Tuesday, February 17, 2009

*Akidah Muslimin..




Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Soalan dan Jawapan Akidah Islamiah..


>Apakah Makna Tauhid?..


Mengesakan al Qadim daripada al Muhdath seperti yang dinyatakan oleh al Imam Junaid r.a..
Makna al Qadim ialah Allah s.w.t yang tiada permulaan baginya dan al Muhdath ialah makhluk..

Firman Allah s.w.t dalam Surah al Syuura ayat 11.. “Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, Sifat-sifatNya, dan pentidbiranNya.)..

Di dalam Hadith : Rasulullah s.a.w ditanya di dalam riwayat soheh al Imam Bukhari r.a “Apakah amalan yang paling afdhal?.. Maka Baginda s.a.w bersabda : Beriman dengan Allah s.w.t dan RasulNya”..

>Jelaskan kewujudan Allah s.w.t?..

Allah s.w.t itu wujud tanpa disangsikan lagi kewujudanNya.. Dia wujud tanpa sebarang kaifiat, tempat, arah dan tidak menyerupai sesuatu daripada makhlukNya dan makhlukNya tidak menyerupai sesuatu daripadaNya..

Allah s.w.t berfirman mengingatkan hambaNya di dalam Surah Ibrahim ayat 10 “Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang kewujudan Allah s.w.t”..

Di dalam Hadith Soheh riwayat Imam Bukhari r.a “Allah s.w.t itu wujud tanpa ada sesuatupun selainNya”..

>Apakah makna Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Hadid ayat 4?.. “Dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada”..

Maknanya ialah Ilmu dan pengatahuan Allah s.w.t sentiasa bersama mereka yakni hambaNya.. Demikianlah yang telah dinyatakan al Thauri r.a, al Syafi’I r.a, Ahmad r.a, Malik r.a dan selain mereka r.hum..

Allah berfirman di dalam Surah Al Thalaq ayat 12 “Dan sesungguhnya Allah s.w.t telah meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu”..

Di dalam Hadith Soheh riwayat al Bukhari r.a “ Hendaklah kalian merendahkan (memperlahankan suara) kalian kerana kalian tidak berdoa kepada Zat yang pekak ataupun jauh.. Sesungguhnya kalian berdoa kepada Yang Maha Mendengar Lagi Maha Hampir”..

Maknanya tiada sesuatupun terselindung daripada pengatahuan Allah s.w.t

>Apakah dosa yang paling besar?..

Dosa yang paling besar ialah kufur dan di antara perkara yang menyebabkan kufur ialah syirik.. Syirik bermakna menyembah yang lain daripada Allah s.w.t..


Allah s.w.t berfirman menceritakan tentang Luqman menasihati anaknya..
“Wahai anak kesayanganku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah s.w.t (dengan sesuatu yang lain) sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”.. Surah Luqman ayat 13

Di dalam suatu Hadith Soheh riwayat Imam Bukhari r.a Nabi Muhammad s.a.w ditanya “Apakah dosa yang paling besar?”.. Baginda s.a.w pun bersabda “ Engkau menjadikan Allah s.w.t lawan atau sekutu, sedangkan Dialah yang menciptakan kamu”..


Sekian, Terima Kasih..

Terjemahan : Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al Maliki r.a..

Ahli Jawatankuasa Mufti Kerajaan Negeri Sembilan..

Diperakui oleh Fakulti Usuluddin Universiti Al Azhar, Mesir..

No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..