Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..
ULASAN KITAB KEFAHAMAN YANG WAJIB DIPERBETULKAN..
Sifat penuntut Ilmu dan sanad..
Segala puji bagi Allah s.w.t, Tuhan semester 'alam yang berfirman di dalam surah at taubah ayat ke 122..
"Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya."..
Selawat dan salam ke atas penghulu kepada seluruh umat Saidina Muhammad s.a.w, Baginda s.a.w merupakan rasul yang bersifat telus dan amanah serta merupakan pemimpin agung.. Sebaik-baik manusia yang pernah berjalan di muka bumi ini.. Sabda Baginda s.a.w"sesiapa yang Allah s.w.t kehendaki kebaikan kepadanya, dia akan diberikan kefahaman tentang agama."..
Muslimin dan Muslimat yang insyAllah dirahmati,
Proses pencarian ilmu merupakan perkara utama di dalam islam.. Bahkan wahyu pertama diturunkan kepada Junjungan Mulia Saidina Muhammad s.a.w merupakan tuntutan mencari ilmu.. Kerana ilmu itu tunjang kepada segalanya.. Maka, dalam menuntut ilmu setiap manusia itu wajib mempunyai sitaf-sifat yang perlu ada dalam diri Ahli ilmu itu..
Ketahuilah, wajib hadir di dalam hati Ahli ilmu itu mempunyai belas kasihan, sayang menyayangi, cinta mencintai, dan tiada sifat keras seperti buruk sangka dan sebagainya.. Ahli ilmu juga tidak mencemuh, membenci, mencela dan melekehkan sesama makhluk.. Tetapi, mengasihi semua makhluk itu samada islam ataupun kafir. Hal inilah menyebabkan itu islam dimuliakan pada zaman dahulu..
Pernah anak murid Syeikh Ahmad Idris r.a bertanya kepadanya. " Bagaimana mengasihi kaum kafir itu." dia menjawab "Dengan mengasihi dan menginginkan agar mereka mendapat hidayah daripada Allah s.w.t."
ANTARA CONTOH TERBAIK AHLI ILMU..
Perbahasan Sanad :
Antara, keistimewaan Umat Muhammad s.a.w ialah wujudnya kesenabungan ilmu pada zaman ini sehingga zaman Rasulallah s.a.w.. Hal ini menyebabkan ketelusan ilmu di dalam agama islam yang tidak di cemari oleh nafsu-nafsu makhluk seperti yang berlaku di dalam golongan Yahudi dan Nasrani.
Ketelusan inilah menjadikan ketiadaan penambahan sebarang unsur-unsur makhluk di dalam al Quran dan Hadith Rasulallah s.a.w..
Pentingnya mengetahui sumber sesuatu ilmu itu kerana ilmu itu sebahagian daripada agama.. Kerana itulah Para Ulama' begitu berhati-hati dalam menpelajari sesuatu ilmu. Perlunya melihat, mengatahui daripada mana sumber sesuatu ilmu itu kerna ilmu itu adalah agama. Kerana dibimbangi hadir daripada manusia yang suka melakukan perkara tokok tambah di dalam agama seperti yang dipelopori oleh Muhammad Abdul Wahab.. Manusia yang lahir daripada Kota Najd..
Pernah sewaktu imam malik r.a berkata " sewaktu aku masuk kedalam Masjid Nabawi untuk meriwayatkan hadith. Aku melihatkan lebih kurang 70 manusia yang memakai serban mengajar umpama Syeikhulkabir.. Tapi, tiada seorang yang memenuhi kateria untuk di ambil hadith daripada mereka." .. Kerana itulah, penting untuk mencari sumber ketelusan dalam ilmu islam.. dibimbangi hadir daripada sumber yang tidak soheh..
Syarat-syarat ahli ilmu itu..
1. adil yakni mereka terjaga maruahnya. mereka tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak pula kekal melakukan dosa-dosa kecil.
2. dobit yakni meguasai ilmu tersebut.
Muslimin dan Muslimat yang insyAllah dirahmati,
Sedarilah, sekiranya tidak kedapatan sifat-sifat luhur ini di dalam batin setiap Ahli ilmu itu.. Maka, semakin bertambahlah fitnah yang melanda umat islam di zaman ini.. Golongan kafir semakin menjauhi islam walau ada kedapatan dikalangan mereka yang cuba mencari hakikat kebenaran Cahaya Jalan Yang Lurus.. Kerana mereka takut dan bimbang akan ajaran islam itu.. Mereka melihat dan menganalisa berdasarkan apa yang mereka lihat dan perhatikan sifat dan sikap umat islam itu sendiri..
Ketahuilah, sewajibnya setiap umat islam itu menjadi Ahli ilmu.. Kerana ibadah tanpa ilmu dikhuatiri tidak diterima Allah s.w.t.. Kerana tidak mencapai piawai yang ditetapkan di setiap sesuatu kefardhuan yang di tetapkan..
Sebagai akhirnya, penting untuk kita mengatahui sumber sesuatu ilmu itu.. Jangan hanya kita berguru dengan buku dan internet semata.. Rujuklah mereka yang ahli dalam sesuatu bidang itu.. kerana dibimbangi kita akan berguru dengan Syaitan Laknatullah yang sentiasa berusaha menyesatkan manusia..
Sekian, terima kasih..
Al Fakir Ila Allah..
Sumber Huraian.. Syiekh Mohd Fuad Kamaluddin Al Maliki..
Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan..
No comments:
Post a Comment