Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..
Ramadhan dan Muhammad s.a.w..
Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu (1) Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun, (2).. Surah Al Mulk ayat 1 dan 2.. Sedarilah selagi mana masih diizinkan menghelakan nafas, selagi mana diizinkan berdegupnya jantung, selagi mana masih berdetiknya saraf nadimu.. Selagi itulah masih dibuka hamparan kepada dirimu untuk merungkai kehidupanmu lantas membawanya ke arah menyusuri Cahaya Jalan Yang Lurus..
Saudaraku yang dikasihi sekelian..
Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana masih lagi dirimu diberi peluang untuk kamu berfikir dan bermuhasabah.. Renungilah sebentar akan kehidupan yang sudah kalian lalui.. Fikirlah sampai bila kalian mahu meneruskan kehidupan yang dipalit dengan dosa.. Tidakkah kalian mengerti bahawasanya suatu hari nanti kalian akan diulit dengan kain putih yang suci selepas dimandikan.. Kemudiannya kalian akan disolatkan.. Selesai segala itu, diusung jasad kalian menuju ruang kecil yang gelap serta dalamnya tidak disuluh sebarang cahaya.. Akhirnya, ditinggal kalian bersendirian kesunyian.. Namun, berbahagialah kalian yang hidupnya dihiasi dengan ibadah kepada Allah s.w.t.. Hidupnya disempadankan batasan syarak yang dipelopori Cahaya Jalan yang Lurus.. Ketahuilah, sekiranya hidupmu tidak pernah sesaatpun mengingati Allah s.w.t.. Waspadalah, kerana ketika itu kamu bersendirian.. Tidak ditemani apa jua amalan.. Tidak ada amal kebajikan.. Jua kamu tidak meninggalkan anakmu yang soleh yang bisa mengirimkan sesuatu buatmu.. Ketika itu apa jua alasan yang kalian huraikan.. Tetap Mungkar dan Nangkir menyiksa dan memukul jasadmu.. Azab kalian di dalam liang yang sempit..
Saudaraku,
Bukanlah seruan ini untuk melihat engkau meninggalkan kebahagiaan di dunia ini.. Tetapi, cubalah jadikan kebahagiaan duniamu itu menjadi jambatan untuk sampai ke arah kebahagiaan di akhirat.. Teruskanlah apa yang engkau fikirkan harus untukmu.. Apa yang dapat menggembirakan jiwamu.. Kerana firman Allah s.w.t dalam surah Al Qashash ayat 77
"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan."
Namun perlu engkau sandarkan kehidupan duniamu dengan apa yang diajar oleh Allah s.w.t melalui kekasihnya Saidina Muhammad s.a.w.. Kerana sekiranya kamu menyulusuri sirah Kekasihmu itu.. Maka, kalian akan dapati bagaimana kehidupan yang sempurna yang sewajibnya dilalui oleh manusia.. Telah disempurnakan segala yang seharusnya dilakukan manusia.. Tidak hanya Baginda s.a.w mehijabkan kehidupan pada ibadah khusus sahaja.. Baginda s.a.w juga berehlah.. Baginda s.a.w juga beriadah.. Baginda s.a.w juga menuntut ilmu.. Baginda s.a.w juga menyampaikan ilmu.. Baginda s.a.w juga bersahabat.. Baginda s.a.w juga berhibur.. Baginda s.a.w juga berkahwin.. Tidak Baginda s.a.w menghadkan kehidupannya hanya pada ibadah khusus semata..
Namun ketahuilah, dalam Baginda s.a.w meneruskan kehidupannya.. Baginda s.a.w merupakan manusia yang paling bersyukur dikalangan hamba.. Bagaimana Sayyiditina Aisyah r.ha kasihan melihat Baginda s.a.w menghidupkan malam dengan amalan munajat hamba yang begitu banyak sehinggakan bengkak kedua lutunya.. Bagaimana indahnya Allah s.w.t mengadunkan kehidupan Baginda s.a.w begitu sempurna dan bersederhana..
Saudaraku yang insyAllah dirahmati,
Persoalannya, Dimana sewajibnya kita melabuhkan layar kehidupan kita ini.. Sedarlah dan Ingatlah, masih ada masa untukmu melayari semula kehidupanmu dengan menyoroti sirah nubuwwah.. Ramadhan yang berbaki ini sewajibnya digunakan untuk mencari keberkatan Lailatul Qadar supaya dapat menanggung segala noda yang telah kalian palitkan dalam kehidupanmu.. Hidupkanlah di akhir ramadhan ini dengan amalan sunnah Baginda s.a.w..
Sekurang kurangnya lakukanlah solat sunnah tahajjud dua rakaat dengan satu salam sekali semalam.. Ketika kalian melunaskan kehendak perutmu.. Jangan dilupakan batinmu yang kegersangan kelaparan menginginkan sesuatu yang boleh membawa kemanisan padanya.. Semoga dengan berkat istiqamahnya kalian dapat membawa pertemuan dengan malam Lailatul Qadar.. InsyAllah..
Saudaraku,
Sebagai akhirnya, seruanku pada kalian anggaplah ramadhan ini detik terakhir untukmu bernafas di bulan mulia ini.. Kerana sekiranya engkau melihat bagaimana Rasulallah s.a.w melihat.. Pasti engkau tidak pernah terputus sesaatpun daripada ingatanmu pada Allah s.w.t.. Selalulah kalian basahkan bibirmu dengan berdoa seperti diajari Saidina Muhammad s.a.w.. "Ya Allah s.w.t ! sesungguhnya Engkau Maha Pengampun yang suka kepada keampunan, maka ampunkanlah dosa-dosaku."
Semoga kita diberkati.. InsyAllah..
Al Fakir ila Allah..

No comments:
Post a Comment