Sunday, February 8, 2009

*Cinta Fatimah Az Zahra’ (Siri 2)

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Kisah Cinta kepada Sang Maha Kasih..

Sambungan,

Ketika menginjak usia dewasa, Fatimah memberi tauladan kepada para gadis beriman dalam memilih calon pendamping hidup, hendaknya mementingkan iman dan akhlak lelaki yang akan menyuntingnya, bukan kekayaan.. Fatimah telah memilih jiwa yang terbungkus tubuh Ali r.a k.w.j.. bukan harta yang dibawa oleh kedua tangannya.. Fatimah mementingkan jiwa dan iman jejaka yang akan menjadi pendamping hidupnya bukannya kekayaan yang memayungi langit kehidupan suaminya..

Fatimah az Zahra’ adalah wanita yang berakhlak luhur, terpuji, berjiwa mulia, bijak, cerdas, murah hati, dermawan, lapang dada, tabah, berani dan tidak angkuh serta sombong.. Imam Ahmad Ibn Hambal r.a meriwayatkan suatu kisah peribadi luhur Puteri kesayangan Rasulullah s.a.w ini walaupun dalam kehidupannya yang serba kekurangan : Suatu hari Fatimah datang menemui Rasulullah s.a.w untuk mengharapkan bantuan daripada Rasulullah s.a.w.. Baginda s.a.w bertanyakan kepadanya, “Ada apa engkau menemuiku, wahai puteriku?”.. Fatimah menjawab: “Aku datang untuk meyampaikan salam kepada ayah. Dia malu untuk mengajukan permintaan kepada Nabi s.a.w walau dalam keadaannya kesempitan, lalu kembali ke rumahnya..

Sampai di rumah, Ali bertanyakan kepada Fatimah. “Ada yang telah engkau pinta kepada ayah kita?”.. Fatimah menjawab : “Aku malu untuk meminta sesuatu kepada baginda s.a.w”.. Ali lantas mengajak Fatimah menghadap Rasulullah s.a.w.. Di hadapan Baginda s.a.w, Ali r.a berkata “Wahai utusan Allah, aku selalu mengambil air dan membawa sendiri sehingga punggungku sakit”.. Fatimah r.ha juga bercerita kepada Rasulullah s.a.w “Aku mengadunkan tepung dan membakar roti sendiri sehingga kedua tanganku melepuh. Kami mohon supaya ayah memberikan kepada kami seorang pembantu”..

Rasulullah s.a.w menjawab : “Demi Allah s.w.t, aku tidak akan memberi kalian seorang pebantu. Aku tidak mungkin membiarkan ahli suffah (penghuni lorong masjid) kelaparan.” Aku memang akan menjualkan harta rampasan dan tawanan perang itu, akan tetapi hasilnya akan aku berikan kepada ahli suffah..

Rasulullah s.a.w lau berkata: “Wahai Ali dan Fatimah! Lantunkanlah puji sanjung (tahmid) kepada Allah s.w.t sepuluh kali, bertasbihlah sepuluh kali, bertakbirlah sepuluh kali..” (Musnad Ahmad, Hadith no.797) Fatimah dan Ali kemudian pamit kepada Nabi s.a.w untuk kembali ke kediaman mereka tana memperoleh seorang pembantu.. Fatimah menerima ketentuan dengan hati yang lapang dan jiwa yang jernih tanpa sedikit keresahan walaupun dalam keadaan kesulitan hidup.. Sedangkan beliau merupakan anak kesayangan Rasulullah s.a.w..

Fatimah r.ha memiliki karektor yang terpuji berupa kesabaran, belas kasihan, kelapangan dada, ketenangan, kewibawaan, cerdas dan selali memelihara kesucian diri.. Sebelum Rasulullah s.a.w wafat.. Fatimah hidup dengan curaham kemuliaan, hidup bahagia, wajah berseri dan selalu tersenyum.. Tebaran senyumannya tidak pernah hilang kecuali selepas kewafatan ayahnya.. Lidahnya tidak bergerak kecuali untuk menyatakan kebenaran.. Fatimah r,ha tidak berbicara kecuali untuk sesuatu yang benar.. Dia tidak pernah menyebut seseorang dengan kejelekan..

Dia tidak pernah mengumpat dan mencela.. Dia selalu menjaga rahsia, memberi nasihat yang benar serta mahu menerima pendapat.. Dia mengampuni kejahatan dan memaafkan kesalahan.. Dia membalas kejahatan dengan membalas kelembutan dan maaf.. Dia tidak menerima derma dan sukakan kebaikan.. Fatimah r.ha adalah wanita yang dapat dipercayai dan bias menyimpan rahsia.. Dia tidak merelakan dirinya menyebarkan rahsia orang lain atau mencampuri urusan yang bukan urusannya.. Dia mengaminkan sabda ayahnya s.a.w “Berbahagialah hamba-hamba yang tidak diperhatikan orang.. Allah s.w.t mengenali mereka, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengatahui jati diri mereka.. Mereka adalah pelita hidayah dan sumber ilmu pengatahuan.. Kepada mereka tampak setiap fitnah orang-orang zalim.. Mereka adalah orang-orang yang mampu menyimpan rahsia dan tidak berperangai kasar (bengis)..

Fatimah r.ha adalah wanita yang berada di puncak kesucian diri dan kejujuran.. Dia manusia yang tak ternoda dan solehah.. hawa nafsunya tidak dapat mengalahkan dirinya.. Fatimah r.ha bahkan mampu menggapai maqam kesucian yang tinggi dan kesolehan tertinggi.. Fatimah r.ha termasuk insan yang difirmankan Allah s.w.t di dalam Al Quran Surah Al Ahzab ayat 33.. “Sesungguhnya Allah s.w.t hendak menghilang kan daripada dosa-dosa Ahlu Bait dan mensucikannya dengan sesuci-sucinya”..


Bersambung..



Kitab Kisah Cinta Dalam Al Quran..
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Majadhi El Hamadi..

No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..