Saturday, March 28, 2009

*Solat tempat munajat dan menyucikan diri..

Menuntut Ilmu Fardhu Ke Atas Setiap Muslim..

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Syeikh Ibnu ‘Atoillah Al Sakandari menerangkan di dalam Kitab Hikam..

“Solat itu tempat munajat dan tempat membersihkan hati, yang di dalamnya luas dengan medan-medan rahsia dan bersinar dengan sinaran-sinaran cahaya.. Allah s.w.t mengatahui kelemahanmu, maka Dia mengurangkan bilangan solat (hanya Lima waktu), dan Dia mengatahui keperluan kamu kepada kelebihan dan kurniaanNya, maka Dia memperbanyakkan pahalanya.”

Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al Maliki memperincikan dalam Kitabnya Anwar Al Sabil Al Aqwam Fi Sabil Fi Syarh Al Hikam..

Munajat bermaksud, bisikan atau percakapan bersama kekasih.. Maka munajat hamba dengan Tuhannya ialah dengan membaca al Quran dan berzikir.. Manakala munajat Tuhan dengan hambaNya ialah dengan dikurniakan kefahaman, bukaan dan diangkat tabir yang menghijab.. (Hijab hati lantaran penyakit.. Antaranya, kecintaan dunia dan takut mati)

Di dalam hadith Sohih, Rasulullah s.a.w bersabda : “Orang yang solat itu sedang bermunajat atau berbisik-bisik dengan TuhanNya.”..

Selain itu, Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t berfirman “Aku membahagikan solat di antara Aku dan hambaKu, dan bagi hambaKu apa yang dia minta.. Apabila hambaKu membaca “Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Memelihara dan Mentadbir sekelian alam.”.. Allah berfirman, “HambaKu memujiKu.” Apabila hamba membaca “Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.” Allah berfirman, “Hambaku memuliakanKu.” Apabila hamba membaca : “Yang Menguasai pemerintahan hari pembalasan (hari Akhirat).” Allah berfirman, “HambaKu menyerah kepadaKU.” Apabila hamba membaca : “Engkau sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohom pertolongan.” Allah berfirman , “Ini hanyalah di antara Aku dan hambaKu.” Apabila hamba membaca : “Tunjukilah kami jalan yang lurus.. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”.. Allah berfirman, “Ini adalah untuk hambaKU dan bagi hambaku apa yang dia minta.”..

Orang yang mengerjakan solat sentiasa bermunajat dengan Tuhannya dan memohon taqarrub denganNya, sehingga kecintaan di dalam hatinya bertambah mantap dan dia mendapat pandangan daripada Allah s.w.t.. Maka setelah itu, kecintaannya akan menjadi suci daripada kotoran yang menjauhkan dirinya daripada Allah dan si kekasih akan berhubung dengan kekasihnya di tempat yang suci..


Petikan Kitabnya Anwar Al Sabil Al Aqwam Fi Sabil Fi Syarh Al Hikam..

No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..