Saturday, May 16, 2009

*Pemuda dan Tamadun

Pemuda perlu memenuhi ilmu di dada

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Pemuda dan Perubahan Ketamadunan..


Revolusi kebangkitan sesebuah ketamadunan itu sebenarnya bermula daripada kekuatan pemudanya.. Barisan pemuda merupakan aset yang amat penting dan ajaib dalam mengubah sesuatu dasar di dalam sesebuah ketamadunan.. Perubahan kepada keadilan dan kesaksamaan itu akan bermula daripada gerakan pemuda sesebuah tamadun itu..


Sekiranya kita melihat gerakan pemuda di zaman ketamadunan Islam Madinah Al Munawwarah.. Rasulullah s.a.w menjadi pencetus gerakan pemuda untuk melakukan perubahan suasana semasa masyarakat Arab Jahiliyyah kepada satu suasana yang baru yang lebih Adil, berkebajikan dan bersistematik..


Lihat bagaimana sistem politik, sistem ekonomi, sistem institusi kekeluargaan dan sistem sosial yang punah dan rosak dapat dipulihkan serta dikembalikan kejernihan dalam sistem kehidupan masyarakat Arab berlandaskan wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.. Semua perubahan ini bermula daripada gerakan-gerakan pemuda.. Pemuda menjadi roh perubahan dalam ketamadunan Islam itu..


Sekiranya kita melihat pula kisah pemuda Al Kahfi.. Bagaimana ketika mana mereka ditidurkan selama 100 tahun dan ada yang menyatakan seribu tahun.. Ketika itu, beberapa tamadun jatuh dan bangun kerana kezalimanan lantaran kerosakan sistem kehidupan mereka.. Bermulanya daripada ketamadunan Hammurabbi sehinggalah ketamadunan Namrud.. Namun, apabila bangkitnya pemuda ini daripada tidur.. Maka mereka keluar menyeru kaumnya dan melakukan perubahan ke arah yang lebih bersifat yang adil dan telus..
Boleh kita gambarkan hikmah dari kisah pemuda Al Kahfi.. Apabila tidurnya generasi pemuda sesuatu tamadau atau sekiranya pemuda di sesebuah tamadun itu diam membisu apabila melihat berlakunya kezaliman dan penindasan di persekitaran zamannya.. Maka akan punah dan hancurlahlah sesuatu tamadun itu.. Dapat dijelaskan bahawa pemuda itu memainkan peranan yang amat penting dalam keunggulan dan kejatuhan sesebuah tamadun itu..


Pemuda memainkan peranan yang amat besar dalam proses ketamadunan manusia.. Kreteria dan sifat-sifat dalam jiwa pemuda itu merupakan satu aset yang perlu digunakan dan perlu dijanakan untuk menggerakkan pemulihan serta membaiki kepunahan-kepunahan yang ada dalam sesebuah tamadun.. Sekiranya berlaku korupsi di dalam politik.. Pemuda perlu bangkit mencanagkan perubahan.. Sekiranya berlaku kezaliman dan penyelewengan.. Maka, permuda perlu tampil menyuarakan keadilan dan kesaksamaan..


Terdapat tiga ciri-ciri utama yang perlu ada dalam diri pemuda dalam merealisasikan mesej ini.. Pertama, pemuda perlu bersifat wara'.. Dia perlu memenuhi dirinya dengan ilmu.. Sejarah perlu diketahuinya untuk menjadi pedoman supaya sesuatu kesilapan silam tidak berlaku..Dia perlu lengkap dengan Ilmu aqidahnya, Ilmu feqahnya, Ilmu tasawwufnya, Ilmu ekonominya, Ilmu sosialnya, Ilmu Politiknya.. Kedua, pemuda perlu bersifat prakmatis.. Dia perlu menjadi seorang yang berfikiran jauh.. Setiap perancangannya dia telah menilai 10 tahun kehadapan kesannya.. Ketiga, praktikal.. Pemuda perlu menjadi mereka yang praktikal.. Dengan kata lain, setiap yang strategi yang dirancang dan dikatakan pada hari ini.. Praktikalnya akan bermula keesokannya..


Sekian, terima kasih..


Al Faqir Ila Allah..
http://pena-zulfirdaus.blogspot.com


No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..