Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..
Terawih dan Ummat Muhammad s.a.w..
saya ada terdengar dan melihat manusia berkata "ala, terawih itu sunat je. bukan wajib pun. aku mengantuk la" ada juga yang berkata "aku penat la semalam, jangan la jadikan perkara sunat benda wajib." .. tak kurang juga ada yang langsung tidak mengendahkan panggilan selawat oleh muazzin sedangkan mereka berada berhampiran masjid.. lantaran mengutamakan tugas yang bukannya wajib di lakukan ketika itu..
sedikit kejangalan menyorot difikiran saya.. saya hairan dengan insan yang mengakui keislaman mereka.. bagaimana mereka boleh memandang remeh dan kecil kursus terawih yang hanya ditawarkan dalam jami'ah ramadhan.. mereka tidak melihat kursus terawih sesuatu yang besar.. dan amat rugi dan sepatutnya menyesal sekiranya tidak menghidupkan malam di malam ramadhan.. menyebabkan tercetus sedikit idea untuk melirik artikel ini..
muslimin dan muslimat yang insyallah dirahmati,
saya cuba untuk melanjutkan pemikiran kita untuk berpaksikan sirah nubuwwah supaya kita dapat menilai sejauh mana tahap kesedaran atau kemahuan kita terhadap kursus-kursus yang disediakan dalam jami'ah ramadhan.. walau saya mengetahui tidak mungkin dapat mengakses keseluruhan sirah secara menyeluruh lantaran kekurangan pengatahuan diri.. cuma yang dapat dikongsikan merupakan yang terdapat di dalam diri saya..
tidak dinafikan dikhabarkan dalam sirah bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w cuma melakukan solat terawih di bulan ramadhan tiga malam sahaja dan cuma melunaskan lapan rakaat secara berjemaah.. kemudiannya Baginda s.a.w pulang dan menyelesaikan sehingga dua puluh rakaat..
namun, cuba kalian palingkan minda ke arah sirah saidina Umar al Khattab r.a.. ketika dia mencanangkan supaya solat terawih dilaksanakan secara berjemaah.. kemudiannya, semua para sahabat besar r.a tidak seorangpun membantahnya termasuklah saidina uthman r.a, saidina ali r.a dan saidina abdul rahman bin auf r.a.. cuba fikirkan mengapakah saidina Umar r.a cuba melakukan sesuatu perkara yang belum pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w..
jangan kalian lupa, bahawasanya saidina Umar r.a bukanlah manusia biasa kerana sehinggakan musuh utama manusia yaksi saiton laknatullah sendiri takut kepada saidina Umar r.a.. sehinggakan pernah Rasulallah s.a.w mengisytiharkan "sekiranya ada nabi selepas kewafatanku. maka orang itu adalah Umar Al Khattab r.a." begitu juga perintah Rasulallah s.a.w supaya mengikuti sunnah Khulafak ar Rasyidin.. sekiranya tidak ada penyelesaian terhadap sesuatu masalah.. ini menunjukan bahawasanya saidina Umar r.a itu bukanlah manusia biasa yang pandangannya mendahalui masa.. banyak sekali sebab nuzul sesuatu ayat Allah s.w.t kerana beliau r.a seperti pengharaman arak..
mari kembalikan persoalan yang dicetuskan.. mengapa saidina Umar r.a mencanangkan solat secara berjemaah.. sedangkan tidak pernah dilakukan oleh rasulallah s.a.w.. maka, ketahuilah.. bagaimana saidina Umar r.a melihat bahawasanya solat terawih itu merupakan suatu anugerah yang tidak tergambar besar kurniaanya.. kerana inilah antara kursus utama yang sepatutnya menjadi teras kepada semua mukmin.. sewajibnya ianya dilakukan dan disempurnakan.. dan bagaimana hebatnya pemikiran saidina Umar r.a sehinggakan digelar pemisah antara haq dan batil.. Beliau r.a mengatahui bahawasanya lebih akan sempurna pelaksanaan TARAWIH sekiranya dilakukan secara berjemaah.. maka, kerna itulah dia mencanangkan solat secara berjemaah.. jangan kalian lupa.. bahawa solat tiga orang secara berjemaah leib baik daripada dua orang yang berjemaah.. saidina Umar r.a mengatahui bahawasanya bagaimana kedudukan tahap keimanan manusia yang sentiasa berputar ibarat roda.. ketika di atas ibarat pejuang badar dirinya.. namun, ketika di bawah seakan pejuang uhud yang kalah selepas kemenangan.. kerna itulah beliau r.a mahu mengumpulkan mukmin di bawah satu jamaah untuk mengumpul kekuatan..
ketahuilah, bukannya Nabi Muhammad s.a.w tidak mahu melaksanakan terawih secara berjemaah sepanjang ramadhan.. bukannya Baginda s.a.w tidak mahu bersama para sahabat r.a menghidupkan malam ramadhan.. namun, kerana kasihnya baginda s.a.w ke atas ummatnya.. kerana cintanya baginda s.a.w kepada ummatnya.. kebimbangannya sekiranya dilakukan sepanjang malam akan ditafsirkan ianya suatu kewajiban kepada ummatnya.. kerisauannya terhadap ummatnya terbeban dengan amalan yang dicintai baginda s.a.w.. kerana itulah walaupun baginda s.a.w tidak bersama berjemaah sepanjang malam tetap baginda s.a.w melunaskan dua puluh rakaat dirumahnya..
muslimin dan muslimat yang insyallah dirahmati,
cuba kalian renungkan.. bagaimana manusia yang telah pasti dijamin kebahagiaan di akhirat.. bagaimana manusia mulia yang berpijak di muka bumi ini.. bagaimana manusia yang mana hadirnya membawa rahmat ke seluruh alam ini.. bagaimana manusia yang namanya telah hadir sebelum diciptakan manusia.. begitu konsisten dan istiqamah dalam mengharungi dua puluh rakaat dengan sujud dan rukuk kepada Allah s.w.t.. begitu asyik dan lazat menjalani ibadah kepada Allah s.w.t.. kerana dirinya mengetahui bahawasanya maha pemurahnya Allah s.w.t dengan rahmat dan keberkatannya.. kerana dirinya mengerti hakikat kurniaan Allah s.w.t.. sehinggakan isterinya bertanyakan kepada Baginda s.a.w mengapa sampai berbengkakkan anggota sujudnya melaksanakan ibadah kepada tuhannya.. maka, ringkas jawapannya.. salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur.. kerana baginda s.a.w mengerti
firman Allah s.w.t di dalam al quran surah sejadah ayat kesembilan
"Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur."
begitu juga para sahabat r.a yang mana Allah s.w.t berfirman untuk mereka di dalam surah bayyinah ayat terakhir..
"Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah ridha terhadap mereka dan merekapun ridha kepadaNya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya."
mereka merupakan para manusia yang diredhai oleh Allah s.w.t dan dijamin dengan syurga.. namun, tetap mereka melaksanakan solat terawih sepanjang bulan ramadhan.. dan merekalah yang mencanangkan secara berjemaah kerana mereka tahu sabda nabi s.a.w "sekiranya dikumpulkan iman seluruh ummatku dan dibandingkan dengan imam saidina abu bakar.. maka berat lagi timbangan iman abu bakar as siddiq.".. kerana saidina umar r.a memang pemimpin yang berkarisma dan tidak dapat disangkal ketokohannya..
muslimin dan muslimat yang insyallah dirahmati,
ada dikalangan kita memberikan alasan kekangan masa menyukarkan palaksanaan solat tarawih.. sekiranya dilihat aktiviti Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat.. mereka merupakan ketua kerajaan islam.. mereka juga merupakan aktivis pedagang antarabangsa.. mereka juga merupakan bangsawan.. mereka juga merupakan pelajar keilmuan.. tetap juga mereka beriadah.. tetap mereka bermuamalah.. , mereka juga bermunakahat.. namun, sesibuk manapun mereka.. tetap melaksanakan kursus tarawih di bulan ramadhan.. sekiranya, ada mengatakan mereka bukan jurutera.. adalah satu kesilapan yang besar tanggapan itu.. kerana saidina umar r.a merupakan jurutera awam yang beriman kerana di telah merencanakan projek lebuhraya sepanjang jalan dagang antara mekah dan syiria.. dia juga menyediakan r & r di sepanjang perjalanan dagang mekah syiria.. namun, tetap mereka melunaskan kursus tarawih..
muslimin dan muslimat yang insyallah dirahmati,
cuba singkap pemikiran kalian.. mengapa para sahabat r.a.. begitu berkecenderungan menghidupkan tarawih.. jawapannya.. kerna redha dan rahman Allah s.w.t yang mereka kehendaki.. mereka melihat akhirat itu suatu perkara yang besar.. tetapi, kita cuma memandang anting akhirat itu.. mereka mencintai baginda s.a.w.. kerana mereka tahu.. Sabda rasullullah saw “ sesiapa yang menghidupkan sunnahku, sesungguhnya dia telah mencintai aku, dan sesiapa yang mencintai aku, dia akan bersama daku du syurga.”
muhasabahlah diri sendiri.. mengapa kita tidak langsung mempunyai kecenderungan untuk melaksanakan sunnah Nabi s.a.w.. sedangkan pengakuan dalam syahadah menyakini Nabi Muhammad s.a.w sebagai petunjuk Cahaya Jalan Yang Lurus.. sedangkan kita masih tidak mengatahui keadaan destinasi akhir ketika berhadapan dengan Allah s.w.t.. ingatlah
firman Allah s.w.t.. dalam surah Ali imran ayat 185..
"setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian."..
berapa banyakkah amalan kalian untuk persiapan melangkah ke alam yang baru.. di mana alam pemisah dunia dan kiamat.. maka, kursus solat terawih inilah antara medan untuk membina amalan dan landasan untuk menggerakkan pautan hati kembali hanya kepada Allah s.w.t..
ada manusia yang ketika mana dia ditimpa musibah.. dia mencari ketenangan dengan menyuburkan nafsunya dengan dendangan suara yang bertemakan dunia.. ada yang mencari lakonan tipuan manusia untuk menghiburkan rasah dijiwa.. tapi, cuba kalian mengkaji semula.. sejauh mana ketenangan itu hadir di lubuk jiwa kalian.. adakah ianya benar sebati dengan jiwa dan fitrah kalian.. janganlah menipu diri kalian dengan bayangan dunia yang sememangnya fana..
kembalikanlah fitrah ketuhanan dalam diri kalian.. walaupun, bukanlah secara drastik.. tetapi praktikkanlah ianya sedikit demi sedikit.. terawih antara kursus yang boleh menyemai jiwa kalian untuk kembali bertaut pada Allah s.w.t.. kerana ketenangan abadi itu hanyalah daripada Allah s.w.t.. didiklah nafsumu.. untuk mengenal hakikat kebenaran..
ketahuilah, sememangnya perjalanan menuju hakikat kebenaran ini letih dan penat.. sememangnya mujahadah yang tinggi untuk melunaskan segala sunnah baginda s.a.w kerana ianya hadir dalam bentuk maknawi yang hanya dapat dinilai dengan keimanan seseorang.. namun, sahabat sekelian.. janganlah mudah mengalah.. kerana kemanisan yang bakal kalian dapat sekiranya menghayati kursus terawih ini tidak dapat ditafsirkan ke dalam apa jua penilaian dan tafsiran.. bagi mereka yang beristiqamah dengan kursus terawih walaupun sekadar lapan rakaat.. tahnian diucapkan.. kerana hanyalah mereka yang mendapat hidayah yang mampu melunaskan kursus terawih yang besar ganjaranya..
muslimin dan muslimat yang insyallah dirahmati,
sebagai akhirnya.. peringatan untuk diri dan sesama kita.. berdoalah kepada Allah s.w.t.. agar diberi kekuatan untuk melunaskan kursus terawih sepanjang ramadhan dengan sebaiknya.. kerana bukan semua manusia yang mengerti dan memahami tarbiyah ramadhan ini.. marilah kita letakkan diri dalam keredhaan Allah s.w.t.. sama-samalah kita nasihat menasihati dalam usaha mencari Cahaya Jalan Yang Lurus.. insyallah..
peringatan....
saya tidak mengatakan bahawa mereka yang tidak menunaikan kursus terawih sebagai fasiq ataupun apa-apa tafsiran.. cuma saya agak terkilan sekiranya manusia yang mengakui sebagai ummat muhammad s.a.w tidak mengendahkan tarbiyah ramadhan ini.. kerana teramatlah sayang sekiranya ianya tidak dimanfaatkan oleh setiap insan yang bergelar muslim.. semoga kita mendapat hidayat daripada Allah s.w.t.. ameen..
Al Fakir ila Allah..
No comments:
Post a Comment