Monday, February 23, 2009

*Cinta Fatimah Az Zahra' (Siri 4)


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Kisah Cinta kepada Sang Maha Kasih..


Sambungan,


Fatimah r.ha popular dengan gelaran al-Batul, kerana kesempurnaan kepasrahannya kepada Allah s.w.t.. Fatimah begitu teguh menjaga jarak hatinya daripada ketamakan dunia dengan segala kemegahan, dia sangat anti dengan kenikmatan dunia yang menipu, Fatimah enggan padakesenangan hidup, dia sangat waspada terhadap tipu daya dunia, dia sangat faham virus-virus kenikmatan dunia yang menyebabkan kesengsaraan di akhirat..

Fatimah dikenal anak zamannya dengan peribadi yang teguh menampakkan jiwa yang besar dan kemuliaan qana’ah, dalam menjalani hidup dan kehidupan.. Dia sentiasa mentradisikan kesabaran dalam menghadapi penyakit-penyakit kehidupan.. Dia menahan kesengsaraan yang membelit hidupnya dan bibirnya selalu basah dengan zikir kepada Allah s.w.t..

Fatimah selalu memfokuskan perhatiannya kepada kehidupan akhirat.. Dia tidak bersenang-senang dengan kemegahan dan kenikmatan serta keindahan dinua.. Fatimah faham benar dengan sabda ayahnya s.a.w “Barangsiapa yang memasuki paginya dengan penuh perhatian pada peliknya kehidupan dunianya semata.. Maka Allah s.w.t akan memporak=perandakan urusannya.. Barangsiapa yang memasuki paginya dengan penuh perhatian pada urusan akhiratnya, maka Allah s.w.t akan sampaikan seluruh cita-citanya, memelihara harta bendanya, memperkayakan hatinya dan mendatangkan sunia untuknya, meski tanpa dikehendakinya sekalipun”..

Fatimah juga pernah menyemak ujaran rasul s.a.w kepada suaminya : “Wahai Ali, Barangsiapa yang memperoleh tawaran dunia dan akhirat, lalu dia memilih akhirat dan meninggalkan dunia, maka baginya syurga, akan tetapi barangsiapa yang memilih dunia dan meremehkan akhirat, maka baginya neraka.” Fatimah r.ha juga sangat teguh mentradisikan etika moral ayahdanya al-Musthafah (rasul terpilih dan tersuci)..

Fatimah pernah mendengar ayahnya s.a.w menasihati : “Sesungguhnya Tuhanku pernah menawarkan kepadaku untuk menjadikan pasir-pasir kota Mekkah berubah menjadi emas buat diriku.. Aku menjawab: Tidak wahai Tuhanu. Aku memilih untuk lapar (berpuasa) satu hari dan kenyang (tidak berpuasa) satu hari yang lain.. Pada hari yang mana aku lapar, aku akan tunduk dan berdoa kepadamu.. Sedang hari di mana aku kenyang, aku akan memuji dan menyanjungMu.”

Daripada madrasah kenabian yang suci dan agung itulah Fatimah dewasa dengan peribadi yang sangat teguh menjaga jarak hatinya daripada ketamakan duniawi, tidak terpedaya oleh kesenangan dan kemegahan dunia yang menipu.. Fatimah juga memahami firman Allah s.w.t kepada nabi-Nya bernama Musa a.s: “Wahai Musa.. Tidaklah Aku ciptakan suatu makhluk yang lebih aku sukai daripada hambaKu yang beriman.. Aku mengujinya dengan kebaikan dan menghilangkan ujian daripadanya juga untuk kebaikannya.. Aku mengetahui apa yang baik bagi hambaKu.. Maka bersabarlah dengan ujianKu.. Bersyukurlah atas rahmatKu, dan redhalah atas Qadha’ ketentuanKu.. Aku menuliskannya dalam golongan-golongan yang benar disisiKu.. Apabila dia bekerja dengan redhaKu dan perintahKu.”

Fatimah adalah cerminan sifat-sifat ayahnya, seperti dermawan, suka member dan membantu mereka yang memerlukan pertolongan.. Fatimah pernah mendengar ayahnya s.a.w bersabda” “Kedermawanan adalah satu daripada pohon-pohon syurga. Dahan-dahannya menjulur ke bumi.. Barang siapa yang mengambilnya satu dahan daripadanya, maka dahan itu akan membawanya ke syurga.” Riwayat Imam Al Baihaqi..

Fatimah juga mendengar ayahnya s.a.w bercerita: “Orang yang dermawan adalah orang yang dekat dengan Allah s.w.t.. Dekat dengan manusia, dekat dengan syurga dan jauh dari neraka.. Sungguh sifat Allah Azza Wa Jalla adalah Maha Pemurah dan mencintai orang yang bersifat pemurah.” Dalam riwayat lain menceritakan. Fatimah berkata: “Ayahku Rasulullah s.a.w pernah berkata kepadaku: “Berhati-hatilah kemu daripada sifat kikir, kerana ia adalah penyakit yang tidak terdapat dalam diri orang-orang yang mulia.. Berhati-hatilah kau daripada sifat kikir, kerana ia adalah sebatang pohon neraka dan dahan-dahannya ada di b=dunia.. Barangsiapa yang bergantung pada salah satu daripada dahannya, maka Dia akan memasukkannya ke dalam api neraka.” Sifat dermawan adalah sebatang pohon yang ada di syurga dan dahan-dahannya ada di dunia.. Barangsiapa yang bergantung pada salah satu dahannya, maka dia akan Dia akan memasukkannya ke dalam syurgaNya.”

Bersambung..


Kitab Kisah Cinta Dalam Al Quran..
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Majadhi El Hamadi..

1 comment:

Nadya said...

Saya menunggu lanjutan kisah perempuan termulia dan perawan surga. www.nadyaalfirah@gmail.com

Dengan Nama Allah s.w.t..