Thursday, September 18, 2008

*Gapailah Peluang Yang Terhidang..

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Lailatul Qadar dan Bangun Malam..

Maha Suci Allah s.w.t yang menghidupkan manusia di waktu yang dipenuhi limpahan keberkatan dan rahmat.. hanyalah hamba yang menyusuri sunnah Muhammad s.a.w merupakan insan yang celik batinnya.. Kerana dapat membezakan antara bayangan dan realiti.. Ketahuilah, hamba yang sentiasa menharap Cahaya Jalan Yang Lurus pasti menangis kegembiraan kerana dirinya bakal menempuh masa yang dijanjikan suatu malam yang leih baik daripada seribu malam.. Kerana dia menyedari bahawasanya dirinya tidak mengatahui akan masa hadapan kehidupannya.. Maka, hamba itu akan memanfaatkan usianya bermunajat kepada Allah s.w.t.. Segala sesuatu yang menghalang dari ingatannya kepada Penciptanya walaupun ianya harus.. Tetap ditinggalkan untuk mencari kurnian istimewa untuk Ummat Muhammad s.a.w daripada Allah s.w.t kepada hambaNya..

sabda Saidina Muhammad s.a.w "Sesungguhnya Allah s.w.t menganugerahkan bagi ummatku Lailatul Qadar dan tidak kepada sesiapa pun sebelum mereka."

firman Allah s.w.t dalam surah al qadr

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan..
2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.
5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar..

Muslimin Muslimat yang insyAllah dirahmati,



Imam Malik r.a menyatakan di dalam al Muwatto' "saya mendengar daripada seseorang yang saya percayai berkata, "sesungguhnya diperlihatkan kepada Rasulallah s.a.w umur ummat-ummat sebelumnya.. Baginda s.a.w mendapati umur ummatnya adalah pendek dan tidak mampu untuk sampai ke tahap amalan yang mampudicapai oleh ummat sebelumnya yang mempunyai umur yang panjang. Maka, Allah s.w.t telah mengurniakan kepadanya Lailatul Qadar yang dijadikan lebih baik daripada seribu bulan..

Ketahuilah, sebagai manusia yang melafazkan syahadah dan menyakininya.. Sewajibnya manusia itu meleraikan kehendak nafsunya yang menyeronokkan pandangannya, pendengarannya dan syahwatnya.. Kerana ikatan nafsu itu mampu menyekat perkembangan penyelidikan dan pembangunan ketakwaan seseorang hamba itu daripada terus menjalani proses pentarbiyahan serta melakukan inovasi terhadap segala amalan kehidupannya.. Nafsu itu juga menjadi penghijab qalbunya daripada menerima Cahaya Jalan Yang Lurus.. Maka, akhirnya buta kerananya.. Kerana itulah saudaraku.. Mujahadahlah melawan nafsu.. kerana ketika pulang Nabi Muhammad s.a.w bersama para sahabat r.a daripada suatu peperangan.. Baginda s.a.w mengkhabarkan bahawasanya mereka akan bertemu dengan musuh yang lebih besar selepas menewaskan tentera kuffar.. Kehairanan para sahabat r.a dan bertanyakan kepada Baginda s.a.w akan  ianya.. Maka, dijawab Baginda s.a.w itulah mujahadah melawan nafsu sendiri..

Selepas terputusnya ikatan hamba itu daripada nafsunya.. Barulah ringan baginya untuk mendirikan malam di 10 yang terakhir di bulan Ramadhan.. Kerana itulah antara keinginan fitrahnya untuk meluluhkan segala jiwa raga pada Allah s.w.t.. Segala kudrat ditunjangkan untuk melunaskan segala amalan soleh yang dapat memberi manfaat padanya di saat manusia mencari perlindungan.. Ketika mana semua manusia menjadi cemas dan gusar.. Hanyalah mereka yang sudah menyediakan bekalan ketika di alam fana berasa tenang dan aman.. Kerana dirinya telah berusaha sepenuhnya mencari keberkatan Lailatul Qadar.. Begitulah natijahnya yang bakal diperoleh oleh insan yang menyakini syahadah yang dilafazkan..

Muslimin dan Muslimat,

Menyentuh pula tentang amalan yang boleh dipraktikkan di sepanjang malam 10 yang terakhir.. Mari kita menyingkap Sirah Cahaya Jalan Yang Lurus.. Dalam usaha melakukan sunnah agung tinggalan sebaik baik manusia..


Daripada Abu Hurairah r.a.. Sabda Rasulallah s.a.w "sesiapa yang bangun (menghidupkannya dengan melakukan solat tahajjud dan amalan amalan lain) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh penuh keimanan dan semata mata inginkan keredhaan Allah s.w.t, nescaya diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu."

Baginda s.a.w juga pernah menyarankan kepada Sayyidatuna 'Aisyah r.a supaya berdoa pada malam tersebut..

 Dalam hal ini, Sufyan al Thauri r.a berkata "Berdoa pada malam tersebut lebih saya sukai daripada solat.. Maksudnya, banyak berdoa lebih afdhal daripada mengerjakan solat yang tidak mengandungi banyak doa. tetapi sekiranya solat dan berdoa sekali, adalah lebih baik..

Rasulallah s.a.w juga bertahajjud pada malam Lailatul Qadar dan membaca ayat al Quran dengan bacaan yang tartil.. Baginda s.a.w tidak terus membaca ayat yang membaca ayat yang menyebut tentang rahmat melainkan Baginda s.a.w akan berhenti seketika memohon rahmat daripada Allah s.w.t.. Baginda s.a.w juga tidak terus membaca ayat yang menyebut tentang azab melainkan Baginda s.a.w akan berhenti seketika memohon perlindungan kepada Allah s.w.t.. Maka terhimpun di dalam solat Baginda s.a.w bacaan Al Quran, doa dan tafakkur.. Inilah amalan yang paling afdhal dan sempurna dilakukan pada malam 10 terakhir Ramadhan dan lain-lainnya..

kata Imam Syafie dalam Qaul Qadim " Disunatkan bersungguh-sungguh melakukan ibadah pada 10 malam terakhir Ramadhan sama ada waktu siang ataupun malam.."

Sayyidatuna 'Aisyah r.a pernah bertanya kepada Baginda s.a.w "Apakah pandangan kamu sekiranya aku menemui Lailatul Qadar, apakah yang sepatutnya aku ucapkan pada malam itu? Jawab Baginda s.a.w, " Katakanlah, .. "Ya Allah s.w.t ! sesungguhnya Engkau Maha Pengampun yang suka kepada keampunan, maka ampunkanlah dosa-dosaku."




Muslimin Muslimat yang insyAllah dirahmati,

Banyak sekali amalan yang dapat dipraktikkan oleh manusia yang beriman.. Amalan-amalan inilah yang bakal menyinari kegelapan di alam kehidupan seterusnya.. Sesungguhnya marilah menggolongkan diri menjadi mereka yang benar benar menandang sesuatu yang besar perkara di hari kemudiannya.. Kerana perjalanan hamba itu masih jauh dan ianya menjadi suatu kerahsiaan oleh Allah s.w.t.. Marilah bersama mengembelingkan tenaga memerah segala kudrat melaksanakan segala sunnah Muhammad s.a.w.. 

Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Pengampun amat menyukai keampunan.. Dia suka untuk mengampunkan hamba-hambanya dan suka hamba-hambanya maaf-memaafi satu sama lain.. Maka Allah s.w.t bermu'amalah dengan mereka dengan keampunan.. Sesungguhnya Allah s.w.t lebih suka memberikan keampunan daripada mengazab hamba-hambanya.. Rasulallah s.a.w berdoa "Aku belindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaan dan keampunanMu daripada siksaanMu."..

Al Fakir ila Allah..

No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..