Friday, September 12, 2008

*APAKAH KEISTIMEWAAN IBADAH PUASA?

KELEBIHAN IBADAH PUASA RAMADHAN

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Di dalam riwayat al Bukhari r.a, Allah s.w.t berfirman dalam satu hadith qudsi :

"sesungguhnya amalan itu menjadi kaffarah (penebus dosa), tetapi puasa itu untukku dan Akulah yang akan membalasnya."

manakala hadith qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad r.a, rasulallah s.a.w bersabda :

"Setiap amalan anak adam baginya sebagai kaffarah melainkan puasa, puasa itu untukKu dan Akulah yang akan membalasnya."

kedua-dua hadith di atas menggambarkan bahawasanya puasa itu terkecuali sebagai kaffarah dosa dan kezaliman yang dilakukan oleh hamba sepanjang kehidupannya.

Sufyan ibn 'Unayah r.a menjelaskan, hadith ini adalah sebaik-baik sandaran untuk menunjukkan tentang kelebihan puasa, kerana kelak di masyar.. Allah s.w.t menghitung segala amal hambanya..  seluruh amal dan kebajikan yang dilakukan akan dijadikan sebagai bayaran untuk melunaskan hutang lantaran dosa noda yang dilakukannya.. Namun berbeza dengan amalan puasa tidak termasuk sama sekali sebagai amal penebus dosa seseorang hamba.. dan Allah s.w.t menanggung saki baki hutang dari kezaliman yang dlakukan hambanya dan memasukkannya kedalam syurga dengan sifat maha belas kasihnya..

Ini menunjukkan, amalan puasa itu hanyalah semata bagi Allah s.w.t dan tiada satu jalan bagi seseorang untuk mengambil balasan puasanya. Bahkan ia disimpan untuk pemiliknya di sisi Allah s.w.t.


sekiranya setiap ibadah lain disebut ganjaran pahalanya. namun, pahala untuk puasa hanyalah dalam pengatahuan Allah s.w.t.  tiada siapa yang mengatahuinya. Allah s.w.t telah mengkhususkan amalan puasa dengan menyandarkan kepadaNya tetapi tidak amalan-amalan yang lain. ini menunjukkan keistimewaan ibadah kefardhuan puasa. yang mana ianya menjadi kerahsiaan diri seseorang hamba itu dengan penciptanya.

muslimin dan muslimat..

ramai dari kalangan ulama membahaskan hadith di atas dengan terperinci.. mengapakah ibadah puasa menjadi begitu istimewa dan banyak kelebihan yang lain.. 

Antara penjelasan mereka yang terbaik yang dapat di senaraikan..

pertamanya..

seseorang yang berpuasa pasti meninggalkan segala lintasan dan keinginan nafsunya semata mata kerana Allah s.w.t.. jika diselami, perkara yang sedemikian tidak terdapat di dalam ibadah lain melainkan ibadah puasa.. 

sebagai contoh.. sekiranya di dalam ibada solat.. sekalipun orang yang sedang solat meninggalkan syahwatnya termasuk makan dan minum, namun masanya tidak panjang.. malah, mereka yang ingin menunaikan solat, makruh baginya menunaikan solat dalam keadaan dirinya berkeinginan untuk makan makanan yang telah terhidang.. sehinggalah dia menikmati hidangan terlebih dahulu yang boleh menenangkan urusan solatnya.. oleh yang demikian , disurus untuk mendahulukan makan sebelum solat..

berbeza keadaanya bagi mereka yang berpuasa.. sekalipun keinginan untuk mendapatkan kehendak nafsunya.. tetap ditinggalkan kerana Allah s.w.t semata-mata.. walaupun perkara itu dapat diperoleh di tempat yang tidak diketahui oleh seorang manusia pun.. itulah menunjukkan kesohehan keimanannya yang sebenar.. kerana orang yang berpuasa mengatahui Allah s.w.t sentiasa melihat perbuatannya, sekalipun berada di penghujung dunia.. kerna itulah Allah s.w.t berfirman

"sesungguhnya dia meninggalkan syahwatnya, makanan dan minumannya semata-mata kerana Aku.."



sebahagian ulama salaf menyatakan "berbahagialah orang orang yang meninggalkansyahwatnya kerana suatu janji ghaib yang tidak dapat dilihatnya."

setelah mereka yang berpuasa mengetahui, bahawa Allah s.w.t meredhainya ketika meninggalkan syahwatnya kerana mendahulukan keredhaan Allah s.w.t. maka jadilah kelazatannya dengan meninggalkan nafsunya lantaran keimanan dan keyakinan bahawa Allah s.w.t melihatnya..

dia akan memandang bahawa pahala atau azab yang bakal diperolehinya adalah lebih besar daripada kelazatan mereka yang tidak berpuasa.. kebenciannya untuk melanggar perintah Allah s.w.t menjadi lebih besar daripada kebenciannya terhadap azab yang bakal menimpanya sekiranya tidak menunaikan segala perintah tuhannya.. hasinya jadilah mereka mencapai katakwaan yang sejati yang dikehendaki oleh Allah s.w.t.. mereka inilah terkecuali daripada mereka yang rugi.. kerna mereka beriman dan beramal soleh serta melakukan perkara yang benar dan sentiasa bersabar dalam mentaat perintah tuhanNya..

firman Allah s.w.t.. dalam surah Al ´Ashr

1. Demi masa.
2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.



oleh kerana inilah, kebanyakkan orang yang beriman, sekalipun berhajat untuk membatalkan puasanya tanpa sebarang keuzuran, tetap dia tidak akan melakukannya kerana mengatahui Allah s.w.t akan murka terhadapnya.. perkara inilah menunjukkan keimanan seseorang mukmin.. dia akan benci mengikut desakan nafsunya kerana mengatahui Allah s.w.t akan murka padanya.. maka jadilah kelazatan dan kemanisan pada perkara yang diredhai Allah s.w.t sekalipun perkara itu bertentangan dengan kehendak nafsunya.. malah dia menjadi sakit sekiranya melakukan perkara yang dimurkai Allah s.w.t sekalipun nafsunya meronta menginkannya..

Rasullah s.a.w menyatakan di antara tanda wujudnya kemanisan iman seseorang itu ialah berasa benci untuk kembali kepada kekufuran selepas diselamatkan oleh Allah s.w.t sebagaimana dia merasa benci untuk ke neraka..



sebagai contoh, kisah yang melibatkan nabi Yusof a.s.. kisah mereka yang mencapai kemanisan iman.. dalam surah yusof ayat 33..

"Yusuf berkata: "Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan dari padaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh."



keduanya..



puasa merupakan rahsia antara hamba dengan tuhannya.

.ia tidak dapat dilihat atau dinilai oleh sesiapa melainkan Allah s.w.t.. puasa terbina dengan niat batin yang hanya diketahui oleh Allah s.w.t, dan meninggalkan syahwat yang pada kebiasaanya dapat dilakukan secara tersembunyi..

hadith riwayat imam ahmad r.a.. "puasa itu tidak terdapat di dalamnya sifat riya'.."

seseorang yang meninggalkan keinginan nafsunya dalam keadaan tidak dapat dilihat oleh seorangpun dan dilakukan semata kerana Allah s.w.t, adalah dia mempunyai keimanan yang soheh.. sesungguhnya Allah s.w.t menyukai hambanya melakukan Ibadah kepadanya dalam keadaan rahsia..

sekian..

Al Fakir ila Allah..

No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..