Wednesday, March 4, 2009

*Cinta Fatimah Az Zahra' (Siri 5)

Kejernihan Hati Saidina Ali k.w.j dan Saiditina Fatimah Az Zahra' tidak dapat digambarkan..

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Kisah Cinta kepada Sang Maha Kasih..


Sambungan,


Allah s.w.t merakamkan perilaku mulia Rasulullah s.a.w dan ahli keluargaNya, utamanya dalam mengutamakan keperluan orang lain daripada kepentingan diri mereka.. Sebagaimana Di dalam Surah al Haysr ayat 9 "Dan mereka mengutamakan orang lain atas diri mereka sendiri, meski diri mereka sendiri yang memerlukannya."


Fatimah r.ha adalah seorang ahlu bait Nabi dikenal dengan kewibawaan yang tinggi dan masyhur sebagai peribadi yang lebih mengutamakan orang lain.. Ibn al Jauziy menjelaskan Nabi s.a.w pernah membuatkan sehelai baju untuk Fatimah pada malam pernikahannya kerana pada waktu itu Fatimah hanya memiliki sepasang baju.. Itupun sudah penuh dengan tampalan.. Tiba-tiba seorang papa berdiri di depan rumahnya dan meminta sehelai baju yang layak dipakai..


Permulaannya Fatimah hendak memberi bajunya yang penuh tampalan tersebut.. Namun dia mengingat akan firman Allah s.w.t di dalam Surah ali Imran ayat 92 "Kamu sekali-kali tidak akan sampai kebajikan yang sempurna, sebelum kamu menafkahkan harta yang paling engkau cintai."..


Fatimah r.ha kemudian memberikan kepada peminta itu baju barunya.. Menjelang hari pernikahan, malaikat Jibril a.s datang dan memberinya sebuah baju yang dibuat daripada sutera hijau.. Melihat perilaku mulia Fatimah tersebut, wanita-wanita yahudi yang hadir kemudiannya memeluk Islam.. Tidak lama kemudian suami mereka juga masuk Islam..


Ibn Arabi juga penulis tafsir al Baidhawi menjelaskan sejarah turunnya ayat al Quran daripada riwayat Abdullah Ibn Abbas r.a menerusi Surah Al Insan ayat 7 "Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana." Ayat ini diturunkan ketika Hasan dan Husin jatuh sakit.. Rasulullah s.a.w bersama Abu Bakar r.a dan Umar Al Khattab r.a datang menjenguk keduanya.. Umar r.a berkata pada Ali k.w.j " Wahai Abu al Hasan, jika engkau bernazar untuk kedua anakmu, nescaya Allah s.w.t akan menyembuhkan mereka.. Ali r.a berkata Aku akan berpuasa selama tiga hari sebagai wujud rasa syukur pada Allah s.w.t.. Fatimah r.ha kemudiannya berkata " Aku juga akan berpuasa selama tiga hari." Kemudian Allah s.w.t menyembuhkan kedua anaknya itu.. Ali r.a pergi bertemu ke tetangganya, seorang yahudi bernama Sam'un.. Ali r.a bertanya padanya "apakah engkau dapat memberi kepadaku bulu untuk dipintal oleh puteri Muhammad s.a.w dengan upah tiga sha' gandum? Sam'un mengabulkan permintaan Ali r.a, diberikannya kepada Ali r.a sebungkus gandum untuk dibawa pulang..


Fatimah r.ha menerima bulu tersebut dan memintalnya sesuai dengan apa yang diinginkan Sam'un.. Usai memintal Fatimah menumbuk gandum, mengadunkannya dan mebuatnya menjadi lima potong roti, masing-masing disiapkan untuk juadah berbuka puasa.. Kemudian Ali r.a menunaikan solat Magrib bersama Rasulullah s.a.w.. Sekembalinya di rumah, Fatimah r.ha telah menghidangkan berbuka puasa bersama.. Akan tetapi tiba tiba mereka mendengar rintihan manusia yang berdiri di hadapan rumahnya..


Si miskin itu berkata: Salam sejahtera kepada kalian wahai Ahlu Bait Muhammad .. Aku seorang yang miskin daripada kaum muslimin.. Berilah aku makan daripada makanan yang kalian makan.. Semoga Allah s.w.t membalasi dengan makanan syurga.. Ali r.a sambil memegang roti dan berkata pada Fatimah r.ha "Wahai Fatimah, wanita mulia dan beriman.. Puteri manusia termulia di jaga raya.. Tahukah engkau ada seorang yang sengsara lagi miskin.. Berdiri di hadapan pintu sambil merintih penuh hiba.. Ingatlah setiap orang bergantung dengan amalnya.:


Fatimah menjawab "Wahai suamiku, perintahmu aku taati.. Aku sama sekali tidak pernah menyesal dan tidak pula mencela dirimu jika memberi makanan kita di jalan Allah s.w.t." Meskipun kita sendiri dibelit lapar.. Aku berharap kita bisa bergabung dengan orang-orang yang bertakwa... Aku dambakan syafa'at untuk bisa masuk ke dalam syurgaNya."


Dengan segera Fatimah mengambil apa yang ada di atas meja hidangan, lalu diberikan kepada orang miskin yang meminta tersebut.. Malam itu mereka tidur dengan perut yang lapar.. Esok harinya mereka berpuasa lagi tanpa makan sahur, kecuali dengan segelas air.. Fatimah kemudiannya mengambil dua pertiga bulu yang tersisa dan memintalnya.. Dia mengambil satu lagi sha' gandum lalu menumbuknya dan membuat roti.. Dia membuat lima potong roti seperti hari sebelumnya..


Usai solat bersama Rasulullah s.a.w, Ali r.a kembali ke rumah untuk berbuka puasa bersama keluarga.. Seperti hari yang sebelumnya tiba-tiba datang anak yatim daripada golongan muslimin dan berdiri di hadapan rumahnya untuk meminta pertolongan.. Berkata dia "Salam sejahtera bagi kalian, Wahai Ahli Bait Muhammad s.a.w.. Aku seorang yatim daripada kaum muslimin.. Berilah aku makanan yang kalian makan.. Semoga Allah s.w.t memberikan kalian makanan daripada syurga." Ali r.a lalu berkata "Wahai Fatimah, Puteri junjungan yang mulia nan dermawan.. Allah s.w.t telah mengutuskan anak yatim kepada kita.. Siapa yang mengharapkan redha Tuhan, kelak tempatnya syurga dengan nikmat yang tidak terhingga." Fatimah pun menyambutnya, lalu berkata "Dia pasti akan kita beri, kita tidak akan memerhatikan keadaan diri kita. Kita mengitamakan Allah s.w.t atas keluarga kita.. Kita tidak mungkin membiarkan anak yatim ini melalui malamnya dengan perut keroncong, lebih baik kita lapar daripada membiarkan anak yatim ini kelaparan." Fatimah lalu mengambil semua hidangan yang ada di meja, lau memberikannya kepada anak yatim tersebut. Lalu mereka tidur dalam keadaan kelaparan dan tidak merasakan sesuatu melainkan hanya segelas air putih..


Keesokannya mekera berpuasa lagi.. Fatimah mengambil sisa bulu yang ada dan memintalnya.. Kemudian dia menumbuk satu Sha' gandum dan membuat roti.. Dia membuat lima roti untuk seisi keluarganya, tiba-tiba dia mendengar rintihan seorang tawanan yang berdiri di hadapan rumahnya: Salam sejahtera bagi kalian wahai Ahlu Bait Muhammad s.a.w.. Orang-orang kafir telah menawan dan mengikat kami.. Mereka juga tidak memberi kami makanan..


Dengan segera Ali r.a meninggalkan makanannya.. Dia berkata pada Fatimah r.ha "Wahai Fatimah puteri Nabi s.a.w yang bernama Muhammad.. Puteri yang agung nan dermawan, tanpa ada yang menunjukkan tempat kita, tawanan ini datang di hadapan kita dengan bekas-bekas belenggu ditangannya.. Dia mengeluh kesengsaraan dan kelaparan.. Ingatlah barangsiapa yang memberi makan orang yang sengsara, kelak akan memperoleh balasan yang lebih utama.. Di sisi Allah s.w.t, tiap orang yang menanam kebaikan pasti akan memetik buahnya di hari kemudian."


Fatimah mengaminkan ujaran suaminya itu seraya berkata "Meski gandum hanya tinggal setakar.. Dan tangaku telah melepuh keranan gilingan, Demi Allah inilah dua anakku yang sudah terlampau lapar.. Ya Allah berilah kekuatan , agar tawanan itu bisa meikmati hidangan yang telah aku sediakan.. Aku ingin mengutamakan berkhidmat kepadaMu daripada kedua putera kasihku.." Lantas Fatimah mengambil apa yang ada di meja, lalu diserahkan kepada tawanan tersubut..


Kemudian keesokannya mereka sudah tidak berpuasa, namun demikian tidak ada sesuap makanan yang boleh dimakan.. Ali r.a dan kedua puteranya menggigil kelaparan, datang menghadap Rasulullah s.a.w.. Baginda s.a.w melihat keadaan mereka yang sedemikian rupa, Baginda s.a.w berkata "Wahai Abu Hasan! Sungguh aku cemas , melihat apa yang aku saksikan daripada keadaan kalian. Mari kita pergi menemui Fatimah yang sedang berada di mihrabnya. Perutnya kempis kerana sangat lapar dan kedua matanya cekung. Ketika Rasulullah s.a.w menatapnya, Baginda s.a.w merangkul puteri kesayangannya itu sambil berka: Oh... Apakah keluarga Muhammad s.a.w akan mati kelaparan.. Bekali-kali Baginda s.a.w mengulangi ujaran itu hingga malaikat pembawa wahyu turun kepada Baginda s.a.w menyampaikan Firman Allah s.w.t dalam Surah al Insaan ayat 5-22..


Wahyu itu penuh apresiasi Allah s.w.t kepada Ahlu Bait Nabi s.a.w "Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas yang berisi minuman yang campurannya adalah air kafur, iaitu mata air dalam syurga yang daripadanya hamba-hamba Allah s.w.t minum, yang mereka dapat mengalirkannya dengan sebaik baiknya.. Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang mana azabnya merata di mana mana.. Dan mereka memberi makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan.. Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharap keredhaan Allah s.w.t. Kami tidak menghendaki balasan daripada kamu dan tidak pula ucapan terima kasih.. Sesungguhnya kami takut akan azab Tuhan Kami pada suatu hari yang di hari itu orang orang bermuka masam penuh kesulitan.. Maka Tuhan memelihara mereka daripada kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan wajah dan kegembiraan hati..Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka dengan syurga dan pakaian sutera.. Mereka tidak merasakan di dalamnya terik matahari dan tidak pula dingin yang menusuk tulang.. Serta naungan pohon pohon syurga itu dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan untuk dipetik dengan mudahnya.. Dan diedarkan kepada mereka pinggan daripada perak dan gelas yang bening laksana kaca.. iaitu kaca kaca yang dibuat daripada perak yang telah diukur dengan sebaik-baiknya.. Di dalam syurga itu mereka diberi minum segelas minuman yang campurannya adalah jahe yang bahannya didatangkan daripada sebuah mata air syurga yang dinamakan salsabil.. Dan mereka dikelilingi oleh pelayan-pelayan belia yang tetap muda.. Apabila kamu melihat mereka kamu akan mengira mereka seakan mutiara yang bertaburan.. Dan apabila kamu melihat syurga, nescaya kamu akan melihat berbagai macam kenikmatan dan kerajaan yang besar.. Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal.. Dan dipakaikan kepada mereka gelang yang diperbuat daripada perak, dan Tuhan memberikan mereka minuman yang bersih.. Sesungguhnya ini adalah balasan untukmu dan usahamu disyukuri )diberi balasan olehNya).."..


Bersambung..


Kitab Kisah Cinta Dalam Al Quran..

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Majadhi El Hamadi..


No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..