Tuesday, March 24, 2009

*Kasihilah Temanmu

Ikatan persaudaraan diutuhkan dengan kasih kepada Allah s.w.t

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..



KITAB SOHEH AL-IMAM AL-BUKHARI


Daripada Anas bin Malik r.a dari Nabi Muhammad s.a.w sabdanya : “ tidak beriman seseorang daripada kamu sehingggalah ia menyukai bagi saudaranya apa yang disukai untuk dirinya ”



Tafsiran hadith 13


Objektif hadith lebih membawa kepada kasih saying, tawadhuk dan pengorbanan.


Dalam memahami maksud hadith “ tidak beriman seseorang daripada kamu.” Para Ulama’ mempunyai dua tafsiran. Pertama , membawa maksud seseorang itu tidak beriman langsung dan kedua tidak sempurna keimanan seseorang itu..


Ibnu hajar r.a menafsirkan bahawa, maksud hadith perkara yang seseorang sukai itu merangkumi segala perkara-perkara yang baik yang kita sukai. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu menyukai untuk bersolat berjemaah di masjid. Maka, pasti dia mahu saudara-saudaranya melakukan kebaikan sepertinya.


Perlu diingatkan.. Konteks persaudaraan dalam islam adalah luas.. Ia meliputi semua Ummah Islam di dunia ini dan tidak terbatas pada sukatan kekeluargaan semata.. Kerana Ummah Islam disatukan dibawah satu pegangan Akidah yang sama.. Mentauhidkan Allah s.w.t serta membenarkan apa yang disampai oleh Kekasih Allah s.w.t..


Rasullulah s.aw memberi contoh cukup indah dalam menunjukkan sikap kasihnya pada semua umatnya tanpa mengira peringkat usia.. Ada riwayat yang menyatakan , ketika Baginda s.aw hendak pulang ke rumah Baginda s.a.w selepas selesai Solat Sunat Aidulfitri.. Baginda s.a.w melihat seorang kanak-kanak sedang duduk sendirian dalam keadaan sedih.. Sedangkan kanak-kanak yang lain sedang bergembiraan bermain bersama. Lantas Baginda s.a.w menegur kanak-kanak itu “ Mengapakah engkau bersedih wahai anak, sedangkan rakan-rakanmu bergembira dan hari ini merupakan hari raya.” Seraya kanak-kanak itu membalas “ Bagaimanakah aku ingin bergembira, aku didunia ini tiada ibu, bapa dan saudara mara, sedang mereka mempunyai segalanya.” Lalu dalam senyuman Baginda s.a.w membalas “mahukah kamu jadikan aku sebagai bapamu dan Hassan Husien sebagai saudaramu.” Kanak-kanak itu tersenyum dan mengiyakan permintaan Baginda s.a.w.. lalu Baginda s.a.w membawa kanak-kanak itu pulang dan memandikan serta membersihkannya.. Kemudian dengan gembira kanak-kanak itu pergi bermain bersama rakan – rakannya. Rakan-rakannya bertanya kepadanya, "Mengapa kamu tadi bersedih tetapi sekarang gembira pula". Lantas anak itu menjawab, "tadi aku tiada keluarga, tetapi kini aku mempunyai keluarga. Rasullullah s.a.w adalah bapaku dan keluarganya adalah saudaraku". Lalu, rakan-rakannya yang lain berdoa agar bapa mereka syahid di medan perang kerana mereka juga mahu Rasulullah s.a.w menjadi bapa kepada mereka.


Namun, Situasi masyarakat sekarang amat berbeza dengan apa yang diajarkan oleh baginda s.a.w masyarakat hari ini hanya memperaktikan hadith ini untuk masa-masa tertentu sahaja. Sebagai contoh , pada bulan ramadhan dan syawal . berebut pihak-pihak kenamaan yang menghulurkan baantuan kepada anak-anak yatim dan mereka yang tidak berkemampuan. Tetapi, bila memasuki bulan-bulan lain amalan sedekah itu tidak dipraktikan lagi.


Sedangkan, ALLAH S.W.T amat sukakan akan kasih saying sehinggakan dalam AL QURAN di mulakan dengan mananya yang bermaksud Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan tidak dengan nama-namaNYA yang lain.


Hadiht ini juga bersesuaian dengan firman ALLAH S.W.T di dalam Surat AL Qashash ayat 83 “ NEGERI AKHIRAT ITU , KAMI JADIKAN UNTUK ORANG-ORANG YANG TIDAK INGIN MENYOMBONGKAN DIRI DAN BERBUAT KEROSAKAN DI MUKA BUMI INI , DAN KEDUDAHAN YANG BAIK ITU ADALAH BAGI ORANG-ORANG YANG BERTAKWA.”


Hadith ini menggesa kita untuk bersikap tawadhuk supaya kita tidak riak dalam sesuatu kelebihan yang kita perolehi dan kita tidak membanding-bandingkan dengan orang lain. Kerana memang fitrah manusia suka akan dirinya dilihat lebih hebat dari orang lain.


Sebagai akhirnya, marilah kita renungi diri sejauh mana kita telah mendahalukan saudara kita berbanding dengan diri kita sendiri.. Sejauh mana tautan ukhuwah antara sesama Ummah Islam telah disempurnakan?.. Cerminkanlah diri kita bersama.. Peringatan untuk diri ini dan saudaraku..


Sekian, terima kasih..



Pimpinan : USTAZ MOHD KHIR JOHARI BIN JOHARI JAB. MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..