Wednesday, March 11, 2009

*Perihal Solat Mukmin dan Jahil..

MENGAJI AL QURAN DAPAT MENINGKATKAN KEFAHAMAN DALAM SOLAT


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..






Berkata Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al Maliki dalam Kitabnya Anwar Al Sabil Al Aqwam Fi Sabil Fi Syarh Al Hikam..

Perihal Orang beriman Solat dan Solat seorang lalai dan jahil..

Al Imam Abu Talib al Makki r.a berkata..

“Telah menceritakan kepada kami, bahawa orang Mukmin apabila berwudhu’ untuk mendirikan solat, maka syaitan-syaitan menjauhkan diri daripadanya menuju ke serata penjuru bumi kerana takut kepadanya yang sedang bersiap sedia untuk menemui Raja sekelian alam (Allah s.w.t).. Apabila orang yang melakukan solat bertakbir, iblis terhijab daripadanya dan dibina sebuah tembok yang membentenginya daripada iblis tersebut dan Allah menghadap kepadanya dengan ZatNya.. Apabila hamba tersebut mengucapkan “Allahu Akbar”. Malaikat meninjau ke dalam hatinya.. Apabila malaikat tidak mendapati sesuatu yang lebih besar daripada Allah s.w.t, malaikat pun berkara, “Benarlah kamu, Allah itu paling besar di dalam hati kamu sebagaimana yang kamu ucapkan..”

Beliau berkata lagi:

“Orang yang lalai dan jahil apabila bangun untuk berwudhu’, syaitan-syaitan mengerumuniya seperti mana lalat yang berkerumun di atas setitik madu.. Apabila dia bertakbir, malaikat menilik ke dalam hatinya.. Apabila terdapat yang lain di dalam hatinya yang lebih besar daripada Allah s.w.t, maka malaikat berkata, “Kamu berdusta.. Tidaklah Allah di dalam hati kamu itu seperti yang kamu ucapkan.” Maka dihamburkan dari hatinya asap memasuki ufuk langit sehingga menjadi hijab yang menutupi hatinya.. Maka dinding itu menolak solatnya dan syaita-syaitan menelan hatinya.. Maka sentiasalah syaitan menghembus dan berbisik-bisik di dalam hatinya serta menghiasinya (memperdayakannya) sehingga dia meninggalkan solatnya dalam keadaan dia tidak dapat berfikir apa yang telah dilakukannya.”..


Sekadar Perkongsian Bersama..

Renungilah diri kita, di mana letaknya diri kita.. Apakah kita berada dalam kalangan mereka yang beriman atau berada dalam kalangan mereka yang lalai dan jahil?..

Mudah sahaja untuk kita mentafsir dan memahami sejauh mana kualiti solat kita..

Cuba perhatikan dan muhasabah.. Apa yang sering berlegar di hati kita?.. Apa yang sering bermain di minda kita?.. Apa yang selalu kita lafazkan?.. Apa yang selalu kita lakukan?.. Apa yang selalu kita lihat dan dengar?.. Apakah solat kita mencapai "outcame base education" yang ditetapkan..

Antara OBE di dalam solat yang utama ialah Solat dapat mencegah daripada perkara keji dan mungkar..

Semuanya boleh dijadikan pengukur apakah kita tergolong dalam kalangan yang beriman atau yang lalai..

Semoga kita dihimpunkan di kalangan mereka yang beriman.. Ingatan ini bukanlah bertujuan menunjukkan kesempurnaan diri.. Tetapi, sekadar pemikiran penulis.. Yang mana ianya perlu dikongsikan untuk direnungkan.. Kerana penulis juga mempunyai masalah yang serupa..





Sekian, Terima Kasih..

Al Faqir Ila Allah..

No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..