Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..
Antara Qualiti dan Quantiti..
Ramai manusia yang mengeluh kerana ketika menghitung dirinya merasakan kekurangan amal dan kebajikan.. Tidak kurang jua yang merasakan berpuas hati dengan apa amal yang telah dilakukannya.. Namun ketahuilah.. Bukanlah amalan seseorang itu dinilai dari quantitinya.. Tetapi dinilai dari qualitinya..
Kerana itulah Allah s.w.t.. " Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun," al Mulk ayat kedua..
Muslimin dan Muslimat yang dikasihi,
Islam itu hadir bukanlah sebagai satu wadah dagangan untuk mendapat suatu yang lumayan.. Bukannya Allah s.w.t menilai hambanya berpandukan jumlah atau kuantiti.. Tetapi ianya berdasarkan sesuatu yang abstrak yang tidak boleh diterjemahkan ke dalam apa jua nilaian yang boleh dianalisis dan ditafsirkan..
Satu persoalan yang cuba dicetuskan untuk renungan.. Kadangnya seringgit yang disedekah oleh seorang fakir miskin lebih bermakna daripada sejuta yang didermakan oleh seorang kaya.. Pernah seorang yang dijamin syurga hanya kerana dirinya sentiasa memaafkan kesalahan saudaranya.. Tidak ada apa amal yang besar sekiranya dinilai.. Pun demikian jangan kita merasakan tidak perlu untuk kita sentiasa melakukan amalan sunat seperti solat tahajjud kerana merasakan diri sentiasa ikhlas dan sebagainya..
Ketahuilah nilaian ikhlas itu hanya daripada Allah s.w.t.. kerana itulah al Imam Hassan Al Basri r.a. pernah berkata "sekiranya aku mengetahui satu lafaz Maha Suci Tuhan yang kulafazkan diterima sebagai suatu yang ikhlas oleh Allah s.w.t.. Maka, beliau akan berasa syurkur yang tiada taranya."
Muslimin dan Muslimat,
Islam membawa manusia untuk mencapai sesuatu yang sewajibnya di capai oleh setiap hamba dalam usahanya menempuh arus lautan dunia.. Kerana itulah Rasulallah s.a.w mengajar ummatnya supaya meletakkan matlamat dalam sesuatu tingkah untuk mencapai sesuatu yang berkualiti sejajar apa yang diharapkan..
Kerana sesuatu yang boleh diterjemahkan hasilnya pasti membuatkan seseorang itu akan cuba sepenuh dayanya untuk mencapai objektif yang telah digariskan sebagai panduan yang perlu digapai.. Maka, sesuatu yang berkualiti pasti dapat digarap oleh sesiapa yang jelas akan motif sesuatu tindakannya..
Mari kita melihat Saidina Abu Bakar As Siddiq r.a.. Mengapa kekuatan kepercayaan beliau begitu teguh ke atas kebenaran Saidina Muhammad s.a.w.. Walaupun, suatu ketika Beliau r.a didatangi suatu berita yang sekiranya dinilai zahirnya sebagai sesuatu yang mustahil dan tipuan..
Ketahuilah, kerana jelasnya beliau r.a akan matlamat hidupnya untuk bersama Saidina Rasulillah s.a.w mencapai kemanisan keredhaan Allah s.w.t membuatkan kekuatan kepercayaan yang begitu yakin.. Walaupun pada suatu yang sukar diterima oleh aqal manusia.. Kerana dia mengatahui.. NABI MUHAMMAD S.A.W. PEMBAWA KEBENARAN .. Firman Allah s.w.t dalam surah Faathir ayat ke 24.. "Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan. " ..
Muslimin dan Muslimat yang insyAllah dirahmati,
Sebagai akhirnya, pasanglah suatu yang jelas dalam kehidupan.. Kerana ianya dapat membawa kita untuk mengapai apa yang telah disasarkan.. Hanyalah mereka yang jelas tujuannya melafazkan kalimah syahadah yang mampu menangis dan menginsafi segala apa yang telah dilaluinya dalam kehidupan.. Sekian, Terima kasih..
Al Fakir ila Allah..
No comments:
Post a Comment