan fitrah manusia.. Inilah natijah pengaruh sekularisme yang dibawa di dalam oleh kristian kian berleluasa meracuni minda Ummat Islam.. Khususnya, di Malaysia ini kesan pemerintahan British dan pemerintah yang mengekalkan pengaruh ini..


Sekularisme ialah ideologi bahawa urusan keduniaan seperti politik, pentadbiran, jual beli dan undang-undang harus dipisahkan dari urusan keagamaan.. Sekularisme memperjuangkan hak untuk bebas dari peraturan dan ajaran agama, dan kebebasan dari ajaran agama yang dipaksakan oleh pemerintah ke atas rakyat..


Dengan kata lain, sekularisme merujuk kepada kepercayaan bahawa kegiatan dan keputusan yang dibuat oleh manusia, terutamanya yang berkaitan politik, harus berdasarkan bukti dan fakta bukannya pengaruh agama..


Natijahnya, Ramai yang mengasingkan manhaj Islam itu dalam kehidupan seharian.. Ramai yang beranggapan Islam itu hanyalah sekadar solat, zakat, haji, puasa dan perkara-perkara yang melibatkan urusan kematian.. Ramai yang tidak lagi beranggapan apa yang dilakukan dalam kehidupan seharian merupakan suatu penilaian untuk di hisab di padang masyar kelak..


Kenapa bertambah-tambah manusia yang mengamal kebatilan di dalam setiap pekerjaannya?.. Kenapa semakin meruncing kadar jenayah merompak, rogol dan sebagainya berlaku pada hari ini?. Kenapa semakin teruk sifat peribadi muda-mudi Islam di kala ini?.. Kenapa nilaian jiwa masyarakat Islam semakin dipandang serong oleh mereka yang bukan Islam?..


Jawapannya, adalah kerana nilaian Islam itu sedah tiada di dalam setiap jiwa Ummah Islam.. Sifat intigriti semakin terhakis di dalam diri Ummah Islam.. Bermula dari kalangan pemimpin Islam yang ramai mengamalkan rasuah dan pengalahgunaan kuasa.. Institusi keluarga yang bercerai berai.. Berkahwin hanya sekadar nafsu sehaja bukannya untuk memberi kekuatan untuk perjuangan Islam.. Institusi pendidikan hanya menekankan kecemerlangan akademik tanpa menilai sahsiah peribadi muslim..


Rosak dan punah segala sistem kehidupan manusia lantaran Islam itu diasingkan daripada kehidupan.. Tercalar keindahan Islam lantaran kejahilan Ummahnya.. Islam yang indah terhijab kerana kebodohan dan pengaruh nafsu manusia..


Islam itu merupakan Ad Deen bukannya agama kerohaniaan sehaja.. Islam merupakan manhaj politik, Islam merupakan manhaj pentadbiran, Islam merupakan manhaj sosioekonomi, Islam merupakan perintis kepada pekembangan kejeruteraan..


Sebutlah apa sahaja yang melibatkan kehidupan manusia.. Semuanya telah disusun dengan indahnya di dalam manhaj Islam yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.. Bermula daripada manhaj kehidupan individu sehinggalah menegakkan Daulah Islamiyyah.. Telah terbukti di dalam sejarah akan kehebatan Islam itu..


Kerana itulah di dalam Surah Al Baqarah ayat 208 " Hai orang-orang yang beriman!!, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."


Dalam ruangan yang terbatas ini.. Satu mekanism yang cuba diketengahkan disini yang boleh di terapkan di dalam setiap jiwa Ummah Islam.. Untuk kembali kepada lantasan sebenar.. Langkah utamanya ialah mengembalikan seluruh hubungan kehidupan dunia dan dengan akhirat.. Hubung kaitkanlah kehidupan dunia dengan akhirat.. Niatkan segala aktiviti kehidupan seperti bekerja, belajar, makan dan sebagainya hanyalah untuk beribadah kepada Allah s.w.t..


Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata ketika Hari Raya 1429 / 1.10.2998


"Sebagaimana tubuh atas dunia ini berkehendak kepada makan minum, maka roh juga berkehendak kepada makan minum.. Untuk makan minum di dunia ini terpaksa menggunakan duit untuk membeli beras, petrol, bayar sewa rumah. Tapi duit tidak laku lagi bila sahaja kita masuk ke dalam kubur. Duit Amarika tidak laku. Jongkong emas pun tidak lagu. Yang laku hanyalah pahala."


Ucapan ringkas Tuan Guru Nik Abdul Nik Mat ini mempunyai huraian yang lengkap sekiranya ianya dapat difahami.. Hanyalah Ummah Islam yang dapat menyambungkan dunia ini dengan akhirat dapat mengatasi kecelaruan Ummah di zaman ini.. Sekiranya manusia berlumba mengejar pahala untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t.. Yakinlah, akan selesai segala masalah sekalipun bertimbun masalah mendatang sekiranya Islam menjadi penyelesaiannya..


Sebagai akhirnya, pilihlah Islam sebagai manhaj kehidupan.. Sokonglah perjuangan Islam untuk mendaulatkan Daulah Islamiyyah.. Hanyalah Islam membawa perubahan kedalam kehidupan manusia.. Singkaplah sejarah, bagaimana satu bangsa yang jahil mampu berubah menjadi bangsa yang hebat yang mampu menumbangkan Parsi dan Rom lantaran Islam sebati dengan mereka..


Sekian terima kasih..










No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..