Tuesday, February 24, 2009

*TEJA

TIADA MASALAH UNTUK BERHIBUR DAN BERSUKAN

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


TEJA atau Temasya Jaya anjuran Desasiswa Jaya merupakan antara aktiviti tahunan yang melengkapi kalender program-program yang dianjurkan oleh Desa Jaya.. Aktiviti ini dirangka untuk memenuhi keperluan penghuni desasiswa mengisi kekosongan waktu lapang serta menjadi medan untuk melepaskan tegangan lantaran pembelajaran yang semakin mencabar.. Ketika ini jugalah ramai yang menjadikan medan untuk berhibur dan bergembira..


Muslimin dan Muslimat yang insyaAllah dirahmati,


Secara Umumnya, segala urusan, keperluan, pekerjaan mahupun aktiviti yang dikerjakan oleh manusia adalah diharuskan dan dibenarkan oleh Allah s.w.t.. Apa juga perkara bermula daripada urusan jualbeli, perdagangan, aktiviti sosial, munakahat dan sebagainya.. Semua yang menjadi system dalam kehidupan Ummah Islam adalah harus dari segi syarak.. Melainkan setiap perkara yang menjadi wajib samada wajib dilaksanakan seperti pembentukan Daulah Islamiah atau wajib ditinggalkan seperti riba di dalam urusan jualbeli mahupun apa-apa perkara yang disunatkan seperti bersedekah..


Begitulah aktiviti yang dijalankan oleh Ummah Islam sekiranya dikecilkan fokusnya ke dalam kampus seperti yang dianjurkan oleh Desasiswa Jaya yakti TEJA Ianya dibenarkan dan diharuskan untuk dilaksanakan dalam memenuhi keperuan kehidupan manusia khususnya kepada penghuni Desasiswa Jaya itu sendiri..


Muslimin dan Muslimat,


Namun perlu diperjelaskan dan diingatkan.. Bahawasanya perkara yang diharuskan ini boleh berubah menjadi haram dan ditegah oleh Islam.. Cuba kita mengambil satu contoh, Muamalat ataupun jualbeli, ianya diharuskan dan dibenarkan oleh Islam.. Malah jualbeli adalah amat digalakkan oleh Islam.. Tetapi, ianya menjadi haram apabila masuknya perkara-perkara yang diharamkan seperti wujudnya Unsur Riba’, adanya unsur penipuan dalam sukatan..


Begitu jugalah TEJA yang dianjurkan oleh Desasiswa Jaya ianya diharuskan dan benarkan oleh Islam.. Namun kita perlu melihat perkara apa yang diselitkan untuk memenuhi aktiviti yang dianjurkan.. Cuba ambil satu contoh, aktiviti sukan yang dijalankan.. Tiada syarat yang ditetapkan oleh penganjur supaya sesiapa yang menyertai wajib menutup aurat sekiranya dia Islam.. Di sana kita boleh melihat berapa ramai Peserta mahupun Penyokong yang tidak menutup aurat.. Sedangkan menutup aurat itu wajib kepada tiap mukallaf..

Ketika Aktiviti Teja di Café Jaya.. Ramai mereka yang bernama Muslim yang tidak menutup aurat.. Malah ada yang hanya hadir dengan berseluarkan Seluar tidur.. Ini merupakan gejala yang jelas bertentangan dengan Syara’.. Perkara ini boleh menyebabkan ianya menjadi haram dan ditegah oleh Islam kerana tiadanya batasan Islam..


Muslimin dan Muslimat,


Hairan.. Apakah tahap mentaliti Ummah Islam khususnya mahasiswa dan mahasiswi zaman ini begitu rendah dan cetek.. Seakan sama mereka yang mendapat pendidikan tinggi dengan mereka yang menganggur di jalanan.. Sekiranya, Di zaman Rasulullah s.a.w.. Pemuda di zaman Rsulullah s.a.w yakni Saidina Ali K.w.j.. Ketika berusia lapam tahun sudah memikirkan masalah Ummah.. Cuba renungkan sebagai mahasiswa dan mahasiswa.. Apakah kita pernah memikirkan keadaan Ummah sekarang?.. Pernahkan kita terfikir.. Apakah sumbangan Kita sebagai mahasiswa terhadap Ummah sekarang?.. Sekiranya kita lihat di zaman Tujuh Puluhan.. Ketika mana zaman mahasiswa menjadi pendokong kepada Ummah.. Tetapi, di zaman ini mahasiswa menjadi masalah kepada Ummah.. Semuanya kerana pemikiran kita disempitkan dan dicetekkan dengan hiburan yang seperti berada dalam aktiviti mahasiswa seperti TEJA..


Muslimin dan Muslimat,


Tidak dinafikan, TEJA juga menyediakan pengisian yang mendidik jiwa.. Seperti Muhadharah Jaya.. Ianya merupakan sesuatu yang amat diperlukan dan diinginkan.. Tapi, kita lihat esok ketika waktu kejadian.. Samada ianya menjadi aktiviti Jaya ataupun ianya dipenuhi oleh persatuan yang lain.. Musykil, mengapakah ketika Muhadharah Jaya ini.. Tidak adapun pembesar Jaya yang hadir semuanya terbang ke Sabah mengembara?.. Apakah ianya bukan suatu yang penting pada pandangan mereka?.. Apakah aktiviti yang dilakukan untuk menyemai kecintaan kepada Manusia yang bernama Muhammad s.a.w ini kurang penting?.. Sehinggakan ramai yang menuju ke Sabah.. Sedangkan Saidina Muhammad Ibnu Abdullah Rasulullah s.a.w ini merupaka manusia yang paling berjasa dalam kehidupan Ummah Islam.. Tanpa Rasulullah s.a.w siapakan Kita di sisi Allah s.w.t?..


Muslimin dan Muslimat yang dikasihi,


Sebagai akhirnya, tulisan ini bukanlah untuk menyalahkan mana-mana pihak mahupun menuduh siapakah yang bersalah.. Ianya Cuma peringatan dan persoalan yang perlu dijawab untuk menimbulkan kesedaran kepada Ummah Islam khususnya warga kampus.. Tak sepatutnya pemikiran seorang intelektual itu didiskriminasikan dengan hiburan yang melampau sehingga melupakan masalah Ummah..


Sewajarnya, pengisian TEJA itu perlu dilakukan seiring dengan perkembangan mahasiswa.. TEJA sewajarnya menjadi medan untuk mahasiswa melatih supaya menjadi pendokong kepada Ummah Islam.. Hiburan dan aktiviti Sukan.. Ianya dibenarkan oleh Islam.. Namun perlu dijaga batasan Islam dan tidak boleh bertentang dengan Islam..


Ramai yang akan menyatakan apa yang cuba diketengahkan ini merupak perkara biasa.. Namun, ingin ditegaskan bahawa ianya biasa di sisi manusia.. Tetapi, besar dosanya di sisi Islam.. Apakah kita tidak mempercayai Hari Kemudia?.. yakni Qiamat?..


Sekian, terima kasih..

Al Fakir Ila Allah..

4 comments:

Karr said...

assalamualaikum..
kalau bab aurat, atas individu la kot..bukan depa xtau kna ttup aurat..saja xmo tutup..nk wat cmna..xkn nk sound..awat hg x p ja dok kt situ sound depa..kemudian,kalau nk suh eat syarat sapa2 nk p kna tutup aurat..niat hg nk tegur..tp awat xjdkn sbgai peringatan..which means hg gtau b4 teja berlangsung..ni dah lepas bru nk condem.. battle of the band..xwat..sbb kta hburan mlampau..wat cmni pn slah lg.. pembesar xjoin muhadharah jaya..desasiswa,byk xtvt yg drancg..tarikh muhadharah kbtulan sma ngn projek intan sabah..taun lpas ada ja penggawa p.. bila p xmo sebut..bila kbetulan xleh p..mula la nk condem..teja ngn intan bergerak seiring..xbajet akn clash..plus,tarikh 2 penceramah leh dtg..xwat kang kata alpa..bla wat pn xpuas hati lg..
ni lagi..
klu nk condem teja..awat malam bntang nye salah pn masuk skali??
2 ja la..
ni..len kali..jgn condem pas mnda dah jadi..tegur b4 mnda jadi bleh?? 2 bru bleh ajar org..maklum la..mahasiswa skg ni jahil sket..
sekian wassalam..

sujudku_dipembaringan said...

kalau bab aurat duk main2 atas individu, kesian pula jiran kita dalam kubur kena siksa. ye la sebab kubur lain2 la kena bagthu.kepada karr, kita juga harus belajar bab agama. tiada istilah jahil seandainya kita juga mencari ilmu mengenal ALLAH.Mempelajari ilmu tauhid itu wajib bagi setiap muslim. jangan kita kata hanya orang agama je kena tegur.sebab orang agama pun belajar dari tak tahu juga sampai dia tahu. begitu juga kita. dan satu lagi, peringatan yang sahabat kita bg tu, adalah untuk masa hadapan. begitu juga konsepnya, bila mana kita bersama dalam pengkebumian saudara kita, talkin dibacakan. talkin itu bukan untuk si mati. hakikatnya untuk yang masih hidup dimuka bumi ini agar menyedari hakikat kematian itu....terima kasih

mujahid4869 said...

waalaikumussalam
itu la peri pentingnya kita belaja agama
saye stuju gn saudara sujuddipembaringn(pnjgya name)
ape shj komen bukan untuk time yg lps shj, yg lbh pnting, akn dtg jgn ulang lagi supaya ia tidak menjadi bahan cemuhan org kelak
teja satu pgrm yg baik, saye pun salah satu komuniti teja sidang 2006/2007...saya juga yg merencanakan pgrm muhadharah ilmu jaya time 2, alhmdulillah hmpr2 dpt dijlnkn, tp Allah maha mengetahui..
teja time 2006/07, lbh krg same ngn teja 08/09 ni.
nk habaq mai kt sahabat saye seislam, Karr.
sepnjng saye bersama komuniti teja 2006/07 saya amt berpuas ati ngn presiden jaya time tu..credit tu abe kerul kita
alhmdulillah, die slalu rujuk saya 4 any keputusan kot2 la langgar batasan syarak..tp manuasia x dpt kwl sume
slaku kominiti, pelabagi nasihat, teguran sdh saye DIRECTly tegur B4 pgrm teja 0607, tp stil berlaku juga kes2 x ttp aurat, time waktu solat x hormat, karaoke yg mmg melalaikan, percampuran laki2 ngn pmpn yg tidak terkawal...kenapa perkara ini ttp berlaku?
ia kembali pada mereka2 yg mengelola mjlis tersebut..mereka2 yg ade kuasa utk mengubah keadaan tu dngn kebenaran Allah...
even da d tgur B4 pgrm, tp kl kita sendiri x nk berubah, ttp xkn jd..JAHIL is not a problem now.islam sedang mengetuk pintu bilik sume org, tggl kita yg sangka diri kita jahil ini perlu pergi n cari ilmu2 islam melalui ceramah dll...
ape2 pun, time kasih bnyk pada komuniti futsal kerana mengambil kire teguran PMI tuk wat futsal pmpn (nk tau sbb2 x sesuai futsal pmpn dijlnkn, blh tnye kilau)..dan alhmdulillah futsal untuk wanita tdk xjalnkn...
tapi stil ade yg tdk menjaga aurat dlm perlawanan futsal (at least something than nothing islam berjaya menegur)
kesimpulannya, tggungjwb menegur ni bkn tggjwb PMI, ustz2 or alim ulama ja, sume mereka yg bernama 'islam' perlu menegur, malah mgkn smpai thp wajib menegur jika ia menyalahi undang2 syarak
sekian ana yg fakir

Kakkoii said...

ckp dlm blog saja tk jadi syeikh. ko kena proaktif. kat tempat ko tu tentu ada front utk halang bende2 tu. guna lah. blog anta ni bukannye deme tu bace pun. budak mcm Karr tu mmg teruk. bab aurat pun die bleh kate individu. bewok betul. so ko yg ade kesedarang ni le hok kene btindak. jgn duk gune blog saje. blog sape2 pong bulih buat. org hok duk lepak main2 gitar pong bulih tulis blog. front siswa-siswi islam kene kuat. kalo lembik, mcm ni le jd nye...

Dengan Nama Allah s.w.t..