Wednesday, December 3, 2008

*Bahaya Jahil Dalam Agama Bahagian 3..

USRAH DAPAT MENINGKATKAN KEFAHAMAN AGAMA..



Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Kefahaman agama dan Manfaatnya..

Segala puji bagi Allah s.w.t yang masih mengizinkan diri kita berpijak di alam ciptaannya.. Inayah Allah s.w.t sentiasa menyinari kehidupan kita.. Luasnya pengatahuan Allah s.w.t terhadap makhluk ciptaannya..

Kerana itulah, Allah s.w.t telah menjadikan alam ini sebagai alat kepada manusia untuk bertakwa kepadaNya.. Maka, sewajibnya kita sebagai hamba.. Terus menerus melangsungkan amal soleh dan kebajikan untuk mempersembahkan kesyukuran di atas segala yang dikurniaannya..

Namun, masih ramai manusia begitu sibuk dengan pekerjaan dunianya.. Sehinggakan mereka lupa untuk bersyukur atas hadirnya mereka di alam ini dan lupa tujuan utama mereka diciptakan oleh Allah s.w.t..

Sebagaimana peringatan Allah s.w.t ketika mana menerangkan proses kejadian manusia di dalam Surah As Sajdah ayat 7 - 9.. Allah s.w.t menerangkan bagaimana hebatpun penciptaan manusia.. Ramai yang tidak bersyukur dan mengambil iktibar daripadanya..

"Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah."

"Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina."

"Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur."


Ketahuilah, walaubagaimana hebatpun penciptaan manusia itu.. Sekiranya kita sebagai hamba tidak mengambil iktibar daripadanya.. Maka, sia-sia sahaja.. Ramai di antara kita yang tidak bersyukur pada Allah s.w.t.. Mereka merasakan kehidupan mereka tidak sempurna.. Mereka merasakan tidak puas dan tidak cukup kesempurnaan hidup.. Sedangkan mereka merupakan sebaik-baik kejadian.. Dan semua ini berlaku kerana jahil di dalam agama.. BAHAYA JAHIL DALAM AGAMA..


Muslimin dan Muslimat yang dikasihi,


Saidina Rasulallah Muhammad s.a.w telah memberikan petunjuk yang indah kepada umatnya supaya tidak tergolong dalam kalangan mereka yang tidak bersyukur.. Begitu banyak contoh tauladan yang telah dihamparkan.. Dan antaranya, telah berkata Rasulallah s.a.w "Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah s.w.t pada dirinya kebaikan, difahamkan dia dalam agama.."


Secara umumnya, Rasulallah s.a.w menerangkan dalam kehidupan manusia.. Ada di antara kita yang diberikan hidayah untuk dirinya menjadi soleh dan baik.. Namun, perlu diingatkan untuk menjadi soleh dan baik itu mesti mempunyai sebabnya.. Faktor yang menjadikan dirinya menjadi ke arah kesolehan dan kebaikan..

Kerana manusia itu berpegang kepada sebab.. Sesuatu perkara yang berlaku perlu mempunyai faktor dan penyebabnya ianya berlaku.. Sebagai contoh, orang yang menjadi pandai disebabkan dia pergi menuntut ilmu.. Orang yang kenyang disebabkan dia makan sesuatu..

Namun perlu diingatkan, terdapat mereka yang dipilih untuk berlaku sesuatu pada dirinya tanpa sebab dan faktor.. Dan ianya merupakan pilihan Allah s.w.t.. Mereka-mereka yang dipilih oleh Allah s.w.t untuk menjadi sesuatu tidak bergantung pada sebab dan apa-apa faktor.. Contohnya, Nabi Ibrahim tidak terbakar di dalam api walau baginad a.s cuba untuk dibakar.. Contoh lain, Nabi Muhammad s.a.w seorang yang pandai sedangkan baginda s.a.w seorang yang tidak pandai menulis dan membaca..

Begitu jugalah bagi mereka orang yang soleh dan baik.. Mereka menjadi soleh dan baik disebabkan difahamkan dengan kefahaman agama.. Dan kefahaman agama ini memerlukan proses pembelajaran dan pertarbiyahan untuk mencapai kedudukan soleh dan baik..

Kebaikan yang dimaksudkan ini meliputi semua aspek kehidupan manusia itu.. Samada ibadah khususnya, pekerjaannya dan sebagainya..

Sebagai contoh, seorang peniaga.. Sekiranya dia memahami agamanya.. Kefahamannya dalam agama dapat dia membezakan perkara yang halal dan haram.. Peniagaan manakah yang berasaskan syara' ataupun riba'.. Sekiranya dia jahil.. Maka, mudahlah dia terjerumus ke lembah dosa lantaran kejahilannya.. Selain itu, mereka yang diinginkan kebaikan di akhirat.. Maka, akan diberikan keberkatan dalam hidupnya.. Dan Orang yang ingin mendapat keberkatan dalam hidup.. Dia akan menyusun hidupnya dengan bersistem..

Muslimin dan Muslimat,

Ada yang bertanya.. Apakah ilmu itu perlu ditunggu sehingga ia akan masuk sendiri ke dalam diri manusia..? Apakah kita perlu menunggu sahaja sehingga sampai seru?.. Maka jawapannya, mereka yang diinginkan kebaikan pada kehidupannya.. Akan diberi hidayah oleh Allah s.w.t untuk menuntut dan mendalami ilmu terutamanya ilmu agama..

Sebagai contoh, dia akan pergi ke majlis-majlis ilmu di masjid atau madrasah dan akan bertalaqqi dengan gurunya untuk mendalami ilmu agama.. Namun perlu diingatkan, dalam menuntut ilmu.. Para Salaffussoleh begitu mementingkan keberkatan dalam menuntut ilmu.. Kerana ilmu yang berkat akan menyelamatkan kehidupan.. Kerana orang yang ilmunya tidak berkat akan melahirkan penjenayah yang berilmu..

ketidakberkatan dalam menuntut ilmu tidak memberi kesan untuk di akhirat.. Tiada manfaat untuknya di akhirat.. Ramai di zaman ini berilmu, tetapi tidak mengamalkan ilmunya.. Semuanya lantaran tidak berkatnya ilmu.. Lebih-lebih lagi bekas bekas pelajar sekolah agama.. Mereka di ajar untuk mengimarahkan masjid.. Amar makruf dan nahi mungkar.. Tetapi, berapa ramai yang masih mempraktikkannya selepas masuk ke universiti.. Cuba kalian fikirkan, kenapa ianya berlaku.. Semuanya kerana KETIDAKBERKATAN DALAM MENUNTUT ILMU..

Muslimin dan Muslimat yang dikasihi,

Ilmu-Ilmu yang perlu wajib dipelajari oleh setiap mukallaf.. Pertama, ilmu tauhid.. Asas untuk mengenal Allah s.w.t.. Namun perlu diingatankan, Ulama tasawwuf berkata "Barang siapa yang belajar sesuatu tanpa guru.. Maka, syaitan adalah gurunya." Kedua, ilmu fiqh.. Asas untuk memahami agama.. Para Ulama' akan mengkhatamkan bidang ilmu ini sebelum mendalami ilmu taqawwuf.. Apabila ditanya kepada Imam Abu Hanifah r.a. apakah beliau tidak mahu mengarang kitab tasawwuf.. Maka jawabnya, aku telah mengarang kitabnya.. Iaitu merujuk kepada kitan fiqhnya.. Kerana untuk membawa kepada zuhud perlu mengatahui akan hukum hakam sesuatu perkara.. Untuk membezakan perintah dan larangan Allah s.w.t.. Ketiga, ilmu tasawwuf.. Ilmu yang membawa manusia untuk menjadi lebih luhur dan suci.. Yang menundukkan keegoannya dan merendahkan dirinya.. Orang yang sufi itu ialah orang yang beradab mulia.. Dan tiga asas utama ini perlu dipelajari sebelum memasuki bidang-bidang yang lain seperti sainstis dan sebagainya..

Muslimin dan Muslimat,

Sebagai akhirnya, Hadith lain ada menyebutkan "Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah s.w.t pada dirinya kebaikan, Maka Allah s.w.t memudahkan jalannya ke syurga.." Ulama membahagikan kepada dua makna hadith ini.. Pertama, hakikat.. Makna jalan yang membawa ke syurga itu ialah jalan yang dilaluinya untuk hadir ke majlis ilmu.. Kedua, maknawi.. Maknanya, apa sahaja alat yang digunakan untuk hadir ke majlis ilmu seperti pakaiannya.. Semuanya akan memberi manfaat untuknya ke syurga.. Dan pekerjaan yang dilakukannya untuk mudah dia menuntut ilmu juga dikira sebagai alat untuk ke syurga..

Sekian, Terima kasih..

Al Fakir Ila Allah..

No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..