Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..
Muslimin dan Muslimat yang insyallah dirahmati Allah s.w.t,
kini, hampirlah saat pertengahan ramadhan al mubarak.. singkat rasanya kelana ramadhan tahun ini.. pantas detik masa berlalu.. sehinggakan ada yang tidak menjangka bahawa kehidupannya di waktu ini sudah menghampiri pertengahan ramadhan..
tika ini, pelbagai perasaan hadir di dasar hati setiap insan mukmin.. ada yang kegembiraan mengira-ngira bila ramadhan ini akan berakhir.. kerana baginya ramadhan ini benar menyeksa jiwanya.. ada yang keriangan kerana saat menanti saat kunjungnya syawal.. kerana waktu itulah kegembiraannya untuk bertemu dengan kedua ibu bapanya yang tercinta..
namun bagi mereka yang benar menghayati dan merindui ramadhan
terutamanya mereka yang berjalan mencari Cahaya Jalan Yang Lurus baginya akan hadir dua perasaan yang amat berbeza antara keduanya..
pertama, terbit di dasar jiwanya satu rasa kegembiraan yang amat sekali.
. jiwanya bergitu riang dan keseronokkan.. kerana batinnya mengetahui anugerah agung daripada Allah s.w.t kepada hambanya seakan telah mengetuk hatinya mengkhabarkan berita gembira..
dia mengatahui Allah s.w.t menganugerahkan kepada ummah Muhammad s.a.w dengan lailatul qadar, iaitu suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan dan suatu anugerah yang tidak dianugerahkan kepada ummah yang lain..
daripada Anas r.a "sesungguhnya Allah s.w.t menganugerahkan bagi ummahku lailatul qadar dan tidak diberikan anugerah tersebut kepada sesiapapun sebelum mereka."
firman Allah s.w.t dala surah al qadr
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan..
2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar..
kerana malam inilah yang sentiasa dirindukan oleh mereka yang menjadikan tautan hatinya kepada Allah s.w.t..
kedua, menjelma sedikit rasa kesedihan di lubk jiwanya
.. kerna semakin singkat waktunya untuk hidup di bulan yang penuh keberkatan ini..
kerna baginya.. kalaulah manusia tahu keistimewaan ramadhan ini.. pasti mereka menginginkan sepanjang tahun itu merupakan bulan ramadhan..
sedikit demi sedikit hatinya mulai terasa suram dan akhirnya mengalir air mata hatinya ketika dia mengenangkan pengembaraan ramadhannya hampir ke destinasinya..
sedangkan dia masih merasakan persiapan dirinya mencukupi untuk tiba di akhir perjalanannya.. hanyalah Cahaya Jalan Yang Lurus itu menjadi panduan kepadanya untuk tiba di destinasi akhirnya..
Muslimin dan Muslimat yang insyallah dirahmati Allah s.w.t,
mari bermuhasah diri sendiri dalam meletakkan kedudukan sebagai hamba Allah s.w.t
.. renungilah sejauh mana penghayatan kita dalam menjalani kembara ramadhan kali ini.. janganlah menggolongkan diri dalam golongan yang disebut sia-sia kehidupannya.. yakni mereka yang mana sebelum dan selepas ramadhan itu sama sahaja keadaan dirinya..
saudara saudariku sekelian,
masih ada waktu untuk kita merencanakan kembali perjalanan kita di kembara ramadhan ini..lestarikanlah perjalanan ramadhan ini dengan apa yang di gariskan oleh Baginda s.a.w.. janganlah menggolongkan kehidupan sebagai mereka yang kegurian..
firman Allah s.w.t.. dalam surah Al ´Ashr
1. Demi masa.
2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.
ketahuilah, empat ciri-ciri mereka yang tidak tergolong dalam mereka yang kerugian dapat direncanakan dalam tarbiyah ramadhan..
pertama, mereka yang beriman yang mentauhidkan dua kalimat syahadah pasti menyakini bahawa puasa itu merupakan suruhan Allah s.w.t dan ianya wajib menjalaninya sepanjang ramadhan.. maka, dengan sendirinya mereka yang berpuasa telah menzahirkan keimanan dengan amalan jasadnya.. kerana iman itu mesti meliputi tiga aspek iaitu hati, lisan dan jasad..
kedua, mukmin yang sejati pasti sentiasa tunduk dengan perintah Allah s.w.t dengan melakukan amal soleh.. maka, puasa merupakan amalan soleh yang dapat menbukti keimanan.. dengan amal soleh inilah mereka menjana kualiti ketakwaan sejati..
ketiga, tarbiyah ramadhan juga sentiasa diselitkan dengan tazkirah-tazkirah kepada manusia dalam usaha menerangkan sinar Cahaya Jalan Yang Lurus.. sekurang-kurangnya sepanjang jumaat di bulan ramadhan pasti di setiap sudut dunia khatib mengingatkan perkara berkaitan dengan kemuliaan ramadhan ini.. ketika inilah tiap-tiap hati manusia pasti akan terasa di sentuh dengan belaian peringatan Allah s.w.t kepada hambanya..
keempat, dalam menjalani tarbiyah ramadhan pasti tidak akan lari dari sifar kesabaran yang amat diperlukan sepanjang proses penjanaan ketakwaan.. sebahagian besar amalan puasa itu sendri terdiri daripada sifat sabar.. maka, sememangnya besar balasan yang telah dijanji..
sehinggakan Allah s.w.t berfirman dalam surah az zumar ayat 10..
"Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang beriman. bertakwalah kepada Tuhanmu." Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah Yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas."
oleh kerana inilah, Rasulallah s.a.w menamakan bulan ramadhan sebagai bulan kesabaran.. yakni sabar menjalani perintah Allah s.w.t.. sabar dalam meninggalkan pengharaman Allah s.w.t dan sabar dalam menerima takdir Allah s.w.t yang perit dan menyakitkan..
muslimin dan muslimat..
sebagai akhirnya.. marilah menggunakan baki masa yang hampir malap ini dengan menyuluh saki baki masa ini dengan Cahaya Jalan Yang Lurus.. janganlah golongankan diri dalam golongan yang rugi.. sama-samalah kita bermuhasabah diri.. insyallah.. MASIH BELUM TERLEWAT..
Al Fakir ila Allah..
No comments:
Post a Comment