Wednesday, February 11, 2009

*Mengapa Tidak Mengahayati Al Quran?..


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Menghayati Makna Al Quran.. (Tadabbur)

Dr. ‘Aid Bin Abdullah Al Qarni (penulis La Tahzan) menyebutkan dalam Kitabnya Sejenak Bersama Hidangan Al Quran.. Sesungguhnya seseorang tidak dianggap membaca jika tidak menghayati (tadabbur) apa yang dibacanya..

Kerana apa?..

Mari kita melihat persekitaran kita sahaja.. Ramai dari Kalangan Ummah Islam membaca Al Quran.. Tetapi, kesannya tidak terzahir ke dalam kehidupan.. Perjalanan usianya tidak langsung seiring dengan kalam yang sering dialunkan di bibirnya..

kerana itulah,

Tadabbur ini merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia.. Ianya akan melahirkan iman, menanamkan keikhlasan dalam kalbu dan memberikan pelajaran kepada manusia tentang ketauhidan.. Keyakinan dan keutuhan seseorang itu kepada Allah s.w.t akan semakin bertambah cantik sekiranya menghayati setiap kalam Allah s.a.w..

Tidaklah Al Quran itu diturunkan melainkan untuk dihayati setiap bait-bait maknanya.. Kefahaman yang utuh akan menjadikan sseorang itu bertambah teguh keimanannya kepada Allah s.w.t.. Dia mengetahui apa yang diperintahkan Allah s.w.t dan apa yang ditegah olehNya..

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah s.w.t,

Jika ketika kita bersolat jema’ah.. Apabila seorang imam membaca Al Quran, maka bertanyalah pada diri sendiri:

Siapakah yang telah menurunkan Al Quran?..
Apakah yang diinginkan olehNya dengan Al Quran ini?..
Dan apa seharusnya kita lakukan pada waktu membaca atau mendengar Al Quran?..

Allah s.w.t berfirman menerusi Surah Shaad ayat 29

“Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.”

Muslimin dan Muslimat,

Para Ulama’ ada menyebutkan beberapa contoh manusia yang hayatnya hanya dilimpahi dengan bertadabbur Al Quran.. Dahulu ada seorang wanita solehah yang pekerjaannya hanya membaca (bertadabbur) selama 17 tahun.. Begitu juga terdapat kisah yang menyebutkan sebahagian hamba-hamba Allah s.w.t yang hanya mengkhatamkan Al Quran sekali sahaja sepanjang hayatnya (bertadabbur)..

Tidak hairanlah mengapa para sahabat r.hum tidak mempelajari dari Rasulullah s.a.w melebihi 10 ayat dan tidak lebih dari itu, melainkan setelah mereka memahami maknanya dan mengamalkan isinya.. Mereka berkata “Maka kami mempelajari Ilmu dan mengamalkannya sekaligus”..

Di dalam riwayat hidup Abu Bakar As Siddiq r.a bahawa dia memiliki sebuah mushhaf Al Quran yang digantungkan di rumahnya.. Setiap kali memasuki rumahnya, Abu Bakar r.a mengambil mushhafnya untuk dibaca, dihayati kemudiannya diamalkan.. Kerana itulah, Abu Bakar r.a bagaikan “mushhaf yang berjalan”.. Kehidupannya sepenuhnya dihiasi dengan peribadi yang terkandung di dalam Al Quran..

Muslimin dan Muslimat yang dikasihi,

Tidaklah Al Quran itu diturunkan agar dibacakan hanya kepada manusia yang telah mati, untuk dibacakan di dalam mana-mana majlis, serta bukan ditulis dan dijadikan azimat atau benda keramat kemudiannya digantungkan dileher.. Dipertandingkan bacaannya sahaja..

Ketahuilah, Al Quran itu lebih besar peranannya.. Al Quran itu kitab Aqidah, kitab keimanan, dan kitab yang membicarakan politik, mu’amalat, akhlak, perilaku malah sains dan teknologi..

Al Quran berbicara kepada kita tentang tauhid, kemudiannya beralih kepada pembicaraan solat.. Selesai membahaskannya, Al Quran dihiasi dengan pembicaraan tentang hari Qiamat, kemudiannya berpindah ke persoalan Jihad dan begitu juga proses penciptaan alam yang mulanya bermula dengan satu kemudiannya berpecah kepada langita dan bumi, proses kejadian manusia dan sebagainya, ketahuilah Al Quran ini diturunkan oleh Yang Maha Mengatahui segala rahsia langit dan bumi.. Allah s.w.t mengatahui apa keperluan manusia kerana Allah s.w.t lah yang menciptakan manusia..

Muslimin dan Muslimat,

Sebagai akhirnya, pesanan kepada penulis dan kepada pembaca, hendaklah membaca Al Quran dan berhenti pada setiap penggal ayat untuk merenungkan maknanya.. jika didapati akan seruan perintah, maka hendaklah melaksanakan perintah itu, jika mendapati akan ayat larangan, mqkq hendaklah tidak melanggarnya, dan jika mendapati ayat pengkhabaran seperti Alam Ghaib, maka hendaklah menyakini kebenarannya..

Allah Maha Mengatahui..

Sekian, terima kasih..

Al Faqir Ila Allah..

Sumber : Kitab Sejenak Menghayati Hidangan Al Quran
Dr ‘Aid bin Abdullah Al Qarni.. Penterjemah : Abdul Halim Shalih.. Editor tambahan : Blogger..

No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..