Thursday, February 12, 2009

*Istiqamah.. Sesuatu yang berat.. Tetapi, perlu diraih..

SUKARNYA UNTUK DIRIKU ISTIQAMAH.. WAHAI TUHAN! BANTULAH DIRIKU..

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Segala puji bagi Allah s.w.t yang mengizinkan semua perjalanan kehidupan manusia mengikut kehendaknya.. Agungnya Kekuasaannya ke atas setiap apa yang berada di langit, di bumi dan apa yang berada di antara keduanya.. Semuanya mengikut Iradah yakni kemahuan dan Qudrat yakni kekuatan Allah s.w.t..


Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Baqarah ayat 117..


“Allah s.w.t jugalah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya, “Jadilah engkau!” Lalu menjadilah ia.”..


Muslimin dan Muslimat yang dikasihi,


Agungnya Rahmat Allah s.w.t kepada semua makhluk ciptaanNya dapat kita perhatikan dengan hadirnya Insan bernama Muhammad Bin Abdullah s.a.w.. Hadirnya insan agung ini ke dunia.. Telah mengubah alam daripada suasana kelam kepada alam yang disinari Cahaya Jalan Yang Lurus..


Sesungguhnya banyak qudwah hasanah yang telah digarap oleh Rasulullah s.a.w agar ianya menjadi ikutan kepada sekelian Ummah.. Bermulanya daripada Zaman Sahabat r.hum sehinggalah Qiamat melanda Alam ini.. Semuanya adalah untuk menjadi panduan kepada semua manusia..


Begitulah juga sikap istiqamah yang amat ditekankan oleh Rasulullah s.a.w.. Baginda s.a.w amat membimbangi akan sikap istiqamah ini tidak dapat diterapkan oleh Ummahnya dalam kehidupan.. Terutamanya istiqamah dalam melakukan amal kebajikan dan amal soleh.. Baginda s.a.w merupakan seorang insan yang amat istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara.. Sebagai contoh, sering kali kita mendengar bahawa Rasulullah s.a.w akan sentiasa beristigfar memohon keampunan 100 kali setiap hari.. Sedangkan Baginda s.a.w seorang yang maksum..


Muslimin dan Muslimat,


Ketahuilah sebenarnya, Berat untuk istiqamah dalam sesuatu perkara hasanah.. Sehinggakan beruban rambut Rasulullah s.a.w kerana terkesan dengan Firman Allah s.w.t di dalam Surah Huud ayat 112.. Para sahabat r.hum bertanya kepada Baginda Muhammad s.a.w " ayat yang manakah yang menyebabkan beruban rambutMu. Wahai Rasulullah s.a.w”.. Maka Rasulullah s.a.w membaca ayat 112 Surah Huud


"Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan."


Takut dan bimbangnya Rasulullah s.a.w kepada Ummahnya kerana Baginda s.a.w amat mengkhuatiri sukarnya untuk ummahNya istiqamah dalam amal soleh.. Sehingga terkesan di zahir Baginda s.a.w.. Ini menunjukkan betapa kasih dan cintanya Rasulullah s.a.w.. Sehinggakan baginda s.a.w bersabda " sebaik-baik amalan adalah berterusan sekalipun sedikit." pun Aisyah r.ha juga ada menceritakan " adalah amalan-amalan Baginda s.a.w itu adalah berterusan." yakni istiqamah..

Cuba kita renungi diri kita Bagaimana keadaan Kita kini?.. Apakah benar apa yang dibimbangi Rasulullah s.a.w ini berlaku pada diri kita?.. Mudahkah untuk kita istiqamah dalam melakukan Amal Kebajikan dan Amal soleh?.. Mudahkah untuk kita sentiasa bersolat Jemaah setiap waktu?.. Mudahkah kita untuk sentiasa melakukan kebaikan selamanya.. Mudahkan untuk sentiasa kita menjauhi perkara sia-sia dalam kehidupan kita?.. Mudahkan untuk kita sentiasa berkata di atas dasar kebenaran tanpa sebarang tipuan dalam kalam yang dilafazkan?..


Muslimin dan Muslimat,


Ketahuilah, masalah utama Ummah di zaman ini adalah ibadah mereka bermusim dan mengikut keadaan.. Perkara inilah yang amat dibimbangi Rasulullah s.a.w.. Kita hari ini hanya memenuhi Masjid ketika Awal Ramadhan.. Kita hanya membanyakkan bacaan Al Quran ketika Ramadhan.. Kita hanya bersedekah ketika mana melihat ramai manusia bersedekah.. Kita hanya memboikot barangan Yahudi Laknatullah ketika mana Musimnya.. Kita tidak istiqamah dalam kelakukan sesuatu perkara.. Kerana itulah Ummah di zaman ini lemah, ditindas dan dihina oleh Golongan Kuffar..


Cuba kita melihat contoh Ulama silam, Bagaimana kehidupan mereka begitu beristiqamah dalam melaksanakan sesuatu perkara.. Kerana mereka mengatahui bahawa istiqamah yang besar adalah mengikut Al Quran dan as Sunnah..


Al Imam Suffian as sauri r.a (amirul mukminin al hadith).. Pernah suatu hari beliau r.a sentiasa menangis tanpa berhenti.. Sehingga dia dipujuk oleh jirannya agar berhenti menangis.. Lantas beliau r.a berkata “bagaimana aku boleh berhenti menangis.. sedangkan adakah kamu tahu aku akan mati dalah keadaan penghujung kehidupan yang baik..? ”.. Beliau r.a tidak mengetahui apakah mampu dirinya istiqamah dalam amal ibadah dan kebajikan sehingga di hujung hayatnya..


Berapa banyak contoh ulama besar yang mereka tidak pernah berasa aman daripada kemaksiatan dan kejahatan kerana beratnya untuk istiqamah dalam amalan soleh.. Cuba kenali diri kita.. Adakah kita seperti mereka yang dikasi Allah s.w.t.. Pernahkah kita berfikir akan keadaan diri kita?..


Seorang wali Allah s.w.t dapat karamah dengan berjalan di atas air dan ada dikalangan mereka yang dapat terbang diangkasa.. Manusia yang melihat merasakan hebatnya karamah itu.. Tetapi wali itu menyatakan tiada besarnya kelebihan itu.. Kerana apa?.. Kerana bagi mereka, itik juga dapat berjalan di atas air dan burung dapat terbang di langit.. dan Beliau berkata sebaik-baik karamah adalah dapat istiqamah dengan al quran dan hadith..


Muslimin dan Muslimat yang insyaAllah dirahmati,


Sebagai akhirnya, Marilah bersama-sama kita berusaha untuk sentiasa istiqamah dalam melaksanakan segala perintah dan larangan Allah s.w.t.. Ketahuilah, istiqamah terhadap al quran dan as sunnah adalah lebih besar nikmatnya daripada karamah yang dapat dilihat pacaindera.. Berbahagialah mereka yang dapat sentiasa Istiqamah di Jalan Allah s.w.t.. kerana inilah antara kunci berjayanya seseorang yang beriman..


Sekian, terima kasih..


Al Faqir Ila Allah..

No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..