Monday, December 29, 2008

*Pemimpin dan Kepimpinan..


Yang Mana Permata dan Yang Mana Kaca..

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w..

Pemimpin dan Peranan..

Segala puji bagi Allah s.w.t, Dialah yang mengutuskan Saiyidina Muhammad s.a.w sebagai Rasul bagi Ummah di akhir zaman.. Di dalam diri Baginda s.a.w terkandung pelbagai hikmah untuk Ummah mencontohinya.. Hatta, di dalam hal ehwal kepimpinan.. Bermula daripada sebagai pemimpin diri sendiri sehinggalah kepimpinan di peringkat sesebuah Negara..

Secara umumnya, Pemimpin ialah orang yang mengetuai, mengendali dan mengurus orang yang di bawahnya dalam sesebuah organisasi seperti keluarga, masyarakat, pertubuhan Islam, negara Islam dan universiti.. Orang-orang yang beriman wajib untuk taat dan patuh kepada Pemimpin.. Firman Allah s.w.t di dalam Surah An Nisaa' ayat 59.. "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri (pemimpin) di antara kamu (yang beriman).."

Perintah dalam ayat tersebut di atas menunjukkan hukum wajib mematuhi pemimpin selagi ia tidak menyuruh ke arah maksiat atau melarang melakukan ibadah kepada Allah s.w.t.. Taat setia juga wajib diberi kepada pemimpin selepas ketaatan kepada Allah s.w.t dan Rasulallah s.a.w..

Muslimin dan Muslimat yang dikasihi,

Tiada manusia yang boleh menafikan bahawa manusia tidak mampu dan mungkin hidup bersendirian.. Kerana itulah Nabi Muhammad s.a.w bersabda "Kamu perlu bersama dengan Jemaah Islamiah dan kepimpinan mereka..".. Maka, dalam kehidupan berjemaah ataupun bermasyarakat.. Perlu adanya pemimpin daripada kalangan jemaah untuk mengurus dan melancarkan kehidupan Ummah supaya seiring fitrah kehidupan Manusia..

Namun, persoalannya ialah, Bagaimanakah ciri-ciri Pemimpin dan kepimpinan menurut Islam yang wajib ditaati dan dipatuhi.. Adakah semua arahan dan gerak kerja pemimpin itu wajib dilaksanakan? Dan Bagaimana kita ingin mengatahui pemimpin yang sebenar yang wajib ditaati seperti difirmankan Allah s.w.t di dalam ayat 56 Surah An nisa’?..

Muslimin dan Muslimat,

Secara umumnya, ciri-ciri pemimpin dan kepimpinan yang wajib ditaati dan dipatuhi mestilah mereka yang bersifat dengan sifat yang adil.. Pemimpin yang adil membawa maksud mereka yang beriman, mereka yang beraqal, mereka yang tidak melakukan perkara ‘aib yakni menjaga harga diri, tidak fasiq yakni tidak terus menerus melakukan dosa kecil dan tidak pernah melakukan dosa besar..

Pemimpin ini menjadikan Islam sebagai tunjang pentadbiran dan cara hidupnya.. Perkara mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran menjadi batang pertama dalam mengurus kehidupan jemaah atau masyarakatnya (Amar Ma’fur dan Nahi Mungkar).. Pemimpin ini juga mengerti firman Allah s.w.t dalam Surah Ali Imran ayat 110..

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. "

Pemimpin ini memahami kalimah yang bermakna "kamu adalah umat yang terbaik.." Kerana itulah sifat utama pemimpin itu ialah mereka yang sentiasa mengajak kepada kebaikan dan melarang akan kemungkaran untuk memastikan orang yang dipimpinannya menjadi Ummah yang terbaik di sisi Allah s.w.t..


Muslimin dan Muslimat sekelian,

Setelah memahami ciri-ciri umum yang perlu ada di dalam diri seseorang pemimpin.. Pemilihan seseorang pemimpin itu merupakan satu tuntutan dalam syariat islam.. Wajib ke atas diri setiap Muslim untuk memastikan pemimpin dalam kalangan mereka merupakan mereka yang mempunyai sifat menyuruh akan kebaikan dan melarang akan kemungkaran.. Haram untuk kita mengangkat pemimpin yang fasiq dan sentiasa berkecenderungan ke arah kemaksiatan..

Mengapakah Islam begitu mengambil berat berkaitan pemimpin dan kepimpinan sesuatu organisasi?.. Perkara yang paling penting yang perlu kita sedar ialah Pemimpin itu akan bertanggungjawab terhadap orang bawah pimpinannya.. Samada di dunia dan di akhirat.. Di padang Masyar kelak, kita akan dibangkitan bersama pemimpin kita di dunia ini.. Sekiranya Adil pemerintah itu.. Maka, mudahlah urusan kita kelak.. Namun, sekiranya zalim.. Maka, berat azab yang bakal menimpa dan membalasi kita..

Secara umumnya, antara peranan pemimpin dalam Negara atau sesebuah organisasi ialah membawa sesebuah organisasi atau negara ke arah kemajuan dan kecemerlangan, menjaga kestabilan negara dan mempastikan pelaksanaan undang-undang Syariah dalam masyarakat.. Pemimpin yang tidak menjalankan tanggungjawab dan pentingkan diri atau zalim akan menyebabkan kemunduran, rosak dan binasa..

Muslimin dan Muslimat,

Sebagai akhirnya, Kelebihan Mentaati dan memilih Pemimpin yang adil ialah untuk memenuhi tuntutan agama.. Ianya dapat menghasilkan perpaduan dan muafakat yang kukuh daripada kaum yang berbilang bangsa samada Melayu, Cina dan India.. Misi dan perancangan negara dapat dijayakan sebaiknya.. Negara selamat ancaman dari dalam dan luar negara.. Pemimpin dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan Rakyat dapat menikmati keharmonian dan keampunan.. Semua ini akan melambangkan keutuhan dan kestabilan polotik..

Sedikit peringatan untuk diri saya dan mereka yang menjadi pemimpin.. Ketahuilah, Peranan pemimpin terhadap rakyat.. Pemimpin wajib menjadi contoh teladang kepada rakyat.. Mengutamakan kebajikan rakyat berbanding peribadi.. Berlaku adil dalam memimpin.. Melaksanakan amar makruf nahi mungkar.. Menjaga kebajikan rakyat.. Menyediakan kemudahan asas kepada rakyat..

Sekian, Terima Kasih..

Al Faqir Ila Allah..

No comments:

Dengan Nama Allah s.w.t..