Saturday, September 6, 2008

*MADRASAH RAMADHAN

QIYAM AL-LAYL FIL SHAHRIL RAMHADAN
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah s.w.t sekelian,

Ramadhan merupakan saat yang terbaik untuk ummah Muhammad s.a.w mempertingkatkan segala amalan dalam kehidupan. Ramadan merupakan ma’ahad yang sesuai dijadikan tempat proses pertabiyahan ketakwaan. Pada bulan inilah, segala limpahan keistimewaan dihamparkan untuk manusia membaiki segala kelemahan batin manusia.

Saudara dan Saudariku,

Pelbagai amalan yang sewajibnya dipraktikkan di dalam Ramadhan. Manusia yang berjalan ke menuju CAHAYA JALAN YANG LURUS pasti berlumba-lumba menjadikan kegelapan malam terhijab dengan sinaran cahaya kehambaan dengan bermunajat kepada penciptaNya. Manusia yang sentiasa mengharapkan rahmat kasih sayang dan keampunan Allah s.w.t pasti menghidupkan malam di bulan Ramadan dengan pelbagai ibadah. Segala tangisan hamba dialirkan. Rayuan dan bisikan hatinya pasti merintIh mengharapkan pertemuan dengan tuhannya kerana itulah hakikat kebenaran yang dicari dan inilah kelazatan yang selama ini dicarinya.

Sabda rasullullah s.a.w yang bermaksud ,

“sesiapa yang menghidupkan malam di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan kesedaran, diampunkan baginya dosa yang telah lalu”. hadith soheh muttafakun ‘alaih
Muslimin dan muslimat yang dimuliakan,

Mari kita bersama mengimbau kembali sirah zaman rasullulah s.a.w dan para sahabat r.a. Bagaimana mereka menghidupkan malam di bulan Ramadan. Bagaimana mereka begitu mendambakan kehidupan mereka di malam Ramadhan disinari dengan hati yang penuh kemanisan iman.

• Aisyah r.ha menceritakan bahawa qiyam ai-layl pada bulan Ramadan merupakan adalah kegemaran baginda s.a.w dan para sahabat. Sehinggakan pernah Aisyah r.ha bertanyakan kepada suaminya tercinta Muhammad s.a.w ketika melihat baginda s.a.w sehingga bengkak kakinya kerana menghidupkan malamnya dengan beribadah. Maka, Nabi Muhammad s.a.w yang maksum itu bersabda “salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur.”

• Saidina Umar al-khattab r.a mengerjakan solat malam sebanyak kemampuan kudratnya sehinggalah sampai separuh malam. Kemudian beliau mengejutkan keluarganya agar mendirikan solat dengan katanya “ solat…. Solat’ sambil membaca ayat 132 surah taha

“Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezki kepadamu, Kamilah yang memberi rezki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa”.
Lihatlah bagaimana saidina Umar r.a yang telah dijanjikan syurga bersungguh dalam menghidupkan malam ramadhan.

• ibnu umar r.a ketika membaca ayat surah az-zumar ayat 9

“ Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat tuhannya ? “ .

katanya ayat Allah s.w.t ini ditujukan khas kepada saidina ‘Uthman bin ‘affan r.a . Dikhabarkan bagaimana saidina Uthman r.a mengkhatamkan Al Quran lapan kali semalam.

kata ibnu hatim “ ibnu ‘umar berkata demikian kerana amirul mukminin ‘uthman banyak mendirikan solat malam dan membaca al quran. Hinggakan mereka mengagak ‘uthman mungkin mengkhatamkan quran dalam satu rakaat “.

• Begitu juga perkhabaran ‘alqamah bin qays : aku bermalam bersama ‘Abdullah bin Mas’ud r.a. Aku melihat dia menghidupkan malam di bulan ramadhan dengan bangun pada awal malam , mendirikan solat dan membaca al quran hinggalah ke akhir malam.

Wahai muslimin dan muslimat sekelian,

Lihatlah bagaimana Rasulallah s.a.w dan sebahagian sahabat r.a mendirikan malam Ramadan dengan pelbagai ibadah amal soleh. Matlamat mereka hanya untuk mendapat keredhaan dan keampunan dari al-khalid yang maha berkuasa. Walau terdapat sebahagian antara mereka telah dijanjikan syurga. Tetap mereka menghidupkan malam di bulan Ramadan. Maka, amat rugilah kita menusia yang tidak pasti di mana destinasi terakhir yang bakal kita sampai.

Ayuhlah sahabat-sahabat sekelian, ayuh bangunlah, ayuh tujulah dan ayuh mari kita bersama menghidupkan malam di bulan Ramadan. Sinarilah ia dengan cahaya qiam al lail. Rebutlah peluang yang hanya datang setahun sekali. Ingatlah para sahabat, andai ini merupakan Ramadan terakhir bagi kita. Maka, jadilah kita orang-orang yang rugi kerana terlepas nikmat yang terhidang di bulan Ramadan ini.

Marilah, marilah bersama kita bersama mencari CAHAYA JALAN YANG LURUS. Semoga kita dapat dengan kekasih yang dijanjikan syurga yakni Muhammad s.a.w.. sekadar peringatan untuk diriku dan sesama muslim..

No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..