Friday, April 24, 2009

*Perpisahan


Indahnya Ukhuwwah Islamiyyah

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Perpisahan..
Segala puji Allah s.w.t yang sentiasa menguji para hambaNya dengan pelbagai nikmat.. Samada nikmat kesenangan atau nikmat kesusahan, nikmat kesihatan dan nikmat kesengsaraan.. Begitu jugalah nikmat pertemuan dan perpisahan dalam persahabatan yang disemai dengan benih ukhuwwah islamniah..

Allah s.w.t merakamkan qudwah hasanah kepada hambaNya melalui kekasihNya, Muhammad Rasulullah s.a.w.. Bagaimana baginda s.a.w sentiasa mengingatkan peri pentingnya ukhuwwah islamiyyah sehinggakan dikaitkan keimanan itu dengan persaudaraan dalam Islam.. Tidak sempurna keimanan seseorang itu selagi mana dia tidak dia kesihi saudaranya lebih daripada menyayangi dirinya sendiri..

Firman Allah s.w.t menerusi Surah Al Hujuraat ayat ke 10 ” Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara.” Ditambah dengan peringatan Rasulullah s.a.w bahawasanya orang-orang islam itu merupakan bersaudara..

Maka, sebagai manusia yang mengaku mentauhidkan Allah s.w.t.. Segala apa yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w perlu menjadi cerminan pada setiap diri Ummah.. Namun, pabila tautan ukhuwwah yang sudah dibentuk dalam diri setiap mukmin itu pasti akan hadir pelbagai mehnah dan tribulasi yang bakal mengukur sejauh mana keteguhan binaan ukhuwwah yang dibina.. Di datangkan ujian perpisahan lahiriyyah pada para mukmin yang cuba menusuri jalan qudwah yang telah dilalui Rasulullah s.a.w..

Perpisahan setiap pertemuan itu pasti akan berlaku pada setiap makhluk.. Setiap perkara yang baru pasti akan hapus pada pengakhirannya.. Hatta, jasad yang disatukan dengan roh juga akan dipisahkan pabila mana sampai saat yang ditentukan Allah s.w.t.. “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati”.. Surah Ali Imran ayat 185..

Namun apa yang menjadi persoalan atau perkara yang perlu difikirkan ialah Bagaimana kita menjadikan perpisahan itu sebagai satu wadah untuk memperteguhkan struktur Ukhuwwah Islamiyyah yang telah dibina?.. Apakah selama ini pertemuan yang ditakdirkan oleh Allah s.w.t hanya akan kekal sekiranya berlakunya pertemuan lahiriyyah?.. dan apa yang penting, sejauh manakah kita dapat menilai dan mengeksporasi ukhuwwah Islamiyyah yang terbentuk?.. Dapatkah kita mencapai kesempurnaan Iman dengan melunaskan perhubungan antara saudara seiman?..


Sebagai akhirnya, kepada mereka yang bertemu menjalinkan Ukhuwwah Islamiyyah.. Perpisahan pasti akan berlaku.. Kepada Akhi Muhammad Helmi Abdul Quddus.. Setiap apa lafaz perkataan, perbuatan mahupun rezeki yang disampai dan dihulurkan semoga mendapat keredhaan Allah s.w.t.. Semoga apa yang telah terjalin akan berkekalan sehingga ke alam masyar kelak.. keampunan itu amat diharapkan kerana diri ini pasti tidak akan lengkap sempurna.. Apa yang penting.. Jalinan doa itu semoga berterusan sekalipun pada zahirnya tidak terlihat atau terbentuk.. Tetapi, hakikatnya hati itu tetap terpaut pada jalan Allah s.w.t.. Meneruskan perjalanan yang telah dikemudi oleh Sayyidina Muhammad Ibni Abdullah s.a.w..





Sekian, terima kasih..



Al Faqir Ila Allah..

No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..