Tuesday, September 2, 2008

*MUQADDIMAH

segala puji bagi Allah s.w.t yang telah menganugerahkan nikmat islam dan iman.. agama yang mentarbiyahkan jiwa hamba, menyucikan hati dan pemberi kebahagiaan kehidupan dunia dan akhirat.. sesungguhnya hanyalah Allah s.w.t yang wajib menjadi sembahan dan tempat pertolongan kepada semua makhluk di alam ini..

firman Allah s.w.t..

"Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.  Tunjukilah kami jalan yang lurus, (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat." surah fatihah ayat 5-7..
 
selawat dan salam ke atas junjungan besar Saidina Muhammad s.a.w.. kerana baginda s.a.w merupakan sebaik-baik makhluk kurniaan Allah s.w.t kepada seluruh alam..  hadirnya menyinari kembali alam kehidupan manusia yang sekian lama terpadam malap dengan kejahilan.. lantaran kehendak nafsu dan aqal yang melebihi batasan wahyu Allah s.w.t kerana.. sinaran Cahaya Jalan Yang Lurus yang dihamparkan sepanjang sirah nubuwwah menjadi panduan sepanjang zaman untuk semua ummah manusia..

hadirnya laman blog ini hanyalah sekadar perkongsian ilmu sesama insan.. semoga ianya dapat menjadi medan penghayatan kemanisan ilmu islam yang semakin lama semakin dicemari dengan pelbagai anasir-anasir yang cuba mencacatkan kesempurnaan islam.. ianya juga menjadi wadah dalam proses pentarbiyahan diri dan sesama mukmin.. sesuai dengan:

firman Allah s.w.t

"Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman." surah dzaariyaat ayat 55..

saya tidak menafikan sekiranya terdapat kelemahan dan kekurangan dalam penulisan di blog ini. saya amat mengharapkan sebarang kritikan dan teguran yang membangun. demi kebaikan ummah sejagat. sesungguhnya hanyalah kalam Allah s.w.t dan rasulnya Muhammad s.a.w yang mengandungi hakikat kebenaran Cahaya Jalan Yang Lurus. semoga Allah s.w.t sentiasa mengurniakan hambanya inayah dan taufiq kepada setiap ummah manusia yang sentiasa mencari Cahaya Jalan Yang Lurus.

firman Allah s.w.t

"Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang beriman. bertakwalah kepada Tuhanmu." Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah Yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." surah al zumar ayat 10.

Al Faqir ilallah al Khaliq..

No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..