DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI..
SELAWAT DAN SALAM KEPADA JUNJUNGAN BESAR MUHAMMAD S.A.W..
muslimin dan muslimat,
Kesempurnaan puasa terhasil dengan tujuh perkara,
Pertama : memejamkan kedua belah mata. Iaitu dengan menegah keduanya daripada melihat semua perkara yang haram, makruh dan harus yang akan mengganggu hatinya dan melalaikan daripada berzikir mengingati Allah s.w.t ..
Sabda rasulallah s.a.w “memandang perkara yang haram (dengan syahwat) merupakan panah beracun daripada panah-panah iblis. Maka sesiapa yang meninggalkannya kerana takutkan Allah s.w.t, nescaya Allah s.w.t akan mendatangkan kemanisan iman (ketetapan dan kemantapan) di dalam hatinya..”
Kedua : orang yang berpuasa hendaklah memelihara lidahnya daripada menyebut perkataan yang haram dan sia-sia seperti mengumpat, mengadu domba, mengeji, mencaci orang lain sehingga merenggangkan permusuhan dan mewujudkan permusuhan. Sewajibnya melazimkan lidah dengan banyak berdiam dan menyibukkankannya dengan berzikir dan membaca al-Quran.
Kata imam mujahid r.a “ Dua perkara yang membinasakan puasa ialah mengumpat dan berdusta”..
Sabda rasulallah s.a.w “sesungguhnya puasa itu merupakan perisai. Apabila seseorang kamu berpuasa maka janganlah kamu melakukan perkara yang sia-sia, dan janganlah melakukan perbuatan orang yang jahil. Jika ada seseorang yang ingin membunuhnya atau memakinya, maka katakanlah kepadanya. ‘sesungguhnya aku berpuasa, sesungguhnya aku berpuasa.”
Ketiga : orang yang berpuasa juga sepatutnya menjaga telinganya daripada mendengar perkataan yang haram, makhruh, sia-sia dan tiada manfaatnya untuk kebaikan akhirat kerana tiap tiap perkara yang haram diucapkan, maka haram pula mendengarnya.
Sabda rasulallah s.a.w “orang yang mengumpat dan mendengar umpatan dikira bersekutu mendapat dosa.”
Keempat : orang yang berpuasa juga perlu menjaga jasadnya daripada melakukan perkara yang haram,makruh dan tidak manfaat untuk akhirat. Sebagai contoh menutup aurat dengan sempurna.. kerana dengan menutup aurat bukan sahaja dapat menjaga jasadnya tetapi juga menunaikan hak panglihatan insan daripada memandang perkara yang haram..
Kelima : hendaklah mereka yang berpuasa menjaga perutnya ketika berbuka daripada memakan makanan yang haram atau syubahat.
Orang yang berbuka dengan sesuatu yang haram dan meninggalkan makanan yang halal diibaratkan seperti orang yang menbina mahligah yang indah (kerana berpuasa) tetapi dalam masa yang sama merobohkannya semula (kerana makanan yang haram).. maka, sia-sia puasanya..
Sabda rasulallah s.a.w “berapa ramai orang berpuasa tetapi tidak dapat apa-apa melainkankan hanya lapar dan dahaga.”
Sebahagian ulama’ menyatakan, maksud hadith di atas ialah mereka yang berbuka dengan sesuatu yang haram. Ada yang ulama’ menyatakan, mereka yang disebut dalam hadith ialah mereka yang menahan diri daripada makan makanan yang halal.. tetapi berbuka dengan daging manusia iaitu melakukan perbuatan mengumpat, sedangkan ianya haram..
Keenam : hendaklah orang yang berpuasa tidak terlalu memenuhkan perutnya dengan makanan yang halal ketika berbuka.. Kerana antara tujuan puasa adalah untuk mengosongkan perut, menghancurkan hawa nafsu dan menguatkan jiwa kepada ketkwaan.. jester, puasa dapat meringankan tubuhnya melakukan ibadat kepada Allah s.w.t..
Sekiranya kita menyingkap kehidupan para salafussoleh.. mereka sentiasa bermujahadah menyedikitkan makanan.. mereka menjadikan berlapar sebagai rukun terpenting untuk mereka yang mencari CAHAYA JALAN YANG LURUS untuk sampai kepada Allah s.w.t.. sebagai contoh, imam abu hanifah r.a, hanya makan sedikit sepertimana sedikitnya burung makan. Begitu juga dikhabarkan tentang imam malik r.a dan imam al bukhari r.a, mereka berasa malu jika kerap berulang ke tandas.
Sabda rasulallah s.a.w “tidak memenuhi anak Adam suatu tempat yang lebih buruk daripada memenuhi perutnya dengan sesuatu yang halal.”
Ketujuh : hendaklah orang yang berpuasa sentiasa berasa khauf (takut sekiranya tidak diterima puasa) dan raja’ (mengharap Allah s.w.t menerima puasanya) setelah berbuka puasa. Ini kerana, dia tidak mengetahui sama ada puasanya diterima atau tidak.
sebagai kesimpulannya, ulama' berkata : "berapa ramai orang yang berpuasa sebenarnya tidak berpuasa.." kerana ramai manusia hanya melihat sesuatu itu sekadar zahirnya.. bukan secara hakikatnya atau batinnya.. apa sebenarnya matlamat difardhukan kewajiban berpuasa.. maka, sama-samalah kita menilai diri kita.. insyallah..
Sumber : Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki..
Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan dan penasihat yayasan sofa.
No comments:
Post a Comment