Monday, December 22, 2008

*Berjaya dan Gagal Peperiksaan Universiti.. Apa bezanya?..


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..


Kejayaan dan Kegagalan..

Segala puji bagi Allah s.w.t, kerana mengurniakan segala ujian di dalam kehidupan hambaNya.. Segala yang ditakdirkan pada hambaNya semuanya berpaksikan matlamat penciptaan manusia iaitu untuk bertakwa kepada Allah s.w.t.. Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa, Surah Al Baqarah ayat 21..

Semuanya yang hadir di dalam hidup ini merupakan ujian untuk menentukan samada manusia itu terus teguh dalam jaringan takwa yang hakiki tewas dan berpaling daripada hidayah Allah s.w..t apabila diberi nikmat atau ditimpa musibah.. Termasuklah kejayaan dan kegagalan keputusan yang kita harungi di dalam medan peperiksaan semester bagi kita sebagai pelajar Universiti Sains Malaysia..

Muslimin dan Muslimat yang insyAllah dirahmati,

Kejayaan atau kegagalan yang kita kecapi di dalam medan peperiksaan di Universiti bukanlah satu perkara hakiki yang perlu dinikmati atau dikesali.. Sebagai manusia yang beriman ianya bukannya kayu pengukur kejayaan atau kegagalan kepada kita yang mentauhidkan Allah s.w.t dan membenarkan Saidina Rasulallah s.a.w..

Sebaliknya, apa yang penting ialah bagaimana dan apakah natijah kejayaan dan kegagalan di medan peperiksaan kepada tahap keyakinan terhadap pencipta kita.. Allah s.w.t?.. Apakah bertambah keimanan kepadaNya atau sebaliknya?..

Sewajarnya kejayaan atau kegagalan yang dikecapi menjadi alat untuk bermuhasabah diri sebagai seorang hamba.. Dimanakah tahap ketakwaan kita kepada Allah s.w.t?. Dimanakah keyakinan diri kita terhadap sesuatu takdir yang menimpa diri?. Apakah kita yakin ianya daripada Allah s.w.t.... Kerana, Orang yang beriman pasti menyakini setiap sesuatu itu ada hikmahnya daripada Allah s.w.t..

Maka, detik inilah sewajibnya kembali bertadabbur dengan kalam Allah s.w.t untuk menambahkan keyakinan pada Allah s.w.t.. Dengan mencari hikmah setiap sesuatu perkara dan meyakini setiap yang ditakdirkan adalah sesuai dan setimpal dengan keadaan manusia.. Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al Baqarah ayat ke- 286 “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya”..

Muslimin dan Muslimat,

Bagi mereka yang menkecapi kejayaan.. Ingatlah, pesanan Baginda s.a.w tentang sifat manusia yang sering mudah alpa apabila mengecapi nikmat kesenangan dan kesihatan yang sempurna.. Ramai manusia ketika berjaya atau mendapat kesenangan berpaling daripada Allah s.w.t..
Cuba kenangkan kisah Qarun yang dirakamkan di dalam Al Quran.. Bagaimana pada asalnya seorang yang tidak Berjaya di dalam kehidupannya.. Tetapi, sangat taat pada Allah s.w.t dan setia pada Nabi Musa a.s.. Namun, apabila dianugerahkan nikmat yang sementara dan diberi Berjaya dalam perniagaannya.. Maka dia berpaling daripada Allah s.w.t.. Akhirnya, diazabkan oleh Allah s.w.t..

Begitu juga dengan nikmat sihat.. Berapa ramai antara kita ketika sihat ini sering melazimi kalimah Allah s.w.t?. Namun, berbeza ketika kita ditimpa sakit.. Ketika sakit barulah nama Allah s.w.t menjadi alunan di bibir.. Samalah seperti saudara dan saudariku yang ditimpa kegagalan.. Semuanya ingin menguji kalian sejauh mana tautan pada Allah s.w.t.. Orang yang beriman tidak akan putus asa pada Allah s.w.t.. kerana mereka mengatgahui hanya mereka yang kafir akan berputus asa dengan rahmat Allah s.w.t.. Firman Allah s.w.t dalam Surah Ibrahim ayat 56 "Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhan-nya, kecuali orang-orang yang sesat."

Muslimin dan Muslimat yang dikasihi,

Sebagai akhirnya, ingatlah.. Tidak selamanya kita yang berada di puncak kejayaan akan sentiasa berada di atas.. Begitu juga kita yang berada di lembah kegagalan sementara.. Tidak selamanya kita berada di bawah.. Pasti kita akan mencuba mendaki puncak kejayaan dan akhirnya pasti sampai ke puncaknya.. Apa yang penting ialah bagaimana kita menjadikan takdir Allah s.w.t ini sebagai alat untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t.. Bagaimana kita menghamparkan kehambaan kepada Allah s.w.t ketika mencapai nikmat dan musibah..

: "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

Sekian, Terima Kasih..

Al Fakir Ila Allah..




No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..