Keindahan kefardhuan puasa..
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..
Keagungan Allah s.w.t memang tiada taranya. Segala ciptaanNya pasti mempunyai segala hikmat yang tersurat pada zahir yang tersirat. Setiap sesuatu perkara itu sememangnya mempunyai matlamat yang digariskan oleh Allah s.w.t untuk semua hambanya mencapai matlamat yang direncanakan oleh Allah s.w.t. Hanyalah mereka yang sentiasa memikirkan keagungan Allah s.w.t mempunyai sifat insaf di dalam dirinya ketika bermuhasabah kelemahan diri sendiri. Firman Allah s.w.t di dalam surah Al Jaatsiyah ayat 12 dan 13.
“Allah-lah yang menundukkan lautan untukmu supaya kapal-kapal dapat berlayar padanya dengan seizin-Nya dan supaya kamu dapat mencari karunia -Nya dan mudah-mudahan kamu bersyukur (12).. Dan Dia telah menundukkan untukmu apa yang di langit dan apa yang di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir (13)..”
Demikian juga kefarduan puasa yang diwajibkan ke atas semua ummah islam yang meyakini dua kalimah syahadah yang dilafazkan. Kefarduan puasa sekiranya disingkap hakikatnya bukan sekadar memberikan manfaat ke atas fizikal manusia yang menjalaninya. Tetapi, ianya merangkumi proses penyucian batin manusia untuk mencapai hakikat fitrah manusia itu sendiri.
Hebatnya mukjizat rasulallah s.a.w dapat dirakamkan dengan sabdaan baginda s.a.w bermaksud “hendaklah kamu berpuasa. Maka, kemudiannya akan diberikan kesihatan oleh Allah s.w.t.”.. sekiranya dinilai dengan aqal yang ketiadaan ilmu sememangnya manusia akan mempertikaikan dan mempersendakan sabdaan baginda s.a.w. Namun, dengan ilmu sains yang diilhamkan kepada manusia. Manusia dapat menilai dan menganalisis bagainama program berpuasa dapat mengurangkan pelbagai penyakit. Sebagai contoh, mereka yang berhadapan dengan diabetis. Dengan rawatan puasa mereka dapat merendahkan kandungan gula dalam badannya. Para hukamak juga ada mengatakan “sesungguhnya usus adalah rumah segala penyakit, manakala puasa adalah penawar akan segala penyakit.”
Saudaraku sekelian,
Sekiranya diamati secara halusnya. Puasa merupakan satu makmal untuk menjalani proses penyucian jiwa daripada kamaraan nafsu amarah yang sentiasa menginginkan dunia. Maka dengan sebab itu, puasa amat memerlukan mujahadah yang tinggi untuk mengatasi dan menundukkan nafsu amarah. kerna nafsu itu perlu disengkang untuk mengelakkan ianya membawa diri seseorang itu kea rah fahsha dan mungkar.
Nafsu hanya dapat dihalang kemaraannya dengan berpuasa. Kerna itulah pernah Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepada para pemuda di zaman sahabat r.a “wahai orang-orang muda, sesiapa di kalangan kamu yang berupaya untuk bernikah. maka kahwinlah. kerana ianya boleh menundukkan matamu dan menjaga kemaluanmu. namun, sekiranya kamu tidak mampu. maka, berpuasalah. kerana dia mampu menundukkan nafsumu." Ini menunjukkan bagaimana kesesuaian ibadah puasa sebagai kaedah untuk mengelakkan manusia ke lembah noda dan dalam masa yang sama puasa juga menjadi medan untuk memperbaiki ketakwaan kepada Allah s.w.t. kerana TAKWA itulah mesej utama dalam kefarduan puasa.
Muslimin dan muslimat,
Apakah kepentingan takwa itu sebenarnya?
Mari kita menyingkap nasihat saidina Ali K.w.j. yang mana baginda s.a.w menyebutkan bahawa Ali r.a merupakan pintu kepada gedung ilmu Cahaya Jalan Yang Lurus. Kata Ali r.a “ takwa itu beramal dengan al quran, takut dengan tuhan yang agung. Redha dengan sedikit dan bersedia menghadapi hari pemergian.”.
Mereka yang bertakwa pasti sentiasa redha dengan keadaan dirinya. Sifat redha itulah akan mentarbiyah dirinya menjadi orang yang kaya. Ramai manusia yang mengangap bahawa orang yang berharta itu kaya. Namun hakikatnya, mereka yang kaya itulah mereka yang faqir. Kerana mereka sentiasa mengharap akan dilimpahi lagi harta mereka itu. Sedangkan mereka yang sentiasa redha dengan kehidupannya. Tidak memikirkan akan kehidupan dunianya. kerna dia mengatahui penbendaharaan yang lebih agung.
Selain itu, ketakwaan dapat menjana manusia agar sentiasa bersedia menghadapi kematian. Sehinggakan baginda s.a.w bersabda “sesungguhnya MATI itu hadiah bagi orang mukmin.” Kerana mereka yang beriman sentiasa menginginkan kematian kerna dengan itulah mereka dapat bertemu dengan Penciptanya Allah s.w.t.
Saudaraku sekelian,
Jika disingkap hakikat ketakwaan itu. Pasti tidak mampu untuk dilisankan oleh manusia. Tidak mampu untuk dinukilkan oleh tinta dan tidak dapat digambarkan oleh mereka yang telah merasai kenikmatan hakikat ketakwaan untuk menyingkapkan hakikat kemanisannya. Hanyalah mereka yang dianugerahkan kebaikan oleh Allah s.w.t dengan kefahaman agama dapat menghayati konsep ketakwaan kepada Allah s.w.t. kata Ibrahim bin adham r.a tokoh ulama sufi berkata
" sekiranya semua pemerintah dunia mengatahui kemanisan dan kelazatan mengenal hakikat ketuhanan (dengan ketakwaan).. pasti mereka sanggup mengarahkan segala bala tenteranya untuk menperolehi nikmat tersubut."
kerana indahnya ketakwaan itu sekiranya dapat digapai.
Sebagai akhirnya, benarlah firman Allah s.w.t dalam surah al baqarah ayat 183..
“ Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, "..
kerana hanyalah kefardhuan puasa dapat mentarbiyah element manusia itu. maka, marilah kita bersama menggerakkan segala kudrat yang dianugerahkan untuk merebut segala janji yang dirakamkan oleh Allah s.w.t. kerana janji Allah s.w.t itu adalah pasti..
al faqir ila Allah..
No comments:
Post a Comment