Sunday, February 1, 2009

*Cinta Fatimah Az Zahra’ (Siri 1)


Fatimah Az Zahra' tauladan sepanjang zaman.. Agungnya Kasih pada Muhammad s.a.w


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Kisah Cinta kepada Sang Maha Kasih..

Fatimah Az Zahra’ adalah puteri terkasih Rasulullah s.a.w.. Lahirnya beberapa saat sebelum Rasulullah s.a.w diangkat menjadi pesuruh Allah.. Garis takdir Fatimah telah digariskan hidup dan dibesarkan di dalam naungan Madrasah Nubuwwah.. Fatimah lahir dan membesar seiring dengan kebesaran dakwah dan membesar seiring penyebaran Islam.. Fatimah diasuh oleh lelaki paling sempurna dan wanita sempurna.. Fatimah menjadi saksi hidup perjuangan ayahnya dalam menyiarkan agama Islam.. Fatimah melihat, mendengar, merasakan setiap derap langkah dakwah ayahnya..


Semua penistaan terhadap Rasulullah s.a.w disaksikan Fatimah dengan mata kasarnya, Fatimah merasakan kepedihan yang dialami ayahnya, dan amat menyesali kaumnya yang melakukan keburukan pada ayahnya.. Dia berusaha membantu ayahnya dengan memperbodohkan logik fikir mereka yang tidak mahu menerima seruan ayahnya, serta berkata putera puteri para musyrik yang tidak menerima seruan dakwah ayahnya dengan mengatakan bapa-bapa mereka sesat dan menyesatkan.. Fatimah mengejek-ngejak berhala yang menjadi sembahan mereka..


Tekanan yang dialami Rasulullah s.a.w bukan sahaja secara mental.. Tetapi, Para kafir Quraisy menghalang kehidupan Rasulullah s.a.w dan Ummah Islam.. Kehidupan Fatimah menjadi terasing serta dia merasakan kepahitan dan kegetiran hidup yang menerpa diri ayahnya dan Ummah Islam.. Fatimah merasakan tekanan itu secara peribadi, baik melalui perkataan mahupun perbuatan.. Fatimah melihat, merasakan dan menyentuh semua kegetiran tentangan Kaum Qurasiy terhadap perjuangan sang ayah dalam menegakkan kalimah Allah s.w.t..


Semua duka nestapa perjuangan Rasulullah s.a.w begitu terpateri di kalbu dan benak Fatimah, mengalir dalam memori rasa dan ingatannya.. Fatimah juga ikut menyingkirkan noda kotoran perjuangan yang menyakitkan ayahnya, terkadang melalui kedua tangannya atau dengan linangan air matanya..


Sebuah riwayat menceritakan : Suatu ketika Solatnya Rasulullah s.a.w di Kaabah.. Sebahagian musyrik duduk-duduk di samping tempat solat Rasulullah s.a.w.. Salah seorang daripada kafir Quraisy mendatangi Baginda s.a.w dan dengan bongkaknya melempar dengan kotoran unta.. Rasulullah s.a.w tetap teguh melaksanakan ibadahnya, hingga dapat Fatimah lalu menyinkirkan kotoran itu daripada Rasulullah s.a.w.. Dalam riwayat yang lain, pernah suatu hari Ummu Jamil isteri Abu Lahab melempar kotoran-kotoran dan najis di depan rumah Baginda s.a.w.. Fatimah membantu Rasulullah s.a.w menyingkirkan kotoran –kotoran itu dengan tenang dan sabar..


Fatimah berusaha membersihkan kotoran-kotoran yang dilemparka Ummu Jamil sehingga bersih semula.. Di lain harinya, Ummu Jamil si kafr jahat itu bersua dengan Rasulullah s.a.w lalu melemparkan tanah keras ke kepala Rasulullah s.a.w, Baginda s.a.w tidak membalasnya, Baginda s.a.w pulang ke rumah dengan kepala yang berdarah.. Melihat sang ayah pulang dengan pendarahan di kepala, Fatimah tidak tahan daripada mengalir air matanya, dia segera membersihkan darah yang bercampur darah di kepala ayahnya sambil menangis kepiluan yang teramat dalam..


Ayah mana yang tidak merasa hiba melihat mengalir air mata anak tercinta lantaran kehibaan.. Maka, tatkala Rasulullah s.a.w melihat linangan air mata puterinya di pipi, baginda s.a.w mendakap sang puteri dan menasihatinya untuk tabah dan menghiburkannya dengan untaian kata-kata yang menyejukkan hati sang puteri.. “Janganlah menangis wahai puteriku.. Kerana Allah s.w.t melindungi ayahmu..”


Pergolakkan dakwah terus berlangsung sehinggakan Rasulullah s.a.w dan Ummah Islam terpaksa meninggalkan Mekah untuk berhijrah ke Madinah tanpa sebarang kepentingan dunia.. Fatimah Az zahra’ juga termasuk di dalam golongan Muhajirin yang beriman kepada Allah s.w.t yang melunaskan perintah Hijrah yang diamanahkan oleh Rasulullah s.a.w..


Bersambung..

Kitab Kisah Cinta Dalam Al Quran..
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Misbah Em Majady..

No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..