Sunday, May 3, 2009

*Nikmat Sihat dan Lapang..


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..
Segala puji bagi Allah s.w.t, Dialah yang telah mengaturkan kehidupan manusia keseluruhannya.. Tiada suatupun perkara yang terlepas daripada pentadbiranNya.. Allah s.w.t meletakkan ujian kepada hambanya dalam setiap perkara yang hadir dalam kehidupan hambaNya.. Dititipkan kesempitan waktu pada sebahagian hambaNya dan dihamparkan kesenangan waktu pada sebahagian yang lain.. Tujuannya hanyalah satu untuk menilai hamba manakah yang paling bertakwa dan paling hampir disisi Allah s.w.t

Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Hujuraat ayat 13 “Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu."

Allah s.w.t merencanakan Sirah Kehidupan seorang insan yang cukup lengkap sempurna yakni Sayyidina Muhammad Rasulullah s.a.w.. Perjalanan hidup baginda s.a.w amat lengkap dan tersusun samada ketika mana beratnya tugasan yang sedang dipikul baginda s.a.w mahupun ketika mana lapangnya masa baginda s.a.w.. Kerana itulah Rasulullah s.a.w pernah berpesan nikmat yang sering dilupakan oleh Ummatnya ialah nikmat kelapangan masa dan nikmat kesihatan..

Ketika mana manusia itu berada dalam keadaan sihat.. Ramai sekali yang lupa.. Kelak, akan tiba suatu waktu di mana nikmat kesakitan pula akan hadir ke dalam dirinya.. Ramai yang tidak mahu mengekspolasi nikmat sihatnya untuk menghamparkan diri beribadah kepada Allah s.w.t.. Sedangkan ketika inilah, Seluruh fizikalnya telah tersedia untuknya melakukan pecutan untuk meningkatkan ibadah kepada Allah s.w.t..

Begitu jugalah nikmat kelapangan masa yang diberikan oleh Allah s.w.t .. Ketika inilah ramai yang lupa akan kesempitan yang pernah dilaluinya.. Ramai yang melakukan pembaziran waktu ketika lapangnya dirinya dengan perkara-perkara yang lagha dan maksiat..

Sewajibnya, ketika mana hadirnya kelapangan waktu dan kesihatan tubuh fizikal.. Seorang mukmin itu perlu menggunakan kedua nikmat ini untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.. Hampirnya diri seseorang itu kepada Allah s.w.t hanyalah dengan pengatahuan atau makfirat kepada penciptanya.. Sewajibnya kita memohon kepada Allah s.w.t supaya diberikan kefahaman dalam Ad Din dan menggunakan nikmat yang ada untuk menambah ilmu pengatahuan dalam Ad Din Islam ini..

Sebagai akhirnya, peringatan ini sebenarnya merupakan perkara yang diperlukan oleh penulis sendiri.. Hanya kerana ikatan ukhuwwah islamiyyah.. Penulis merasakan ialanya perlu dikongsi bersama.. Namun, mungkin banyak kelemahan yang terungkai disini.. Maka, bersamalah kita mengekspolasi diri untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t dengan menggunakan dua nikmat yang sering dilupakan Manusia..

Sekian, Terima Kasih..

Al Faqir Ila Allah..

No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..